Showing posts with label kebaikan kecil.... Show all posts
Showing posts with label kebaikan kecil.... Show all posts

Wednesday, November 23, 2011

Salam Imtihan

Bertemu kembali.....

Nampaknya bahang2 imtihan semakin terasa. dan adapun sebahagian pelajar al-bayt memulakan perjuangan mereka dalam imtihan minggu ini. walaupun imtihan thani sepatutnya bermula minggu depan.. 
maka apabila sudah bermula imtihan thani sibuk akan terus sibuk dengan mengulang kaji pelajaran sebab selalunya habisnya imtihan thani akan bermula nihaei. mmg kalau dah bermula imtihan akan terus menerus. nak wat program pun tersekat2 sebab imtihan

imtihan..imtihan.. imtihan
jangan ia dijadikan seribu satu alasan keranya. 
tapi jadikan ia satu cabaran dan peluang untuk buktikan sesuatu...
fahami ilmu kerana haknya..
bukan kerana nak dapat 'alamat( markah ) yang tinggi .
fahami ilmu kerana sifatnya..
kerana ia didatangi bukan mendatang..
العلم يؤتى لا تأتي

nasihat dari seorang ukhti:
"kiranya IMTIHAN ini medan juangmu..
... Maka bertarunglah sedaya upayamu kerana ALLAH!
Manfaatkan segala ILMU yang diperturunkan,
semampu akalmu demi memartabatkan kedudukan UMMAHmu..
Bukan semata-mata untuk kepuassan diri..
ALLAH tidak menilai natijahnya,
tapi yang dinilaiNya adalah KESUNGGUHANmu..

Berjuanglah wahai PEJUANG!!
Dengan kalimah Tuhanmu,
dengan ILMU yang telah dipinjamkan sementara ini..
Selebihnya, TAWAKKAL lah kepadaNYa.."

Maat Taufiq Wannajah! MUMTAZ untuk UMMAH, CEMERLANG demi ISLAM!



sekian.. doakn utk kejayaan sume...bitawfiq wannajah.(^-^)


selamat berjuang semua......

Friday, October 28, 2011

KeTENANGan Hati

Dengan Lafaz بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم ku bermula kalam ini


Pertama-tamanya marilah kita bersama menadah tangan mengucap segala puji bagi Allah( الحمد لله ) atas nikmat yang x terhingga yang dikurniakan kepada kita. atas nikmat islam dan iman, kesihatan kekayaan , kebahagiaan , ketenangan, kelapangan.nikmatnya sungguh x terkira. hatta sekalipun kte x merasai semua itu, tapi berbhagia lah wahai hati, itu juga satu nikmat sebab kte merasai kasih sayang Allah yang melimpah ruah..

Akhirnya hati ini digerakkan oleh Allah untuk mengisi sesuatu dalam halaman ini. Saya tahu sudah lama blog ini x diisi dengan ilmu @ sebarang perkongsian. Dengan kesibukan mencari rumah disini,(alhamdullilah akhirnya dapat-BAYT MUJAHIDAH),menguruskan kelengkapan rumah baru permulaan fasal yang baru, menyesuaikan diri dengan madah yang semakin mencabar, melayan junior2 yang sangat comel, dan bebagai lagi warna-warni aktiviti yang memerlukan satu tenaga dan tumpuan yang secukupnya. tapi itu bukan satu alasan.apabila diri yang mahu, maka diri itu sendiri perlu amanah dan melaksanakan tanggungjawab tersebut.

KeTENANGan HATI...
alhamdullilah sekali lagi, apabila membuka inbox email, saya menerima sebuah email yang sangat bermanfaat untuk dikongsi bersama. SHARING is CARING.saya memetik sedikit kata2 daripada email tersebut.



Di dalam hati ada kekosongan,
yang tidak akan terisi melainkan dengan merapat kepada Ilahi.
Di dalam hati ada kegelisahan,
yang tidak akan dapat ditenangkan melainkan dengan Ilahi.
Di dalam hati ada kerisauan,
yang tidak akan dapat diselesaikan, melainkan dengan Ilahi."

Ya.
Ketenangan dan kebahagiaan ada pada Ilahi. Pada Allah. Dia yang mengurniakan rasa tenang harmoni selamat kepada hambaNya.
Kata orang tidak gunanya ada kekayaan isteri\suami yang diidamkan, pangkat yang tinggi, darjat yang mulia jika xde sekelumit ketenangan dalam hati.
Duhai hati, sisipkan seluruh daripada ruangmu untuk aku merasai ketenangam yang Allah beri. Walau apa jua keadaan yang aku hadapi senang @ susah, gembira @ sedih, seorang @ ramai. aku tetap merasai dan mensyukuri ketenangan itu.
kerana tiada nikmat yang paling berharga selain dapat menghayati ketenangan yang Allah kurniakan..
Dalam FirmanNya 

                                      :Maksudnya
(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram.( surah Ar-Ra'd:28)

Oleh itu marilah kita bersama-sama mencari ketenagan dalam hati. apalagi marilah berzikir dan berselawat mengingati Allah.

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

~Duhai hati, tenanglah.....










PanDuAn SeHariaN

Pages