Cuti sekolah bulan Mac haritu Aman dapat Voucher Bukit Gambang RM14.50/pax kanak kanak dan RM19.50/pax untuk dewasa. Aman nak sangat sangat ke Bukit Gambang masa cuti sekolah, tapi selepas puas di pujuk oleh Ayah, akhirnya dia akur. "oklah ummi, kita pegi lepas cuti sekolah lah". Kebetulan Sabtu lepas air di catu, ajomm Aman, kita pegi Bukit Gambang lah.. Punyalah seronok Aman dan Adik.. Awal pagi kira duit tabung RM29.00 untuk entrance fee.. *Aman dah janji nak bayarkan untuk diri sendiri dan blanja adik. Aman kan banyak duit.. hihihi..
From Bangi to Bukit Gambang, Peace!!
7.00pagi dari Bangi, 10.45pagi baru sampai Gambang. Banyak sangat persinggahan kami..
Tiket untuk 4 orang RM68
Dalam ni dia tak pakai cash, so kena lah bayar RM100 untuk e-value. Macam sistem kupon lah gitu. Makan, locker, tube semua pakai e-value saja.
Tidak lah ramai orangnya pun yang beratur, tapi dekat sejam lah berdiri di sini sementara mensettlekan apa yang patut. Nampak macam sistematik, tapi sebenarnya, sistem dia sangat menyusahkan pengunjung. Pendapat saya lah.
Double tube RM20. kalau tak ambik pun tak apa.. Locker RM20. Locker agak kecik, kena amik 2.
Anak anak happy.
sementara menunggu ummi bersiap selepas mandi. Tiada gambar mandi manda pun.. handphone selamat dalam locker..overall, anak anak enjoy di Bukit Gambang. Cuma
Check Inn Grand Continental Kuantan. Recommended.. murah, service terbaik, bersih dan yang paling penting, cukup selesa untuk anak anak.. Tengah bulan ni Ummi kurang mampu The Zenith sayang.
minum petang di Warong paksu & Maksu Peramu. Senang cari, google aje balai polis Peramu, confirm akan jumpa warong ini.. Thorbaekkkkkk!!!!! perut kenyang, hati pun senang.
Adik dan RM2 keropok lekor
Aman dan Nasik Minyak kedai sebelah Warung Paksu & Maksu. Boleh tahan sedap. Nasi minyak gulai ayam RM4 saja. Murah dan sedap
pukul 6.30 petang tinggal ini saja yang ada. Ikan, Udang dan sardin roll. yang lain semua sudah habis terjual termasuklah satar & otak otak. Takpa, esok kita datang lagi.
Review: Anak anak suka sangat. Mak anak yang tak berapa suka sebab panas.. Makan dalam ni memang sangat senang la, di mana mana ada kedai.. Kami makan nasi kukus RM9.50 set dengan air, Alhamdulillah kenyang dan sedap.
No comments:
Post a Comment