>Fazil Ismail<
Soalan:
salam Dato', saya sudah 9 thun tinggal di Taman Perumahan Sg Bedaun yg di selia oleh Perbadanan Labuan. Tidakkah pihak WP ada rancangan utk menjual unit2 rumah kos rendah ini?
harapan saya dan penduduk laqin agar pihak WP dapat membuat tawaran agar unit2 rumah tersebut dijual kpd yg berminat.
trima kasih..
Jawapan:
Buat masa ini, PL masih belum bercadang untuk menjual rumah kos rendah milik Perbadanan Labuan di Taman Perumahan Sungai Bedaun memandangkan kawasan tersebut merupakan satu-satunya kawasan rumah kos rendah untuk disewakan kepada individu yang tidak mempunyai pendapatan isi rumah yang tinggi.
Namun yang demikian, Perbadanan Labuan kini membuka tawaran untuk pembelian rumah kos sederhana rendah milik Perbadanan Labuan di Taman Mutiara dengan harga RM70,040.00.
>Chui 翠玲 Ling<
Aduan:
Dear Dato. I would like to highlight the transfer of the buses for Seremban-KL and KL-Tg. Malim. why move the buses to the Hang Tuah stop only to have them pass by Central Market again? walking to the HT stop at night is dangerous although there is a Police Station there.
if the case is "obstruction of traffic" then the other buses (Metrobas/RapidKL) should be moved too. they drive recklessly, ignore trafficlights and have the mentality of "might is right" to other road users.
> i am sure a compromise can ...be reached. i.e. the buses cannot park at CM but only can pick up passengers.. those who take the StarLRT/Monorail can still take the bus from HT, but those who use PutraLRT can wait at CM.
- awaiting your kind response. many thanks
and
>Pak Mie<
Aduan:
Salam datuk, pohon yb ambil phatian bhubung larangan bas sks dan suasana edaran untuk laluan ke seremban mengambil penumpang di hadapan CM. Penumpang tpksa ke jln Hg Tuah.. Menyulitkan dan x relevan memandangkan ramai penduduk dr seremban bkerja di KL.. Harap YB tgok2kan lah ye.. Terima kasih..
Jawapan kpd Chui 翠玲 Ling dan Pak Mie:
Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar (KWPKB) sedang dalam usaha untuk mempertingkat dan menambah baik Puduraya dan kawasan sekitarnya bagi meningkatkan keselesaan pengguna dan orang ramai di kawasan tersebut. Atas tujuan itu, Kementerian telah bersetuju supaya operasi bas ekspres Kuala Lumpur - Seremban dan Kuala Lumpur – Tanjung Malim dipindahkan ke Terminal Bas Jalan Hang Tuah. Dengan pemindahan bas-bas ekspres jarak dekat ini, kesesakan lalu lintas di Jalan Tun Tan Cheng Lock berdekatan Pasar Seni (Central Market) dapat dikurangkan.
~ Kemudahan dan Keselamatan Pengguna di Terminal Bas Jalan Hang Tuah. ~
Bagi memastikan keselesaan pengguna, Terminal Bas Jalan Hang Tuah ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti tandas, kantin dan surau dan lokasi terminal ini juga terletak berhampiran dengan stesen LRT dan Monorail yang dapat memudahkan para penumpang untuk pergi ke destinasi seterusnya, di samping itu perkhidmatan bas perantara turut disediakan oleh pihak Rapid KL di terminal berkenaan.
Selain itu, pihak UDA juga turut menempatkan beberapa anggota pengawal keselamatan yang bertugas 24 jam di kawasan terminal berkenaan dan kedudukan Terminal Bas Jalan Hang Tuah yang terletak bersebelahan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur dilihat dapat meningkatkan keyakinan dan keselamatan pengguna-pengguna Terminal tersebut.
~ Isu bas ekspres jarak dekat KL-Seremban ~
Menyedari akan permasalahan yang dialami oleh orang ramai khususnya pengguna bas ekspres jarak dekat Kuala Lumpur – Seremban, pihak Kementerian bersama-sama DBKL, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan LPKP sedang mengkaji kesesuaian laluan bagi memudahkan pergerakan bas-bas ekspres terbabit. Pihak Kementerian bersama agensi-agensi berkepentingan dengan menggunakan kaedah penyelesaian secara bersepadu (Concerted Efforts), akan cuba mencari jalan penyelesaian yang terbaik bagi memastikan kedua-dua hasrat Kerajaan iaitu mempertingkatkan keselesaan pengguna perkhidmatan awam dan mengurangkan kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur dapat dicapai.
Diambil dari Facebook Dato' Raja Nong Chik.