CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label Sekolah. Show all posts
Showing posts with label Sekolah. Show all posts

Friday, March 7, 2014

Umi Suka Malah Adik


Macam mana umi tak marah adik, umi suruh siapkan kerja sekolah tapi adik sibuk colorkan buku PASTI ni. Macam macam color adik buat, cikgu warna merah, kawan kawan adik pun colorfull. Umi marah adik sebab adik liat sangat nak siapkan kerja sekolah. Adik minta umi yang siapkan "Umi tolong adik buat, nanti adik mintak bintang kat cikgu untuk umi, adik bagi umi bintang banyak banyak nanti". wakahahahaahah.. Sakit perut umi gelak.


Saturday, March 1, 2014

Perangai Si Adik Ikhwan

Menonong menuju rumahku syurgaku semata mata nak menyorok di sebalik kereta yang dah lama tak jalan *kereta jiran sebelah, bila umi buka gate, dia sergah. Hari hari kena berlakon konon konon terkejut besar. Kalau tak heran, mulalah mengamuk. Kalau terkejut macam yang dia nak, mesti gelak besar. See, bawak beg separuh jalan. Nampak beg aje. Orangnya menyorok di sebalik kereta putih nuuuuunn di depan sana. Ikhwan oo Ikhwan.. Dialah racun, dialah penawar. 

Friday, February 28, 2014

Duit Belanja Aman Kena Curi

Assalamualaikummm... Umi, Beg Aman kena conteng. Aman tak tau lah dia tulis apa ni. Masa Aman nak amik air dalam beg kat sekolah Agama, Aman tengok beg Aman dah tebuka zip. Dalam hati Aman, siapa bukak beg Aman. Aman tengok dompet Aman dah kosong. Aman tak beli makanan pun umi. Nasib baik kawan baik Aman nama Harris, belanja Aman air milo seringgit. Aman tanya Ustazah, tapi Ustazah cakap Ustazah tak nampak. 

Kesian beg kena conteng.

Kesian.. Selalu mesti ada balance duit. Hari ni langsung habis licin. 
Sudah call ustazah, mintak tanyakan pelajar lain siapa yang ambik atau terambik duit Aman. Bukan RM4 tu jadi masalah, takut nanti ambik duit tu jadi kebiasaan. Tak baik untuk budak budak.. Lebih baik di tegur supaya budak tu serik, takut nak ulangi perbuatn dia. 

Saturday, February 15, 2014

Aman And Sport Car

check beg Aman, ternampak gambar ini. Walaupun tak cantik sangat, api umi dan ayah tetap berbangga.. Ini macam rumah nenek di Apin Apin, Keningau je ni Aman. Tapi ada sport car laa... Ohh lupa pulak, Aman kan memang simpan cita cita untuk beli sport car bagi nenek dan umi naik. Ahahah.. Inshaa Allah, kalau Aman berusaha lebih, lukisan macam ni akan bertambah cantik dari semasa ke semasa.. Belajar lah melukis dengan Ayah, sebab umi memang keras tangan orangnya. Tangan tak berseni..

Wednesday, February 12, 2014

Adik Dan Kerja Rumah

Buat kerja sekolah ikut mood. Kalau dia rasa nak buat, dia akan buat. Semalam untuk kali ke-3 Cikgu Siti bagi buku kerja rumah kat Adik ni. Suruh sekali buat tak tau, kali ke 2, alasan tanak buatlah, boshan, kali ke-3, ayah keluarkan rotan, barulah begerak sikit pensil dia tu. Huruf Alif je punnnn.... Alahai lah adik. Kalau bab color, cikgu belum seuruh dia  dah siapkan dah.. Minat sangat color lah konon kan. Tapi satu color untu keseluruhan gambar.  Hari tu color gambar dalam kelas, ada meja, kerusi , papan tulis dan penyapu. Adik color meja dulu warna pink, lepas tu kerusi pun pink, lepas tu papan tulis pink, penyapu pink, last skali dia colorkan background pun warna pink.. Ahahaha, lebih baik warna sekaligus je dari awal, kan senang.. 

Ayah suruh kira kereta, 1,2,3,4,.. tiba kereta yang ke lima, dia sebut no 3. Ayah tegur, ni 5 lah adik!. Apa adik jawab? "tapi dia suka 3". Macam mana nak ajar budak nih?.. pengsan ayah kalau macam ni...

Sunday, December 29, 2013

Keperluan Sekolah Aman dan Adik 2014



2013 melabuhkan tirai, kita tutup buku Tahun lepas. Ini belanja masuk sekolah tahun ni. 
Baju sekolah cap Falcon RM12.50 x 3 = RM37.50 
Seluar Falcon jugak RM20.50 x 1 = RM20.50 
Kasut sekolah Diadora RM20 x 2 = RM40
Kasut Biru Adik Bubblegummer RM29.90 x 1 = RM29.90
Beg Sekolah Abang RM138.00
Beg Sekolah Adik RM25
Botol Air RM30
Kedai Buku SK Bangi RM78
Stationary RM60
Daftar Pasti RM695
Daftar Abim RM 480

total belanja anak anak masuk sekolah 2014 = RM1633. Entry ini sekadar catitan ummi dari tahun ke tahun. Tiada niat untuk mengungkit, Setakat ini saja yang ummi dan ayah mampu untuk anak anak. Harapan ummi, semoga anak anak ummi membesar sebagai anak anak yang soleh yang sentiasa mendoakan ummi dan ayah di akhirat sana. Jangan sekali kali berkecil hati, setakat ini sahaja kemampuan ummi dan ayah. 


Friday, June 7, 2013

Aman dan Taska

 Bila demam, Aman mesti akan duduk Taska dengan Adik, walaupun memang amik  day care package di ABIM. Cuba tengok gambar ni.. Seminggu MC, seminggu juga dok jadi ketua darjah di sini. hehehe

otai lah katakan...  hahaha.. budget budget  jadi ketua kelas lah kan Aman..

Peace Aman... Marah pulak ummi amik gambar candid dia..

Thursday, December 20, 2012

Shopping Keperluan Sekolah Aman


3 Set pakaian sekolah Aman.. Baju, Seluar, Singlet & Stokin.. Beli di Kedai sebelah Family Store.. lupa nama kedai.. Baju dan seluar ada discount 10%. 
Baju cap canggih size 13 RM22.90 - 10% Discount * 3 helai = RM61.80
Seluar cap Canggih Size 22 RM32.90 - 10% * 2 helai =RM58.50
Singlet cap ayam size 26 RM9.50 *3 helai =RM28.50
Stoking pallas Jazz RM3.90* 3pasang = RM10.50
pencil case RM5
Baju Melayu cap ET RM25 sepasang = RM50
Samping = RM9
Beg Sekolah + baju sukan =RM130
Yuran Pendaftaran ABIM = RM480
Kedai Buku SK Bangi = RM70
File Pelajar S.K Bangi = RM25

.
Keluar kedai baru perasan ada kasut size kecik. sepasang RM25, beli 2 pasang saja dulu. Insyallah ada rezeki kita beli lagi ye Aman.. So, kasut RM50.00.

Jumlah keseluruhan untuk semua barang di atas RM978.30

Mak terkedu sebentar... OOOO mahal rupanya barang sekolah ni.. moral of the story, menabunglah wahai ummi... untuk pendidikan anak anda..


Sunday, November 4, 2012

Doa Dhuha

Credit pic: Google

 "Jika rezekiku masih di langit, turunkanlah , jika di bumi keluarkanlah, jika sukar permudahkanlah, jika haram sucikanlah, jika jauh dekatkanlah".

Tersentuh jiwa bila mendengar doa Dhuha ini dari mulut Ammar Idlan Zafri. 6 Tahun dah boleh hafal doa Dhuha yang ummi sendiri pun belum pernah menghafal doa ini. Ya Allah, terangkanlah hati Anak ku ini, supaya dia boleh beriman dan bertaqwa padaMu Ya Allah.  Terima kasih tidak terhingga untuk Puan Faridah selaku pengetua Pasti Al-Faizin serta cikgu Syima, Cikgu Asmah, Cikgu Aida dan seluruh warga Pasti Al-Faizin Bandar Seri Putra atas tunjuk ajar anda pada anak anak kecil ini. Semoga rezeki kalian sentiasa murah dan diberkati. Amin..

Wednesday, August 22, 2012

Wordless Wednesday #6


Thursday, July 19, 2012

Sukan Tahunan PASTI Al-Faizin BSP 2012

Wajah wajah anak anak kami..

Ammar Idlan


tahun lepas Aman pegang Bendera. Tahun ni kena pegang papan tanda.. Hahaha.. 

handsome oooo

comel

Cikgu cikgu tengah susun hadiah..

Acara pertama.. 


Aman punya peel... buat apa pun, dia mesti senyummmmmm

senyum lagiiiii...

senyum jugakkkk


acara kedua, cari harta karun... senyum gak.. sampai ke garisan penamat dia senyum lebar.. hahahaha 

tetiba tengok dalam gambar ada kasut budak ni.. *ni bukan kasut Aman..

Thursday, November 17, 2011

Yoku Tanak Kampung...Day 2

Semalam sy Half day pagi semata mata nak hantar anak kesayangan bonda ke Airport.. Flight Aman pukul 6.45 pagi dan kami bertolak dari rumah lebih kurang pukul 5.30 pagi. Cuak jugak, risau kalau Aman nangis x mau balik kampung (padahal ummi yang emo lebih).. Bukan main exited lagi ko kan Aman... lepas salam salam dan cium cium, terus je masuk tanpa menoleh mak pak yang ada dibelakang ni kan..

Sedang sibuk pak dia amik gambar Aman, datang lak polis bantuan Air asia suh delete gambar konon2 x boleh amik gambar diorang tengah bertugas.. eh, hellooo!! kitorang pun x ingin lah amik gambar ko minah.. pandai ko eh, sorok nama pakai jaket.. tapi kan dalam hati memang menyampah gila ngan polis bantuan tu.. rasa macam nak je report kat management. kok ye pon policy KO TULIS LA BESAR2 kat depan tu "DILARANG AMIK GAMBAR POLIS BANTUAN TENGAH BERTUGAS" barulah kami paham.. ahhh... tension lah citer pasal insiden tuh... biaq pi la dia..


Sumber *Auntie Long FB
tiba tiba sedih tengok gambar budak bucuk ni.. Rindu wehhh.... malam malam nak tido, tiada iringan doa sebelum tidur, ayatul Qursi dan Ayat Seribu Dinar.. Nak harap adik Ikhwan? hurm... Semalam tengah makan saja sembang ngan Mr. Jaie "bang, teringat lak Aman tukang baca doa makan" dengan pantasss... Ikhwan tadah tangah kenkonon baca doa... hehehe..

Ikhwan- kemain hepi budak ni dok sensorang... perasan lak macam anak tunggal... hahahahahaah

Friday, June 3, 2011

SMS Cikgu Aida


"Salam. Akak maaf ganggu. Nak bagitau Idlan dapat markah keseluruhan 878/900. Dapat no. 6 tahniah. Yang dapat nombor 1 jumlah markah 889. Beza no 1-6 dekat dekat je markahnye. Nanti kim salam kat dia. Heheheehe"
Antara kandungan SMS cikgu Aida hari ni.. hurmmm… no. 6 je Aman…. Tak pelah kan. Yang penting skali tak de lah corot sangat.. Apa pun, ummi dan ayah sangat bangga dengan pencapaiann Aman. Sebenarnya, ummi pun tak mengharap apa2 yang luar biasa pun ngan exam Aman kali ni. Yang penting Aman happy dan semangat nak ke sekolah, belajar bergaul, belajar bertanya, belajar benda benda baru cukup memadai.
19 Jun, 2011 @ Ahad~ ngam ngam nenek dan Aten balik Sabah, Aman ada lawatan sambil belajar ke Pusat Sains Negara. Yuran sebanyak RM30/ pax termasuk pengangkutan, makan dan minum serta yuran masuk. Insyallah kalau tiada aral, Aman dan kawan kawan akan menyelami dunia dinasour. Walaupun dah pernah pegi dan Aman takut yang amat, tapi dia tetap nak pegi jugak..

~98% cukup bagus untuk Aman... well done Aman!!

Friday, April 22, 2011

Selamat Hari Jadi Cikgu Aida. 22.04.2011

3 hari lepas Aman dah bagitau, Ummi lagi 3 hari besday Cikgu Aida. Aman nak beli kad untuk cikgu.. Kami iyekan aje... Semalam, dia ingatkan lagi. Jom cari kad untuk Cikgu...

inilah 1st besday kad hasil kerja tangan Aman... Siap beli cekelat "buah hati" lagi.. Ni Aman yang rquest ye.. Dia pilih sendiri. Ingatkan nak beli ferrero roche~ eh betul ke ejaan nih? hantam je lah...

Inilah rupa bentuk kad Aman untuk Cikgu Aida. Aman pilih sendiri, ayah teman dan tolong bayarkan aje..

Hopefully cikgu Aida paham la tulisan Aman ni.. mungkin tak cantik di mata orang lain, tapi cukup cantik dimata ummi... Ayah tolong eja, dan Aman tulis sendiri

Naruto, ko tgklah ni tulisan c Aman.... G tebalik yee.. dia bekeras jugak itu g yang betul...


Thursday, April 7, 2011

Aman yang susah posing


susah sangat Aman nak pose tau... main tarik tali lak

haaaa... tgk tu, dah siap pegang kasut. apa tah yang nak dikejarnya tuh..

Friday, April 1, 2011

Bagus jugak macam ni

Saya suka mengintai budak budak ni di neseri.. Hari tu hantar diorang dengan bekal biskut... sampai neseri, 2-2 hero malaya ni masuk kat dalam.. Saja kacau & panggil nama sensorang.. Sorang pun x berganjak dari sini....


Tengok tu, Saya bediri depan mata pun diorang ni x kalih tempat...
Sudah habis makan, baru adik bangun... Oooo... macam tu ka? kan bagus kalau disiplin macam ni dirumah sendiri.. ermm..
ini tidak, kalau rumah sendiri makan besepah2....

Apa nak buat.

Gara gara banyak main.. x sempat siapkan kerja sekolah di rumah, hambik ko Aman padan muka. Pagi pagi buta kena siapkan kerja sekolah di neseri...


Ikan Emas di dalam balang.. nasib baik lukis ikan tu senang skit.. Semalam punya kerja sekolah cikgu suruh lukis hakim.. Ntah.. macam mana pulak budak sebesar Aman lukis hakim.. hahahaha... itu kira ok lagi. minggu lepas cikgu suruh lukis hari. Then En. Jai suruh Aman lukis matahari.. Balik tu Aman komplen, Ayah, cikgu bukan suruh lukis matahari.. Cikgu suruh lukis hari.
Boleh bayangkan kah macam mana rupa hari? suatu petang di klinik gigi, tgah set next appointment...
UMMMIII!!! haaaa ini lah hari yang cikgu suruh lukis..

OOOO hari tu kalender kah Aman?? baruku tau...

Thursday, March 31, 2011

Patutlah Adik takut….


Setelah 3 hari berlalu, semalam baru saya berkesempatan jumpa budak yang buat adik fobia. Keluar dari kereta, OMG!! Patutlah adik takut. Sejujurnya sy x dapat imagine budak tu besar mana.. Dan semestinya sy tekejut dengan apa yang saya nampak depan mata.. Timbul perasaan kasihan dan sayang kat dia..
Biar saya namakan dia Baby Bom, Baby bom sangat montel (boleh dikatakan obes) dan dia sangat peramah.. kalau ikut cikgu, umur dia dalam 3 tahun. Balik rumah malam tu, memang saya teringat2 kat Baby bom.. siap mimpi lagi tuh… hurmmm… Kesian… Saya letakkan diri saya dalam ibu bapa baby bom.. Saya pasti dan yakin, ibu bapa baby Bom pun x minta Baby bom tu besar macam tu. Dan saya juga yakin, ibu bapa baby bom mesti akan buat yang terbaik untuk anak2nya. Sedih pula membayangkan kalau terpaksa menDietkan anak yang punya extra selera makan.
Doa saya, semoga Baby Bom sentiasa di bawah lindungan Nya. Dan semoga Ibu bapa Baby Bom dapat mencari jalan untuk selesaikan masalah baby Bom..

Tuesday, March 29, 2011

Apa lagi ni Dek?


Semalam saya balik lambat skit.. biasalah masalah masalah kecil yang x dapat diselesaikan kan.. Saya sms cikgu Ul bagitau yang hari ni en. Jai akan amik budak budak d neseri dalam pukul 7.. then Cikgu Ul reply, budak budak ok je kak. Tapi adik ari ni adik takut dengan budak baru.. budak tu gemuk. Adik asyik bekepit ngan cikgu aje.. Oh, saya bayangkan budak "gemuk" mesti adik ngeri tengok budak tu besar sangat.. Dan pagi ni saya hantar abang dan adik neseri, adik menangis. Selalu ok jakkk…. Cikgu Ila cakap ohh, adik takut lagi kot ni.. dia fbia budak gemuk tu… dalam hati ni tertanya tanya juga. Gemuk sangat kah sampai fobia macam ni skali…. Semalam tanya en. Jai, dia cakap gemuk naaa… memang besar. amik bebudak ni semalam pun budak tu tgah mamam lagi… tia sabar balik petang ni. mau skodeng budak tu… pagi tadi sempat gak cikgu Ima tunjuk, ni haaa kak gambar budak ni.. Ya Ampun…. Memang supaa doopaa laaaa... Kussss smangatttt….

Wednesday, February 16, 2011

awak tak paham, apa yang saya rasa


Niat saya Cuma mengadu masalah budak budak kecik yang sekolah dan homework berlambak lambak. Bukan nak memburuk2 kan anak, jauh skali nak membanggakan anak. Dan mungkin perpektif kita berbeza. Ya, memang saya akui, saya x bijak menguruskan masa. Setiap hari balik kerja pukul 7pm kadang kadang 7.30pm, lepas mandi, masak dan bagi budak budak makan, dan masa untuk diri sendiri sekejap, barulah monitor anak buat kerja sekolah. Bukan tak suka anak buat kerja sekolah berlambak. Mana ada ibu bapa yang tak nak anak bijak? Semua nak kan?
Ya, anak kamu bijak, cekap, pintar segala.. Anak orang lain pun pintar jugak. Begitu juga anak saya. Janganlah tuduh saya tak pandai handle anak sendiri. Jangan tuduh anak saya tak bijak, tolonglah… jangan tuduh anak saya lembab! Insyallah, walaupun kamu nampak anak saya tak bijak, anak kamu je yang bijak, tapi masa depan diorang jauh lagi ye.. Sila jangan lupa tadika bukan penentu masa depan anak anak! Sob sob sob… sedih…
Dan saya baru lepas call cikgu Aida.. "Idlan ok, bijak. Dengar cakap cikgu. Cuma kadang kadang leka dengan pencil box dia". Baru saya tau, inilah antara cabaran sekolahkan anak…