Showing posts with label Wining Stories. Show all posts
Showing posts with label Wining Stories. Show all posts

Monday, June 10, 2013

~Mini Ipad Gadget Baruku~

Assalamualaikum...

Selamat petang semua.  Dah lunch?Mestilah sudahkan.  Aku pun selesai lunch di Mydin tadi.  Makan nasi ayam bersama Myra Mokhtar.  Keluar tengahari ni pun sebab nak ke bank.  Kenyang sekali perutku ini.  Hari ni semuanya berjalan dengan lancar.  Setakat inilah.  Jangan menjelang petang ada yang tak lancar pula.

Berbalik kepada tajuk di atas, aku nak share ye bukan nak show off tentang gadget baru aku ni.  Aku bukan beli pun mini ipad ni.  Ini adalah hadiah kemenangan aku daripada ebook competition 2013 yang aku sertai bulan Mac yang lepas.  Alhamdulillah, rezeki buat aku menjelang hari lahirku yang lepas.  Ini hadiah untuk diri sendiri.

Ada orang yang bertanya samada aku mahu menjualnya ataupun tidak.  Jawapannya TIDAK.  Setakat ni memang tak terlintas nak jual.  Aku sayang nak jual sebab ini hadiah kemenangan aku dalam penulisan.  Penat berhempas pulas siang malam memikirkan idea untuk menulis.  Inilah hasilnya yang buat aku mampu tersenyum sendiri.

Mungkin ini juga salah satu pembakar semangat buat aku untuk terus dalam dunia penulisan.  Walaupun aku hanya penulis blog sendiri.  Aku tetap suka!!!Nak tengok mini ipad aku?

Tadaaa...Inilah rupanya.  Masa ni masih di dalam kotak.



Inilah rupa sebenarnya.  Asben aku yang susun rupa ini.  Kenangan buat aku sebab menang.
Ipad aku telah punya sarung.  Asben yang belikan.  Kira hadiah hari jadilah. :D
Ipad ini sudah mula digunakan!!!Selamat beripad!!Hehehe






                                                                                                                    

Wednesday, May 29, 2013

~Menang Hadiah Saguhati Daripada SAFI~

Assalamualaikum...

Selamat tengahari.  Esok aku akan bercuti semula kerana ada urusan yang memaksakan diriku untuk bercuti.  Alhamdulillah, sekali lagi aku menang hadiah daripada SAFI walaupun ianya sekadar saguhati.  Tapi aku tetap happy.  Sekurang-kurangnya ia berbaloi dan hanya itu rezeki buatku.

Aku terima call daripada SAFI dua minggu lepas mengatakan yang aku menang saguhati.  "Tahniah puan telah memenangi peraduan SAFI."  Gitulah bunyinya masa orang tu call aku.  Jujurnya masa tu aku sedang menanti benda lain, tapi rezeki lain yang aku terima.

Peraduan SAFI yang aku join ni disuruh lengkapkan pantun.  Masa ni join saat-saat akhir.  Kebetulan aku ke Guardian kut dan ternampak borang peraduan.  So rekalah pantun dengan sesuka hati dan apa yang terlintas di fikiran.  Aku sempat hantar 2 borang saja.  Salah satu pantun yang aku reka berbunyi begini...

Indah sungguh daya tarikan
Cantiknya wajah sedap memandang
Wajah cantik pasti menawan
Produk SAFI jenama dijulang.

Hah!!Gitulah bunyi pantun yang aku reka dua kerat di bawah tu.  Jenuh fikir.  Walhal dua kerat je.  Nasib tak suruh empat kerat atau berkerat-kerat pantun.

Minggu lepas aku telah selamat terima parcel daripada Wipro Unza.  Telefon hari jumaat, hari isnin aku dah dapat hadiahnya.  Sangat pantas.

Inilah isi dalam parcel tu.  Saguhati bernilai RM100.  Alhamdulillah..

Bersertakan dengan surat ucapan tahniah.  Sekali lagi terima kasih buat penganjur.

Dan inilah produk-produk yang aku terima.  Ada di antaranya telah aku berikan kepada kengkawan yang menggunakannya.  Semoga muka bff aku akan bersinar-sinar.

Sekian sahaja entriku.  Bersambung lagi..






                                                                                                                  


Monday, May 27, 2013

~Cek RM800 Selamat Diterima~

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua.  Isnin kembali menjengah lagi untuk isnin yang terakhir untuk bulan Mei ini.  Semoga hari ini diberi ketenangan dalam diri.  Diharap tenang hingga ke petanglah ye.  Mencari mood untuk bekerja setelah 3 hari bercuti.  Memanglah malas sedikit menyelubungi diri.

Alhamdulillah, minggu lepas tidak putus-putus benda gembira yang hadir dalam diri setelah diri ini berada dalam kesedihan oleh sesuatu perkara.  Perkara yang tidak dapat aku sangkalkan.  Tapi tak apa.  Allah maha mengetahui semuanya.  Semoga akan perolehi kegembiraan buat masa akan datang.

Salah satu benda yang ditunggu-tunggu adalah cek bernilai RM800 dari Peraduan Erti Kawan yang aku, SIL dan Mira join.  Memang sangat-sangat dinanti-nantikan sebab sudah tidak larat menjawab pertanyaan daripada orang.  "Cek dah dapat belum?"  Itu baru dapat RM800.  Kalau RM8000 tak tahulah macam manalah gayanya pulak.

Inilah bungkusan kiriman pos yang diterima.  Pos ke alamat rumah mak aku atas nama Mira Mokhtar.

Dan inilah surat yang disertakan bersama cek.  Rezeki buat kami.  Alhamdulillah.  Pengalaman indah semasa menghadiri audition.

Inilah ceknya.  Telah selamat di bank ini.  Sekali lagi alhamdulillah sahaja yang dapat diucapkan.  Semuanya atas pemberian olehNya.  Sekian entri pagi ini.







                                                                                                                      

Monday, May 20, 2013

~Saya Menang Ipad Dari Ebook Competition~

Assalamualaikum....

Selamat tengahari semua.  Hari isnin yang tenang.  Tenang buat diriku untuk melakukan kerja-kerja.  Alhamdulillah.  Entri ini aku tulis untuk aku kongsikan tentang kegembiraan aku jumaat lepas.  Rezeki di hari jumaat buat aku.  Kegembiraan berganda apabila Mira Mokhtar juga turut menang. Kami sama-sama menulis hingga ke penamat.  Kali kedua aku menang Ipad.  Yang pertama aku dapat dari Dutch Lady tahun lepas.  Syukur sangat-sangat.  Rezeki anak-anak.

Masih ingat lagi tentang ebook yang aku tulis bertajuk Dia, Pilihan Hatiku?Aku ada mintak korang download ebook tersebut.  Dan keputusannya telah diumumkan jumaat lepas setelah sekian lama aku menanti keputusannya.  Mood berdebar-debar, risau.  Pelbagai perasaan menyelubungi diri ini.

Pada sesiapa yang sudah dan berkesempatan untuk download ebook aku tu, ribuan terima kasih aku ucapakan pada kalian.  Jika ada kekurangan terhadap cerita itu, harap dimaafkan kerana aku bukanlah seorang penulis profesional.  Aku menulis berdasarkan apa yang aku rasa.  Banyak lagi yang aku perlu belajar.

Inilah hadiah yang ditawarkan untuk 5 orang pemenang.

Alhamdulillah.  Nama aku tersenarai juga di kalangan 5 orang itu.  Walaupun tidak mendapat tempat pertama sekurang-kurang ada juga yang aku perolehi sebagai dorongan aku pada masa akan datang.  InshaAllah semoga dipermudahkan dengan apa yang aku cuba lakukan.

Sekali lagi terima kasih kepada semua.  Terima kasih kepada sahabat-sahabat aku yang sentiasa memberi semangat dan dorongan.  Sayang korang!!!Tidak dilupakan juga kepada suami yang menyokong aku dan juga anak-anak.

Sekian dulu entri tengahari ini.






                                                                                                     

Monday, May 13, 2013

~Hadiah Picisan~

Assalamualaikum...

Yeahhhh, bertemu lagi.  Waktu lunch bolehlah aku isikan masa aku dengan menulis di blog ini.  Berupdatelah juga blog nie walaupun dengan cerita-cerita yang sudah agak basi.  Memang ada cerita yang sudah lapuk.  Tapi sebab banyak entri yang disimpan di draft, aku merajinkan diri juga untuk menulis.

Nak cerita mengenai hadiah-hadiah yang aku terima daripada peraduan-peraduan yang aku sertai.  Hadiah picisan saja.  Tidakler aku dapat grand prize.  Tapi aku nak juga ceritakan di sini untuk kenangan aku sendiri.

Ini hadiah daripada Dugro. 

Ini pula hadiah daripada PAMA.

Dan ini adalah hadiah daripada Nestum yang aku join di FB.

Dan ini adalah hadiahnya.  Dapat saguhati jea pun.  Syukurlah.  Belum buka lagi nestum 3 in 1 ni.  Nanti aku buka.  Nak gak aku cuba.  Sedap ke tidak.  Okaylah, itu sahaja cerita untuk tengahari ni.






                                                                                                                         

Friday, May 10, 2013

~Menang Jam Dari 7 Eleven~

Assalamualaikum....

Selamat petang semua.  Entry ketiga untuk hari jumaat ni. Tadi waktu lunch tengah tak ada buat apa, so mengaranglah kerjanya. Lagipun mood tengah ada.  Kalau mood tak ada memang tak jadi apa pun. Banyak entry yang ada dalam draft tapi aduhai.  Punya malas nak update.

Okaylah, nak share tentang ini.  Menang saguhati je pun. Apa-apa pun alhamdulillah.  Peraduan ni masuk guna nama asben tapi aku yang tukang isi borang-borang peraduan tu.  Sekecil mana pun hadiah yang kita dapat ia tetap rezeki.  Bersyukurlah.

Aku pun sebenarnya dah lupa tentang peraduan ni.  Minggu lepas dapat tahu keputusan ni.  Asben aku telefon kata dia menang jam. Rezeki dia.

Inilah senarai nama pemenang.  Nama laki den kat no 39. Kata asben target lain dapat lain. Apa nak kata, itu je rezeki buat kita.  Nanti kita cuba lain pula.  Kali ni aku dah slow masuk peraduan ni sebab kesuntukan masa. Kadang join mana yang sempat je.

Sekian..







                                                                                                  

Wednesday, December 12, 2012

~Menang Peraduan Pa&Ma Dan Disney Junior~

Salam semua dan selamat petang.

Petang yang mendung dan memendungkan diriku ini.  Hahaha..Ayat tak boleh blah.  Entah kenapa minggu nie membosankan dan semangat nak buat kerja tue sikit-sikit jea ada dalam diri.  Lagi tak boleh blah.  So petang nie aku nak tulis entry yang best-best jea untuk menghilangkan kekusutan dalam diri.

Entry best lagi tak boleh blah.  Hehehe..Hari tue saje join Peraduan anjuran Pa&Ma.  Tengok hadiahnya Mickey Mouse Clubhouse Lunch Box eksklusif.  Tak tahulah macam mana eksklusifnya.  Yang penting aku dapat.  Boleh bagi pada adriana.

Aku saje tengok-tengok web Pa&Ma, then terjumpa peraduan nie yang sangat mudah so apa lagi.  Aku pun joinlah.

Then minggu lepas aku dapat email kata menang peraduan nie.  Wah seronoknya.  Walaupun hadiahnya kecil tapi oklah.  Dapat jugak lunch box dari Mickey Mouse Clubhouse.  Boleh bagi pada adriana.  :D  Itu jealah cerita aku mengenai peraduan.  

Till then.
Love...AA
Publish!





                                                                                               




Tuesday, November 20, 2012

~Hadiah Dari 7-Eleven Sudah Sampai~

Inilah akibatnya bila sudah berhari-hari tidak update blog.  Baru 2 hari jea pun tapi update mengalahkan dah sekian lama.  Tension betul bila tak ada laptop kat rumah.  Tapi tak apalah sekurang-kurangnya internet dah ada.  Tak lah aku mati kutu kat rumah tue.  Hikhikhik..

Hari ini betul-betul mengupdate blog aje kejenya.  Oleh sebab mood ke laut dan nak buat kerja pun memang sampai sudah tak datang moodnya.  Tapi aku buatlah jugak.  Bukan tak buat langsung.  Ada pulak orang kata aku makan gaji buta.  Entry kali nie, aku nak cerita mengenai hadiah dari 7-Eleven telah pun selamat sampai kepada kami.  Aku pernah buat entry kemenangan di SINI.  Rezeki ketiga untuk tahun ini.  Orang lain dah berpuluh menang.  Aku baru tiga jea.  Aku hanya comper biasa-biasa jea.  Ada rezeki menanglah.  Tak ada rezeki tak menanglah.  Terima seadanya. :-(

So ini ceritanya.  Hadiah daripada 7-Eleven iaitu Micro Hifi jenama Philips telah pun kami terima pada 8 November yang lalu secara courier.  Nasiblah time tue aku cuti.  Kalau tak memang tak ada oranglah nak terima time barang nie sampai.  Jom tengok.

Masa dalam pembalutan lagi.  Aku tunggu tuan badan balik.  Sebab menang guna nama asben walaupun yang mengira logo adalah AKU.  Nak jugak mention yea yang aku ada kaitan dalam ini perkara.  Hihihi..

Tadaaa...Asben balik dialah yang bukak.  Kalau nama aku dah lama aku bukak dan tengok.

Inilah hadiahnya.  Aku tak snap gambar barang sebab kita test jea lepas tue masuk balik dalam kotak sebab belum ada tempat yang sesuai nak letak.  Tengah dipikir-pikirkan.  Kebetulan sama pulak jenama dengan home theater yang asben beli sendiri masa besdaynya.  Hihihi...Buat masa nie hifi nie masih di dalam kotak sampailah ada tempat barulah ia akan dikeluarkan.  Sekian.  Mudah-mudahan adalah lagi rezeki untuk kami.  InsyaAllah dan Amin...







                                                                                                                     

Thursday, October 25, 2012

~Menang Micro Hi-fi Player Dari 7 Eleven~

Dapat tahu semalam itu pun dari asben.  Asben aku sms aku suruh tengok email.  Rupanya dia dapat email mengatakan yang dia menang dari 7 Eleven.  Asben aku forwardkan email yang dia dapat tue.  Inilah email yang asben aku dapat yang telah diforward pada aku. 

From: sarachin@fn.com.my
Date: Fri, 19 Oct 2012 18:25:46 +0800
Subject: FW: Amazing Wins Conetst with 7-Eleven
To: affendy.bidin@live.com
Dear En Affendy

You have won a Philips Micro Hi-fi player  in the recent contest that F&N Beverages Marketing held together with 7-Eleven.

Please contact me at 012-3166378 on Monday to find out how to claim your prize.

All prizes not claimed within 30 days of this notice will be forfeited.

Thank you.

Sincerely
Sara Chin

Baru beberapa hari lepas kita orang cakapkan hal nie.  Alhamdulillah rezeki untuk kami walau 3rd prize pun.  Kira hadiah nie milik aku jugak sebab aku yang kirakan logo kat borang contest tue.  Naik juling mata dok mengira logo 100 plus dan logo F&N.  Tapi letak nama asben sebab dia yang dok membeli air 100 plus.  Memang dia minum 100 plus.  Dalam kereta memang standby jea air 100 plus sebab opis asben aku kan jauh.  Itulah air yang dia minum untuk menghilangkan mengantuk.  Kikiki.  Tapi dek kerana malas nak mengira akulah yang tukang kira logo tue.  So ini dikira hadiah bersamalah yea.  Apa-apa pun alhamdulillah.  Semangat datang berkobar-kobar lagi untuk join contest.  Kalah belakang kira, yang penting kita join!!!Mana tahu ada rezeki.







                                                                                                

Tuesday, May 22, 2012

~Hadiah Cabutan SSP BSN Sudah Sampai~

Hari tue saya cerita mengenai kemenangan saya dari Dutch Lady di SINI.  Tapi hadiahnya belum sampai ke tangan saya lagi.  Kali nie entry mengenai kemenangan asben untuk cabutan Sijil Simpanan Premium di BSN.  Kira menanglah kan.  Hikhikhik..Nak jugak cite pasal asben kang dia kata asyik cite pasal aku jea.  Jelesler tue.

Asben dapat cabutan daripada BSN untuk bulan Februari lepas.  Dapat cabutan tempat keempat dan hadiah MP4.  Oklah tue sebagai permulaan.  Dan dari sinilah jugak timbul minat aku nak masuk beberapa contest semula setelah sekian lama tidak menceburkan diri sebab asyik tak menang.  Kecewa dan putus asa sudah tapi timbul kembali semangat setelah asben dapat cabutan bertuah ini.  Walaupun hadiahnya kecil tapi ia sangat bermakna.  Tak sia-sialah asben buat sijil simpanan premium.

Inilah suratnya yang asben terima dua bulan lepas.  Dapat surat terus reply semula pada BSN.  Binilah yang tukang fakskan.

Jumaat lepas, kami terima bungkusan ini yang dialamatkan ke rumah mak aku.

Dan inilah rupa hadiah daripada BSN iaitu MP4.  Dah ke hulu ke hilir pulak asben aku tutup telinga.  Patut aku panggil tak dengor.  Rupanya dengar walkman freenya itu.  Sabajelah.

Note>>>Tak sabar nak tunggu hadiah IPad daripada Dutch Lady pulak.  Lambatnya nak sampai.  Di sebalik kemenangan ada juga kekalahan.  Nanti aku ceritakan hatrik kekalahan yang aku lalui.  Itu pun kalau ada masalah yea.






                                                                                                                     



Tuesday, May 15, 2012

~Wrislet Carlo Rino From Alycia~

Cerita yang sudah basi.  Dapatnya minggu lepas tapi sebab berkampung di hospital aku tak sempat nak update sampailah empunya badan yang pos pm aku di FB menanyakan sudah terima ke belum.  Sori yea alycia.  Tak dan nak bagitahu.

Aku terima bungkusan nie pun tak ingat hari apa.  Mak aku bagi kat adriana suruh bagi kat aku sebab aku guna alamat rumah mak.  Hadiah nie aku dapat masa aku join segmen yang alycia anjurkan di SINI.  Senang jea segmennya.

Inilah rupa wrislet carlo rino yang aku dapat daripada Alycia.  Terima kasih banyak-banyak.  Seronok yea. :D





                                                                                                                         

Sunday, May 13, 2012

~Saya Menang Ipad Dari Dutch Lady~

Sejak dua tiga menjak nie aku memang gile masuk contest.  Pembakar semangat aku adalah dari asben aku sendiri.  Itu pun sejak asben dapat cabutan bertuah dari bsn untuk sijil simpanan premium.  Asben aku dapat hadiah mp4.  Mana bini dia tak teruja kan.  Entah macam mana aku mula join contest yang ada diadakan.  Memang sekarang gila contest.  Aku cuba join contest dari dutch lady. 

Inilah contest yang aku join.  'Jadi bijak, jadi terkenal'.  Aku join pun last minit.  Dapat hantar beberapa form jea.  Untung nasib mana tahu dapatkan.  Percaya pada rezeki. :D

Peraduan nie kena pilih 3 kisah bijak dari 10 kisah bijak di atas.  

Dan khamis lepas aku saje jea cek untuk list pemenang.  Sekali tengok nama aku tersenarai pulak.  Aku menang untuk minggu ke 8.  Tak lama lepas aku tengok Kak Ayu pulak sms aku tanya aku ke yang menang Ipad dari dutch lady.  Tq Kak Ayu. :D  List pemenang boleh tengok di SINI.

Hadiah utama untuk pengundi pun sangat menarik.  Tidak mengharap tapi kalau ada rezeki tidak ke mana sebab kalau tak silap ada 183 orang untuk 9 minggu.  Dapat Ipad pun dah kira bersyukur.  Nak beli sendiri tidakler mampunya.








                                                                                                                      

Wednesday, February 8, 2012

~Pertama Kali Menang GIVEAWAY dari Adianiez~

Alhamdulillah..Pertama kali menang giveaway.  Adianiez ada buat giveaway DI SINI.  Owner blog nie sebenarnya ofismate asben aku tapi aku kenal dia dulu dari blog bukan dari asben aku.  Asben aku pun kenal setelah Aida pindah ke Kastam Melaka.  So tadi saje tengok sape yang bertuah untuk Giveaway Aida.  Sekali tengok nama aku.  Hehehe..Tq Aida..

Hadiah untuk Giveaway ini adalah voucher KFC.  Feveret fast food tue.  Boleh digunakan nanti yea. 

Bolehlah tengok SINI untuk pengumunan giveaway dari Aida.  Terasa bertuah pulak.  Apa-apa pun tq to Aida.

Note>>>Aida, kalau tak dapat hantar ke rumah boleh aje pass pada Tuan Little Apen tue.  Hikhikhik