Showing posts with label Weekend Stories. Show all posts
Showing posts with label Weekend Stories. Show all posts

Saturday, November 30, 2019

Menonton Ejen Ali di Paradigm Mall

Assalamualaikum.

Hai.

Selamat malam.

Percubaan untuk update blog laju-laju sementara rajin yang menyinggah dalam diri. Bila rajin pergi apa pun tak boleh jadi. Makanya akan bermalas-malasanlah selagi rajin tidak kunjung tiba. Begitulah putaran kehidupan rajin dan malas.

Khamis lepas, 28 November 2019 hari pertama tayangan Ejen Ali. Memandangkan Ammar yang kesunyian sebab kakak belum balik JB lagi - masih bercuti di Melaka. Ammar sebab tak bercuti di Melaka, dia kena alergik kat tangan. Jadi tak nak tinggalkan dia sana. Nanti susahkan orang. Itulah yang dia sorang saja yang ikut balik.

Sebab kasihankan dia, aku dan suami buat keputusan untuk bawa dia pergi menonton wayang. Ammar nak menonton Ejen Ali. Jadi emak dan apak pun melayankan anak bujang sorang itu.

Gaya apak dan anak bila bergambar memang macam-macam.

 Omak dan anak pula.

Ammar bergambar secara solo.

Menonton Ejen Ali di Paradigm Mall. Bukan main berposak kita orang cari pintu masuk. Pusing sana pusing sini. Tiket wayang jam 9.30 malam. Kita orang makan dulu. Makan kat Chicken Rice Shop. Minggu ini repeat lagi.

Papa dan Ammar.

Habis menonton dalam jam 11.30 malam kalau tidak silap. Lepas tengok wayang aje kami terus balik rumah. Mata pun dah mengantuk.

Esoknya jumaat, sebelah petang kami ke Toppen. Shopping mall yang baharu. Lokasinya di Tebrau bersebelahan dengan IKEA.

 Singgah Family Mart yang ada di dalam Toppen beli aiskrim.

 Kemudian jalan-jalan cuci mata di marketnya.

 Masa ini sudah berada di tingkat 3 bahagian food court.

Makan malam kami di Old Town White Coffee.

Mama dan Ammar.

Pilihan menu mama malam itu. Sebelum itu, aku sudah bedal roti bakarnya. Aku memang minat dengan roti bakar Old Town.

Begitulah dua hari kami bertiga yang diisi dengan dengan pelbagai aktiviti. Tidak sabar menunggu Kakak Nana balik. Sudah rindu padanya.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim




Monday, February 4, 2019

Cerita Jumaat Sampailah Ahad

Assalamualaikum.

Selamat petang.

Cubaan untuk menulis di blog yang semakin sepi. Entri pertama untuk Februari. Selamat datang Februari. Semoga baik-baik saja. Ya, kesibukan ditambah kemalasan tahap sepuluh memang membawa kepada pekerjaan yang tidak menjadi. Semuanya pun malas. Entahlah. Baca buku pun dalam keadaan pembacaan yang perlahan. Budak mengeja lagi lajulah. 

Ini cerita entah berapa minggu yang lepas. Aku dah simpan dalam draf. Kena, kena dan kena juga menulisnya di sini. Gambar yang akan menjadi kenangan. Sebenarnya dah cerita kat instagram tapi itulah menulis di sana tidak sama perasaannya menulis di sini. 

Baiklah, aku kongsikan lagi di sini. Buat kenangan akan datang. Manalah tahu  tiba-tiba insta buat hal adalah backupnya di sini.

Suatu jumaat kami keluar untuk ke Popular sebab nak guna baucer. Memandangkan kita orang ini dalam misi mengumpul duit jadi sanggup tak makan rehat itu. Beli roti aje. Berjimat-cermat katanya.

Beli buku tak apa. Hahaha. Nanti makanlah buku-buku ini. Dua buah aku beli secara online yang kebetulan masa itu sedang ada promosi. Rugi juga kalau tak grab. Kemudian beli lagi dua buah untuk guna baucer.

Petang itu, balik rumah mak sebab malam nak jemput suami di Melaka Sentral. Mak pula masak macam-macam. Ada nasi ayam dan lontong. Sedap wei makan.

Malam ke Melaka Sentral jemput kekasih hati.

Esoknya, sabtu 26 Januari 2019 kami ke jemputan kahwin. Jumpa geng travel ke Krabi.

Sebelum pulang bergambar dengan tuan rumah (yang tengah). Dulu EO kat tempat aku. Sangat baik dengan aku. Yelah, macam mak-mak.

Bergambar dengan geng travel ini wajib. 

Kemudian jumpa mak mentua di Tesco. Lepak kejapan sebelum berpisah ke destinasi masing-masing. 

Kemudian datang adik ipar dengan isterinya. Sekali lagi kita orang bergambar.

Balik lepas jumpa mak mentua dan ipar duai aku berposak buat dadih sebab nak bagi jiran yang buat kenduri aqiqah malam itu. Itu saja yang sempat aku nak membuat. Kan dah kata bermalas-malasan.

Malamnya, selepas isyak kami ke rumah jiran.

Adik ipar aku pun ada sebab bawa mak aku.

Bergambar dengan tuan rumah dan pengantin.

Inilah pengantinnya.

Balik kita orang jalan kaki. 

Esoknya masak meatball carbonara cheese.

Sebelah malam ke Melaka Sentral hantar suami yang nak balik JB.

Memandangkan Dak Ammar tak sihat masa itu, sampai saja parkir Melaka Sentral selambak dia muntah jadi suami suruh aku balik dulu. Jadi malam itu tiadalah adegan membuang air mata. Selamat air mata. Hahaha. Itu sahaja catatan serba ringkas. Nanti datang kerajinan akan ditulis lagi catatannya yang lain.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Monday, January 14, 2019

Menaiki River Cruise

Assalamualaikum.

Selamat pagi.

Selamat bekerja. Ini kisah yang berlaku dua minggu sebelum tahun baharu. Program jabatan. Memandangkan boleh angkut keluarga, aku pun angkutlah yang tiga ketul tu. Mana boleh tinggal. Mulanya memang nak tinggalkan pun tapi bila sebelah petang tu ada tempat kosong lagi jadi aku bawalah mereka.

Bukan selalu pak encik aku tu nak ikut kalau pasal kebajikan. Kalau pasal kastam aku selalu aje menebeng. Tak juga tapi aku kira banyaklah. Hahaha.

Jumaat tu selepas solat maghrib, kami keluar menuju ke tempat River Cruise. Dapat arahan dalam grup HQ yang bot akan bergerak jam 8.00 malam. Jadi memang aku dah siap tunggu azan maghrib.

Antara yang pergi malam itu.

Aku pun nak bergambar juga.

Oleh sebab cuti sekolah, ramailah pengunjung.

Kami dan keluarga officemate aku, Balkhes.

Menunggu bot.

Sedia untuk bergerak.

Mama dan Nana.

Apak dan Ammar. Ini dua orang memang sebijik perangai dan rupa.

Kemudian kita orang singgah makan di Cendol Kampung Hulu. Dia orang makan di tempat lain tapi kita orang tak join. Laki ai kan pemalu.

Ramen asam pedas. Sedap gila.

Maggi asam pedas telur ikan.

Setelah begitu lama tempat ini viral kami anak-beranak baru berkesempatan untuk menjejakkan kaki di sini. Itu pun masa sampai penuh. Kami hampir sahaja mahu makan di tempat lain. Bila dah namanya ada rezeki, baru nak tinggalkan tempat ni ada sebuah meja kosong. 

Highly recommended!

Bagi aku, sesekali bolehlah ke sini. Harganya boleh tahan juga tapi puas hatilah. Makanannya sedap belaka. Cubalah!

Salam pena,
Fyda Adim



Monday, December 17, 2018

Bengkel Penulisan Kisah Hidup Sri Diah

Assalamualaikum.

Selamat pagi.

Kembali bersiaran. Setelah 17 hari di bulan Disember, ini entri pertama untuk bulan ini. Gigihlah aku menulis malam tadi. Banyak cerita sebenarnya. Cerita fasal kepulangan mak long ke negeri abadi pun belum aku kongsikan di sini. Nantilah. Belum ada kekuatan nak bercerita. Tapi akan aku tuliskan juga di sini untuk dijadikan kenangan.

Baiklah, berbalik pada tajuk entri. Sabtu lepas aku menghadiri Bengkel Penulisan Kisah Hidup di bawah bimbingan penulis tersohor, Puan Sri Diah. Kiranya, ini kali kedua aku menghadiri bengkel penulisan. Tujuan utama memang untuk menambah pengetahuan dalam bidang penulisan. Kemudian aku mahu bercampur orang sebab aku kan susah bercampur orang. Orang katalah. Bukan aku kata. Aku okey je campur ke tidak. Hahaha. Jadi mahulah menambah kawan baharu.

Kebetulan, ada kawan di kawasan kejiranan tag aku fasal bengkel ini. Aku pun terus hantar mesej pada beliau. Rupanya dia cikgu sekolah anak aku. Betapa kecilnya dunia ini. Bukan. Betapa kecilnya Melaka ini. Aku memang nak menyertai Bengkel Kisah Hidup Sri Diah tapi masa tu bengkel tersebut diadakan di Shah Alam. Aku tak dapatlah nak pergi. Memang rezeki sungguh bila bengkel ini diadakan di Melaka. Aku tak fikir apa memang terus daftar.

Sabtu lepas, terpaksa berkorban tinggalkan pak encik dan anakanda berdua untuk memberi ruang aku menuntut ilmu.

Selamat tiba di tempat bengkel dalam jam 8.00 pagi.

Di sinilah tempatnya aku berbengkel daripada pagi hingga ke petang.

 Sampai saja aku daftar dulu.

Kemudian kami disajikan hidangan untuk sarapan.

 Di suatu sudut ada meja menjual buku.

 Oleh sebab diberi keizinan untuk menjual, aku angkutlah buku-buku juga untuk dijual.

 Sesi berkenalan pada mulanya.

 Adalah beberapa pembuka bicara.

Kagum sangat dengan beliau.

 Ada lima modul yang disampaikan hari itu.

Sebelah aku ni doktor pakar sakit puan di Hospital Besar Melaka. Malam tu memang aku suarakan pada pak encik. 

"Bengkel esok ada doktorlah, pensyarahlah, cikgulah...Saya je kerani. Rasa segan pula." Luahku malam sebelum ke bengkel.

Sudahnya, doktor tu yang duduk di sebelahku. Lima belas minit pertama, aku membisu. 

Makan tengah hariku. Berbaloilah bayar mahal-mahal makanan pun memuaskan. Selera aje aku makan.

 Kemudian sambung sesi petang.

Doktor tu wakil kumpulan kita orang untuk presentation. Suruh aku cakap kat depan memang tidaklah.

Ini kawan aku bersama Puan Sri Diah. Sebenarnya aku kenal kawan aku ni daripada Myra Mokhtar. Kawan atas kawan. Bukan kawan makan kawan ya.

Aku dan Puan Sri Diah. Semoga aura Puan Sri sedikit sebanyak meresap dalam diri aku.

Sebahagian daripada kami.

Ini grup kita orang seramai 6 orang.

Majlis penyampaian sijil oleh Puan Sri Diah. Menarik sangat.


Kawan-kawan baharu aku hari itu. Ada yang sudah add friend di laman muka buku. Jika diizinkan Allah, kami akan ada buku secara berjemaah. Semoga dipermudahkan urusan kami semua. Buku kisah hidup yang mungkin boleh dijadikan bahan bacaan santai.

Sebelum pulang, aku sempat menandatangani buku-buku yang dibeli. Allahu, pertama kali nak sign depan orang boleh rasa tak nervous aku macam mana. Siap cari pen tak jumpa. Punyalah kalut.

Sekeping gambar bersama pembeli buku-buku aku. Ada lagi dua orang aku terlupa nak bergambar dengannya. Tak apalah. Semoga buku-buku ini memberi manfaat pada semua. Akhir kata, semoga bengkel ini akan memberi hasil yang berbaloi-baloi pada kami semua. Semoga impian kami akan tercapai. InsyaAllah.

Sekian dan wassalam.

Salam pena, 
Fyda Adim