إلهي لست للفردوس أهلا
ولا أقوى على النار الجحيم
الله
فهب لي توبة واغفر ذنوبي
فإنك غافر الذنب العظيم
Tuhanku aku tidak layak untuk syurgamu
tetapi aku tidak pula sanggup menanggung siksa nerakamu
Dari itu kurniakanlah keampunan kepadaku ampunkanlah dosaku
Sesungguhnya Engkaulah Pengampun Dosa-dosa besar
Aduh....hati ini sangat rindu dengan zikir ini..
ingat lagi dahulu kala ketika usia sedang meningkat dewasa
menjalani proses mematangkan fikiran ketika itu
di sekolah itu, di sekolah itu
ak belajar. segalanya aku belajar.
zikir ini meniti dibibir bersama sahabat
merenung dosa-dosa yang pernah dilakukan
ya...
zikir ini penuh makna...mendalam dan tersirat.
adakah kita layak menjadi ahli syurga
syurga yang penuh nikmat yang x terhingga
dibawahnya mengalir air sungai
terdapat taman-taman yang indah
ditemani bidari-bidari yang rupawan
dijanjikan untuk hambanya yang taat kepadaNYa
melaksanakan segala perintahNya
tanya iman adakah kita hamba yang dipilih oleh Allah untuk syurgaNya..
tetapi
adakah diri ini layak??
dan adakah diri ini sanggup menghadapi azab api neraka yang pedih???
sempena 9 Zulhijjah
hari yang dijanjikan Allah untuk memakbulkan doa hambanya
marilah bersama kita memohon keampunan dan maghfirah
atas segala kesalahan dan dosa yang pernah kita lakukan
berdoa dengan sungguh-sungguh
agar Allah menerima segala permohonan kita..
amin..
No comments:
Post a Comment