Saturday, September 29, 2012

pizza kakbesah



weekend (khamis) pergi shopping mall tengok ada satu outlet ni jual pizza sepotong OR1.20 lebih kurang RM9.60! nak makan luar kat sini kena pikiaq banyak kali.

so, kelmarin mama buat pizza kakbesah untuk minum petang. kenyang sampai ke malam! mala cuma buat separuh adunan sahaja dan bentukkan dua biji pizza size 8"

resepi dari kakbesah

Bahan-bahan ( 8 kpg bulatan 26 cm )
Doh
1 kg tepung gandum
1/2 cwn mentega/majerin 
1 bungkus yis segera mauripan (11gm) 
2/3 cwn gula pasir (6 sb)
500ml air suam
1 sb rata garam

Topping
pizza/cili sos secukupnya
hirisan sosej (mala guna cold meat utk sandwich) - boleh juga guna tuna/sardin
nenas dalam tin - dipotong kasar
bawang besar - potong dadu
capsicum hijau- di hiris
cendawan butang dalam tin/segar - di hiris
mayonis secukupnya

Cara-cara
1. Campurkan garam, gula dan air suam kuku sehingga larut.
2. Campurkan yis dan tepung rata-rata.
3. Ramas dengan hujung jari mentega bersama tepung tadi. Tambah dengan air garam suam. Air tidak semestinya habis di guna. Uli hingga menjadi doh yang kenyal dan licin. Setelah doh kenyal, bahagikan kepada 8 ketul. Tutup dengan kain nipis yang lembab. Perap selama lebih kurang 1 jam.
4. Ambil seketul doh, gelek atas permukaan yang ditabur sedikit tepung menjadi nipis lalu diletakkan di atas tutup periuk atau loyang yang telah disapu mentega. Sapu setiap permukaan doh leper tadi dengan sos rata-rata. Biar ia mengembang sekali lagi. Selama lebih kurang 1 jam tidak perlu di tutup.
5. Panaskan oven 170C tabur dengan topping kegemaran.
6. Masukkan mayonis dalam plastik, gunting sedikti sahaja satu bucunya dan picitkan secukup rasa ke atas pizza. Bolah di bakar sehingga masak.

Friday, September 28, 2012

teh kurma


minum suam-suam ...  rasa fresh!

resepi dari syahmi

Bahan-bahan
4-5 biji kurma  (tidak perlu buang biji)
buah epal/pir  - potong dadu
3 sb gula 
600 ml air

Cara-cara
Rebus semua bahan-bahan sehingga gula larut dan mendidih. Hidangkan sejuk atau suam.

Thursday, September 27, 2012

mini samosa


samosa untuk abah bawa pi pengajian hadis rabu lepas

Bahan-bahan (agak-agak saja)
4 biji kentang - di rebus dan lecek
1 papan daging cincang dlm 500gm kot - lalukan air paip dan tos
1 biji bawang besar - cincang
2 tangkai daun kari - hiris
1 st rata serbuk lada hitam
1 st rata serbuk jintan putih
garam secukup rasa
kulit pohpia/samosa secukupnya

1 sb tepung gandum + sedikit air sebagai bahan pelekat

Cara- cara
1.  Rebus sehingga empuk, tos dan lecek.
2. Tumis bawang besar dan daun kari sehingga wangi. Masukkan lada hitam dan jintan.
3. Masukkan daging cincang dan masak sehingga air dari daging kering. Masukkan garam secukup rasa. Tutup api.
4. Satukan daging dan kentang lecek dan sebatikan.
5. Sediakan kulit pohpia dan letak inti. Gulung bentuk segitiga dan lekat dengan 'gam' tepung gandum.










Tuesday, September 25, 2012

hati masak rempah


this lauk is sedaaap! gerenti bertambah nasi ..

resepi dari waheedeana

Bahan-bahan ( 4-5 orang )
½ kg hati ayam/lembu – dicuci dengan tepung gandum untuk hilangkan hanyir dan rebus separuh empok. hiris dan gaul bersama serbuk kunyit dan sedikit garam dan di goreng
1 biji bawang besar *
3 ulas bawang putih *
1 inci halia *
1 sb ketumbar *
½ sb jintan manis * bahan* di kisar bersama
1 batang serai – diketuk
2 pelepah daun kari
1 sb penuh rempah kari daging
2 sk serbuk lada/cili 
1 sb kerisik
air secukupnya
garam, gula dan kiub/serbuk pati ayam/lembu secukup rasa
minyak untuk menumis

Cara-cara
1. Sediakan hati ayam/lembu sepeti arahan di atas dan ketepikan.
2. Kisar halus bahan-bahan bertanda *.
3. Panaskan kuali, masukkan daun kari gaul sebentar dan masukkan bahan kisar. Tumis sehingga wangi dan garing.
4. Masukkan serai, rempah kari dan serbuk lada/cili kacau sehingga sedikit kering.
5. Masukkan hati yang telah siap digoreng tadi dan kacau sebati dan masukkan kerisik dan jika terlalu kering masukkan air sedikit demi sedikit bergantung pada kepekatan yang di kehendaki.
6. Akhir sekali masukkan gula, garam dan bahan perisa secukup rasa. 

Monday, September 24, 2012

mufin pisang koko


mufin pisang untuk snek sekolah. resepi ringkas dan mudah nak buat. cuma godek-godek guna sudu kayu. coklat rice tak masuk dalam cuma tabur saja (nak sep bajet) susu tepung elek ganti serbuk koko.

since nak bekal sekolah tak dapat la nak hias dengna almond atau pun kekacang lain. sekolah orang putih ni pantang bawak benda berkacang pi sekolah. allergic. sekolah kita belasah saja ... :-)


resepi dari hanieliza

Bahan
140g mentega
1 cwn gula perang
2 biji telur
1 sk esen vanilla
2 cwn tepung gandum } satukan dan diayak
1 s/k baking powder }
2 sb susu tepung (ganti serbuk koko) }

1 cwn pisang - di lenyek

1/2 cwn coklat rice - hiasan


Cara-cara
1. Gaulkan mentega dengan gula sehingga sebati.
2. Masukkan telur satu persatu dan esen vanilla. Kacau sebati.
3. Masukkan tepung yang telah diayakkan.
4. Masukkan pisang lenyek. Kacau rata.
5. Masukkan dalam kertas mufin.cau lagi.
6. Hias dengan coklat rice.
7. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan suhu 180C selama 25 minit atau sehingga masak.
8. Sejukkan atas redai dan hidangkan.

Sunday, September 23, 2012

mini apple pie


cubaan pertama buat epal pai mini. huduh rupa tapi sedap. mala bakar dalam oven jimat minyak masak :)

resepi dari fidadaud


Bahan-bahan ( 12-14 biji )
Bahan Inti:
2 biji epal merah - potong dadu (ganti epal hijau)
1/3 cawan gula (ganti gula perang)
1/2 sk serbuk kayu manis
1 sb perahan jus lemon
1 sk tepung jagung + 1 sb air

Bahan Pastri:
2 cwn tepung gandum
1 sk garam
1/2 cwn butter - beku (sejuk)
1/2 cwn susu segar sejuk
**minyak untuk menggoreng (I baked)

Cara-cara
1. Inti: Dalam kuali leper, campurkan epal, gula dan serbuk kayu manis. Gaul sebati atas api yang kecil.
2. Campurkan jus lemon. Gaul sebati. Masukkan pula bancuhan tepung jagung. Gaul dan masak sehingga dapat kepekatan yang ideal. Jika anda rasa ada kekurangan pada rasa masam atau inti tersangat manis, bolehlah tambahkan perahan jus lemon bagi menyeimbangkan rasanya.
3. Pastri: Ayak tepung dan garam. Masukkan mentega dan gaul dengan hujung jari sehingga menjadi seperti serbuk roti.
4. Masukkan susu sedikit demi sedikit. Jika perlu, bolehlah tambahkan lagi susu. Adunan ini seharusnya lembut tetapi sedikit liat.
5. Canai doh atas papan canai dan potong dalam bentuk segiempat (8cmx4cm).
6. Masukkan inti di permukaan kepingan pastri dan lekatkan kepingan yang lain pada kepingan tersebut. Tekan keseluruhan bahagian tepi pastri. Kemudian, kelim atau lipat ke belakang. Lebih mudah, tekan dengan garfu.
7. Goreng menggunakan api sederhana sehingga keperangan/keemasan. Jika ingin pastri lebih rangup, simpan dulu dalam peti ais selama 1 jam sebelum digoreng.

Thursday, September 20, 2012

mini muffin choco pandan



entry tertunggak ... buat sebelum cuti summer hari tu untuk bekal budak sekolah.

dah pernah buat sebelum ni  cuma kali ni mala letak pes pandan.

resepi dari Puan Ruhaya via secubitgaram

Bahan-bahan
100gm mentega
120gm tepung gandum * @ tepung naik sendiri,
(*kalau guna tpg naik sendiri tak perlu ltk b/powder)

1 st baking powder
80gm gula halus
60ml susu segar
1 biji telur
1 st esen vanilla
1/2 st pes coklat emulco
1 sb serbuk koko
1/2 st pes pandan

chocolate chip - hiasan

Cara-cara
1. Ayakkan tepung bersama baking powder.
2. Pukul mentega sehingga kembang dan masukkan gula dan pukul sebati.
3. Masukkan telur dan esen pukul (2 minit ).
4. Masukkan tepung berselang seli dengan susu segar (guna senduk kayu/whisk bagi sebati )
5. Bahagian kepada dua bahagian. Satu bahagian di campur pes pandan dan satu bahagian di campurkan serbuk koko dan pes coklat.
6. Sudukan ke dalam papercup 3/4 penuh dan taburkan coklat cip.
7. Bakar 180C selama 30 minit atau sehingga masak. Bergantung pada oven masing - masing.

Wednesday, September 19, 2012

ez bun


roti bun lagi? ni bukan berturut-turut buat roti. entry saja yang berturut .. percaya lah!

resepi dari junjs11

Bahan-bahan (10biji)
1 1/2 cwn tepung roti
1/2 paket yis mauripan
1 sb minyak sayuran
3/4 cwn air suam
1/8 st garam 

mala tambah
sedikit pewarna kuning telur - optional
inti - coklat cip

Cara-cara
1. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk. Uli sehingga menjadi doh yang lembut.
2. Tambah air/tepung jika terlebih lembut/keras.
3. Bulatkan doh menjadi 10 biji doh kecil dan biarkan selama 5 minit.
4. Ambil doh, isi inti jika suka, susun atas loyang yang telah di gris. Biarkan naik sehingga dua kali ganda.
5. Bakar 15-20 minit. Sapu permukaan bun dengan mentega.

Tuesday, September 18, 2012

bun burger


mala buat 5 biji. sorang sebiji kalau buat 6 lebih satu berebut pulak nanti ... :)

untuk lunch box bdak-budak, bapak budak dan lunch mama kat rumah.

malas nak keluarkan BM, mala uli tangan saja. satukan semua bahan kering gaul sebati. ramas dengan mentega. telur di pukul masuk dalam susu baru tuang dalam tepung sikit-sikit uli sampai tak melekat.

resepi dari yani

Bahan-bahan 
250g tepung roti
15g mentega
20g gula
4g garam
1 biji telur
170ml susu ( jumlah sukatan susu campur dgn 1 biji telur)
1 sk (3g) dry yeast
bijan secukupnya

Cara-cara
1. Masukkan semua bahan-bahan kecuali bijan ke dalam breadmaker. Pilih untuk buat doh. On kan.
2. Bila dah siap, keluarkan doh dari breadmaker. Tumbuk-tumbuk untuk keluarkan angin. Bahagikan kepada 6. Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 10 minit.
3. Ambik sebiji roti. Tekan-tekan untuk keluarkan angin. Buat semula bentuk bulat. Ulang sampai habis. Biarkan roti naik dua kali ganda.
4. Sapu/semburkan permukaan roti dengan air. Kemudian taburkan bijan. Bakar dengan suhu 180C selama 12-13 minit.

Monday, September 17, 2012

biskut m3


biskut ke empat dan terakhir. nama sebenar biskut ni "madu tiga" dengan bentuk asal segitiga dan di hias dengan 3 hirisan badam. acuan segitiga kita berlekuk-lekuk bahagian tepi dia. tak cantik bila terap doh yang ada kelapa ni. so kita guna acuan love ... baru betul bermadu hehehe

resepi dari kakbesah

Bahan-bahan ( +- 150 keping )
250g majerin
150g gula aising
2 biji kuning telur
250g tepung gandum*

1 sb tepung jagung *
1 st baking powder*
1/2 cawan serbuk koko*
1 1/2 cwn kelapa parut kering
kuning telur untuk sapu
hirisan badam sebagai hiasan

Cara-cara
1. Satukan dan ayak bahan-bahan bertanda * dan gaul sebati dengan kealpa kering.
2. Putar mentega dan gula sehingga sebati dan masukkan telur satu persatu, putar 15 saat saja.
3. Masukkan seidkit demi sedikit campuran tepung dan uli perlahan sehingga menjadi doh lembut.
4. Canai doh antara dua plastik, terap dengan acuan yang digemari.(bentuk 3 segi adalah bentuk asal dan ada badam 3 batang)
5. Susun biskut atas dulang yang telah di sapu mentega, sapu kuning telur atasnya dan hias dengan badam.
6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dulu, suhu 160C dan bakar selama 15 - 20minit.

Friday, September 14, 2012

homemade self raising flour



 tips dari mamafami's fotopages via wssary

150g tepung gamdum + 2 st baking powder + secubit garam

di ayak 3 kali

kuih lopes


pertama kali buat kuih lopes semalam sebagai buah tangan untuk abah bawa pergi pengajian hadis. 

cuma nak tanya apa fungsi air kapur yang kita rendam bersama pulut ni. mala letak jugak la air kapur sebab ada. 

yang lain terpaksa la ikut apa yang ada kat dapur macam pandan emulco, santan serbuk dan kelapa kering ... nak hidup :)

resepi tulip77 

Bahan-bahan
2 cwn beras pulut
1 st air kapur

2 cwn santan cair (ganti 2 1/2 sb serbuk santan + 2 1/2 cwn air )
1/2 cwn air pandan (dikisar) (omit)
1/2 st garam
1 st pandan emulco

1 cwn kelapa kering }
sedikit gula, air dan garam } gaul sebati dan kukus/microwave beberapa minit


Sirap gula melaka -  masak sehingga pekat, tapis dan sejukkan
2 ketul gula melaka
1 sb gula
1 1/2 cwn air 

Cara-cara
1. Cuci dan rendam beras pulut dengan air selama 3jam dan air kapur. Kemudian toskan dan kukus selama 20 minit.
2. Bancuh serbuk santan dengan air, pandan emulco dan garam.
3. Keluarkan pulut dan gaulkan bancuhan santan dengan rata.
4. Kukus semula selama 30 minit.
5. Dengan menggunakan penutup botol Nescafe alaskan dengan plastik. Letakkan pulut yang siap dimasak tadi dan tekan-tekankan sehingga padat dan ratakan. Keluarkan dan  golek atas kelapa parut yang telah dikukus/microwave.
6. Hidang dengan sirap gula melaka.

Wednesday, September 12, 2012

sambal telur (kuning x) pecah


lama dah buat ni. masa nampak matgebu keluar resepi ni terus berkenan tapi  kita punya versi tak pecah. mama please don't break the egg yolk ... maka jadi la sambal telur kuning tak pecah

resepi dari cmg


Bahan-bahan
4 biji telur gred B
2 senduk nasi cili kisar
1/3 cwn jus asam jawa
garam dan gula secukup rasa
sedikit air
hirisan daun bawang sebagai hiasan

Bahan tumbuk halus
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/3 inci halia
1/2 inci belacan

Cara-cara
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis dengan api kecil hingga garing. Tuang jus asam jawa dan masukkan sedikit air, masak hingga pekat.
2. Tambah garam dan gula secukup rasa, kacau rata. Buat 4 lubang pada sambal tadi, pecahkan sebiji telur dalam setiap lubang tadi, masak dengan api kecil hingga telur mengeras. Kemudian perlahan-lahan gaulkan dengan sedikit sambal pada telur tadi. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api.
3. Tabur dengan hirisan daun bawang sebagai hiasan (jika suka) sebelum dihidangkan bersama nasi hangat.

Tuesday, September 11, 2012

cheddar cheese cookies


mencari-cari biskut savoury untuk menghabiskan stok cheddar cheese. untuk peminat cheese boleh cuba resepi ni. biskut ni menjadi favourite kakak sebab tekak kakak tekak cheese.

recipe from pencilkitchen

Ingredients
1 cup plain flour
2 tbsp self raising flour
125 g butter at room temp
125 g grated Cheddar
2 tbsp parmesan (or any other cheese)
a pinch cayenne (or paprika)
1 tbsp lemon
a pinch of salt

Method
1. Sift flours, cayenne and salt in a bowl.
2. Cut butter in small squares. Rub the flour and butter together (breadcrumb texture)
3. Add the grated cheese and continue combining until dough is smooth.
4. Add lemon to soften the dough.
5. Roll into a 38 cm cylinder and wrap with plastic before refrigerating for at least 3 hours.
6. Take dough out from the refrigerator and cut 4mm slices and bake on a sheet pan at 170C for 15 minutes.

puteri ayu


cuba buat puteri ayu bulan puasa hari tu. tak brapa cantik kelapa dia tu sebab guna kelapa kering dan budak-budak ni yang letak. nak tolong mama sangat la katakan. habih berteraboq nyok kat meja, lantai semua. mama jugak yang kena sapu. tapi sedap apam ni, gebu dan lembut. siap frozenkan separuh dan penghujung puasa dah malas  nak buat kuih keluarkan kukus balik, tetap sedap.

resepi dari rossitamz

Bahan-bahan ( 40 biji (bergantung pada saiz acuan) )
5 biji telur (saiz kecil)
250gm tepung gandum
300gm gula
2 st ovallate
1 st baking powder
250ml santan
pewarna hijau
2 st pes pandan
kelapa putih secukupnya (digaul dengan sedikit garam dan tepung ubi)

Cara-cara
1. Panaskan kukusan.
2. Pukul telur, gula dan ovallatte hingga kembang dan gebu.
3. Masukkan santan, tepung gandum, baking powder, pes pandan dan pewarna. Kacau lagi hingga sebati.
4. Sapu sedikit minyak pada acuan. Masukkan kelapa di bahagian bawah acuan dan mampatkan.
5. Masukkan adunan dan kukus selama lebih kurang 5 minit.
6. Setelah dikeluarkan dari kukusan, tunggu hingga sejuk sikit supaya senang dikeluarkan dari acuan.

Monday, September 10, 2012

chocolate chip cookies

 

biskut raya kedua juga versi gentel-gentel :-) biskut kegemaran budak-budak dan cepat habis. tak dak la mama asyik kena breakfast biskut raya selama bulan.

resepi dari nadia

Bahan-bahan
450g tepung gandum*

1 sk baking soda*  

3 sb serbuk koko* di ayak
250g mentega
115g gula halus
110g gula perang
1 biji telur 
1 sk esen vanila (added)
100g coklat cip

250g gajus (panggang dan cincang halus)

Cara-cara
1. Pukul mentega dan gula sampai kembang
2. Masukkan telur dan esen vanila pukul lagi
3. Masukkan tepung, baking soda dan serbuk koko yang telah diayak, sedikit demi sedikit dan juga coklatcip.
4. Masukkan gajus dan kacau lagi
5. Buat bulat kecik-kecik dan tekan dengan garfu atau apa-apa bentuk yang disukai
6. Bakar dalam oven pada suhu 160C selama 15 minit

Sunday, September 9, 2012

strawberry butter cupcakes




cupcake ni mala baru buat tadi (sekarang kat oman dalam 11:15am wah! pagi-pagi dah bercupcake) untuk minum petang lepas balik sekolah dan juga bekal sekolah esok. kesian jugak kat budak-budak ni asyik snack dengan biskut kering saja kat sekolah ...

resepi dari mikelnaru

Bahan-bahan ( 12 cupcakes saiz sederhana )
100g butter
100g tepung naik sendiri
80g gula kaster
2 biji telur saiz sederhana ('B')
1/2 st esen vanila (ganti strawberry emulco)
cip strawberry untuk hiasan

Cara-cara
1. Pukul mentega dan gula kaster sehingga gebu.
2. Masukkan telur satu persatu dan pukul.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi sehingga kembang.
4. Akhir sekali masukkan esen vanila.
5. Sediakan papercup dalam loyang dan isikan 1/2 atau 3/4 penuh cawan kertas. Tabur dengan cip strawberry
6. Bakar pada suhu 170C selama lebih kurang 15 minit.

Tips: Pada pertengahan masa membakar, loyang boleh dipusing / ditukar kedudukannya supaya bahagian atas cupcakes rata masaknya dan tidak kelihatan hangus. 

Thursday, September 6, 2012

deliciously moist chocolate cake




recipe from marinamustafa

Dry ingredients to sieve:
1 3/4 cups plain flour
3/4 cups cocoa powder
1 1/2 tsp baking powder
1 1/2 tsp baking soda

2 cups caster sugar
1 tsp salt

Wet ingredients to combine:
1 cup fresh milk
1/2 cup corn oil
2 eggs, beaten
1 cup boiling hot water
2 tsp vanilla

Method:
1. Mix sugar and salt with the dry ingredients in the mixer.
2. Pour all the wet ingredients into the dry ingredients. Mix it in but do not overbeat.
3. Pour into 2 x 9inch round greased tin.
4. Bake in a preheated 180º C oven for approximately 45 minutes.
5. Place on a wire rack to cool.

Chocolate Frosting:
1 cup icing sugar, sieved
1/2 cup cocoa powder, sieved
1 tbsp butter
1 tsp vanilla
4 tbsp fresh milk

Method for Frosting:
1. Mix all the ingredients till it becomes smooth and shiny.
2. Pour over cooled cake.

Wednesday, September 5, 2012

cucur bilis kembung




resepi dari sofinar

Bahan-bahan ( 5 orang makan )
300g tepung gandum
1 biji telur
1 sk yis mauripan
1/2 cwn ikan bilis
1 labu bwg besar
2 pokok daun bawang
1 1/2 cwn air
taugeh jika suka
garam secukup rasa
sedikit serbuk kunyit

Cara-cara
1. Di dalam bekas satukan tepung dan yis. Gaul rata.
2. Kisar ikan bilis, telur, bawang dan air bersama sehingga semua hancur. Tuang bahan kisat ke dalam campuran tepung dan yis. Gaul rata.
3. Perapkan sekejap lebih kurang 30 minit
4. Jemput-jemput dan goreng. Cucur ni lembut dan bulat-bulat. Enak dicicah sos cili.

Monday, September 3, 2012

biskut cornflakes rangup



biskut raya pertama yang di buat tahun ni. kesian pulak kat budak-budak nak buat cookies. nak sangat buat cookies. ni la dia hasil kerja buruh upahan bawah umur :)

nampak ramai yang buat biskut cornflakes ni. mudah dan sedap.

selongkaq kabinet tengok apa yang ada dan boleh tambah dan kasi clear. mala tambah mixed fruit yang di beli di kl tapi tak guna habih. usung bawak mai oman. esen vanilla pula saja-saja di ganti dengan esen oren. not bad .... boleh buat lagi tahun depan :)


resepi dari yatimemories

Bahan-Bahan
250 gm mentega
3/4 cwn gula aising
1 sk esen vanilla (ganti esen oren)
1 biji kuning telur
250 gm cornflakes (di ramas sedikit)
2 cwn tepung naik sendiri
sedikit dried mix fruits, dicincang (I added )
mangkuk kertas
ceri merah sebagai hiasan

Cara-cara
1. Pukul mentega dan gula aising hingga sebati.
2. Setelah sebati, masukkan telur dan pukul lagi, setelah itu masukkan esen vanilla/oren.
3. Masukkan tepung naik sendiri, cornflakes yang di ramas dan mixed fruit . Gaul sebati guna senduk kayu.
4. Masukkan ke dalam mangkuk kertas dan hiaskan dengan potongan ceri merah.
5. Bakar dalam oven yang telah di panaskan pada suhu 170 C selama 15 minit.
Biarkan sejuk di redai biskut.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...