Friday, July 29, 2011

Petua dan Larangan Berpuasa pada Ibu Mengandung

Assalamualaikum,

Dah nak dekat puasa dah kita ye? Tingaal berapa hari je lagi. Dah ready belum ni nak puasa? Ready or not, puasa jela kan. Dah sudah jadi tanggungjawab kita sebagai Muslim :)

Aku pun dah ready ni. Although berdebar jugak rasa cos first time puasa time mengandung kan. Tapi aku rasa takde masalah kot.. Insyaallah boleh.

Hari ni aku nak share petua berpuasa untuk ibu-ibu mengandung ni. Dapat dari Facebook:

  1. Jangan lupa selalu makan makanan berzat baik pada saat sahur atau berbuka puasa. Walau menu sederhana, yang penting mengandungi lima unsur zat lengkap seperti protein, lemak, karbohidrat, vitamin dan mineral
  2. Usahakan untuk mencegah dehidrasi tubuh dengan banyakkan meminum air putih pada malam hari. Hal ini penting dilakukan, kerana pada siang hari, aktiviti kita cenderung banyak mengeluarkan keringat baik di ruangan terbuka atau berhawa dingin
  3. Pada saat berbuka, mulakan dengan makanan atau minuman hangat dan manis seperti Milo, susu atau minuman manis lainnya. Tetapi ingat, jangan mengambil minuman yang mengandungi soda, kerana dapat menimbulkan akibat buruk bagi perut anda
  4. Jangan minum air dingin atau ais. Biasakanlah berbuka dengan minuman yang hangat. Perut yang kosong kerap menjadi kembung, bila anda terus berbuka puasa dengan air dingin
  5. Kemudian berehatlah lebih kurang sejam sebelum menyantap hidangan berbuka. Tujuannya untuk memberikan keseimbangan terlebih dahulu terhadap sistem pencernaan kita. Ingat, jangan mengambil makanan berlebihan dan makanan yang mempunyai kandungan garam yang tinggi seperti telur dan ikan masin
  6. Berbuka puasa hendaknya dilakukan secara perlahan-lahan dan tidak terburu-buru agar perut tidak terkejut. Untuk meringankan kerja penghadaman, kunyah makanan dengan baik
  7. Supaya anda mampu menahan rasa lapar, perbanyakkanlah mengambil jenis makanan berserat yang banyak terdapat dalam sayur dan buah. Tubuh memerlukan waktu lebih lama untuk menghadamkan makanan yang banyak serat
  8. Selain memperbanyakkan makanan berserat dan berprotein, sebaiknya anda juga menyediakan jenis makanan yang mengandungi vitamin dan mineral serta makanan tambahan agar tubuh tetap segar-bugar sepanjang hari
  9. Vitamin yang penting diambil setiap hari adalah vitamin A, B dan C. Tetapi, kalau anda sudah makan buah berwarna kuning atau merah, sayur berwarna hijau tua dan kekacang, maka tidak perlu khuatir kekurangan vitamin tersebut.

Selain daripada tu ada juga larangan berpuasa pada sesetengah ibu mengandung yang mempunyai masalah berikut:

  • Morning sickness yang teruk; ibu-ibu ini sentiasa lemah, mual dan mengalami dehidrasi/kekurangan air dalam badan. Semasa peringkat ini, ibu-ibu lazimnya kurang mengambil makanan atau minuman, apatah lagi yang berzat tinggi
  • Penyakit kronik seperti diabetes mellitus, darah tinggi, penyakit buah pinggang dan sebagainya. Pesakit-pesakit ini biasanya memerlukan rawatan seperti insulin atau ubat-ubatan lain. Tanpa ubat-ubatan, tumbesaran dan perkembangan bayi di dalam kandungan, serta kesihatan ibu akan turut terjejas
  • Anemia/kekurangan darah semasa mengandung
  • Oligohidramnios (air ketuban/mentuban yang sedikit/kering)
  • Pesakit jantung
  • Tumbesaran bayi yang terencat
  • Mengalami perdarahan semasa mengandung.


Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak!

Monday, July 25, 2011

How Do I Know I am Pregnant?

Assalamualaikum,

Last aku period is on 3rd June. Sehari sebelum kawen. Bila dikira-kira mengikut kitaran normal, next period is on 2nd July.

Seminggu dua sebelum 2 July tu aku dah ada sakit-sakit macam nak period dah. I.e sakit breast & abdominal pain. Macam senggugut gitu. Masa tu memang tak syak la pregnant. Aku memang ingat sakit tu sebab nak period.

At the same time aku dah jadi malas-malas nak buat keje. Kat rumah mahupun kat ofis. Kat ofis lagi dasyat dia punye malas sebenarnya haha. Takde mood. Sensitif.

Pastu lagi aku ngantuk-ngantuk. Kat ofis, bila time Zuhur selalu pegi tido kejap kat surau. Aku rasa bos aku pun heran jugak apela aku buat lama-lama kat surau. Baca Quran habis sume juzuk ke ape kan ehehe.. Tapi sebenarnye aku pegi tido siap berdengkur dan berair liur basi lagi. Kat rumah tak payah cakapla. Balik je dari keje terus tertonggeng atas katil. Membuta...... Selalu jaga-jaga je dah gelap. Bangun mandi-manda, sambung tido lagi. Hish memang dasyatla tido tuh. Kalah beruang berhibernasi.

Keletihan, kemengahan.. tu sume aku ada rasa. Tapi aku syak ni sume sebab badan aku dah makin gemuk sebab aku banyak makan. Haa ni satu lagi. Lepas kawin haritu selera makan aku besar yang amat! Sampai my pumpkin sendiri pun geleng kepala. Pernah sekali masa kat Lumut, nasik dah makan dah. Siap bertambah lagi. Pastu kuar kejap. Singgah restoran. Aku order sotong celup tepung. Aku habiskan sorang! huahuahua.. Pastu terus dah nak termuntah kekenyangan. Tamak haloba macam tu la. Balik Cyberjaya ni pun sama. Asal lunch je nak makan macam-macam. Bantai nasikla. Mi la. Aku rasa aku makan banyak sebab nak balas dendam. Sebab sebelum kawin dulu aku diet bagai nak rak ehehehehe..

Then disebabkan keadaan aku seperti di atas ni la rakan-rakan kat opis yang sangat mengambil berat pasal diri ini dok bagitau aku, "you ni pregnant ni!" berulang-ulang kali. Kawan-kawan pun sama. Ada jugak yang dok cakap aku ni dah pregnant kot....... Aku still buat donno. Confident abisla yang diri ni tak pregnant. Bila aku cakap, "yeke pregnant.. Tak rasa ponnn..." Rakan-rakan opis mesti cakap, "haiyaaa you memang tak rasa lagi baby gerak-gerak dalam perut. Still early maaa.. Tapi you dah ada tanda-tanda malas-malas tu. Orang pregnant memang malas!" Huahuahua.. seblom kawin dulu pun aku malas gak. Takdenye pregnant muehehehehehe..

Still aku malas nak pikir. Aku rasa tu sume because of premenstrual syndrome (PMS).

Erm 2 July tiba..... aku tak period hohoho.. Period aku memang normally on time. Kalo kira hari tu, hari tu lah periodnye. Masa tu my pumpkin turun Putrajaya. Aku bagitau dia aku tak period lagi. Then dia cakap lambat kotttt... Tunggula 2,3 hari lagi. Bagus kan my pumpkin. Tak nak aku terlalu mengharap ehehehe.. But actually memang aku dah ada perasaan mengharapkan aku pregnant tu sikit-sikit. Yelah, dah orang selalu dok cakap aku pregnant kannn.. But takpela, aku biarkan aje. Tunggu jela 2,3 hari lagi.

Masa ni sakit kat perut yang macam senggugut tu macam makin menjadi-jadi plak. Aku dok pikir, aku dah gemuk sangat ke sampai period pun susah nak kuar. Lemak dah banyak sangat ke? huhuhuh.. Then, I
googled for pregnancy symptoms....

Missed or altered period - Yup, I have missed my period.

Just a “feeling” you are pregnant - Of coursela. Cos people keep telling me that I am pregnant.

Breast Tenderness - Ada rasa sakit. Tapi takdela sakit sangat. Kekadang je rasa macam kena sengat huahua..  Some women notice their nipples darken in color. Tapi aku macam tak je? Ke aku yang tak perasan. Entahle, tak penah nak belek sebelum ni muehehe..

Fatigue - Oh, sangat!

Frequent Urination - Ok, this one paling tak tahan. Tengah malam je mesti terjaga nak kencing. Kat ofis pun selalu ulang alik pegi toilet...yang sangat jauh! +__+

Nausea and vomiting - Nope. Takde pun.

Dizziness or fainting - Dizzy takdela. Cuma sometimes sakit kepala macam bila duduk tengah panas camtu.

Food cravings - Takde cravings. Cuma makan banyak je eheh..

Food aversions - Ermm maybe ada kot. Takleh nak makan kari/gulai. Rasa macam muak.. Sebelum ni ok je. Bantai je makan sume.

Sensitivity to Aromas - Mungkin ye. Tak tahan dengan bau perfume yang aku pakai sendiri. Mau pening jadinye!

Morning Sickness - Nope.. takde.

Heartburn and constipation - Heartburn tak perasan. But constipation yes. Makanla betik or pisang banyak mana pun. Still sembelit +__+

Mood swings and irritability - Checked!

Higher than normal body temperature - Not sure bout this.

Lower back pain - Ahh yess... lenguh gila belakang ni tau.. Macam terseliuh pun ada.

Discharge - Ada jugakla discharge macam keputihan/lendir-lendir. Tu yang aku pelik tu. Kalo nak period vagina biasanya kering kan? Tapi ni bleh plak ada keputihan. Macam lambat je lagi nak period padahal dah overdue huhuhu..

Implantation bleeding - Err takde. Kot.

Bloating and weight gain - Positif! Bloating tu tak payah cakapla. Rasa macam badan penuh angin. Silap-silap aku boleh floating in the air ehehe.. Selalu kentut-kentut. Sebab aku tak reti nak burp. Weight gain dah pasti la kan....

Positive pregnancy test results - aaaaa... yang ni kena buat test baru tahu.


So bila tengok pada list kat atas ni, banyak jugakle tanda-tanda yang menyokong aku ni tengah mengandung. Untuk memuaskan hati banyak pihak, aku pon plan nak buat pregnancy test. At first ingat nak tunggu buat kat Lumut. Together dengan my pumpkin. My pumpkin pulak suruh buat dengan segera sebab dia pun tak sabar nak tahu hahahah..

On 6 July, aku pegi beli pregnancy test kit dekat Guardian. Malam-malam ni pegi. Tapi aku baca, kalo nak test elok test pagi-pagi. Sebab masa pagi ni la hormon hCG dalam air kencing tu tinggi. Namun disebabkan dah tak sabar nak tahu kan, aku pon test jugaklaaa hihihi..


Ermmm nampak tak nampak je line tu kan? Aku pun tak tau ni positif ke tak ni? huhuhu.. Aku MMS kat my pumpkin. Dia kata macam blur je line tu. So dia suruh aku test lagi pagi-pagi esok. Luckily dalam kotak yang aku beli tu ada 2 batang test stick. Pagi-pagi buta, bangun je dari tido cepat-cepat aku test..


And this time line tu nampakla jugak sikit.. Agaknye test kit tu tak bape bagus kot? Ke memang line tu sepatutnya blur-blur je ke? Apa-apapun, kali ni, aku yakin test ni menunjukkan keputusan POSITIF. Again I MMS this to my pumpkin and he is also certain that it's postive :)

Alhamdulillah, happy sangat-sangat bila tengok test tu positif. Perasaan bercampur baur jugakla. Happy, at the same time sedih sebab my pumpkin takde dengan aku to share this moment. Share through handphone tak syok! Tapi dia jugak yang suruh aku test cepat-cepat kan ehehe.. Then, excited and macam tak percaya pun ada. Cepatnya dah ada baby! Dalam kepala dok pikir mesti ramai yang tak menyokong ni. Sebabnya ramai jugak yang dok cakap dengan aku tak payahla cepat sangat ada baby. Nanti tak sempat nak honeymoon, tak puas nak berdua-duaan dengan suami etc etc..

So I kept this as a secret first. Tak bagitau sape-sape pun. Even to my family. Yang tahu hanyalah aku sendiri dan my pumpkin lah.

When did I share this good news with them? Next entry cerita ok! :)

Friday, July 22, 2011

Entry Pembuka Bicara

Bismillahirrahmanirrahim.. Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang....

This is my first entry after been thinking for quite sometime whether or not to create another blog just to share my pregnancy experience. Well, aku dah pon decide.. maka tercreatelah blog pinky pinky neh ehehe.. Why do I choose pink as the background? Entahhh... Tiba-tiba jiwa jadi kaler pink haha.. Adakah baby girl dalam perut ni? Jeng jeng jenggg.. Donno yet la. Masih small tiny little baby lagi.... Alah pink doesn't meant for baby girl je kan. Baby boy pun boleh pakai pink :)

Alhamdulillah, Allah kurniakan kami suami isteri, rezeki awal. Sebulan lepas kawin terus dapat berita gembira. Syukur sangat-sangat. Tak sangka pun ada jugak. Sebab macam mudah sangat! hehehehe.. Mungkin timing tu kena tepat pada masanya and Alhamdulillah, memang Allah nak bagi la tu.. Lagipun kitorang tak planning ape pun. Kalau planning of course dah amik precautious step kan?

Mungkin jugak dapat baby awal ni sebab doa kawan-kawan dan keluarga. Lepas kawin tu (and also before kawin) masing-masing sibuk dok cakap aku akan dapat baby awal. Macam dorang tau je bila aku ovulate and all ahaha.. Terima kasihla korang. Mulut korang memang masin! Allah makbulkan doa korang :)

Nothing much to say other than, we are very thankful :)

Doakan aku dan bayi yang dikandung ni sihat sejahtera ye kawan-kawan :)