Showing posts with label Kluang 2019. Show all posts
Showing posts with label Kluang 2019. Show all posts

Wednesday, October 23, 2019

Jalan-jalan di Kluang

Assalamualaikum.

Selamat pagi semua.

Hujung minggu lepas bersamaan hari Sabtu iaitu 19 Oktober 2019, kami empat beranak berjalan-jalan ke Kluang menaiki keretapi dari Stesen KTM Kempas. Plan yang dibuat saat-saat akhir setelah beberapa bulan merancang. Setiap kali merancang mesti minggu itu macam malas nak berjalan jauh-jauh. Kemudian ada minggu yang balik Melaka.

Jadi minggu ini kami tak balik Melaka, buatlah plan. Kalau yang plan saat-saat akhir ini kebarangkalian rancangan itu menjadi adalah sangat tinggi. Selalunya yang merancang berbulan-bulan mesti ada saja aral melintang.

Kami bertolak dari rumah dalam jam 8.00 pagi. Terus ke stesen KTM Kempas. Kita orang siap-siap beli roti dan segala kudapan untuk dimakan dalam perjalanan sebab memang bercadang nak makan di Kluang. Itulah yang tak sarapan beria cuma makan sarapan roti sahaja.

Stesen keretapi Kempas.

Sedang menunggu ketibaan keretapi. Tiketnya jam 10.30 pagi. Dijangka tiba di Kluang lebih kurang 12.30 tengah hari. Sedang elok makan tengah hari di sana sahaja.

Bergambar dululah selagi keretapi belum tiba.

Mana keretapi ni?

Sudah berada dalam keretapi. Mari mulakan perjalanan.

Selamat tiba di Kluang.

Permandangan di stesen keretapi Kluang.

Kami makan di Kluang RailCoffee. Selalu nampak orang cerita fasal tempat ini. Kali ini aku dapat ke sini juga akhirnya.

Makanan yang kami pesan.

Aku sudah tentu pesan laksa johor. Sejak merantau ke Johor inilah yang selalu dicari.

Aku pesan minuman cham. Sepahit kopi semanis cham. Itu tajuk novel yang pernah aku baca awal tahun hari itu.

Betapa ramainya manusia.

Ini adalah senarai menunya.

Selesai makan, kami jalan kaki ke Laman Kreatif Kluang.

Begitulah gaya mak pak bergambar ya.

Aku yang gedik nak bergambar begini. Hahaha.

Mak sama anak kalau bab bergambar memang suka.

Nana. Dia memang pandai posing.

Ammar. Alahai dik. Awat fake sangat senyum tu? Hahaha.

Dari Laman Kreatif kami menaiki grab ke Kluang Mall.

Pusing-pusing sekitar mall. Cari hadiah.

Tak sah kalau tak masuk kedai buku. Satu setengah jam pusing dalam mall kemudian kami menaiki grab ke tempat makan yang aku sudah lupa namanya.

Kedai ini makan atas daun pisang.

Sebelum balik singgah solat. Ini aku sudah jalan terhincut-hincut sebab pakai kasut aku terasa kaki aku sudah tidak boleh bernafas.

Menunggu keretapi.

Dalam perjalanan balik ke JB. Kami tiba di stesen keretapi Kempas dalam jam 8.00 malam. Terus balik rumah sebab sudah makan. Jadi masing-masing sudah kenyang.

Inilah hasil aku masuk ke kedai buku.

Tiket pergi balik. Dari Kempas ke Kluang, tiket dewasa berharga RM13 manakala untuk kanak-kanak pula berharga RM11.

Begitulah perjalanan kami seharian ke Kluang. Sangat menarik dan boleh repeat. Seronok bila dapat jalan-jalan di tempat orang sambil cari makan. Makanannya pun sedap. Sehingga berjumpa lagi di lain entri.

Sekian dan wasslam.

Salam pena,
Fyda Adim