Showing posts with label kisah berpantang. Show all posts
Showing posts with label kisah berpantang. Show all posts

Saturday, May 5, 2012

Pantang Macam Tak Pantang

Shaheem big boss..
Kecik-kecik dah pandai duduk silang kaki yeeee...

Assalamualaikum,

Letak gambar anak dulu.. Shaheem sebulan lebih lebih. 6 May (esok!!) 2 bulan. Tapi dia tak macam 2 bulan pun kann.. Demok!!! Hari-hari aku geram nak penyek dia haha...

Kembali kepada tajuk.. Aku nak cerita pasal pantang aku.. Dah lama dah abes pantang sebenarnye. Tempoh pantang biasanya 44 hari kan? Ke 40? Entahla, aku tak tahu... Tak berapa nak mendapat pendedahan tentang pantang ni. Patutnya bersalin anak sulung ni la kena pantang kaw kaw kan... Tapi aku... Tak pantang sangat pun. 

Kalo ikut orang tua-tua, time pantang ni banyak benar pantang larangnya. Bukan setakat pantang makan je kan. Kalau yang betul-betul strict, pijak tanah pun tak boleh.. Heh, zaman sekarang macamana la nak tahan daripada tak pijak tanah.. Hari kedua keluar hospital dah kena bawak baby pergi klinik check kuning. Macamana tuh? hehehe... 2 minggu selepas bersalin pulak, siap berjalan jauh kat airport lagi. Dari Sabah-Putrajaya-Kota Bharu. Dengan bawak beg berat lagi huhu.. Apalah nasib.. Sape suruh beranak jauh-jauh kan ehehehe

2 minggu pertama selepas bersalin tu aku kat Sabah. Mak aku ada. Tapi dia uzur. Tak sihat pulak masa kat Sabah tu. Dia pun takleh nak tengok-tengok aku sangat. Mak ada sediakan air mandian untuk aku.. Rebusan manjakani, daun sireh dan daun pandan kalau tak silap aku. Selama 2 minggu tu lah aku dok mandi dengan air rebusan tu. Lepas tu aku mandi dengan air suam biasa je. Sampaila hari ke 44.

Aku tak bertungku. Mak aku tak bagi. Ada bad experience dengan kak aku huhu.. Aku ingat lagi akak aku dulu bertungku. Lepas bertungku tu, dia bleeding banyak sangat sampai kena masuk wad. Mak aku bimbangla perkara yang sama berlaku pada aku. Walaupun tak bertungku, aku berurut. Itupun selepas 2 minggu bersalin. Balik kampung baru berurut. Tak berani nak berurut kat Sabah. Banyak dengar cerita tak besh hehehehe... Masa urut tu, tukang urut cakap rahim aku dah kecut dan dah masuk sarang dia dah.. Actually rahim aku awal-awal dah kecut. Aku ingat lagi masa nurse check aku a day after keluar dari hospital, dia cakap rahim aku dah kecut. Dia tekan-tekan perut dia cakap dah tinggal sikit je lagi. Maybe sikit je lagi kot yang belum betul-betul kecut. Aku pun tak tau ehehe.. Rahim aku cepat kecut maybe sebab selepas je bersalin tu doktor cucuk ubat kecutkan rahim... Aku berurut 3 hari berturut-turut. 

Pakai bengkung pulak, 3 hari masa berurut tu je kihkih.. Sebab tukang urut tu pakaikan. Bila nak kena pakai sendiri dah malas. Tak reti nak lilit, nak belit-belit. Sebelum pakai bengkung sapu dulu perut dengan kapur makan yang dicampur dengan air perahan limau nipis dan minyak mestika. Gatal perut aku huhuhu.. Tapi memang menjadi! Hubby siap puji cakap aku nampak ramping kihkih.. But now.... disebabkan malas pakai bengkung dan makan tak control, perut aku kembali boncet! Huwaaa.. tension tengok perut sendiri.. Padan muka la kannnn...

Bab makan pulakk.... erm awal-awal lepas bersalin tu aku dok makan benda sama je hari-hari. Ikan selar goreng, ikan selar goreng, ikan selar goreng.. Tak pon ikan bilis goreng. Kadang-kadang makan cream crackers tu je. Air pulak, banyak minum air masak, horlicks, milo... Nasi aku makan jugak tapi sekali amik tak banyak dan amalkan tak tambah.. Itu awal-awal pantang. Lama-lama dah malas dahhh hehehe... Now aku dah makan sume benda. Dah habis pantang kann.. Takpela. Cuma ais je belum makan/minum. Rasa ngilu je bila minum air berais huhuh... Akak aku cakap air sejuk ni kena pantang 100 hari.. Heh aku ingat bersama suami je kena pantang 100 hari :P

Oh ye, bila berpantang ni wajib kena ada set berpantang tu kann... Nona Roguy la, Mustika Ratu la, Amway la.. Aku beli yang mana satu?? Aku beli yang tidak disebut di atas ehehe.. In fact, aku rasa takde mommies yang beli sama macam aku hehehe...




Ubat homeopathy.. Dalam bentuk pil. Tak perlu telan dengan air, hisap-hisap sajo hehehe.. Manis ubatnye, nyumm nyumm.. Tapi aku tetap malas nak makan uhuh.. Dasar pemalas kannn.. Bercinta jugak nak makan. Banyak benorrr.. Setiap minggu ubat berlainan nak kena makan. Dan ubat-ubat tu ada fungsi yang berbeza.. Apa rasa selepas makan? Ermm entahla.. Aku tak boleh nak review sebab aku makan pun tak konsisten kan huhuh... Tak tau la berkesan ke tak. Berkesan jugakla kot, mungkin aku tak perasan ke? hehehe... Oh ye, ubat untuk Shaheem pun ada jugak sebenarnye. Ubat untuk cegah kena kuning. Satu bijik untuk aku makan dan satu bijik lagi untuk Shaheem. Kena hancurkan dengan air suam pastu suap bagi dia.. Alhamdulillah Shaheem memang tak kena jaundis. Ada jugak jaundis sebenarnye tapi tak tinggi dan tak kena masuk wad. Mungkin ubat tu ada membantu? Wallahualam....

Tulah serba sedikit kisah berpantang aku yang langsung macam tak berpantang kan kan kan.. Sedih jugak bila ingat-ingat balik. Tapi takpelah, ape bleh buat huhuhu.. Silap aku jugakla sebab amik mudah benda ni.. Sekarang memangla tak rasa ape kan.. Dah tua esok tak taula macamana huhuh.. Doa lah semoga aku sentiasa berada dalam kesihatan yang baik, insyaallah.. Takpelah, anak nombor 2 nanti pantang betul-betul hehehehehe....

Tuesday, February 28, 2012

Khasiat Manjakani

Assalamualaikum,

Korang tahu apa itu buah manjakani?? Aku selalu jugakla baca kat support group dalam Facebook yang bercakap tentang kehebatan buah manjakani ni.. Orang kata bagus untuk ibu-ibu yang lepas bersalin..

Aku tak pernah tengok macamana rupa buah manjakani sehinggalah mak aku datang ke Sabah ni.. Satu plastik beg buah manjakani dia bawak hohoho.. Nenek aku yang suruh belikan..

Yang bulat-bulat tu lah buah manjakani..
Yang akar kayu tu aku tak tau nama apa.. Mak kata buat mandi..

Buah manjakani ni orang kata baaaanyak khasiatnya untuk orang perempuan.. Bleh buat cuci bahagian sulit dan bleh buat makan.. Bab makan tu macam tak sanggup sikit sebab orang kata buah ni pahit yang amat!! Lebih-lebih lagi yang pure dari buah ni la.. Kalo yang dah dijadikan dalam bentuk pil tu maybe dah kurang pahit.. So aku pun tengah dok terbayang ni, bleh ke aku telan buah ni nanti? Hohoho.. ngeri!

Ni sedikit info aku amik dari blog mysetbersalin.com tentang manjakani....


Kepada wanita yang telah berkahwin dan baru bersalin, orang orang tua selalu sediakan biji manjakani waktu dalam pantang. Kalau untuk di makan, buah ni akan di rebus dan akan di buang kulitnya. Isinya akan di gentel kecik-kecik dan di makan bersama nasi.
Kalau makan cam tu je, rasanya ramai yang akan bulat biji mata sebab pahit!. Caranya masukkan dalam nasi sedikit dan telan kalau nak selamat :0
Ada juga yang makan dengan cara di masukkan dalam buah pisang dan telan.Pun okay jugak sebab tak terkena tekak waktu menelan.
Buah manjakani juga elok di buat basuhan pencuci intim wanita. Kalau nak yang real, selepas di rebus cuci bahagian intim dengan air rebusan ( bila air tu dah suam la ye ).Elok untuk elakkan jangkitan kuman . Dalam masa yang sama merapatkan vagina wanita.
Begitu juga kalau buah ini di asah .. gesekkan dekat pasu dan ambil sedikit untuk di sapu di bahagian intim. Kata orang tua ia merapatkan semula vagina dan merupakan cara paling senang tanpa perlu beli krim atau losyen.

Tuesday, February 21, 2012

Menu Berpantang

Assalamualaikum,

Haritu aku share menu untuk ibu yang ada kencing manis kan... Hari ni aku nak share menu time berpantang pulak.. In case la korang kena pantang sendiri ke ape, at least taula serba sedikit nak makan apa time pantang nanti kan.. Walaupun aku akan dijaga mak aku time pantang nanti, aku search jugak menu ni sebab mak aku nenek moden ekekeke.. Dia kata dia dulu pun takdela pantang teruk-teruk. Biasa-biasa je.. Jadi untuk tolong dia masak untuk aku nanti aku carila menu ni dalam google... Juga untuk rujukan masa depan :)

Resepi sajian dan menu waktu berpantang.

Korang blehla download menu ni pastu tempek kat fridge.. Aku tengok menu ni sekali imbas macam sedap-sedap pulak ahaha.. Takde macam menu berpantang je.. Siap ada resepi ayam panggang.. Pehh ayam, my fave! Selalu dok bayang kalo berpantang ni kena makan ikan haruan, ikan keli.. Urgh tu bukan fave aku. In fact aku tak penah makan pun ikan-ikan tersebut.. Tapi kalo time pantang ni nak kena makan jugak, redha aje lahh... Yang penting badan cepat sihat kan.. Dah sihat bolehla ngandung anak nombor dua pulak huahuahua...

Selamat berpantang pada mommies yang tengah berpantang!! :)