Showing posts with label Diari. Show all posts
Showing posts with label Diari. Show all posts

Wednesday, November 27, 2019

November Rain by Gun N Roses



Esok hari last SPM 2019. Paper Prinsip Akaun.
22/11/2019 hari last persekolahan. and I am still here. writing this at home. (Is this place really called a home?-kuarters guru B-2-2 MRSM SAS)
I always wonder what home means me to? Home is suppose to be a safe haven and a comfort zone. A place to build memories with beloved ones. Or it is only a phrase because I heard somewhere home is where the heart is. I dont know bout you. But sometimes I feel that I am very far from home.

Oh gosh. I miss writing here. How I wish I can pour all my thought, memories and everything here. But time is gold. I cant write anywhere anytime like I used to before. Time is limited. Time will heal. Time is everything. But wait. Why blame time. I should only blame myself for not putting any effort to write. I guess I should write more often, but the thing is... I only froze in front of the laptop. I blinked. Then I switch off the laptop. Today, I have the courage to write.

35 more days to 2020. When I reflect back all the things I did this year. I feel honored. I am 30 this year. I've loved and I've lost. I've had mine and you've had yours.
After everything I've been through, despite what other people might have talked about me behind my back. I dont really care actually, well yeah sometimes I might want to know what other people said bout me, but I cant really control what people gonna talk about me. So, I choose not to know.
They said ''ignorance is a bliss'' - it do well to me sometimes.

I need to focus more on growing myself. For example, I will step up my skincare routine, I will take care my body more often, do things that makes me happy, do more savings for travel etc. I care for people that I loved. For people who always been there for me, ups and downs. Because I have this in my mind-  You should keep and care for those who can see your sadness behind your smile.

THANK YOU 2018. You have been wonderful to me. Yes, not all wonderful, honestly. But I dont want to think too much on the negative and horror part. Only Allah can judge me. Because He is the one who write the story for me and I will continuously pray that I am always under his Guidance and Blessing to the right path for me. InsyaAllah


Sunday, October 16, 2016

where is the love?

Happy Sunday everyone.
yes.

short update:

semalam Hari Graduasi Ting 5 Kali ke-8 untuk MRSM TMT
sekejap masa berlalu.aku rasa macam diorang semua masih innocent masa ting 2 dulu (masa tu baru posting sini 2013). No pics was taken because I was busy being AJK Stage Manager.luls.

kenapa aku menaip di sini.sepatutnya kena update SKT dekat Hrmis tapi still tak boleh log in sejak semalam.So aku merayau-rayau tengok blog dan taraaaa ter update blog sendiri.

Today is productive day I must say because : laundry (done), cooking (done), iron baju (done)..huhu..kemas rumah je belum sebab penat semalam belum habis.eceh.

Nak sangat update trip ke Lombok untuk rujukan akan datang..tapi bila entah mood akan datang untuk update sebab kena transfer gambar.ok.nanti kot..masa students dah busy exam.ehehe.



ok.tu je.

Love is putting someone else's needs before yours - Olaf (Frozen)



Sunday, April 12, 2015

pergi takkan kembali

seingat aku,tak pernah aku tulis post khas kat blog ini tentang arwah.

my beloved grandpa , Bahar bin Rais telah kembali ke rahmatullah pada 3 April 2015 pada jam 11.58 malam.begitulah yang telah tercatat dalam sijil kematian arwah.

masih segar dalam ingatan, aku balik dari Tawau hari Khamis (2 April 2015). Sampai je kat KLIA2, amik ERL terus ke KL Sentral. lepas tu terus amik Komuter ke Rawang. Sampai Rawang dah pukul 8 malam, mama dan papa amik naik kereta terus ke KPJ Rawang tengok atuk kat wad 601. Atuk dimasukkan ke dalam wad sejak hari Selasa (31 Mei 2015) lagi sebab ada darah keluar bila batuk-batuk.

Bila berada jauh dari keluarga, mesej bertalu-talu masuk di group whatsapp family Bahar-Sariah tu. Rasa risau, sedih semua ada.rasa tak sabar sangat nak tengok atuk kat hospital.nak selalu ada dengan dia.nak salam tangan dia. tengok dia makan.alhamdulillah.aku sempat buat semua tu.

pada 3 April 2015 (Jumaat), dalam petang-petang sikit tak ingat pukul berapa, aku, mama dan Jefry bertolak ke hospital nak lawat atuk. dalam jam 6 ptg macam tu, atuk mintak nak makan mee goreng. terus mama dan aku cari mee goreng kat sekitar pekan Rawang. aku kagum dengan atuk yang masih ingat hari tu ialah hari apa bila dia cakap ada satu kedai makan yang jual mee goreng tu tutup sebab hari tu ialah Jumaat. cepat-cepat mama dan aku beredar nak cari mee goreng. kami beli kat tepi Mydin tu.dah pesan kat orang kedai tu jangan pedas dan jangan letak ayam.hanya sayur, udang dan sotong je boleh.

lepas beli terus bawa ke hospital.tapi atuk tidur. Cik Ita ada rasa sikit dan dia cakap pedas, atuk tak boleh makan kot ni. terus aku dan mama keluar balik nak suruh orang kedai tu masak semula. tapi bila kami sampai situ, kedai tu dah tutup. terus kami pegi kedai mamak je dan aku ulang lagi benda yang sama.jangan pedas dan jangan letak ayam..sotong dan udang sahaja boleh.

sampai di hospital, tengok-tengok atuk dah makan mee goreng yang kami beli tadi,berselera je dia makan tapi tak banyak sangat la.tak habis pun sebungkus tu.suka sangat-sangat tengok atuk makan sebenarnya.

dalam pukul 8 malam macam tu, Cik Ita mesej kat group whatsapp cakap atuk bangun tidur tanya dia ada panggil ke sebab dia dengar ada orang panggil nama dia.padahal bilik wad tu sunyi sepi je.

dalam pukul 9 malam tu, aku, mama dan jefry nak gerak balik rumah dah.atuk tidur nyenyak. tak nak kacau dia tidur.so tak salam tangan dia pun.

dalam pukul 11 malam macam tu, kepala dah letak kat bantal dan dah ready nak tidur pun.
tiba-tiba papa bising suruh semua orang cepat-cepat bangun dan siap pergi ke hospital.dia cakap abg Syam mesej kat group supaya semua orang ke hospital segera.
terus capai yassin dan bersiap nak gerak ke hospital.

............................................................................

4 April 2015
dalam kul 4 pagi, jenazah sampai di rumah nenek.
kami kemas-kemas rumah nenek.siapkan barang-barang semua.

takkan lupa semua tu dalam ingatan ni.
alhamdulillah atuk selamat dikebumikan di tanah perkuburan Rawang tu.
siram air mawar kat pusara atuk.

Nina sayang atuk.
kami semua sayang atuk.umur atuk 86 tahun semasa meninggal.
Al-Fatihah.

p.s: mata bergenang masa taip post ni.semua memori bersama atuk terus berlegar di ingatan.orang lain tak kan faham.sejak darjah 4 duduk kat Rawang tu.dari dia selalu sapu daun kering kat laman rumah, sampai tak larat bawak motor dah, teman dia pegi pasar beli sayur ikan.semua.semua tu tak kan lupa.

Nina doakan atuk tenang di sana.tak putus doa kami semua, anak dan cucu atuk untuk atuk tersayang.

Monday, September 30, 2013

alhamdulillah..




thank you Allah, my beloved family, friends and those who help and support me along the way.

Sunday, January 13, 2013

2013

Malam mencari mimpi
Siang mencari erti
Tersingkap seribu makna
Terucap seribu kata
- Kekasih Awal dan Akhir, Jamal Abdillah


Bulan baru di hari tahun yang baru.
Sedar tak sedar, usia blog ini menginjak masuk ke tahun yang ke-6
Pantas sungguh masa beredar.
Yang senior sudah tamat pengajian di universiti,
yang junior pula bakal menyusul senior.
Eh.

Kehidupan tetap diteruskan.
Survival. Yup.
Berjuang untuk terus hidup.
Hidup untuk mati. untuk kehidupan yang kekal abadi di sana.


Tahun 2012.
Melakar suka duka ketawa menangis.
Terima kasih 2012
2012 akan tetap diingati antara tahun yang terindah.

Semoga 2013 ini membawa keceriaan dan kebahagiaan
yang berterusan dan berpanjangan
hingga tahun-tahun yang berikutnya jua.
InsyaAllah.Amin.


p/s: Selamat ulang tahun perkahwinan yang ke-24 buat ayah bonda tersayang. Ampun dipinta kerana tiada hadiah istimewa dari anakanda mu ini kerana masih menanam anggur di rumah.hehehe..semoga kekal berbahgia hingga ke syurga.tidak pernah anakanda lupa untuk menitipkan doa untuk kalian berdua. sayang mama papa!

Monday, August 20, 2012

selamat hari raya


selamat hari raya tidak kira di mana anda berada :)

maaf zahir batin. 

makan ketupat lemang segala jangan lupa kami di sini.

Saturday, July 14, 2012

bercampur baur

and yeah.wake up so early in the morning.sipping hot tea.alone.

class start in one more day.urgh.

excited?happy?stressful?anxious?all come in one package.

a lot of thinking.decision to be made.and other things that make me worry.

been listening to this one song since yesterday, over and over again.


what was said 
what was done  
as the time had a ride  
all the ways we could run  
all the things we could try oh my, 
could you tell me where this is going to lead?

and all the lights are shining on the sea  
as the rolling waves crash along the beach
 
and our minds were meant to sail  

take a rest from our thoughts 
take a break from this world  
and we'll feel miles away 
from the places that we used to be




i have hope and faith.
i close my eyes.and i know its real.
hold my hand.lets do this.
i put my trust on you.

Wednesday, June 6, 2012

Friday, May 11, 2012

cut

on the way nak pegi kelas, lately cuaca amatlah sejuk.
belum winter lagi ni.baru autumn lagi.
pastu nak pergi kelas biasalah,jalan kaki kena banyak lintas jalan pakai lampu isyarat pejalan kaki.masa nak tekan button lampu isyarat pejalan kaki tu, baru perasan darah dah banyak kuar menitik-nitik dari celah jari.hadui.sejuk punya pasal.jari jari kaki dan tangan rasa numb.so aku assume kulit kering kot.dan merekah lepas tu luka la.hehu.tiap tiap pagi pakai losyen kat kulit before pegi kelas macam sapu minyak apa je.tuang, jangan tak tuang.haha.




luka di luar nampak, luka di hati siapa yang tahu. eceh

Sunday, April 15, 2012

Easter Show

habis jugak seratus keping kupon yang ada tuu.hehu.

miahaha.semua orang pening naik permainan yang pusing2 mcm roller coaster etc.

transformers!



lokasi: ASB Showground

oh lala sangat hyper so jadi macam ni lah pic die.hik hik~


Friday, March 23, 2012

The Smiths- Please, please, please, let me get what i want

Good times for a change
See, the luck I've had
Can make a good man
Turn bad

So please please please
Let me, let me, let me
Let me get what I want
This time


Haven't had a dream in a long time
See, the life I've had
Can make a good man bad


So for once in my life
Let me get what I want
Lord knows, it would be the first time
Lord knows, it would be the first time


Thursday, December 1, 2011

huge sale RWC


mula-mula qila & dibah tunjuk jersey diorg beli.terus teringin.aiseyh.
Rugby World Cup Store tu tengah buat sales sebab nak habiskan baju-baju diorang tu kan.




owh.borong.borong lagi
T__T



ini hasil tangkapan kak najdah.

aku plaks angkut 4 T-shirt, satu jersey.huaaa.


aku angkut dua T-shirt ni tadi.lepas tu sampai rumah, jual kat ena satu.hek hek.
kitorang yg habiskan saiz S kat kedai tu kot.hihi.


thanz kak najdah sebab belanje biskut sedap lepas memborong.hehe.

Sunday, October 9, 2011

so here i am to say hi


p/s: as we get older the years pass so quickly.
IMY.
dont u feel the same too?

Friday, June 24, 2011

Day 05 - A picture of your favorite memory

sambungan dari post ini




hehe..mase kecik kecik dulu..suka sangat time birthday diri sendiri taw..
yelaa..dapat hadiah.ada kawan2 datang umah, dapat potong kek besar...heee~
suka sangat okeyy!!..setiap tahun kot nanti kek bentuk nombor umur kite..
thank you mama papa..bila ingat semua tu, senyum sorang2..

bersama arwah atuk..


seeeeee..saye senyum lebar betol time potong kek!!.haha..
hahahaha...memang favorite memory laaa..

Tuesday, October 26, 2010

age is just a number

kepada si budak comey lyn,
sory copy paste ur URL blog kat sini tanpa kebenaran kan..hehe~
tetibe terase kan~itu yg sy letak kat sini
THANK YOU DEAR sebab post ini
i miss u laa.rindu nak usik2 kamu~
*sekejap je mase berlalu, dan kamu dah tahun ke-2 di Ireland tu*
take care and all the best kayh!.bertabah!.. ;)

Tuesday, October 5, 2010

sakura

hai semua..
tiba2 rasa terpanggil untuk mengupdate blog walaupun tiada idea untuk menulis.tiba-tiba dah oktober..
so, lepas ni bila orang tanya bila balik mesia, dah boleh jawab "next month insyaallah saya sampai mesia". ok?...

al-kisahnya, sabtu yg lepas, nur aqilah comey yg baru saja menyambut hari kelahiran beliau yg ke 21, iaitu pada 1 oktober yg lepas telah bersemangat mengajak aku, dibah n ena untuk sakura hunt..hahahaha..penat tu turun naek bukit cari pokok sakura tak jumpe2 kan..okey.itu hiberbola..
kami berjaya jumpa ok.
pokok sakura itu haruslah dicari ye sebab pokok tu berbunga hanya dalam tempoh dua minggu je..lepas tu bunga die gugur..time winter ari tu, die tinggal ranting n batang kering je macam pokok da mati..so, haruslah excited bila tengok sakura dah berbunga kan.
lepas excited haruslah snap picture banyak2 kat pokok sakura tu kan.

ok.dah takde idea nak taep ape.
kita tengok gambar je laa.ok?


maen panjat-panjat pokok semasa mencari sakura.mungkin kerana masa
kecik2 dulu tak dapat panjat pokok sebab takut mak mara.


eh.warna bunga sama dgn warna baju.maka harus lah
amik gambar dgn bunga yg sewarna dgn baju kan

ni pokok jenis ape sy tataw.tapi bukan sakura.
pencarian sakura masih diteruskan.

yeayyyy!..sudah jumpa sama itu sakura. maka haruslah gembira.



*wink* berangan macam kat jepun sebentar.



mencari ketenangan setelah menghantar 4 esemen lah katakan.
hurmmm..next week ade lg empat

cik izati, sy cilok dari fb awk ye gambar ni,jgn mara ek.

oh ye.yg tudung oren coklat due dari kanan tu la nur aqilah comey.
die seorang yg periang.hihihi~




Saturday, August 21, 2010

august

random.

1-nampak kat sebelah kanan ni?nampak?saya ada 4 assigment nak kene submit next week..tapi rose nina die baru buat tak sampai 40% percent semua 4 subjek tu..camne tu?

2-saya mengalami masalah tidur..abih2 tarawikh(dalam kul 9 mlm je pon) terus tidur yg sangat lena sampai orang datang ketuk2 bilik pon tak sedar2 da..kadang2, terjage kul 2 pagi ke, then tak leh tdo smpai subuh da..

3-saya rindu nak makan bebokol.( makanan tradisi sg choh)

4-tadi berbuka puasa kat perkampungan melayu.. best..dapat makan rendang ayam, sambal belacan yg terbaek, keropok lekor..kek coklat..mmg terbaek laaa..macam macam ada..next week nak kene pegi lagi laa.hihi..rase mcm kat mesia, dapat tarawikh dgn makcik2,orang2 yg convert pon islam ade.best2..ade ramai budak kecik2 lari2 bising2,.seronok borak2 dgn diorg..kbanyakan diorg mix..bapak melayu, mak omputih ke kan..yg singaporean plak ade yg duk kat nz ni sjak tahun 1987 laa..mule mule segan teramat,sebab ye laa..first time kan datang..sekali auntie tu kate buat la macam umah sendiri, tapi jangan lompat2 plak..haha..memang terbaek..feels like home..

5-last week beli ipod touch 8gb..huaaa2..hepi giler time menang bid kat trade me tu..150 NZD termasuk delivery kan..ade calar2 sket je kat blakang ipod tu..orang tu baru beli last year ipod tu..ingatkan nak beli next year, sebab duk HUIA ni bukan ade wireless pon kan..hihihi~

6-saya balik bulan 11 ni ye rakan rakan..dan saya tak balik time raya ni..tolong la faham..nape ade rumours kate sy balik raye ni..stress btol~tibe2 kat chatbox tanye, eh bukan diorg kate ko balik ke raye ni..no no no..new zealand dan australia tidak same seperti di UK, Ireland ke Czech ke, mesir ke..ok? cuti kami yg 3 bulan time summer itu adalah bulan 11 nanti..adoi~~ni skang tgh winter ni..nak masuk spring da..

7-cukup da kot perkara yg nak di list..nanti saya update lg..

selamat beramal~~
da nak masuk pertengahan ramadhan ni..

Sunday, August 8, 2010

Tuesday, July 13, 2010

panasnya matahari, dinginnya salju.



mt ruapehu (foto diambil semasa dalam van)


Surah : An-Nur, No Surah: 24, Ayat : 43





Tidakkah engkau melihat bahawasanya Allah menjadikan awan bergerak perlahan-lahan, kemudian Dia mengumpulkan kelompok-kelompoknya, kemudian Dia menjadikannya tebal berlapis-lapis? - Selepas itu engkau melihat hujan turun dari celah celahnya. Dan Allah pula menurunkan hujan batu dari langit, (iaitu)dari (gumpalan-gumpalan awan seperti) gunung-gunung; lalu Ia menimpakan hujan batu itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Sinaran kilat yang terpancar dari awan yang demikian keadaannya, hampir-hampir menyambar dan menghilangkan pandangan.


_______________________________________________________________

terima kasih kepada akak-akak senior yg baek hati sepanjang trip jaulah winter 2010 yg lepas...akak-akak semua memang best laa...banyak pengalaman berharga yg dapat dikongsi bersama yg dapat dijadikan panduan bersama untuk mendorong diri ke arah yg lebih baik..insyaAllah..

sepanjang jaulah 4 hari 3 malam tu, saya tak kan lupa la yg sy pernah satu van dgn ena, yumna, kak maryam, kak fadilah, kak maisarah, dijah dan kak izzati..terutamanya bab yg perjalanan balik semula ke auckland..dalam 16 minit lg nak sampai hamilton.van kami berasap dan tersadai lah kami di tepi jalan..kami berpicnic di highway..nak dekat 2 jam kot terkandas..tp alhamdulillah, semuanya selamat..ada van satu lagi yg bawak ena, yumna n sy balik dulu..tp bila pikir balik, banyak gak hikmahnya..satu pengalaman berharga yg tak dapat dilupakan la..

ermm..tataw nak susun ayat untuk nak share apa yg telah dapat dipelajari dalam jaulah kali ni, tapi rasa cam bersyukur sangat sebab dapat libatkan diri dalam program macam ni..
sekali lagi, jazakillah kepada semua akak-akak dan rakan-rakan sekalian..

ranting-ranting kayu yg diselaputi salji di pagi hari


kerasnya ketulan ais tu.tapi berusaha gak nak pecahkan ia


mt ruapehu.kami datanggg~

walaupun kecil, tapi berjaya gak buat mr snowman.hehu~



oh..kami tersadai di stesen minyak ni..solat n makan nasi beramai-ramai..walaupun letih yg teramat..tapi gembira dapat mengenali akak-akak ni dgn lebih rapat..smoga ikatan ukhwah yg terjalin atas dasar Allah akan kuat dan utuh selamanya..insyaAllah..


p/s:rasanya antara pengalaman lain yg best ialah semasa amik wuduk dgn salji mt ruapehu tu la..hehu..ketika saat menyapu salji itu ke muka..uuuuu~sejuk giler kot..dan ketika sujud di lantai salji mt ruapehu.terasa macam nak nangis pon ade..subhanallah..maha suci Allah..sesungguhnya Dia tidak menjadikan segala yg telah diciptakanNya itu semuanya sia-sia, tetapi untuk manusia berfikir akan kebesaranNya..