CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label Ammar. Show all posts
Showing posts with label Ammar. Show all posts

Monday, November 16, 2015

Imran Jumpa Tok Abah, Kalumpang 2015

15.11.2015 bawak Imran jumpa nenek & Tok Abah dia. Alhamdulillah, Imran sangat behave sepanjang perjalanan selama 1 jam setengah.

Hai Nenek, Nama saya Imran tau. Umur saya 3 bulan dah.

Tok Abah ni suka buat lawak kat saya lah.. Kata imran dalam hati..

Tok Abah kata tak larat nak dukung saya lama lama. Tak pelah tok abah 5 minit tuh pun dah kira ok..  Rasa macam sekejap sangat singgah Kalumpang kampung Abang, pukul 2.30 petang sampai, pukul 5.30 ptg balik dah. Bye 2 tok Abah. Nanti kami datang lagi ye.. 
mm.. bodek tok Abah, dapat lah topi tu kat adik. Sebelum balik Bangi, singgah Tanjung Malim sekejap cari baju celoreng untuk Abang Aman nak pakai ke sekolah, last skali, Ikhwan pun dapat seluar celoreng sama.. hahahaha

Thursday, July 9, 2015

Ramah Mesra bersama Kartunis Binjai

tiba tiba abang Aman request nak lukis karikatur. Alhamdulillah, kali ni ayah bagi green light untuk Abang dan adik Ikhwan. 

Gambar kenangan kartunis Binjai, dan Kartunis Padi. RM10/pic + RM10 laminate. tapi memang puas hati dan diorang ni rajin melayan karenah si Ikhwan yang banyak cakap. 

Sunday, July 6, 2014

Semperit Susu Adik Beradik

Kuih raya bagi adik ialah biskut semperit. tiap hari bisik kat ummi, bila nak buat kuih laye ni ummi. Resepi paling senang dan senang yang amat senang.

Bahan:
1 ketul buttercup
1 tin susu pekat
tepung jagung 600gram. 1 bungkus setengah
ceri untuk hiasam.

Cara:
butter kacau dengan susu pekat sampai sebati dan masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit sampai jadi doh. Sedia untuk di bentuk. Bakar 15 minit pada suhu 150

Abang mengacu



Adik menceri

boleh la...

bermodalkan RM15 dapat la 3 balang. Sedap dan resepi yang umi dapat dari FB ni memang confirm menjadi. 

Monday, May 12, 2014

Adik Nak Pegi Walatan Ni

Terharu betul dapat makan jambu air ni.. Mama kirim dari kampung. Dalam pada sakit lutut, sempat juga petik buah ni bagi anak yang jauh di mata merasa.. Betapa dasyatnya kasih sayan seorang ibu pada anaknya. Terima kasih mama..

kebiasaannya, ikwan berbantalkan lengan ummi. Kalini dia request nak baby Izzah baring kat lengan dia.. Abang Ikhwan dah besar katanya..  Sayangnya Ikhwan pada Izzah.. "Aten, boleh tak adik nak ambik baby Izzah?". Ummi, nanti bagi adik duit, adik nak pegi walatan nak belikan Baby Izzah cokelat. 

Lawatan Pasti Al-Faizin kali ni di Muzium tentera Udara Malaysia- Kilang Cokelat Beryls - Farm in The City Seri kembangan. Bayaran cuma RM58/pax. 
Bye bye Baby Izzah, Izzah jangan nangis tau. Abang pegi sekejap je. 

Imam Muda Aman dan Imam Muda Ikhwan

Bye bye Ummi, jangan nangis tau.. Setakat gambar ni je lah yang ummi ada pun.. Semasa kejadian lawatan kando gambar. 

balik tu jumpa 2nd Cousin beramai ramai.. 

Adik: Laa Waa Tan.. Walatan... puas membetulkan perkataan lawatan, sampai sekarang masih tak berjaya. Si Ikhwan tetap dengan WALATAN dia.. kikikiki


Monday, April 28, 2014

Ke Telok Chempedak Sebelum Balik Bangi


Lepas Check out, kami ke sini pulak.. ramainya orang di sini..

layankan budak budak ni main layang layang dalam 20 minit sebelum bergerak balik.. Layang layang abang *kaler merah, beli di Pantai Batu Burok,  Terengganu 2 tahun lepas dengan harga RM5. Adik punya beli kat Teluk Cempedak RM10. 

wajib singgah sebelum berangkat balik.. Nasi minyak lagi 2 beranak ni.

Laksa boleh tahan sedap.. dan kuih ituuuu!!! sangat sedap

Kuih sedap.. RM1/3 ketul.. ada lagi kuih 3ketul RM1 kan.. murah pun muah, sedap pulak tu...

macam macam ada di sini.. semua sedap sedap. Kalau lah kuih ni tahan sebulan, mau tapau bawak balik ni..

Bye bye Kuantan.. Aman cakap, lain kali Aman datang lagi.. 


Saturday, April 26, 2014

Jalan Jalan Cari Makan di Kuantan, Ana Ikan Bakar Tanjung Lumpur

Selepas Isyak, misi mencari makan malam.. Senang sangat rupanya mencari makanan sedap di Kuantan ni. 
Walaupun Ana Ikan Bakar Bandar Baru Bangi boleh dikatakan sepelaung je dari rumah, kami nak juga merasa Ana Ikan Bakar Tanjung Lumpur yang memang terkenal di Kuantan ni.  
Anak bujang ni memang tak makan seafood, tomyam ayam dan telur dadar sajalah santapan beliau.. Sedapppp dan tak kedekut ayam. Aman pemakan ayam tegar pun x mampu habiskan tomyam ayam nih. 

disebabkan masih kekenyangan makan kat Warung Paksu dan Maksu, kami order sotong goreng tepung 2 ekor dan ketam masak pedas seekor. Fresh dan sangat murah makan disini. Beza sangat lah dengan Ana Ikan Bakar Bandar Baru Bangi.  Geram bila teringat ketam fresh yang gemok gemok. Perut dah kenyang, mari kita balik tidur.. 

Selepas subuh kami keluar semula. Misi mencari sarapan pulak. Tanjung Lumpur jugak..  Jalan jalan dulu

Sepanjang pesisir pantai Tanjung Lumpur

Ana Ikan Bakar Tanjung Lumpur. Ada 3 kedai semuanya, dan kami makan kedai paling hujung sekali.. 

Sarapan disini.. suasana tepi pantai yang best

Aman, Adik dan Ayah makan nasi minyak gulai ayam lagi. RM3.50/set

umi makan ini aja, RM1/3 ketul.. Tekejut Mak!! 2 kali tanya, last skali umi borong ketupat ni sampai habis..




jom check out.. lpas ni kita cari makan lagi.. Yang lain semua enjoy food, kecuali adik ni. Minta macam macam tapi makannya tidak. Makan biskut saja. bila sampai rumah, tau pulak cari nasi. 





Friday, April 25, 2014

Bukit Gambang & Kuantan (Last Minute Plan)

Cuti sekolah bulan Mac haritu Aman dapat Voucher Bukit Gambang RM14.50/pax kanak kanak dan RM19.50/pax untuk dewasa. Aman nak sangat sangat ke Bukit Gambang masa cuti sekolah, tapi selepas puas di pujuk oleh Ayah, akhirnya dia akur. "oklah ummi, kita pegi lepas cuti sekolah lah".  Kebetulan Sabtu lepas air di catu, ajomm Aman, kita pegi Bukit Gambang lah.. Punyalah seronok Aman dan Adik.. Awal pagi kira duit tabung RM29.00 untuk entrance fee.. *Aman dah janji nak bayarkan untuk diri sendiri dan blanja adik. Aman kan banyak duit.. hihihi..

From Bangi to Bukit Gambang, Peace!!
7.00pagi dari Bangi, 10.45pagi baru sampai Gambang. Banyak sangat persinggahan kami.. 
Tiket untuk 4 orang RM68
Dalam ni dia tak pakai cash, so kena lah bayar RM100 untuk e-value. Macam sistem kupon lah gitu. Makan, locker, tube semua pakai e-value saja. 

Tidak lah ramai orangnya pun yang beratur, tapi dekat sejam lah berdiri di sini sementara mensettlekan apa yang patut. Nampak macam sistematik, tapi sebenarnya, sistem dia sangat menyusahkan pengunjung. Pendapat saya lah. 

Double tube RM20.  kalau tak ambik pun tak apa.. Locker RM20. Locker agak kecik, kena amik 2.

Anak anak happy. 



sementara menunggu ummi bersiap selepas mandi. Tiada gambar mandi manda pun.. handphone selamat dalam locker..overall, anak anak enjoy di Bukit Gambang. Cuma

Check Inn Grand Continental Kuantan. Recommended.. murah, service terbaik, bersih dan yang paling penting, cukup selesa untuk anak anak.. Tengah bulan ni Ummi kurang mampu The Zenith sayang. 

minum petang di Warong paksu & Maksu Peramu. Senang cari, google aje balai polis Peramu, confirm akan jumpa warong ini.. Thorbaekkkkkk!!!!! perut kenyang, hati pun senang.

Adik dan RM2 keropok lekor

Aman dan Nasik Minyak kedai sebelah Warung Paksu & Maksu. Boleh tahan sedap. Nasi minyak gulai ayam RM4 saja. Murah dan sedap

pukul  6.30 petang tinggal ini saja yang ada. Ikan, Udang dan sardin roll. yang lain semua sudah habis terjual termasuklah satar & otak otak. Takpa, esok kita datang lagi. 

Review: Anak anak suka sangat. Mak anak yang tak berapa suka sebab panas.. Makan dalam ni memang sangat senang la, di mana mana ada kedai.. Kami makan nasi kukus RM9.50 set dengan air, Alhamdulillah kenyang dan sedap. 

Sunday, March 23, 2014

Penawar

senyumlah wahai anak anak. Penawar hati gundah gulana. Moga kalian membesar sebagai anak yang soleh dunia dan akhirat dan taat perintah Allah.

Sunday, March 9, 2014

Ana Ikan Bakar Petai, Bandar Baru Bangi


Macam macam seafood di jual di sini. Ikan bawal, Ikan siakap, jenahak, jebong, pari, ketam, udang, ikan yang x dikenali pun ada juga.

Harga seperti gambar di atas dan di bawah. 


.
pilih ikan, pilih menu, pastikan kita ingat nombor meja, then siap.. Itu baju hijau belang belang tu adalah anak umi yang bernama Ikhwan. Dia dok menyibok promote ikan di celah celah pelanggan Ana Ikan Bakar Petai, BBB yang baru sampai. Balik rumah cepat cepat pi bilik mandi, minta tukarkan baju sebab "Adik dah bau ikan mi".

Menu malam itu, butter prawn, Ikan siakap stim, jenahak 3 rasa, ketam sweet sour, sotong gorang tepung dan ikan jenahak bakar, nasi putih dan tomyam & telur dadar untuk anak anak. Makan sampai kenyang.  di Kedai ni juga ada jual keropok lekor panas panas, kerabu mangga dan juga satar.. Boleh tahan sedap juga.
Makanan sedap sedap blaka
 service tiptop
air dap!
harga amat berpatutan. 
Aman bagi 5/5 bintang..