Showing posts with label book. Show all posts
Showing posts with label book. Show all posts

Tuesday, December 10, 2013

autograf!

suka betul dapat autograf dari prof kamil. bukan satu tapi empat! mula-mula ingat nak minta prof autograf buku anekedot madinah saja. tapi dah alang-alangkan. hulur ja semua hehehe

dah selesai kuliah dua malam kat rumah mala, baru la mala selak balik buku ni nak tengok tandatangan prof. bukan setakat tandatangan tapi sekali dengan kata-kata yang istimewa. terima kasih prof ...


pertahankan haji mabrur. ia jihad untuk wanita.
moga bertemu di firdaus seisi keluarga.
solat dan sabar. ingat allah sentiasa. Allah sangat hampir.
ingat Allah. dia maha mendengar.

semoga di rahmati Allah sentiasa
bersyukur saat di uji di autograf oleh prof & roza. 
buku ni dibeli terus dari prof.



selesai kuliah terakhir kami berpeluang merakam gambar kenangan. 
baru perasan anak prof, sofea tak ada dalam gambar. main kat luar kot :-)


Monday, December 2, 2013

anekdot madinah


rasanya ramai yang dah baca buku ni. mala baru saja habis baca minggu lepas. beli online ada diskaun 20% dari MPH. hantar terus ke rumah.

baca dalam 3 hari dah habis sebab seronok dan boleh bayangkan suasana madinah. yang boleh cepat habiskan buku ni sebab in sha allah prof ada di muscat hujung minggu ni. ada tiga sesi ceramah. dua darinya di buat di rumah mala. nak la minta prof autograf buku ni kan. so kena la baca :-) sat gi dia tanya kan malu tak baca lagi hehehe

Penulis : Muhd Kamil Ibrahim
Penerbit : Galeri Ilmu
RP : RM45.00


Wednesday, September 18, 2013

currently reading ..... sebarkan cinta-mu



dah lama tak baca novel ... lagi-lagi novel yang tebal-tebal macam ni. baru separuh jalan baca. novel ni lain sikit. bukan novel cintan-cintun tapi novel tauhid. berkisarkan poligami ... wohooo!! hehehe 

latar belakang cerita berkisarkan seorang anak remaja di sebuah kolej. di mana ibubapa mengamalkan poligami. kisah seorang wanita indonesia yang suatu ketika dulu seorang pelajar terbaik dan end-up sebagai cleaner di kolej tersebut. yang menarik tentang novel ni ialah pengisian yang di selitkan dengan ilmu-ilmu berguna untuk kita. dari segi hukum poligami, sejarah poligami Nabi Muhammad saw. banyak lagi sebenarnya informasi dalam buku ni yang mana dulu tak tau ... la ni cheq dah tau.

sesuai di baca oleh semua baik lelaki mahupun perempuan. yang beum kahwin, yang dah kahwin, yang dah berpoligami, yang bercadang-cadang nak berpoligami, yang bercadang nak jadi no. 2, no.3 dan no. 4, yang sekarang berstatus no.1.

sesuai juga di jadikan hadiah ...

Penulis : Fatimah Syarha Mohd Noordin
Penerbit : PTS
RP : RM31.00

Wednesday, July 24, 2013

ilmu faraid


alhamdulillah hari ni dah 15 ramadhan. kali ni nak share pasal buku bukan resepi ya :-)
 
kurang ambil tahu pasal ilmu faraid sehinggalah mengikuti ceramah ustaz md ghazali tahun lepas di oman. ok lah actually tak ambil tahu pun pasal faraid ni.  ustaz juga ialah adik kepada bekas penyanyi utama kumpulan nasyid rabbani, arwah ustaz asri ibrahim.

balik cuti tahun lepas terus cari merata kedai buku. hanya dapat dua tajuk sahaja. satu lagi tajuk beli online sebelum balik cuti. tajuk yang ketiga tu ada contoh-contoh nota wasiat. penting sebenarnya kita mengetahui tentang ilmu ini. persediaan harus di buat semasa kita masih hidup. memang boleh pening bila baca kes-kes harta pusaka yang tak selesai. nak kata harta banyak tu tak ada la tapi semestinya setiap kita mesti ada kurang-kurang KWSP, Tabung Haji, simpanan di bank, sebuah rumah, sebuah kenderaan dan sebagainya. tak pun harta pusaka dari orang tua kita. mala recommend semua untuk beli buku ilmu faraid ni. bila dah baca nanti boleh la kita draft bahagian setiap ahli keluarga kita. senaraikan segala harta dan hutang yang ada. buat nota wasiat. dah jangan lupa update setiap tahun kena.

 




boleh beli online dari mustread.com.my

disyorkan supaya dapat memiliki ketiga-tiga buku di atas. sangat bermanfaat.
 

Thursday, May 30, 2013

bersyukur saat diuji


baru habis baca. kena selalu beringat dan bersyukur atas segala nikmat yang Allah swt bagi pada kita. jangan lupa .... kesenangan juga satu ujian.


kat mph ada diskaun untuk belian online RM17.60. harga biasa RM22.00

buku terbaru prof kamil anekdot madinah pun dah keluar.

Tuesday, April 23, 2013

p.o.l.i.g.a.m.i

"..... Marry of the women that please you : two or three or four. But if you feel that you shall not be able to deal justly, then only one or what your right hand possesses. That would be more suitable to prevent you from doing injustice."   (Qur'an 4:3)


tahu kah anda ......... When and already married man marries a new wife, he is allowed by law an acquaintance period with his new wife of seven consecutive days if she is a virgin and three days if she has been married previously. He does this without making up the time for the remaining wife or wives. This law is based on the Sahabi, Anas Radi-Allahu 'Anhu


saya suka ......... "A man ought to be considerate of his first wife because through marriage to her he has satisfied one of the most basic human needs. And, although the desire behind marrying another wife is similar to the desires which led to marrying the first one, there is one major difference. That difference lies in the fact that it was necessary to marry the first in order to fulfill those desires and once these needs have been satisfied they are no longer necessities." ..... page 95


kesimpulan ......... polygmy is not easy and well, sharing is not always caring ;-)

Sunday, May 15, 2011

currently reading



assalamualaikum

pagi ni (khamis) buka peti surat nampak satu sampul yang di tunggu-tunggu. buku yang di pesan telah pun sampai. di autograf sendiri oleh Prof. terima kasih.

tak sabar nak baca. another addition for my library..... :-)

Publisher: PTS Islamika
RRP : RM14.00





Friday, April 29, 2011

currently reading


teman sebelum tidur ketika ini ..... :-)

Publisher: Telaga Biru
RRP: RM23.00



Friday, November 12, 2010

currently reading


Kadang-kadang kita merasakan dugaan kitalah yang paling besar;

sedangkan ada banyak lagi orag lain yang diuji dengan dugaan yang jauh lebih dahsyat.


my husband bought this book for me. dia suruh baca, dia kata ramai yang membeli buku ni sampai minta di poskan ke oversea. dalam hati, best sangat ka buku ni. it is a motivasional book. penuh dengan masalah-masalah rumahtangga. mula-mula baca sampai pening kepala sebab penuh dengan masalah. macam baca Mingguan Wanita pulak.

the book is also recomended by Dato' Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah. amat sesuai untuk dibaca oleh setiap mereka yang ingin berumahtangga, mereak yang sudah berumah tangga, ibu bapa dan mentua, guru-guru, pendawah, perunding motivasi, kaunselor dan mereka yang ingin menambah ilmu atau mencari perspektif segar dalam menangani isu rumah tangga.

Indahnya hidup tanpa derita
Penulis : Noor Laila Aniza Zakaria
Penerbit : Galeri Ilmu
Harga: RM21.00

I am currently on Chapter III - Episode 19. sebelum tidur baca 2-3 episod. semoga hidup kita lebih indah keesokkan harinya dan tanpa derita. إن شاء الله





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...