Showing posts with label cd. Show all posts
Showing posts with label cd. Show all posts

Thursday, August 2, 2012

Shaheem's CD Stash

Assalamualaikum,

CD = Cloth Diaper. Bukan Compact Disc hehehehe


Some of Shaheem's cd. Ada yang tengah bersidai di bawah cahaya matahari.
Total ada 26 keping.
Sikit ke banyak?
Ngam ngam ho lah tu. Bleh rotate basuh 2 hari sekali.
Rasa macam nak tambah lagila eekekeke
Dush dush kena marah dengan abah Shaheem baru tauuu..

CD Shaheem sume cd murah-murah aje.
Shaheem pakai brand:

Sunbaby
Rainbow
Babyland
Sunnybaby
Bamboolite
Happy Flute
Weegro
Econobum
Flip
Cozy Babies
GG Baby

Paling banyak Sunbaby. Tapi Shaheem dah almost outgrown it. 
Sebab Sunbaby cutting kecik. That's the reason why mama kena tambah cd lagi.
Huahuahau alasang.

Suka la tengok cd cd nih.
Terapi mata!
:)



Thursday, April 12, 2012

Shaheem Wearing His 1st CD :)

Shaheem pakai CD Rainbow BB


Assalamualaikum,

Harini aku try pakaikan Shaheem cd for the first time. Sebenarnye dah banyak hari jugak dah tangan ni dok gatal nak pakaikan tapi aku tak konfiden. Ditambah pulak sabun nak membasuh CD takde. Harini terasa gian yang amat sangat.. Sanggup pegi Manjaku beli sabun Pureen HAD tu ehehe.. By the way, murah pulak sabun tu kat Manjaku Kota Bharu ni, RM15.90. Seingat aku masa beli kat Jusco Equine dulu RM17.90....

So aku pakaikanla kat Shaheem petang tadi. Dari pukul 3 petang. Sama macam disposable diapers (dd), cloth diaper ni pakai selama 3 jam jugak. After 3 hours kena tukar. Sepanjang Shaheem pakai tu aku risau jugakla takut bocor sebab Shaheem ni heavy wetter jugak. Tapi alhamdulillah, tak bocor. Ok je hehe.. Aku rasa sebab aku tukar selepas 3 jam pakai. Kalau aku biar sampai 4 jam lencun jugakla kot. Tapi aku memang selalu tukar diapers Shaheem every 3 hours. Kesian dengan bam bam dia huhu.. Shaheem pulak kalau dia tido memang maximum 3 jam. Jadinye bila dia bangun aku terus tukar diaper dia tu...

Apa-apa pun, aku tak bleh nak fully cd Shaheem lagi kat rumah mak aku ni. Sebab sebelum balik haritu, masa packing aku sempat grab 6 ketul je cd... Tak amik banyak-banyak sebab takut beg berat. Aku amik 15kg je luggage haritu huhu.. 6 ketul cd mana boleh nak fully siang malam. Siang pun takleh nak fully jugak.. Kalo nak fully at least kena ada 20 ketul cd... Takpela, gilir-gilirla dengan dd dulu... Dah balik Sabah nanti try pakai cd sepenuhnya. Cewaaahh semangat ehehe...

Aku memang nak try jugak pakaikan Shaheem cd sepenuhnya. Sebab aku betul-betul nak berjimat! Tang susu dah tak bleh jimat dah sobsobsob.. So tang diapers ni la nak kena jimat sket. Kalau pakai dd perbelanjaan memang besar la bulan-bulan. Yelah, Shaheem tak breast feed kan sobsob. Terpaksala keluarkan duit untuk beli susu formula. Aku beli susu Snow. Kalau kat Semenanjung, tin besar 900g, RM56.50. Paling murah jumpa pun kat Speedmart, RM52.90. Kat Sabah, mahal nak mampos. RM59.90. Then campur pulak dengan dd. Aku beli Drypers Wee Wee Dry saiz S. Kat Semenanjung ni kalo yang 64 keping tu kebanyakan kedai jual RM29.90. Tapi kat Sabah RM34.90. Jauh gile perbezaan harga Semenanjung ngan Sabah kan? Kalau tambah dua-dua kos beli susu ngan dd tuh, memang banyakla duit kena keluar bulan-bulan. Dahla kitorang ni 1 income je. Bukanla kedekut dengan anak tapi kalau boleh berjimat kita tryla jimat kan? Duit tu nanti bleh guna untuk benda lain..

Pesanan untuk diri sendiri - Berusahalah!! :) 


Tuesday, February 7, 2012

Cerita Panjang Tentang Cloth Diapers

Assalamualaikum,


Harini nak bercerita pasal cloth diapers (cd) lagi. Harap takdela yang menyampah ek hehehe...

Just nak share macamana aku boleh teringin nak pakaikan my darling baby cd, mana aku dapat ilmu tentang cd dan kat mana aku beli cd ni... Since ada yang bertanya dalam previous entry aku pasal cd kan.. Mehla aku cite :D

Aku tau pasal cd ni long before aku kawin. Aku follow blog Ryehanna yang pakaikan anak dia cd. Comel oh. Tu yang aku terus tersangkut dan pasang niat nak pakaikan untuk anak aku juga nanti. Nak pakaikan kat anak atas tiga sebab:


  • Aku berkenan dengan print dia yang comel. Nampak cute je bontot baby ehehe..
  • Nak berjimat. Sebab ramai yang cakap pakai cd memang sangat jimat. 
  • Nak selamatkan alam sekitar. Cewahh cam poyo jek bunyinye kan. Tapi betulla, aku ni ex student environmental sc. Aku memang ada belajar what dispo diapers (dd) can do to earth. Bila dah sampah berlambak-lambak, dah takde tempat nak buang, yang tercemar bumi lah.. So, at least aku boleh support dengan mengurangkan penggunaan dd ni.. 
Tapi masa ni knowledge aku tentang cd memang zero. Maklumla tak kawin lagi. Belum ada anak. Takdela nak usaha lebih-lebih nak cari info ehehe..  Then bila dah kawin, sebulan lepas tu terus pregnant, aku bersemangat la kan nak tau lebih lanjut pasal cd. Kena pulak masa tu aku pun dah decide nak berhenti keje, so aku ingat nak beli sikit-sikit sebelum berhenti. Dah takde gaji susahla pulak nak membeli belah. Aku tak nak guna duit husband sebab yang nak guna cd ni aku sorang je. Hubby tak berapa nak sokong. Dia kata dia tak kisah nak keluarkan duit untuk beli dd bulan-bulan. Dia tak nak aku susah. Tak nak nampak macam kedekut sangat, tak nak keluarkan duit untuk beli dd.. Aku explainla kat dia kenapa aku nak guna cd ni. Dia pun dah malas dah nak argue ehehe.. Geleng kepala je tiap kali tengok aku dok online tengok cd haha.. Aku rasa dia ok je asalkan guna duit aku, dia takleh nak kata ape la kan ehehe...

Sebelum nak beli cd, kena la ada ilmu mengenai cd dulu... Tak nakla buta-buta beli pastu tak tau macamana nak guna. Dahla cd ni ada macam-macam jenis. Ada yang murah, ada yang mahal gile! Nak kena tau which one is good, which one not. Tak nak la dah invest banyak-banyak, sekali baby takleh pakai pun huhu...

Thanks to Ana yang add aku ke dalam support group Malaysian Cloth Diapering Parents dalam Facebook :)
Korang yang berminat nak pakaikan cd kat anak boleh join group ni. Saaaangat membantu tau! Macam-macam ilmu bleh dapat dalam ni.. Especially for beginners la sebab ramai otai cd parents dalam ni. Dan semuanya baik-baik. Sedia membantu bila korang ada masalah atau soalan.. Aku kekadang masuk group ni pastu jadi silent reader je ehehe. Baca apa orang post kat wall dan kutip ilmu dari situ... Macam-macam benda la boleh belajar.


Bila dah join group ni, luangkan masa baca 23 docs yang ada dalam group ni.. Tapi yang paling penting, korang baca la tentang:





Antara basic things yang korang patut tahu lah.. Aku pun amik masa jugak nak study ehehe.. Other than that, to get more info, korang bleh jenguk website Cloth Diaper Malaysia. Banyak jugak info especially for beginners :)

Ok, tu pasal ilmu mengenai cd. Kat mana pulak nak beli cd yang murah-murah? Dalam docs tu korang leh jenguk 

Dalam ni ada list reseller cloth diaper. Boleh jenguk fb atau blog dorang :)

Haa kat sini la kalo nak beli cd murah-murah.
Berbaloi-baloi beli time promo :)

Yang ni pulak kalau nak dapat cd for free! 
Join je contest yang reseller organize.
Mana tau ada rezeki kan :)


Aku beli dengan banyak reseller.. Antaranya aku beli dengan QT Alami Shop & Bummia Kids. Korang add la Facebook dorang ni sebab dorang punye facebook lebih updated daripada website :)

Aku memang banyak habiskan masa depan laptop menelaah tentang cd ni.. Maklumla, budak baru belajar kan. Slowly orang kata. Lagipun baby pun tak keluar lagi nih. Belum ada experience pakaikan pada baby. Hopefully my darling baby ok je pakai cd. Dah banyak duit mama habis ni sayang oii ehehe.. Nak beli dulu pun aku banyak tanya yang mana sesuai untuk newborn and boleh pakai sampai besar. Ramai yang suggest for beginners pakai je pocket cd dulu. Other types of cd macam AIO, AI2 etc pakaila bila kita dah mahir handle guna pocket tu. That's why aku banyak beli pocket cd je. Beli pun yang murah-murah dan ekonomi. Tak mampu nak beli brand yang mahal-mahal. Brand China sudeyy ehehe.. Walaupun murah, orang kata kualiti dia lebih kurang je. Yang pentingnye, kita pandai jaga.

So mommies, selamat berCD! Jom kita sama-sama berjimat dan menjaga alam sekitar kita ehehe.. 

olololo kiutnye...


Wednesday, February 1, 2012

Prewash Cloth Diapers

Assalamualaikum,

Hello mommies. Hari ni aku nak lupakan kesedihan semalam dengan bercerita pasal cloth diapers (cd) yang berwarna warni ni :)

Terima kasih sangat-sangat pada semua yang tinggalkan comments. Kata-kata semangat, kata-kata nasihat, aku hargai sangat-sangat. Korang memang sangat membantu! :) ~ Berapa banyak sangat daaaa hehehe..

Insyaallah, aku akan ikut semua nasihat. Aku akan jaga pemakanan aku.. Hopefully next BSP result semua cun & baby pun takdela besar sangat. Doa-doakan la ye..

Okeh, tutup dulu cerita sedih.. Mari kita tengok cd ni pulak. Yeahhh....

Cd yang dibeli semasa masih bekerja. Aku beli masa kandungan baru 3 bulan kot. 
Beli awal sebab nak beli guna duit sendiri. Bila dah tak keje takde duit sendiri lagi kan? 
Aku beli package kebanyakannya. 5cds for RM100. So sekeping RM20 gitula..
Beli cd yang murah-murah dan ekonomi sahaja. 
Kebanyakannya pocket cd.
Antara jenama cd yang aku beli, Babyland, Sun Baby, Sunny Baby, GG Babies, Rainbow BB, Cozy Babies.
Aku ada jugak beli cover and prefold Ecnobum, Flip with stay dry insert & Weegro Applique Diaper Cover.


Ini pocket cd..
Ada type velcro & snap button.
Pocket ni prewash sekali je. Ada jugak yang tak prewash, tapi better basuh la kan.
Buang dirt yang ada pada cd tu..
Pocket ni eloknye masukkan dalam laundry net sebelum humban dalam washing machine.
Tapi aku takde laundry net, so aku gunakan...


Sarung bantal hehehehe...
Masukkan je pocket cd dalam tu..then humban dalam washing machine
Buh sabun sikit je.. Dalam 1/4 penutup.
Oh aku guna sabun Pureen HAD.
Nak prewash atau wash cd, tak boleh guna sebarangan sabun.
Kena make sure sabun yang digunakan tu takde peluntur, takde pelembut, takde enzim..
Kalau ada, nanti cd tu kurang menyerap...
Sabun Pureen HAD ni memang takde so gunakan la yang ni..
Ada banyak lagi sabun yang bleh digunakan macam sabun  murah FAB atau Trojan tu.. Tapi yang betul-betul takde peluntur, pelembut, takde enzim . Yang biasa je tu..
Sabun pun tak leh letak banyak, cukupla 1/4 je..

Yang ni velcro type cd.. 

Sebelum masukkan dalam wm, kena lekatkan dulu pada laundry tab kat belah dalam.
Takut nanti rosak pulak dia punye pelekat tu..


Ok.. yang ni microfiber insert. Insert ni dimasukkan dalam pocket cd.
Insert kena prewash sekurang-kurangnya 3 kali.
Kali pertama letak sabun sikit.
Kali kedua dan ketiga basuh dengan air je..
Sebab kenapa kena prewash banyak kali ialah supaya insert tu menyerap dengan baik apabila digunakan nanti. Orang kata macam towel la. Bila basuh banyak-banyak kali barula dia betul-betul menyerap.
Siap basuh, blehla spin dan jemur....

Pocket cd tu bila jemur kena terbalikkan. Biar yang bahagian dalam tu kena cahaya matahari.
Kalau kita tak terbalikkan, nanti luntur pulak kaler cd yang cantik-cantik tu kan..
Inserts tu pulak, bila dah kering, bolehla prewash lagi sekali dan jemur dan bila kering prewash lagi sekali.
Ulangla sampai 3 kali atau lebih kalo rajin :D

Ok, pocket cd ni normally, inner dia microfleece. 
Macam yang kat atas yang aku jemur tu, microfleece sebab warna putih.
Tapi ada jugak cd inner dia dari bamboo macam dalam gambar atas ni.
Yang hitam or grey tu inner bamboo charcoal, sebelah dia pulak, bamboo terry.
Inner bamboo ni sesuai untuk baby yang berkulit sensitif.
Nak prewash dia pun kena asingkan dari cd yang inner microfleece tu.
Sebabnya bamboo ni dia ada minyak. So nak elakkan minyak tu kena pada inner microfleece, kenala asingkan.
Cara basuh sama je, letak sabun sikit...masukkan dalam laundry net (in my case sarung bantal)  and then let the washing machine does the work! :D


Tapi tapi.. disebabkan aku ada 2 ketul je cd bamboo, aku hand wash je la hehehehe..
Masukkan dalam besen kecik, buh sabun sikittt je, then bilas-bilas sampaila takde kesan sabun.

Macam aku cakap awal-awal tadi aku ada yang cover jugak.
Inilah dia..
Dari kiri warna kuning tu Weegro Applique Cover, tengah Econobum dan paling kanan, Flip.
Weegro come with microfiber insert+sock, econobum ada 3 prefold & flip ada stay dry insert.
Cover ni tak payah prewash pun takpe, tapi aku nak gak basuh hehe..
Just bilas-bilas degan air..

Untuk prefold Econobum kena prewash dengan air panas.
Prewash sekurang-kurangnya 6-8 kali.
Material dia daripada cotton.
Bila basuh banyak-banyak kali, kain dia jadi lembut sangat.
Aku suka! ehehe
Prewash first time buh sabun sikit, the next one dengan air je..


Memang syok sangat basuh membasuh cd ni... Tapi kalo malas datang, memang bercinta jugakla ehehe.. Prewash memula je rasa leceh sebab kena buat banyak kali dan ada yang kena asing ape sume. Tapi bila dah pakai, tak leceh dah. Nak basuh pun boleh campur sekali. Pastu leh masuk washing machine je. Keje kita cuma kena bilas dulu.. Buang air kencing  dan stool baby.. Buang la rasa jijik tu jauh-jauh ye ehehe...

Tak sabarnye la aihhh nak pakaikan cd kat baby!

Thursday, December 8, 2011

Cloth Diapers vs Disposable Diapers

Assalamualaikum,

These photos are to motivate me :D





Aku berminat nak pakaikan my darling baby cloth diaper (cd) after reading Ryehanna's blog ni. Serius suka tengok her darling son, Razin, pakai cd. Comey yang amat! Terus jatuh hati hehe.. 

Another reason is because cloth diaper ni menjimatkan. Imagine berapa mahal disposable diapers (dd) tu kemudian dalam sehari berapa kali kita dok buang dalam tong sampah. Macam rasa membazirnyee duit.. Aku dan hubby tak punya duit yang banyak. In fact now, kitorang ada satu income je since aku sekarang full time housewife. Gaji hubby pun tak banyak. Berapa sangatla gaji LLP Navy. Cukup-cukup makan je after tolak sume hutang piutang. So, aku nak jugakla tolong hubby kurangkan belanja kat dd ni.. 

Another important reason is, I want my baby to have a healthy bum and skin! Hehehe... Dalam first picture kat atas tu, dah tunjuk ingredients dalam dd. Maybe kesannya takdela serta merta nampak but who knows kan. Mencegah lebih baik orang cakap...

Anyway, banyak jugak cabaran nak bercd nih. Paling utama faktor rajin atau malas. Aku nih takdela rajin sangat. Heh pemalas ni! Kekadang terpikir jugak macamanala nak cuci cd2 nih. Rajin ke aku nanti. Hubby dah cakap awal-awal, dia memang malas nak tolong cuci. Dia cakap, "abang rasa, memandangkan abang yang nak kena tolong sayang uruskan baby nanti, abang tak rasa abang rajin nak cuci cd cd nih. Kita pakai pampers jela eh??" Huuu sayu je rasa hati cos hubby tak berapa nak menyokong... Bila partner in crime dah tak menyokong lagila aku rasa macam bleh ke aku nak pakaikan anak aku cd nih..... Tapi, aku kena kuatkan semangat. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih kan? Some more aku dah keluarkan banyak duit jugak untuk beli cd for starting so, tak nakla membazir macam tu je.. Moga-moga rajin sentiasa berada bersama ku!! :)

Jujurnya, aku rasa tak bleh nak fully cd. Nak kena gilir-gilir guna jugak dd, maybe waktu malam. Bila keadaan dah stabil, baby pun dah besar, maybe bolehla fully cd. Insyaallah, moga-moga niat baik aku ni berjaya aku realisasikan :)

Friday, November 4, 2011

Cloth Diapers In Hand :)

Assalamualaikum,

Yer, aku memang hantu cloth diaper :P Tapi rasanya ada mommies yang lebih banyak beli CD berbanding dengan newbie macam aku ni ehe.. But since baby belom keluar dan aku dah beli banyak CD rasa macam diri ni melampau la pulakkk...

Ok ok.. dah stop dah pun. Harini last beli CD. Nanti beli lagi after dah bersalin ehehehehe...

Atas, dari kiri: Happy Flute Minky, Rainbow Plain (Red & Green)
Bawah, dari kiri: Rainbow Bamboo (Zoo), Weegro Applique Cover (Owl)

Ini CD yang dibeli petang tadi. Selalu beli online je, tapi kali ni serbu rumah seller terus, hebat tak? hahaha..
Aku beli dengan QT Alami Shop. Korang boleh terjah blog dia untuk tengok cloth diaper yang dia jual. Harganya berpatutan. Kalo beli banyak, insyaallah dapatla harga istimewa. Owner dia ni pun baik hati jugak, kalo korang tanya dia soalan pasal CD, dia akan jawab sebaik mungkin, insyaallah. Ni blog dia, Happy Cloth Diapering. Macam-macam info pasal CD kat blog dia ni...

Erm overall, campur dengan 5 yang kat atas ni, aku dah ada 18 ketul CD...

Ni yang terawal beli.
Atas, dari kiri: Babyland Bamboo (Bubble), Babyland Bamboo (Jeans), SunBaby
Bawah dari kiri: Ketiga-tiganya brand SunBaby

Atas, dari kiri: 2 Sunny Baby
Bawah, dari kiri: GG Babies & SunBaby

Atas: Flip diaper cover with 1 stay dry insert
Bawah: Econobum cover with 3 prefold & 2 Snappi

Cozy Babies Army Minky
(This one is my fave cos hubby yang pilih ehehehehe)


Hmmm.. macam nak genapkan jadi 20 ketul je lalalalalalalalalalalalalala....


Aku beli awal sebabbbbb...... November onwards aku dah tak pegang duit sendiri. Sobsob. Nafkah daripada suami memang ada, tapi sangat berbeza okkay dengan duit sendiri ehe.. So sementara bergaji tu, aku belila sikit-sikit.. CD ni pulak aku beli affordable brand la. Tak mampu nak beli yang mahal-mahal. Tengokla kalo lepas ni ada rezeki lebih bolehla beli. Yang second hand punye pon jadiklahh... Haa jangan tak tau, CD ni kalo lepas guna, pastu korang jual balik, sure ada orang beli... That's one of the good thing :) Ada resell value...

Then aku beli different brands sebab otai-otai CD parents cakap, for trial better try different brands. Setiap brand beli 2 ketul dulu ke. Tengok yang mana okay dengan anak. Aku macam dah terlebih banyak beli Sunbaby punye wuhuhu.. Hopefully my darling baby ok jela dengan brand ni nanti. Lagipon aku tengok cutting SunBaby kecik. Sesuai for newborn. Insyaallah....

Doakanla aku rajin nak pakaikan my darling baby CD ni nanti. My parents so far sokong. Especially my father. Dia yang bising cakap disposable diapers banyak chemicals, rosakkan alam sekitar cos pampers ni non degradable etc etc... Sekarang ni kena back to basics. Insyaallah, I will try pakaikan anak aku CD sepenuhnya. Kalau orang lain boleh buat, kenapa pulak aku tak boleh kan?? Yang penting niat dan kesungguhan tu ada :)

Sape nak try pakaikan CD pada anak-anak, boleh jenguk website ni:


It's a site with lotsa info on cloth diapering your baby :)