Salam... Nak tanya Encik Joe, baka apa yang encik pelihara? Jenis baka kecil atau sederhana? Berapa berat dan umur semasa jual? Ada buat survey tak berapa apek tu jual? p/s - Saya cuma takut Encik Joe kena 'kencing' dengan apek tu. Terima kasih atas info Capt. Insyallah... saya akan cuba tanya dan survey harga di pasaran antarabangsa. Nanti saya cuba tanya kawan saya dari Texas RBA di Canada tu pasal harga dan jenis baka ni. Kalau tak silap saya, ada undang - undang antarabangsa mengenai kawalan harga arnab ni. Boleh pakai ka kapten undang - undang tu kat sini? |
Saya jualkan hanya bunnies yang telah cerai susu -usia 5~6 minggu.
Baka yang dipelihara oleh anak2 saya adalah dari jurusan "Dutch", bersaiz sederhana dan Baka seakan "Vienna White" bersaiz gempal muka lebar dgn bulu yg agak panjang +/- 3 cm diusia matang (Dalam 2~3Kg selepas 3 bulan).
Kedua baka tersebut sudah di crosskan menghasilkan pelbagai warna termasuk silver, silver brown, tompok hitam putih, brown white dsb.
Namun keseluruhannya boleh dibezakan antara tengkorak kepala yang pirus atau yg lebar, regardless warna.
Sesekali ada buyer yg beli terus dari saya pada harga RM20 seekor setelah saya advertise di Mudah.com. Biasanya orang KL atau JB.
Output sebulan hanyalah 20~30 ekor. Sekarang saya sedang membina sendiri satu lagi reban 12 pintu untuk increase capasity dan dalam usaha mengumpul duit untuk mencari baka2 baru.
Saya sudah beli sepasang baka Anggora pada harga Rm360 dan sekarang ini sudah berusia 4bulan.
Atas kemampuan yang terbatas saya tidak mampu untuk mengikuti apa2 kursus. Saya sekadar mencari info melalui internet.
Tahi arnab saya sedekahkan pada kawan2 yang menjalan ternakan cacing sepertimana peniaga2 sayuran yang menyedekahkan sisa sayur pada saya.
Begitulah lebih kurang modus operandinya. Tidak comprehensive tapi saya bersyukur kerana dapat mengurangkan beban perbelanjaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima Kasih kerana memberi komen~!
http://arnabkiutpetstore.blogspot.com