Showing posts with label random. Show all posts
Showing posts with label random. Show all posts

Wednesday, July 25, 2012

Kebaikan Suami Temankan Isteri Bersalin

Assalamualaikum,

Aku copy ni sebijik-sebijik sekali dengan gambar dari Pesbuk.




Apa kebaikan-kebaikan yang boleh diperolehi?


1. Meredakan debaran di hati isteri
Saat-saat ingin melahirkan anak mestilah saat yang mendebarkan, bukan isteri sahaja yang berdebar, malah suami juga. Kehadiran suami di sisi isteri dapat meredakan debaran yang dirasai isteri. Jadi, sama-sama dapat meredakan debaran antara satu sama lain.

2. Meredakan kesakitan isteri
Kehadiran suami di sisi juga dapat meredakan kesakitan yang ditanggung oleh isteri walaupun hanya sekadar mengusap belakang isteri ketika kontraksi atau sekadar memberi kata-kata perangsang.

3. Menimbulkan keinsafan di hati suami
Secara tak langsung, boleh timbul keinsafan kepada suami apabila melihat kesakitan yang ditanggung oleh isteri dalam usaha memberikan zuriat yang diinginkan.

4. Lebih menyayangi dan menghargai isteri
Apabila melihat betapa susahnya isteri melahirkan anak, bertarung nyawa dan menanggung segala kesakitan, boleh memberi keinsafan kepada suami untuk lebih menyayangi dan menghargai isteri. Hargailah isteri anda, wahai sang suami.


5. Lebih menghargai keluarga

Melihat proses bersalin, boleh membuatkan kita lebih menghargai keluarga, bukan setakat kepada isteri dan anak-anak, malah juga kepada ibu yang melahirkan kita. Seperti mana kesakitan yang ditanggung oleh isteri, begitu jugalah kesakitan yang ditanggung oleh ibu saat melahirkan kita.

Bagaimana suami boleh membantu, jika takut melihat darah?
Suami yang takut melihat darah, masih boleh menemani isteri pada peringkat awal (tahap pertama proses kelahiran). Pada tahap ini, isteri akan mengalami kontraksi yang lebih kerap. Suami boleh membantu dengan cara:
- Memegang tangan isteri untuk menenteramkannya
- Mengurut bahagian belakang isteri untuk mengurangkan kesakitan
- Mengelap muka isteri apabila berpeluh
- Membasahkan bibir dengan air atau ketulan ais serta beri air kepada isteri.



Suami korang masuk tak dalam labour room? Alhamdulillah, husband aku masuk temankan aku masa lahirkan Shaheem. That's the main reason aku nak bersalin di Sabah ni. Nak suami aku ada di sisi. Ada bersama aku dalam labur room. At first hubby macam tak nak masuk pun sebab dia takut darah. Tapi sebab sayang bini dia masuk gak hihihih.. Lagipun dah pegi kursus antenatal tu kan. Dah ada kebenaran untuk masuk temankan isteri. So masuk jela.

Hubby masuk masa bukaan 6cm. Huh aku rasa lega sangat bila dapat tengok dia. Yela, sebelum tu sorang diri je. Nurse just came and go. Takdenye nak dok sebelah kita. Aku takut nak dok sorang sebab takut tetiba baby keluar ke ape huhu.. First baby kan, bukan aku tau ape pun hehehe.. So bila ada hubby legala sket. Kot jadi pape kat aku da leh panggil doktor kan kan...

Sepanjang bersama aku dalam LR tu, aku mintak dia sembang-sembang dengan aku sebab masa tu aku tengah lalok huhu.. Penangan pain killer. Aku tak mahu tertido. Konon takut tak rasa nak push kalau tertido. Kitorang tak sembang sangat pun sebab aku memang lalok gileee... Plus sakit gileeee.. Nak bercakap pun macam takde daya. Yang aku ingat, hubby bergurau senda dengan nurse. Huh hangin je haha... Takdela, aku pahamla. Hubby pun nervous. So bila nurse masuk dia sembangla. Sesekali kuar lawak-lawak bodo :P Aku tak cakap ape, layankan jelaaa.... Nak melawak dengan aku macam tak kena la pulak kan. Aku masa tu nak gelak pun tak larat seh.

Sepanjang dalam labour room tu jugak aku haus sangat. Tekak ni kering sekering Gurun Sahara. Nak minum air dah takleh. Misi tak bagi. Nasibla dalam bilik tu ada sink. Aku suruh hubby basahkan tisu, lap lap bibir aku. Legala sikit rasa.

Then bila contraction menggila, aku pegang tangan hubby kuat-kuat. Sambil-sambil tu dia akan tengok monitor dan bagitau bacaan berapa dan dah turun ke belum.. Memangla aku bleh rasa sendiri bila sakit tu hilang tapi bila dia bagitau bacaan dah mula drop (meaning sakit dah kurang) aku rasa lega sangat-sangat. Tu lah cara dia tenangkan aku masa sakit. Tolong baca kiraan contraction di monitor kihkihkih...

Erm tolong lap peluh? Takde kot. Aku tak rasa aku berpeluh pun sebab LR sejuk gileeeeeeeeeee..... Masa push pun aku tak rasa aku berpeluh. So takde adegan lap-lap peluh hehe...

Oh darling hubby ni memang takut darah. Bau-bau darah pun dia takleh. Masa doktor datang nak seluk dia mintak face mask hehe.. Sebab tak tahan bau darah. Takut gak kalau pengsan kan. Sampai nurse pun cakap, "jan ko pingsan di sini yaa......" hehehehe... Masa aku dah start push push tu dia setia di sisi aku. Bila doktor kata kepala baby dah nampak dia tak caye. Doktor suruh tengok sendiri dia tak nak haha.. Takut darah punye pasal. Tapi kan... korang yang belum bersalin tu janganla tertipu dengan drama drama kononnye beranak ni darah keluar banyak. Takde pun ok. In fact selepas Shaheem keluar tu takde pun darah melimpah atas lantai. Lantai putih cam bese je.... 

Hmmm... aku bersyukur sangat sebab hubby ada temankan aku dalam LR. Dari pukul 3 petang sampaila pukul 7.30 malam aku bersalin. Syukur sangat-sangat. Kalu sorang, tak tahula macamana keadaan aku. Aku rasa lebih confident nak push, kurang stress, rasa lega sangat. He's my painkiller actually at that time. Bukan painkiller yang buat aku lalok tuhhh...

So mommies yang bakal bersalin, nanti share dengan hubby kebaikan-kebaikan ni ye. Suruh dorang masuk sekali dalam LR. Barula tahu susah senang melahirkan anak ni :)





Sunday, June 10, 2012

Post Terakhir Mungkin?

Assalamualaikum,

Ye, ini mungkin entry terakhir aku sebelum pulang ke Sabah esok. Di Sabah nanti, tak tau lagi bleh online ke tak huhu.. Broadband dah laaama tak bayar. Ada tertunggak RM137 kalau x silap aku. For sure dah kena terminate dah line. Aku tak bayar sebab duduk rumah mak ni curi line wireless akak aku teeheheehee.. Dah bayar sekalipun aku tak tau aku ada masa tak nak online. Yelah kan, keadaan dah tak sama macam time pregnant dulu. Ada masa sendiri. Sekarang nak kena jaga anak. Siang hari Shaheem jarang tidur. Malam memang tidur awal tapi aku rasa malam tu la aku ada masa nak kemas rumah, buat laundry ape sume kan?

Haihh, tak boleh imagine macamana nak urus rumah tangga, urus anak, urus diri sendiri bila dah balik Sabah. Macam sekarang dok kampung aku bleh relax lagi. Ada ramai orang nak tolong dukung Shaheem, bagi susu, tolong mandikan, basuh berak etc etc.. Kat Sabah nanti, I'm all alone! Encik hubby ada tapi dia kan keje.. Malam-malam la kalau nak tolong pun.. Boleh ke tak aku nak manage ni? huhu...

Doakanla semuanya berjalan lancar untuk aku ye?

Memandangkan aku mungkin dah susah nak online lepas ni, nak wish awal-awal la kat mommies yang tengah menunggu masa melahirkan anak.. ALL THE BEST mommies! Banyakkan berdoa, positifkan minda, rehatkan badan dan fikiran. Semoga semuanya dipermudahkan dan both mommy and baby selamat, insyaallah. Yang share due dates tu nanti aku update ye ;) 

Selamat berpantang dan berusaha menyusukan baby dengan susu ibu. Hmm kena banyak-banyak sabar k. Jangan jadi macam aku wuwuwu... 

Nanti kalau sempat aku online kejap, aku visitla korang ye. I mean, I'll visit your blog hehe... Sure rindu nak blogwalking nanti..

Aku ada plan nak buat scheduled entry sebanyak mungkin tapi aku takda masa huhu.. Banyak nak share. Cara mengira waktu subur (sangat penting hokkay hehe), penjagaan botol susu, kenapa baby yang minum botol kena burp dan baaanyak lagilah. Tengokla, klu sempat, aku buat malam ni.. Kalau nampak ada entry lain selepas entry ni, yang tu scheduled entry lah tu :D

Mommies, do enjoy being pregnant, enjoy being a mother! It's a gift given to Allah specially for us, woman! :)

Till then, 

lotsa love from Mama Amal & Baby Shaheem :)



Monday, June 4, 2012

4th June 2012 - 1st Anniversary Mama & Abah Shaheem :D

Assalamualaikum,

Yep, it was on this date in year 2011 we were solemnized.. Disatukan dengan ikatan yang halal dan sah.. Alhamdulillah dah cukup setahun dah kawin dengan my dearest hubby.. Hasilnyeee, dapat sorang anak teruna hehe.. Dah bersetuju, bersepakat, hadiah anniversary pertama ni ialah, ANAK! Lebih mahal daripada hadiah biasa hehe.. Sepakat juga, hadiah anniversary kedua ialah, ANAK juga! hahaha... Pengsan pengsan....

To my dearest husband, happy 1st anniversary! Thanks for being a lovely husband. Kita lupakan yang keruh-keruh,kita ingat yang jernih-jernih yang happy happy je k.. Takmo gaduh gaduh, takmo merajuk merajuk (peringatan untuk aku la tuu ekekeke).. Kita sama-sama berusaha membina rumah tangga yang bahagia, berusaha menjadi pasangan suami isteri yang melengkapi diri masing-masing dan berusaha untuk menjadi mama abah terbaik buat our darling son, Saif Shaheem, okkay! Sayang sayang abang! >:D< :-*

Mari refresh balik memori kawin dengan menonton video nii.. Courtesy of my sista, Dila Milin. Hehe rajin dia buat. Thank you sis. I'll watch this on every anniversary!!



Hee rasa macam nak kawin lagi sekali laa.. With the same groom of course! :P

Saturday, May 26, 2012

Korang Penah Buat? :P


Muahahaha.. gelak guling-guling aku tengok gambar ni. Jahat betul bapak budak nih.. Takleh ke tinggal kejap game tu, bagi anak tido dulu ke ape huhu..

Korang penah ke buat macam ni semata-mata nak update blog atau main facebook? Aku pernah kot muahaha.. Tapi takdela letak Shaheem depan komputer macam mamat dalam gambar ni. Aku biasanya letak Shaheem atas tilam pastu dia main sorang-sorang, cakap sorang-sorang. Mama nye syok dok mengadap laptop hahaha.. Abang aku selalu sound, "eh mama baru ni.. asyik ngadap laptop jeee... bila nak tengok anak?" Aku jawab, "facebook makkkk" hahahaha tiru iklan beskot jacobs tuh ekekeke...

Kejam tak aku? hihi.. Sekali sekala je pon.. Dah Shaheem good boy, tak lapar, kasik can la mama dia nak berfoya-foya dengan alam maya kejap kan? Tapi Shaheem ni kadang-kadang pandai jugak nak attention. Dia buat nangis-nangis manja. Bila aku agah dia barula sengih balik. Dia just nak make sure ada orang bersama dia...

Ape-ape pun, peringatan untuk diri sendiri, nak berfacebook ke nak update blog ke, nak shopping online ke nak baca gosip kat Beautiful Nara ke, anak jangan diabaikan :D



Saturday, December 24, 2011

Kucing Tidurkan Baby :D


Assalamualaikum mommies :)

Aku takde ape cite harini.. so aku kongsikan kat sini video sekor kucing tengah tidokan baby ni. Aku suspect dia bukan nak tidokan pun, dia geram ngan baby tu sebenarnye haha..

Aku tengok pun gerun. Gerun bukan ape, dibuatnye kucing tu terlampau geram, dicakarnya kepala baby yang botak licin tu, huhhh.... 

Tapi serius kiutla video ni. Aku memang suka kucing. Tapi dah lama dah tak belai-belai kucing. Kat kampung baru ada peluang nak pelok-pelok kucing. Kat Sabah ni memang takde kucing, anjing je yang bersepah!

Ni salah sekor kucing aku kat kampung.
Nama dia Motam. Umur dia 8 tahun.
Kalau sekolah dah masuk darjah dua nih hihi..
Motam mummy mithali. Anak dah taktau bape puluh ekor dah.
Semua dia jaga elok-elok, breastfeed, jilat-jilat bulu.
Walaupun dah beranak tak tau bape kali dah, Motam maintain cun.
Pinggang ramping je, jeles tau!
Tapi Motam ni garang. Orang pegang ekor sikit, mulut dia mula bising.
Ape-apepun Motam, I love you heeee~


Korang ada kucing tak kat rumah? Nanti korang bagi tak kucing dok dekat dengan baby? :D

Friday, December 23, 2011

Perubahan Tubuh Badan Semasa Hamil


Aku lupa dah kat mana aku jumpa gambar ni.
Suka tengok gambar macam ni.
Suka tengok tang perut tu hihihi..
Nak amik gambar sendiri malaslah.
Mana nak dapat cantek macam ni, selalu amik gambar syok sendiri je.

Anyway, bila tengok gambar ni, aku notice, week by week bukan perut je yang membesar.
Cuba tengok muka mummy ni.
Membesar dan mengembang juga! hehe
Tapi still comel kan..

I wonder how will I look like bila dah masuk minggu 30++
Comel camni jugak tak?
hihihihihi

Sunday, December 18, 2011

Cerita Weekend Saya :)

Assalamualaikum mommies :)

Weekend ni aku ada la jugak keluar dengan husband. Macam semalam pagi tu masuk dalam base Navy, join senam robik. Hehe aku tak bersenam pun.

Kurus tak hubby aku? hahaha
Jeles *__*

Aku sekadar gerak-gerakkan kaki, tangan je. Oh baby dalam perut pun turut gerak-gerak ok ehehehe...

Then petangnya teman husband gunting rambut..

Bila dah gunting rambut, makin hemsem pulak hikhik


Malam, dinner dengan ikan terubuk masin goreng. Kawan sekerja hubby bagi. Pehh sedap :D Sambil makan sambil tengok Masterchef Malaysia.

Yummylicious!


Hari ni Ahad, pagi-pagi hubby pergi pekan Tuaran. Harini ada pasar tamu. Hubby tolong beli betik untuk aku.  Sebabnya, sembelit datang lagi +__+ Tapi alhamdulillah makan sikit tadi, dapatla membuang dengan jayanya lepas tu hihihi...

Aku dok rumah macam biasala, cuci baju, jemur baju, tengok tv. Boring boring..

Tengahari, hubby balik, dia ajak berkelah kat Pantai Dalit. Dia suruh bawak bekal nasik, makan kat sana. Gigihla aku goreng ikan terubuk (lagi), buat sup sayur.. Nak pegi pantai tu sebabnya hubby nak amik gambar dengan moto baru dia hehehe... So dia bawak moto kat depan, aku follow dari belakang dengan kereta..

Hubby leading the way.
Tapi sesat. Ape cer??? hahaha

Walau bagaimanapun, kitorang tak sampai pun kat Pantai Dalit tu sebab kitorang tak jumpa jalan, sesat! haha.. So jadila, road tour pergi pantai kitorang hari ni sebagai road tour jalan-jalan makan langsat :P

Tak dapat bergambar di pantai, tepi jalan pon jadilaaa ekekeke

Lepas tu ingat nak pegi Karambunai je. Tapi nak masuk Karambunai kena bayar la pulak. Cancel jela. Perut dah lapar dah masa tu.. Singgah tepi jalan, minum air kelapa dulu ehehe..

Minum kelapa muda untuk hilangkan dahaga


Lepas tu, kitorang berkelah dalam rumah je, depan tv haha.. Sabar jela akuuu....

Vios & Demak jalan-jalan makan langsat, perabis minyak :P


Itu jela cerita weekend aku.. How's yours? :)


p/s: Cerita ni patutnya aku cerita dalam main blog aku: Amalini's Diary. Tapi since blog pregnancy ni takde cerita, post jela kat sini. Asalkan berupdate kan uols hihi...