Showing posts with label roti. Show all posts
Showing posts with label roti. Show all posts

Thursday, January 30, 2014

roti hotdog


woohoooo! lama tak jumpa kan ... dok manahan sejuk kat oman ni. lain macam sejuk tahun ni. malaysia pun sejuk jugak kan hehehehe

ni saja la  cuba resepi hotdog bun ni buat bekal sekolah anak. tapi tak la bubuh hotdog sapu tuna saja. bentuk pun tak dapat bentuk roti hotdog. balik malaysia nanti nak cari acuan roti hotdog ni sekali dgn acuan bun burger. acuan macam-macam acuan tapi masuk dapur tak rajin-rajin jugak .... biasa la kan

resepi dari yani

Bahan-bahan ( 6 biji )
160ml air
250g tepung roti - mala guna tepung gandum
1 1/2 sb gula
1 sk garam
1 sb lemak sayur
3/4 sk yis
3 sb susu tepung
1/2 sk bread improver - tambah
1/2 sk bread softener - tambah

Cara-cara
1. Masukkkan semua bahan-bahan mengikut turutan dari atas/bahan basah dahulu ke dalam breadmaker (Cosway). Pilih setting 'Dough' ON kan, tunggu siap.  Kemudian pilih setting 'Bread Dough' ON kan, tunggu siap.  Saja test 2 kali uli ni.
2. Bila dah siap, keluarkan angin. Kemudian bahagikan kepada 6 bahagian. Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 15 minit.
4. Bentuk doh memanjang seperti roti hotdog lebih kurang 13 cm. Susun atas loyang yang telah di glis. - mala susun rapat-rapat
5. Biarkan naik dua kali ganda atau 30C selama 50minit
6. Bakar pada suhu 180C selama 10-12 minit. Biarkan di dalam oven selama 5-10 minit kalau mahukan roti kelihatan lebih perang.

Saturday, November 9, 2013

roti puri



resepi dari yatiezaini

Bahan-bahan ( 12 biji )
2 cwn tepung gandum
1 sk yis mauripan
1/2 sk garam *
3 sb minyak masak *
2 sb gula * (boleh kurangkan jika tidak suka manis)
175ml air panas *
40-50ml air
minyak utk mengoreng


Cara-cara
1. Satukan bahan bertanda (*) dan panaskan, kacau sehingga gula hancur dan tutup api .
2. Satukan tepung dan yis dan gaulkan
3. No.1 dimasukkan kedalam No.2 , dan digaul dengan menggunakan garfu sehingga bercampur sahaja.
3. Dengan menggunakan tangan, gaul adunan sehingga menjadi seperti serbok roti
4. Tambahkan air sedikit-sedikit dan adun sehingga tidak melekat di tangandan menjadi doh. Perap doh selama 30minit.
5. Bahagikan doh kepada 12 bahagian bulat yang kecil. Canai doh nipis seperti membuat kulit karipap atau sebesar saiz duit 50 sen
6. Panaskan minyak dan siap untak digoreng sebiji demi sebiji. Gunakan api yang kecil/sederhana. Semasa menggoreng hendaklah disimbah-simbahkan minyak ke atas puri dan setelah mengelembung barulah diterbalikkan.

Friday, October 25, 2013

chapati dan kuah dhal


pagi ni kita sarapan homemade chapati cicah kuah dhal ... actually ada interframed belen sambal bilis hehehe tak masuk dalam gambar. nak jugak makan rasa pedas macam kat malaysia kan kan kan baru syok makan.

resepi chapati dari lynnsham

Bahan-bahan ( 2-3 orang )
225 gm tepung atta
1 sb minyak sapi
125 ml air suam (atau susu utk chapati yg lebih lembut)
secubit garam
sedikit minyak sapi, untuk dilenser pada chapati (tak buat)
sedikit tepung atta, untuk proses mencanai


Cara-cara
1. Masukkan tepung atta, minyak sapi dan garam ke dalam mangkuk.
2. Tuang sedikit demi sedikit air suam sambil menguli sehingga menjadi doh. Uli doh selama beberapa minit.
3. Masukkan doh ke dalam mangkuk dan tutup dengan sehelai kain basah/lembab dan biarkan selama 30 minit.
4. Bahagikan doh kepada beberapa bebola kecil.
5. Tabur sedikit tepung atta di atas papan pencanai dan canai nipis setiap bebola kecil.
6. Panaskan kuali. Letak sekeping doh. Apabila doh telah bertukar warna dan mula kembung di beberapa bahagian, terbalikkan.
7. Selepas beberapa ketika, terbalikkan sekali lagi. Tekan perlahan-lahan bahagian yang kembung pada chapati menggunakan sudip/spatula (boleh nampak bahagian lain akan kembung juga).
8. Terbalikkan roti sekali lagi. Bila dah masak, lenserkan permukaan atas roti dengan sedikit minyak sapi.
9. Angkat dan letakkan di dalam bekas bertutup yang telah dialas dengan paper towel. Pastikan bekas sentiasa ditutup kerana wap yang terhasil akan membuatkan chapati lembut.




resepi kuah dhal dari s_shamen

Bahan-bahan ( 6 orang )
1 cwn kacang dal
2 batang carrot dihiris (jangan nipis sangat)
1 biji terung sederhana besar dihiris (jangan nipis sangat) - tak letak
2 biji kentang dibelah
sedikit serbuk kunyit
1 inci halia diracik *
2 biji bawang putih diracik *
3-4 biji bawang kecil dimayang *
sedikit daun kari *
sedikit bunga cengkih, bunga lawang dan kulit kayu manis *
1 sk biji sawi (mustard seed) *
3 biji cili hijau dihiris (jangan nipis sangat)- ganti cili kering
minyak untuk menumis
garam dan gula sesedap rasa

Cara-cara
1. Rebus kacang dal dalam periuk sehingga empuk, masukkan serbuk kunyit.
2. Bila kacang dhal dah agak agak empuk, masukkan carrot dan kentang ke dalam rebusan dhal tadi dan teruskan merebus sehingga kesemuanya empuk.
3. Kemudian masukkan pula terung dan cili. Cili seeloknya dipotong besar. Teruskan merebus lagi sehingga terung masak. (tak buat)
4. Dalam kuali yang lain, panaskan minyak kemudian tumiskan bahan bahan yang bertanda * (termasuk cili kering) sehingga layu dan naik bau. Kemudian curahkan ke dalam rebusan sayur sayur tadi.
5. Rasakan garam dan gula ikut selera masing masing-masing dan siap.


Friday, October 11, 2013

roti naik pahang tok mak


pagi ni kami breakfast roti naik. sangat puas hati dengan resepi dari tokmak ni. roti lembut dan gebu. lagi satu suka resepi ni sebab guna sepenuhnya tepung gandum. kat sini tak jumpa lagi tepung roti.

tokmak ni famous dengan rempah soto dan puding raja. rempah soto tokmak boleh guna untuk macam-macam masakan bukan setakat buat kuah soto saja.


resepi dari FB tokmak

Bahan-bahan
500g tepung gandum
3/4 cwn gula (mala kurangkan sikit, sukat tak penuh 3/4 cwn)
2 sb marjerin
1 sk shortening
2 sk yis
1 biji telur*
2 sb susu pekat manis*
1 sb susu tepung*
air - masukkan bahan* ke dalam jug penyukat dan masukkan air sehingga paras 300ml

Cara-cara BreadMaker
1. Masukkan bancuhan air ke dalam BM.
2. Masukkan mengikut susunan: tepung, gula, marjerin, shortening dan yis.
3. Pilih setting bread dough.  
4. Setelah doh siap. Keluarkan dari BM. Tumbuk-tumbuk untuk buang angin. Boleh isi inti dan bentukkan mengikut kehendak masing-masing. Susun atas loyang dan biarkan naik sekali lagi. 
5. Bakar pada suhu 180C selama 20 - 25 minit mengikut oven masing-masing. Sejurus keluar dari oven, sapukan permukaan roti dengan mentega dan sejukkan di atas redai.

Monday, September 16, 2013

homemade weekend breakfast

pizza for breakfast ... why not!

untuk resepi doh boleh klik sini


.
.
.
.
 untuk pagi sabtu kita breakfast sihat ... bubur oat. rasa macam bubur lambuk lak.


resepi dari dorry sweetie  yang telah di ubah suai sedikit

Bahan-bahan 
2 senduk nasi oat segera
1 kiub pati ayam
daging ayam cincang
2 ulas bawang putih - cincang
1/2 inci halia - hiris halus
3 mug air
sedikit serbuk lada sulah
garam secukup rasa
Bahan tabur
daun bawang
bawang goreng

Cara-cara
1. Tumis bawang putih dan halia sehingga wangi dan masukkan daging ayam. Kacau sehingga daging ayam masak.
2. Masukkan air dan biarkan mendidih.
3. Masukkan kiub ayam. Pecah-pecahkan kiub ayam. Dan gaul sehingga kiub larut.
4. Masukkan oat. Perisakan dengan sedikit lada sulah dan garam (jika perlu).
5. Perlahankan api dan sentiasa kacau sehingga oat sebati dan memekat.
6. Setelah dapat kepekatan yang di kehendaki. Tutup api.
7. Hidang bersama daun bawang dan bawang goreng.


Monday, September 9, 2013

roti sosej


menu ringkas untuk bekal sekolah anak-anak ...

Bahan-bahan
roti sandwich
sosej - yang telah di rebus
campuran tepung gandum dan air - sebagai bahan pelekat

Cara-cara
1. Sediakan pengukus. Trim keliling roti supaya nampak kemas. Susun dalam pengukus dan kukus sebentar. Tujuan untuk melembutkan roti dan roti tidak serap minyak setelah di goreng nanti.
2. Ambil sekeping roti, gelek sehingga nipis dengan pengelek.
3. Letak sosej pada satu hujung. Gulung roti dan sapu 'gam tepung gandum' pada hujung roti dan lekat kemas. Tekan sedikit supaya melekat betul.
4. Buat semua sehingga habis. Boleh di bekukan atau goreng terus dalam minyak yang sederhana panas.

Monday, July 1, 2013

chocolate cream cheese bun

 roti lagi petang ni. jangan marah naaaa ................. nak perabih tepung ni.

resepi dari veronica'skitchen (source from Chef Alan Ooi) via wendyinkk

Bahan Doh
300gm tepung roti
30gm serbuk koko
5gm yis segera
65gm gula
5gm garam
1 sb susu tepung
190gm air
40gm mentega tanpa garam

Bahan Inti
250gm cream cheese, suhu bilik
50gm gula aising
2 keping cheddar cheese, cincang

Bahan Topping
1 telur + sedikit susu segar, dipukul
chocolate rice

Cara-cara
Cara BM - masukkan bahan doh ke dalam BM di mulai dengan bahan basah dan diikuti dengan bahan kering. Pilih setting Bread Dough.
Sekiranya menggunakan mixer KitchenAid pukul pada kelajuan 4, selama 15 minit.
1. Satukan bahan doh uli sehingga licin dan tidak melekat.
2. Tutup dengan tuala lembab dan biar doh mengembang ke size dua kali ganda.
3. Sementara menunggu doh kembang, satukan bahan-bahan inti sehingga sebati  bulat-bulatkan kepada 10 bahagian dan simpan di dalam peti sejuk sehingga sedia untuk di gunakan.
4. Bahagi doh kepada 10 biji. Ambil sebiji doh dan leperkan. Letak inti dan tutup rapat.
5. Susun roti di atas dulang pembakar yang telah di sapu mentega dan perap selamat 45 minit atau kembang sekali lagi.
6. Panaskan oven pada suhu 160 (kipas) / 180C.
7. Oles permukaan roti dengan telur dan tabur chocolate rice.
8. Bakar selama 15 minit  atau sehingga masak.

Sunday, June 30, 2013

bun sosej


malam ni aimi ada konsert. setiap murid kena bawa sedikit bekal kudapan untuk di kongsi bersama semua murid-murid sebelum konsert bermula. mama buat roti sosej untuk aimi. menjadi rebutan lah pulak roti ni kat rumah. dapat rasa sorang 2 ketul. yang lain untuk sekolah. sedap roti ni, lembut ja.

aimi dah tamat sekolah rendah. bermula september aimi akan naik gred 6 (middle school) di sekolah baru.




resepi dari rahel

Bahan A
240g tepung roti
60g tepung red rose/hongkong/superfine - mala guna tepung gandum :-)
50g gula kastor
5g garam
10g susu tepung
2 st yis segera
1/2 st bread improver
1/2 st bread softner

Bahan B - (disatukan, kacau rata)
1 biji telur C
150g air sejuk

Bahan C
30g mentega tanpa garam

Bahan D
1/2 sudu kecil minyak jagung


Sapuan telur : (disatukan dan kacau rata)
1 biji telur C
50ml air

sosej secukupnya
sedikit bijan
sedikit mentega cair

Cara BreadMaker - masukkan bahan basah di ikuti dengan bahan kering ke dalam BM dan pilih setting Dough / Bread Dough (sekali perap 1jam 30minit)

Cara-cara
1. Masukkan bahan A ke dalam mangkuk besar, kecuali garam. Kacau rata hingga mesra. Masukkan pula garam, kacau lagi sehingga sebati.
2. Masukkan telur dan air perlahan-lahan sambil diuli hingga sebati. Masukkan pula mentega perlahan-lahan (3x) sambil diuli hingga rata.Teruskan menguli doh selama 50-60 minit  untuk mendapatkan doh yang betul-betul kenyal. Masukkan pula minyak jagung,uli rata.
3. Biarkan doh mengembang selama 45-60minit. Setelah kembang, sapu tangan dengan
sedikit minyak dan tekan-tekan doh untuk keluarkan angin. Bulatkan doh kembali.
Rehatkan lagi 15 minit.
4. Timbang doh 60g setiap satu. Bulatkan doh. Kemudian canai bentuk bujur, letak satu batang sosej dan gulung kemas. Biarkan kembang selama 45-60 minit. Setelah kembang, sapu permukaan bun dengan telur dan taburkan bijan.
5. Bakar di dalam oven yang sudah dipanaskan pada suhu 180'C selama 15-25 minit.
6. Setelah masak, panas-panas di oles dengan mentega.

Tips
* Sentiasa sapu tangan dengan sedikit minyak/tepung jika doh melekat pada tangan.
* Doh harus diuli hingga betul-betul kenyal untuk mendapatkan bun yang enak dan sentiasa lembut walau pun disimpan dalam bekas kedap udara selama 2-3 hari.
* Jika terdapat gelembung udara semasa mencanai doh, tekan-tekan dengan telapak jari untuk keluarkan angin.

Friday, June 14, 2013

roti naik cheddar cheese



resepi dari lizaothman via yatimemories

Bahan-bahan
1 biji telur + air sejuk, jadikan jumlahnya 265ml/gm
500gm tepung roti (400gm tepung roti + 100gm tepung gandum)
40gm susu tepung
100gm gula kastor
11gm / sepeket yis
80gm mentega
1 sk bread softener
1 sk bread improver

Bahan tabur
cheddar cheese - di parut
gula


Cara-cara (Kaedah Breadmaker)
1. Masukkan semua bahan ke dalam breadmaker mengikut urutan bahan basah kemudian bahan kering.
2. Pilih setting DOUGH dan biarkan menguli sehingga siap. Biarkan doh naik kembang lebih kurang 1 1/2jam atau lebih kemudian uli semula. Tumbuk-tumbukkan untuk mengeluarkan angin.
3. Bahagikan bulat-bulat kecil lebih kurang 50gm setiap satu kemudian susun ke dalam loyang yang telah digris dengan marjerin dan tabur tepung. Biarkan naik sekali ganda lagi.  Gliss roti dengan susu tepung yang di bancuh dengan sedikit air di permukaannya. Jika suka taburkan gula dan keju.
4. Bakar suhu 180 selama 25-30min atau sehingga masak. Sejurus keluar dari oven, sapukan permukaan roti dengan mentega dan sejukkan di atas redai.


Monday, June 3, 2013

roti bunga kacang merah

 


menghabiskan stok inti kacang merah dari huda. hehehe ada rupa bunga tak?

resepi dari cmg

Bahan-bahan ( 12 biji )
120 ml air
250 g tepung roti
30 g telur
10 g susu tepung
40 g mentega
40 g gula kastor
1/2 st garam
1 st yis kering
1/2 st bread improver 
1/2 st bread softerner (optional)

Bahan lain
inti kacang merah secukupnya -stok inti dari huda :-)
sedikit mentega untuk disapu
ceri untuk hiasan

Cara-cara
1. Masukkan kesemua bahan mengikut turutan kecuali "Bahan lain", ke dalam bread maker. Pilih setting untuk doh dan on kan. Tunggu sampai siap.
2. Keluarkan doh dan tumbuk untuk membuangkan udara. Bahagi 12 dan bulat-bulatkan. Rehatkan 10 minit.
3. Isi dgn inti kacang merah dan biarkan naik sekali ganda (lebih kurang 35 minit).
4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 12 minit.
5. Keluarkan dan sapu mentega pada permukaan roti ketika roti masih panas.

Monday, March 25, 2013

roti sosej goreng


roti sosej untuk minum petang hari ni. malaysia dah malam pun :-)

 
resepi dari mas80

Bahan-bahan ( 8 biji )
2 cwn tepung gandum
2 sb marjerin
1/2 cwn susu segar }
1/2 cwn air panas }
secubit garam }
secubit gula } dibancuh semua
1 sb yis kering
4 btg sosej

Cara-cara
1. Gaul tepung gandum dan marjerin hingga sebati.
2. Masukkan yis kering dan gaul lagi hingga sebati.
3. Masukkan susu suam sedikit demi sedikit sambil di uli hingga adunan sebati dan lembut (susu suam tidak habis 1 cawan digunakan,akan ada baki suku) pastikan adunan tidak terlalu lembik.
#kalau ada mesin pengadun lebih baik, adunan akan lebih licin, gunakan mesin pengadun semasa hendak masukkan susu suam
4. Bahagikan adunan menjadi 8 dan buat bulat, sosej di belah dua. Ambil 1 adunan yang di buat bulat tadi dan diuli memanjang lilitkan pada sosej dan biarkan adunan naik, lebih kurang 45 minit.
5. Goreng dengan api sederhana hingga roti bertukar warna kekuningan

Saturday, September 29, 2012

pizza kakbesah



weekend (khamis) pergi shopping mall tengok ada satu outlet ni jual pizza sepotong OR1.20 lebih kurang RM9.60! nak makan luar kat sini kena pikiaq banyak kali.

so, kelmarin mama buat pizza kakbesah untuk minum petang. kenyang sampai ke malam! mala cuma buat separuh adunan sahaja dan bentukkan dua biji pizza size 8"

resepi dari kakbesah

Bahan-bahan ( 8 kpg bulatan 26 cm )
Doh
1 kg tepung gandum
1/2 cwn mentega/majerin 
1 bungkus yis segera mauripan (11gm) 
2/3 cwn gula pasir (6 sb)
500ml air suam
1 sb rata garam

Topping
pizza/cili sos secukupnya
hirisan sosej (mala guna cold meat utk sandwich) - boleh juga guna tuna/sardin
nenas dalam tin - dipotong kasar
bawang besar - potong dadu
capsicum hijau- di hiris
cendawan butang dalam tin/segar - di hiris
mayonis secukupnya

Cara-cara
1. Campurkan garam, gula dan air suam kuku sehingga larut.
2. Campurkan yis dan tepung rata-rata.
3. Ramas dengan hujung jari mentega bersama tepung tadi. Tambah dengan air garam suam. Air tidak semestinya habis di guna. Uli hingga menjadi doh yang kenyal dan licin. Setelah doh kenyal, bahagikan kepada 8 ketul. Tutup dengan kain nipis yang lembab. Perap selama lebih kurang 1 jam.
4. Ambil seketul doh, gelek atas permukaan yang ditabur sedikit tepung menjadi nipis lalu diletakkan di atas tutup periuk atau loyang yang telah disapu mentega. Sapu setiap permukaan doh leper tadi dengan sos rata-rata. Biar ia mengembang sekali lagi. Selama lebih kurang 1 jam tidak perlu di tutup.
5. Panaskan oven 170C tabur dengan topping kegemaran.
6. Masukkan mayonis dalam plastik, gunting sedikti sahaja satu bucunya dan picitkan secukup rasa ke atas pizza. Bolah di bakar sehingga masak.

Wednesday, September 19, 2012

ez bun


roti bun lagi? ni bukan berturut-turut buat roti. entry saja yang berturut .. percaya lah!

resepi dari junjs11

Bahan-bahan (10biji)
1 1/2 cwn tepung roti
1/2 paket yis mauripan
1 sb minyak sayuran
3/4 cwn air suam
1/8 st garam 

mala tambah
sedikit pewarna kuning telur - optional
inti - coklat cip

Cara-cara
1. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk. Uli sehingga menjadi doh yang lembut.
2. Tambah air/tepung jika terlebih lembut/keras.
3. Bulatkan doh menjadi 10 biji doh kecil dan biarkan selama 5 minit.
4. Ambil doh, isi inti jika suka, susun atas loyang yang telah di gris. Biarkan naik sehingga dua kali ganda.
5. Bakar 15-20 minit. Sapu permukaan bun dengan mentega.

Tuesday, September 18, 2012

bun burger


mala buat 5 biji. sorang sebiji kalau buat 6 lebih satu berebut pulak nanti ... :)

untuk lunch box bdak-budak, bapak budak dan lunch mama kat rumah.

malas nak keluarkan BM, mala uli tangan saja. satukan semua bahan kering gaul sebati. ramas dengan mentega. telur di pukul masuk dalam susu baru tuang dalam tepung sikit-sikit uli sampai tak melekat.

resepi dari yani

Bahan-bahan 
250g tepung roti
15g mentega
20g gula
4g garam
1 biji telur
170ml susu ( jumlah sukatan susu campur dgn 1 biji telur)
1 sk (3g) dry yeast
bijan secukupnya

Cara-cara
1. Masukkan semua bahan-bahan kecuali bijan ke dalam breadmaker. Pilih untuk buat doh. On kan.
2. Bila dah siap, keluarkan doh dari breadmaker. Tumbuk-tumbuk untuk keluarkan angin. Bahagikan kepada 6. Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 10 minit.
3. Ambik sebiji roti. Tekan-tekan untuk keluarkan angin. Buat semula bentuk bulat. Ulang sampai habis. Biarkan roti naik dua kali ganda.
4. Sapu/semburkan permukaan roti dengan air. Kemudian taburkan bijan. Bakar dengan suhu 180C selama 12-13 minit.

Friday, March 2, 2012

pepperoni rolls


malam ni kita makan roti ....

idea dari whataboutpie


Bahan-bahan (dapat 2 roll)
doh roti - klik sini
pepperoni (ganti hirisan daging/ayam untuk sandwich)
parutan keju mozarella
parutan keju parmesan
italian herb(ganti mixed herb)
garlic powder (ganti garlic salt)
mentega cair(ganti olive oil)

Cara-cara
1. Canai doh sehingga nipis.
2. Susun pepperoni sehingga menutupi ruang doh.
3. Tabur keju mozarella di ikuti dengan keju parmesan.
4. Tabur herba Italian/mixed (jgn banyak sangat) di ikuti dengan garlic powder/salt.
5. Gulung doh di bahagian tepi kiri kanan dahulu seperti menggulung pohpia. Ini untuk menggelak dari keju meleleh keluar. Kemudian gulung dari satu hujung memanjang secara perlahan.
6. Letakkan di atas dulang pembakar dan jarakkan sedikit.
7. Sapu mentega cair/minyak zaitun. Bakar pada suhu 190C selama 15-25 minit bergantung pada oven masing-masing atau sehingga keemasan. Sejukkan sepenuhnya sebelum di potong dan hidangkan.

Monday, February 13, 2012

waffle bread tuna & cheese sandwich


idea dari cikcek


menarik! sandwhich maker tak ada, kita guna waffle maker.

ni la breakfast kami di pagi ahad yang malas .... inti tuna mayonis dan sliced cheese

Wednesday, February 1, 2012

basic bread recipe



tuna bun ..... projek sabtu lepas. guna tuna spread dalam tin yang ready to eat tu.

Basic bread recipe
Posted by MamaFaMi
Source : Puan Roshayati Johari

Ingredients
(A)
500g bread flour/high protein flour
100g sugar
1 tsp salt
30g milk powder
1 tsp bread improver (optional)
1 tsp bread softener (optional)
4 tsp instant dry yeast

(B)
250ml water
1 egg (lightly beaten)

(C)
80g margarine

(D)
Coarse sugar to sprinkle  replace with sesame seed


Method
1. Mix well all ingredients in (A)
2. Add (B) into (A) and knead till smooth.
3. Add (C) and continue kneading till smooth and shiny and dough does not stick to your hand.
4. Leave to prove for 30 - 40 minutes.
5. Punch down the dough to let the air out.
6. Divide the dough according to the weight you wish. Make into balls and leave to rest for 10 minutes.
7. Shape accordingly.
8. Leave to prove for 40 minutes - 1 hour.
9. Bake till golden brown.

or

Bread Maker method :
1. Into the breadmaker pan, pour in the water, egg, salt, sugar and bread softener.
2. Top it with flour, milk powder, bread improver and instant dried yeast.
3. Set the bread maker to DOUGH setting and press start. When the dough is just combined, add in margarine. Leave the bread maker to finish the cycle which will takes about 1 1/2 hour or so.
4. Remove the dough from the pan and divide the dough into 20 equal portions. Roughly about 49 to 50g each.
5. Form each portion into a ball and arrange on a baking tray. Spray with a bit of water. Leave to rise for another 30 minutes or so.
6. Sprinkle the top of the dough with enough coarse sugar. Spray with a bit of water on the dough surface before putting the tray into the oven.
6. Bake in a pre-heated oven at 180c for 30 minutes or till golden brown.
7. Once out of the oven, brush with a bit of butter. Place on a wire rack to cool. Keep in an airtight container.

Selamat hari wilayah!

Tuesday, January 24, 2012

half boiled egg on toast


our breakfast today
dah boring dengan nasi lemak dan roti canai ...

Wednesday, November 2, 2011

roti telur cis!



untuk sarapan pagi ni kita makan roti telur kapit cheese. buat macam biasa sama macam kita buat roti celup telur (french toast) cuma di dua keping roti letak cheese sekeping di tengah-tengah celup dalam telur yang telah di pukul dan goreng. tak gaduh nak buang-buang kulit. makan saja semua, kenyang! :-)
.
.
.
.
ttfn
mala

Thursday, September 15, 2011

cheddar cheese bun



 yang ni bun kembar 4 :-)

merajinkan diri di dapur. buat bun untuk kakak yang dah selesai UPSR. tengahari tadi cuma buat nasi goreng. esok cuti. isnin kakak cuti. cadang nak ganti puasa minggu depan. kuatkan lah semangat ....

resepi dari cmg

Bahan-bahan
190g tepung roti (high protein flour)
70g gula halus
1/4 st garam
8g instant dry yeast
1/2 st bread improver
1 kuning telur
50ml susu segar
1/2 cwn parutan keju cheddar
80g water roux (cara membuat roux di bawah)
30g mentega
Parutan keju cheddar, untuk hiasan

Cara-cara
1. Satukan semua bahan di atas kecuali keju untuk hiasan, dalam breadmaker. Pilih setting untuk DOH dan tekan ON, tunggu hingga siap.
2. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara. Bahagikan kepada 9 bahagian sama besar, kurang lebih 50 gram setiap satu. Bulat-bualtkan dan susun dalam tin yang telah disapu mentega (8 inci x 8 inci x 2 inci)
3. Biar naik sekali ganda, kurang lebih 50 minit. Sapu permukaan doh dengan putih telur dan tabur dengan parutan keju rata-rata. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180c selama 25 minit atau hingga kuning keemasan (kalau guna tin hitam, guna suhu 160C). Sejukkan sebelum dihidangkan.

______________________________

Water roux
50 gram tepung gandum
250 ml air

Cara-cara
Satukan air dan tepung gandum, kacau rata dan masak dengan api kecil sambil dikacau sehingga pekat, matikan api dan sejukkan.
Boleh digunakan, simpan baki dalam peti sejuk, boleh tahan selama 3 hari.
.
.
.
.
ttfn
mala

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...