Thursday, May 30, 2013

bersyukur saat diuji


baru habis baca. kena selalu beringat dan bersyukur atas segala nikmat yang Allah swt bagi pada kita. jangan lupa .... kesenangan juga satu ujian.


kat mph ada diskaun untuk belian online RM17.60. harga biasa RM22.00

buku terbaru prof kamil anekdot madinah pun dah keluar.

Tuesday, May 28, 2013

pau mala inti huda

doh mala buat
guna cik BM yang baru di keluarkan dari kotak weekend lepas
setelah lebih dari setahun bertapa

inti huda buat ;-)
 jauh inti ni mai oman dari qatar. terima kasih huda.
buah tangan dari huda masa husband pergi conference di doha.


untuk inti boleh ikut resepi huda atau zeera di bawah. mala cuma buat doh. lembut pau ni. cantik gebus lak tu. happy!

resepi dari zeera

Bahan-bahan ( 15 biji )
Doh
500 gm tepung gandum - mala guna tepung halus
1 1/2 st yis
1/2 cwn gula pasir
1/4 cwn minyak jagung
1 1/4 cwn air suam

Inti
2 genggam kacang hitam / merah
6 sb gula pasir
sedikit minyak

daun pisang/kertas minyak/papercup utk alas pau

Cara-cara
Inti : Rebus kacang dan gula sehingga lembut. Setelah air agak kering, masukkan sedikit minyak. Rebus sehingga air kering. Sejukkan.
1. Larutkan gula dengan air suam.
2. Dalam mangkuk lain, satukan tepung, yis dan minyak jagung. Tuangkan air gula tadi sedikit demi sedikit sambil sebatikan adunan sehingga menjadi doh yang lembut.
3. Bahagikan doh kepada 15 bebola kecil. Letakkan di atas dulang yang ditaburi tepung. Biarkan doh selama 10 minit.
4. Bulat-bulatkan doh, leperkan dan isikan inti. Tutupkan, bulat-bulatkan dan lapiskan dengan kertas minyak yang telah dipotong kecil mengikut saiz doh. Buatlah sehingga habis. Selepas itu biarkan doh pau menaik sekali ganda (kira-kira 40 minit).
5. Panaskan periuk kukus. Tudung pengukus di bungkus dengan kain, Kukus kuih pau selama 10 minit.

Sunday, May 26, 2013

lompang pandan

 
 

lesung pipit yang tak seberapa ;-)


resepi asal kuih kaswi pandan yang di lompangkan. nak bawa pergi ceramah malam ni.

Thursday, May 23, 2013

the blue onde-onde



siapa lagi nak makan onde-onde ni kalau bukan adam. kuih favourite adam ni. nasib baik request onde-onde. kuih gentel-gentel. kalau request kuih yang susah-susah jenuh la mama nak buat. teknik buat ni lain sikit ... bila dah masak tesktur tepung pulut ni lain sikit. tak terlekat kat tekak. boleh la cuba kalau rajin.


Bahan-bahan
250g tepung pulut
200ml air (+ sedikit pewarna) / jus pandan
150g gula melaka , cincang
100g kelapa parut putih sahaja - mala guna kelapa kering
secubit garam

Cara-cara
Sekiranya ingin membuat jus pandan. Kisar 10 helai daun pandan dengan 220ml air dan tapis.
1. Panaskan air secukupnya di dalam periuk untuk merebus onde-onde.
2. Di dalam satu mangkuk satukan tepung pulut dan air. Uli perlahan sehingga menjadi doh lembut. Ambil sedikit adunan (40g) dan masukkan ke dalam air mendidih. Apabila doh timbul keluarkan dan tos air. Masukkan semula bebola onde-onde yang masak tadi ke adunan doh dan uli hingga sebati dan doh licin. Tutup dan rehatkan doh selama 15 minit.
3. Satukan kelapa dan garam, gaul sebati. Kukus selama 2 - 3 minit dan sejukkan.
4. Setelah 15 minit didihkan air semula. Ambil sedikit adunan dan buat bebola lebih kurang 15g sebiji. Leperkan dan letakkan gula melaka di tengah dan tutup bebola rapat. Bulatkan semula. Masukkan ke dalam air mendidih. Apabila onde-onde timbul maknanya onde-onde telah masak. Angkat dan toskan air mengguna sudip yang berlubang.
5. Gaul dengan kelapa parut.

Sunday, May 19, 2013

mufin pisang



resepi dari m3rni3

Bahan-bahan ( 12 regular sized muffins )
1 1/2 cwn tepung naik sendiri
1/2 cwn gula kaster
1/3 cwn minyak masak
1/2 cwn susu segar
1 biji telur
3 biji pisang, dilenyek
1 st esen vanila - tambah
sedikit coklat rice utk tabur

Cara-cara
1.  Masukkan tepung di dalam mangkuk yang besar - A
2.  Campurkan gula, telur, minyak, susu dan pisang dan kacau hingga sebati - B
3. Masukkan B kedalam A dan dengan menggunakan garfu, kacau menggunakan kaedah kap balik.
4. Sudukan adunan ke dalam tin muffin dan bakar selama 25 - 30 minit didalam ketuhar yang panasnya 170C.

Thursday, May 9, 2013

krim karamel segera

 
puding karamel kegemaran ramai

suka tak??

 hanya perlu sediakan satu kotak susu penuh krim 1L

gula karamel di gunting hujung plastik dan picit ke dalam bekas
paket putih tu serbuk puding di larutkan dalam susu 
dan panas sehingga gula larut dan mendidih seketika
tutup api dan tuang dalam bekas yang berisi karamel
biarkan sebentar hingga agak suam dan simpan dalam peti sejuk

 


Wednesday, May 1, 2013

kek pisang kakbesah

suka mencuba resepi dari kakbesah. resepi kakbesah selalu senang-senang dan in sha Allah menjadi. mala cuma buat separuh adunan saja sebab pisang tak banyak. resepi kakbesah kek yang plain saja tapi mala dah belangkan kek ni dengan tambahan coklat emulco dan tabur hirisan badam. abah boleh bawa ke pengajian malam ni.



oman dah seminggu lebih hujan, angin pun kuat dan laut bergelora.

ini status update dari seorang kawan sekolah yang tinggal di dubai 2-3 hari lepas. dirham lebih kurang 1 to 1 dengan RM

king fish 90dhs/kg !!
udang 62dhs/kg !! 
 ni udang di bawa masuk dari saudi

stok ikan dah habih. weekend ni nak kena pi market. harap-harap harga tak sama macam kat atas ..


btw, selamat hari pekerja. kami kat sini tak cuti. so far berhijrah ke negara (brunei & oman) yang tak sambut hari pekerja.


hujung minggu ni kami cuti 3 hari. start kerja dan sekolah hari ahad. mulai mei ni hujung minggu di oman ialah pada hari jumaat dan sabtu. sebelum ni khamis & jumaat.

resepi dari kakbesah

Bahan-bahan 
3 cwn tepung gandum (300g)
2 cwn pisang lecek/lenyek
1 1/4 cwn minyak masak (230g)
1 cwn gula pasir (200g)
4 biji telur
1 1/2 sb bicarbonate soda
secubit garam
coklat emulco - tambah
hirisan badam - tambah

Cara-cara
1. Lenyek pisang masak sehingga hancur. Ayak soda bicarbonate ke dalam pisang dan terus lenyek sehingga pisang berbuih.
2. Masukkan telur dan gula ke dalam pengisar dan kisar sehingga berbuih dan gula hancur.
3. Masukkan minyak dan kisar lagi selama 5 saat.
4. Tuang bahan kisar ke dalam bekas berisi pisang yang telah di lenyek tadi dan gaul rata.
5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul sebati.
6. Keluarkan sedikit adunan dan tambah coklat emulco. Gaul sebati.
7. Tuang adunan kek ke dalam acuan yang telah disapu minyak/majerin dan alas dengan kertas pembakar secara berselang-seli. Tabur hirisan badam.Bakar pada suhu 180C selama lebih kurang 40 minit.
8. Setelah kek masak sejukkan sebelum di potong.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...