Thursday, November 21, 2013

years.

I reckon it might takes years to build something new inside.

*eheh.kenapa tetiba nih?*

saja.
bila tengok kalendar tadi.eh eh..dah nak penghujung 2013 rupanya.
lepas tu terfikir, oh tahun depan 25 tahun.dah suku abad rupanya aku kannn~
teringat semula macam mana ek aku yang 5 tahun dulu.oh still buat IB kat seremban.
masa tu fokus nak terbang belajar pergi habiskan belajar dan dapat degree.lepas tu?
bila sekarang,fikir balik.how about 5 years from now?

jemputan walimatul urus dari kawan-kawan tak pernah putus kat facebook tu sejak zaman belajar kat Seremban sampai dah masuk fasa kerja ni.heh.

kadang-kadang aku fikir jugak, wow.awalnya diorang ni kahwin.masa belajar/baru kerja dah kahwin.untunglah dah ada duit nak kahwin..mak ayah boleh support bab financial kan or dah lama menyimpan nak kahwin kan..lepas tu dah ready mind set untuk kahwin..gua memang respek kawan2 yang kahwin awal ni..hehe..tahniah semua dan sorry banyak2 tak dapat pergi semua kenduri kahwin tu..

baru-baru ni pergi kenduri kahwin  sedara.tersempak dengan membe lama.sebaya pulak tu..wahh.anak dia dah dua orang :))) comel-comel pulak tu..

bila zaman belajar, orang sibuk duk tanya bila nak habis belajar.
bila dah habis belajar sibuk tanya bila nak kahwin.
bila dah kahwin sibuk tanya bila nak dapat anak.
bila dah dapat anak orang tanya bila nak tambah anak lagi.
lepas tu tanya bila nak dapat menantu, cucu etc.
heks.nak buat macam kan.dah memang culture kita macam ni.
tak boleh nak buat apa dah.

Thursday, November 14, 2013

ria

okey.
selama blog ni wujud kan, dari hari first blog ni wujud lah kan.
memang guna url yang lama tu lah.
so, hai!..taraaaaaaa~
da guna url baru yang lebih ceRIA, sukaRIA, kuih keRIA, astroceRia...
ngeh2.

ceria seindah suria
:P

hehehehehe..

so, marilah ceriakan diri anda.
tak mahu masam masam muka okes.monyok2.
no good.no good.

Monday, November 11, 2013

cuti sekolah

haaa...
cuti sekolah dah start!!..
yeayy yeayyy balik kampung..
kelasss kau mak jah tiap kali balik kampung naik flight..wuuu~
mula-mula best laa..pastu kau muak n bosan dalam kapal terbang air asia tu..
rasa macam 3 jam terbuang begitu sahaja pastu tataw nape skang senang sangat berdengung dan sakit telinga bila dalam kapal terbang tu kadang2..
lepas tu kadang2 puas nak pejam kan mata tak dapat2 dlm flight..ada bau keling busuk la,ada budak kecik asyik menangis la, ada macam2 lah..

kadang2 jeles gak tengok orang lain masuk je flight terus tertidur..bila dah mendarat, mula la kepala aku ting tong..hehuhehu...pastu yang tak best naik flight tu rasa macam menyusahkan family nak kena hantar amik kat LCCT tu...pendek kata tak best lah..apa lagi kalau bab tiket flight yang mahal jangan cakap lah.hukss.pejam kan saja mata ye bila nak beli tiket flight..takdenya main puluh2 ye tiket flight tu kecuali promotion tapi mcm la aku rajin sgt plaks ye dok godekss website tu selalu untuk tarikh2 akan datang..
ye..usya je selalu kadang2, tapiiiiiiiii....entah.


takpe.malas bebel panjang bab tu mari kita ke bab kedua dan seterusnya (baca: lagu tajuk Chantek by Altimet, klik sini kalau nak dengar lagu tu), mungkin..mungkinlah blog ini akan selalu akan update lepas ni untuk cerita/kisah yang terperam or tak sempat share or pandangan aku tentang certain benda...again. MUNGKIN.

hahaha.pelis lah eh hope takde students yang baca blog aku ni.ke ada?mihmih.pegi main jauh2 sana.
yela yela.nak baca, baca senyap2 je lah.tak yah nak kecoh.bukan aku tataw banyak silent reader sini.
hik hik hik.
hi new readers.welcome.
hi pembaca setia.
hope semua dalam keadaan ceria okes.
hidup mesti ceria beb.jangan nak monyok sangat lah!.
selagi kau masih bernafas, kau mampu untuk ubah sesuatu untuk hari esok.

okeng.stop dulu.
nanti update lain :)






Friday, November 8, 2013

Doing what you like is freedom, liking what you do is happiness


haih.penatnya mengisi borang SKT etc tu.siapa yang merasainya mesti faham.tambah-tambah plak bila line internet tu slow.bila nak tambah tu, tiap kali tu la kena tekan button save.kalau tak, nanti puffff..hilang semuanyaaaa..
nak isi markah PBS pun satu hal gak.hewheww..loading punya la lembab kan.

huks.alhamdulillah dah key in markah peperiksaan akhir dan PNG untuk tingkatan 1 dan tingkatan 4 untuk maths dan add maths.

works of scheme tak submit lagi.RPH tak setel lagi.5S untuk meja sendiri tak buat lagi.sistem perfailan still tak kemas lagi.huks.nak nangis je.takpe rose.caiyok2.baru tahun pertama kan.banyak je benda kena belajar dalam tempoh yang singkat.next year boleh improve banyak benda dalam pengajaran etc.heh.

harus positif.HARUS.

hewhewhew.
cuti sekolahhhhhhh~
cutilah sangat kan.
marilah pulang ke kampung halaman.




p.s: nakk sangat pergi vacation tempat yang jauh-jauh okes.haih.rindunya zaman belajar yang tiap kali habis final exam.pufffff.....menghilang ke tempat baru untuk di explore.hiks.i need a longgggggg vacation.



Sunday, November 3, 2013

Lovely Logics

Make peace with your Past
so it doesnt spoil your Present

What others Think of you is
None of your business

Time heals almost everything
Give the Time, Some Time

No one is the reason of your Happiness
Except You yourself

Dont compare your Life with others,
You have No Idea what their journey is all about

Stop Thinking too much
its Alright not to know all the answer

Smile, you dont own
all the Problems in the World



p.s: semua words yang capital letters memang disengajakan

Friday, October 18, 2013

raya aidiladha 2013

al-kisah, kami berenam semuanya cikgu-cikgu berasal dari semenanjung kecuali seorang je yang bukan telah buat trip pusing Sabah semasa cuti sekolah hari raya aidiladha.Hampir kesemua tempat kitorang cover cuma mestilah ada beberapa tempat yang belum dan tidak sempat singgah pun.Malas nak taip panjang jadi kat bawah ni senarai tempat yang dilawat berserta masa perjalanan.takde la details sangat pun.just saja nak catat.oh ye.takde upload gambar jugak sebab takde mood nak amik gambar sangat.just tengok tempat tu camtu je lah.

12/10/2013 (Sabtu)
2.00 am: dua kereta bertolak (patutnya pukul 12 mlm tapi sebab hujan lebat, tunggu hujan reda dulu)
4.00 am: Lahad Datu
5.15: Sg Kinabatangan
8.00 am Ladang Teh Sabah
9.00 am : Tagal Ikan
10.30 am- 12pm : Poring Hot Spring
1.30 pm: Pekan Ranau
2.30 pm: Kundasang
3.00 pm: Desa Dairy Farm, Mesilau
3.30 pm: Strawbery Farm


13/10/2013 (Ahad)
6.30 am: gerak dari Kundasang
8.30 am : Kota Belud (cari parang Bajau)
11.30 am: gerak ke Ranau
1.15 pm : gerak ke Tambunan
2.00 pm: sampai Tambunan
3.00 pm: Keningau
4.40 pm : Empangan Pangi (Tenom) merentasi Sungai Padas empangan tu.
6.00 pm: gerak ke Beaufort (melalui Sipitang)
oh ye.ada cerita sikit masa perjalanan yang amik masa 1 jam 30 minit tu.hujan lebat gak la..lepas tu berkabus..jalan tu macam scary sikit sebab banyak lubang dan banyak one way.maksudnya at one time, satu arah kereta je yang boleh  lalu..lepas tu dengar cerita tu jalan tu ada pantang larang sket.cth: tak boleh bawa daging basah dalam kereta.lepas tu dengar la beberapa cerita yang kurang enak sikit bagi sesiapa yang pernah lalu.cth: masa malam lalu ada macam tamu (pasar) kat tepi jalan tapi bila siang esok lalu situ macam area kubur, ada nampak balan-balan lah..huu..alhamdulillah takde apa yang pelik masa kitorang lalu jalan tu..pasang al-mathurat n surah-surah yang ada dalam hp..heh
8.00 pm : sampai Sipitang
8.40 pm sampai rumah nenek Ernie kat Beaufort


14/10/2013 (Isnin)
8.35 am: gerak dari umah nenek Ernie
9.45 am: sampai Menumbok
10.30 am : naik bot laju ke Labuan (hoho..ini adalah first time okes naik bot macam ni..sebelum ni pernah naik feri ke Pulau Pinang dan Pulau Langkawi je)
10.50 am : sampai Labuan - okey.bebas cukai kan..harus beli coklat banyak-banyak ;)
3.30 pm : gerak ke Menumbok (naik bot laju jugak)
4.00 pm: gerak ke Kota Kinabalu
4.30 pm : isi minyak kat Kuala Penyu
5.15 pm: sampai Membakut
5.50 pm : Kimanis
6.00 pm : Papar
7.15 pm: sampai Kota Kinabalu (makan malam, seafood kat pasar Philippines)
10 pm : sampai rumah Ernie kat Putatan

15/10/2013 (Selasa)
Hari ini Hari Raya!!..thanks mak Ernie masak kuah kacang, soto, kek..waaa..hari raya di perantauan..hehehe
10.30 am: pusing-pusing Suria Sabah
3.20 pm : gerak balik dari rumah Ernie
4.20 pm: Tuaran
5.20 pm : Tamparuli
1.45 pm : Balong
2.20 am : sampai Tawau



Monday, September 30, 2013

alhamdulillah..




thank you Allah, my beloved family, friends and those who help and support me along the way.

Monday, August 26, 2013

by Epictetus

"By accepting life's limits and inevitabilities and working with them rather than fighting them, we become free"




Tuesday, August 20, 2013

selamat hari raya

after a long pause and silence.
i'm back.

first of all, i wanna express my gratitude, thankfulness, gratefulness to the Almighty.
all praises to Allah.

Selamat Hari Raya to all.
raya kali ni sangat lain.teramat lain sekali.

rindu suasana beraya di Auckland.

dah start bagi duit raya.dah takde menerima lagi.

dapat makan rendang dan lemang sepuasnya.

dapat tengok gambar-gambar beraya orang-orang di Auckland.

jadi pengapit sepupu kahwin.i am really happy to see her beautiful smile.

banyak nak cakap.
sampai sini dulu.



"learn to appreciate what you have,
before time makes you appreciate what you had"

Wednesday, June 5, 2013

Where do i go?From this?


Maybe i forgot. Maybe i dont know.
i forgot when was the last time I feel comfortable to write.
Mood berblogging dah ke laut
Blank.each time when i try to write.
i opened the dashboard to start scribbing something.
i have too many things to write, but end up not writing anything because there are too many things to spill.


So, here I am.
Alhamdulillah.
Boleh bernafas lagi di atas muka bumi ini untuk terus mengabdikan diri padaNya.
Esok sudah mahu pulang ke Tawau.
something I dont really like.
but again
pangggggggggggggg~
face the reality Rose.
always remember about KEBERKATAN dan KEREDHAAN okeyyyy
nanti if buat kerja tak sungguh-sungguh nanti Tuhan persoalkan ko nak jawab apa.
kerja main-main tak sungguh-sungguh nanti Tuhan tarik balik nikmat,
astagfirullah.
so.mari membaca buku-buku ilmiah, motivasi, kisah-kisah teladan etc
cari jalan untuk mendekatkan diri padaNya
berusaha untuk menjadi muslim cemerlang.insyaAllah
until then.
have a nice day everyone
:)






Sunday, April 28, 2013

believe

"If you believe strongly in something,
don't be afraid to fight for it"





p/s: may Allah ease everything for me.amin.

Friday, March 22, 2013

cuti sekolah

hooray!

cuti sekolah selama seminggu bermula sudah.
phewww..cutilah sangat kan padahal banyak kerja yang perlu disiapkan.
alhamdulillah.ada rezeki untuk balik rumah sebab flight balik KL murah.
kalau tak maybe berkampung di Tawau ni seminggu.
so, maybe ada updates menarik di rumah nanti?
hik hok.
im coming home.im coming home.
#eh.

ada siapa-siapa nak order rumpai laut?

okthanksbye

Saturday, March 9, 2013

too many things

yeah.
dah march sudah.
padahal memang banyak sangat benda nak ditulis/ cerita kat sini tapi tak pernah nak update2.
nanti lah ye.
cuma nak taip ni je buat masa sekarang:

1. having the right friends is better than having a lot of friends.

2. searching is better than waiting (for opportunities)

3. diuji tapi tak tau sedang diuji adalah bahaya.

4. learning has no time limit. depends on how much time we're willing to invest on it.

5. knowledge is always available. depends on how much effort we put to gain it.

Tuesday, February 12, 2013

tomorrow im going to lenggong









hewhew..sempat lagik tu update blog kan.
hoh.bace tajuk macam nak pergi mana je.

okey.the story is im going to attend 2 week course.
there is two part, first in lenggong , second in kuala lumpur
urghhhh.mencik mara bitaw semua last minute.memang suka kan wat perangai camtuh.
cube bayangkan org tu tgh jalan2 takde line tepon ke.mara bg sms je suruh check kat website diorang untuk tawaran kerja tu.haiyak.pastu tak bg masa at least seminggu pulak tu nak prepare semua benda.sesuka hati je kan.
yang paling geram kenapa tak nak bitaw terus dapat mrsm mane kat website tu.
suke lattewww nak kita maen teka2.
nanti opocot tekezut dapat mrsm xxxx ke kan.
serious tak ready.mental dan fizikal.dua-dua tak ready.mencik.
mara.pelis berubah.jangan buat huru hara kehidupan org pelis.
nak jadi cikgu kot.
kena la bagi persediaan kat bakal2 guru ni supaya diorang lebih bersedia berkhidmat.
ecewahhhhhh.

ok.stop bebel pasal tu.
dah siap kemas pun.dah makan tengahari bersama keluarga tersayang.

say hi to miss nina okes.tapi ai bukan nak menyanyi uolsss..
ai nak mendidik anak bangsa jadi insan berguna.
hiks hiks.
sehingga bertemu lagi di masa akan datang yang tataw bila.
busy mungkin?
heh.

jaga diri uols semua

p/s:bajet blog femes.

Saturday, February 2, 2013

Thursday, January 24, 2013

hargai selagi masih ada

so, its been more than two months already.
phewwww.mandi 3-4 kali dalam sehari apabila berada di malaysia itu adalah normal.
hari-hari makan makanan yang berminyak itu adalah normal.
sukar dielakkan.hurmmm.

so, dalam tempoh 2 bulan ini jugaklah, rasanya separuh masa telah dihabiskan di rumah nenek
atuk belah mama.adalah sesekali melawat nenek sebelah papa.
pernah sekali je tidur rumah nenek belah papa kerana masa tu pembantu baru yang jaga nenek
baru sampai.first time jugak lah tengok nenek disalinkan lampin, dilapkan badannya, dibedakkan.
serupa macam budak kecik.
time tu terus aku teringat kata-kata, "seorang ibu boleh menjaga sepuluh orang anak,
tapi sepuluh orang anak belum tentu boleh menjaga ibu seorang"
rasanya memang tepat kata-kata tu.
sedih, pilu bila dengar suara nenek cakap "sakit, sakit" bila pembantu tu lap dan salin
lampin pakai buang..huuu..nenek dah tak ingat siapa anak-anak dia siapa.
kalau dia bercakap hanya ingat perkara-perkara yang lampau je.
dia macam di zaman lain, zaman anak-anak dia masih kecil, suaminya masih ada.etc.

so, itu cerita nenek belah papa.80 lebih dah kot usianya.

sekarang selalu habiskan masa kat rumah nenek atuk belah mama.
hari tu nenek jatuh bilik air, sakit belakang dia.tu yang start tidur umah nenek tu.
risau kot diorang dah tua, tinggal berdua je. tambahan plaks atuk skarang berjalan pakai tongkat,
jefry yang selalu pimpin dia berjalan ke kedai makan ke etc
aku ingat lagi, dulu sebelum fly nz,
aku ingat dah tak dapat dah makan rendang ayam yang nenek masak.
tak pun ikan pari masak asam.hee..bila duduk umah nenek ni,
cakap je nak makan apa, insyaAllah nenek akan masakkan.heyy.of course aku tolong masak okey,
mana ada goyang kaki je.hihi..
tutup pintu reban ayam, tolong goreng ikan untuk kucing atuk hari-hari.itu memang wajib kena buat.. basuh dan sidai baju atuk nenek, jalan kaki buang sampah, belikan kuih untuk sarapan, temankan nenek beli barang runcit,
dengar keluhan, cerita, or apa saja yang nenek sampaikan.teman nenek berborak.
tengok tv dgn nenek,tidur dengan nenek,masak sama-sama nenek.
phewww.sayang atuk nenek.





hargai diorang selagi masih ada.
stop tulis kejap.
sebak plaks.hu.


atuk bg ayam-ayam makan


 laman rumah nenek 





 rumah nenek 


Sunday, January 13, 2013

2013

Malam mencari mimpi
Siang mencari erti
Tersingkap seribu makna
Terucap seribu kata
- Kekasih Awal dan Akhir, Jamal Abdillah


Bulan baru di hari tahun yang baru.
Sedar tak sedar, usia blog ini menginjak masuk ke tahun yang ke-6
Pantas sungguh masa beredar.
Yang senior sudah tamat pengajian di universiti,
yang junior pula bakal menyusul senior.
Eh.

Kehidupan tetap diteruskan.
Survival. Yup.
Berjuang untuk terus hidup.
Hidup untuk mati. untuk kehidupan yang kekal abadi di sana.


Tahun 2012.
Melakar suka duka ketawa menangis.
Terima kasih 2012
2012 akan tetap diingati antara tahun yang terindah.

Semoga 2013 ini membawa keceriaan dan kebahagiaan
yang berterusan dan berpanjangan
hingga tahun-tahun yang berikutnya jua.
InsyaAllah.Amin.


p/s: Selamat ulang tahun perkahwinan yang ke-24 buat ayah bonda tersayang. Ampun dipinta kerana tiada hadiah istimewa dari anakanda mu ini kerana masih menanam anggur di rumah.hehehe..semoga kekal berbahgia hingga ke syurga.tidak pernah anakanda lupa untuk menitipkan doa untuk kalian berdua. sayang mama papa!