Showing posts with label menteri wilayah. Show all posts
Showing posts with label menteri wilayah. Show all posts

Friday, January 7, 2011

MP Titiwangsa malukan diri sendiri

Ni sorang lagi kes memalukan diri sendiri dan tak buat homework macam geng PR sorang ni (baca sini). Agaknya bila depa ni dapat isu hangat, mata abis dah rabun dah tak nampak apa yang benar apa yang fitnah. Haih~ mana keadilannya? mana kebenaran yang depa dok perjuangkan ni? ke dah tukar haluan dah? Bukan apa, niat tak menghalalkan cara, betul tak?

Baca sini.

Tak ke mengarut namanya tu. Bila Raja Nong Chik naik jadi Menteri Wilayah, aku tengok bukan main lagi hentam. Dah tak tengok kiri kanan dah. Ada saja isu yang ada kaitan dengan Raja Nong Chik, dia hentam. Begini ke cara wakil rakyat sebenarnya? Mengecewakan sungguh.

Dulu, aku tak dak la tak suka sangat dengan Dr. Lo'Lo' ni. Yelah, orang pandai, ada gelaran doktor, pandai bercakap, nampak baik. Tapi entah mana silapnya, atas tiket pemimpin, macam-macam statement dia aku tak setuju. Termasuk yang ni lah. Satu lagi yang ni.





Baca sini.

Jadi, sekarang ni macam mana? Bagi aku, kalaulah Dr. Lo'Lo' ni ada kewibawaan sebagai pemimpin, dia akan pegi mintak maaf kat Jawatankuasa Kg Baru (MAS) sendiri. Lagi baik kat semua orang-orang kg baru. Bagitau, "apa yang saya tulis dalam twitter tu adalah ditujukan kepada Raja Nong Chik dan Najib, takde pun nak perli-perli orang kg baru sebab tak jemput saya." Nanti kita tengok nak ke orang kg baru panggil dia ke apa-apa majlis.

Haih~ ni lah manusia, bila suka mempolitikkan semua benda.

Friday, January 29, 2010

Temu ramah bersama Datuk Raja Nong Chik (part 1)

Dalam surat khabar online, Bernama Online ada siarkan temu duga wartawan mereka dengan Datuk Raja Nong Chik pasal perancangan dalam masa terdekat mengenai kebajikan penghuni Kuala Lumpur.

Ni keratan artikel yang saya ambil dari Bernama Online.

28 Januari, 2010 14:56 PM

KL Bakal Dilengkapi Laluan Pejalan Kaki Bertutup

Temu bual dengan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan

Oleh Jumiati Rosli



PUTRAJAYA, 28 Jan (Bernama) -- Kuala Lumpur akan menyediakan rangkaian laluan pejalan kaki bertutup yang bakal memperindah landskap bandar raya, bermula dengan laluan dari Kuala Lumpur City Centre (KLCC) dan kawasan komersil berhampiran seperti Bukit Bintang.

Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar diberi tanggungjawab untuk memainkan peranan bukan hanya membina laluan pejalan kaki di tempat-tempat tertentu tetapi juga mengawasi pembinaan di pihak swasta supaya suatu hari nanti, semua bangunan di tengah-tengah bandar ada rangkaian bersama.

Menteri berkenaan Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sedang membuat perancangan terperinci bagi pembangunan laluan itu dan sebagai permulaan, Petronas akan memperuntuk kira-kira RM100 juta untuk pembinaan laluan di sekitar KLCC.

Sambil mengakui Kuala Lumpur kini tidak mesra pejalan kaki berbanding bandar besar lain, beliau berharap laluan pejalan kaki ini juga dapat menjadi alternatif kepada warga kota mengurangkan penggunaan kenderaan di jalan raya dan dapat mengurangkan kesesakan.

Beliau berkata kemudahan laluan pejalan kaki bertutup seperti ini sudah dilaksanakan di negara seperti Hong Kong dan sudah terbukti keberkesanannya.

"Penduduk di bandar besar lain lebih banyak berjalan. Di tempat kita ini lain sedikit, sebabnya dengan cuaca hujan dan panas tetapi semuanya diharap berubah dengan adanya laluan pejalan kaki yang selesa dan mempunyai kipas misalnya," katanya dalam temubual eksklusif dengan Bernama.

Pada masa akan datang, kementerian ini juga akan mensyaratkan supaya laluan pejalan kaki ini dibina di kawasan atau bangunan yang baru hendak dibangunkan.

Di Putrajaya pula, usaha sedang dilakukan untuk mengatasi masalah tempat letak kereta yang terhad.

Satu kempen menggalakkan penggunaan bas akan dilaksanakan selepas Perbadanan Putrajaya menambah lebih kurang 70 bas tambahan secara berperingkat.

Raja Nong Chik menjelaskan bahawa mengikut perancangan awal di Putrajaya, beliau dimaklumkan bahawa 70 peratus penduduk di sini sepatutnya menggunakan pengangkutan awam dan selebihnya menggunakan kenderaan sendiri.

"Saya diberitahu sebelum ini tempat letak kereta hanya untuk pelawat. Oleh kerana petugas juga menggunakan kenderaan sendiri, maka timbul masalah tempat letak kereta dan juga mengakibatkan kesesakan lalu lintas," katanya.

Beliau berkata buat masa ini, ada ketikanya bas sedia ada kosong dengan tidak ada penumpang dan kebanyakan pengguna yang mengguna pakai bas di Putrajaya ialah warga asing.

"Tidak banyak yang pakai kecuali warga asing dan ini bermakna kerajaan cuba memberi kemudahan ini tetapi banyak yang tidak suka menggunakannya," katanya.

Beliau berkata satu daripada punca mengapa penduduk di Putrajaya memilih menggunakan kenderaan sendiri ialah kerana tidak ada bas sekolah di sekitar Putrajaya.

Katanya bagi mengatasi masalah itu, Perbadanan Putrajaya akan mengkaji supaya beberapa bas yang ada nanti digunakan sebagai bas sekolah.

Satu lagi kemudahan yang beliau perhatikan tidak diguna sepenuhnya di Putrajaya ialah "Park and Ride". Hanya segelintir yang menggunakannya terutama mereka yang bekerja di Putrajaya tetapi tidak tinggal di sini.

Konsep "Park & Ride" - letak kereta dan naik bas - untuk ke pejabat-pejabat kerajaan diperkenal di Putrajaya sejak 2007 bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas dan mengatasi masalah kekurangan tempat letak kenderaan di situ.


-- BERNAMA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...