Monday, January 30, 2012

agar-agar santan pandan



dessert jumaat lepas :-)  habih dah ....

Bahan-bahan
1 paket agar-agar tali (jenama Giant - tak ingat brapa gram)
1 paket gula batu - 250g
6 helai daun pandan
6 mug air
1 kotak kecil santan
2 biji telur
secubit garam

Cara-cara
1. Gunting pendek agar-agar dan rendam sehingga lembut.
2. Hiris daun pandan dan kisar dengan 3 mug air. Tapis ke dalam bekas berasingan.
3. Masak agar-agar, gula batu dengan 3 mug air sehingga semua bahan larut. Masukkan air pandan.
4. Kisar santan, telur dan garam dan tapis ke dalam adunan agar-agar.
5. Didihkan sekali lagi sambil di kacau.
6. Tapis ke dalam loyang dan sejukkan.

Friday, January 27, 2012

nasi lemak kuning tumis

 
tengahari ni kita makan nasi lemak. ramai yang dah buat nasi lemak ni. antaranya mamasya, izah, kaknor dan sheila . ramai lagi lah gamaknya yang dah cuba. macam mamasya kita pun tambah serbuk kunyit untuk dapat warna kuning. nasi lemak pink saja belum buat lagi hehehe


kita makan dengan sambal tumis udang sebab hanya udang saja yang ada dalam freezer. esok kena melabur di pasar tani.

resepi dari junjs11

Bahan-bahan ( 5-6 orang )
3 cawan beras (I used basmathi)
2 cawan santan, 2 cawan air (+ 1sb serbuk kunyit)
1/2 sudu besar halba
1 daun pandan
1 cm halia-hiris halus
1 batang serai-titik
2 biji bawang merah-hiris
garam secukup rasa
1 sudu minyak + 1 sudu minyak sapi

Cara-cara
1. Panaskan kedua-dua minyak, tumis bawang dan halia hingga garing. masukkan air dan santan, kacau hingga pecah minyak.
2. Setelah mendidih, masukkan beras, daun pandan, halba, serai dan garam.
Masak seperti nasi lemak biasa..
3. Hidangkan bersama sambal tumis ikan bilis/udang/sotong, timun, telur dan ikan bilis goreng.

Thursday, January 26, 2012

japanese sweet potato chips




idea dari koleksi1001resepi

kebetulan mama daniel bagi keledek manis jepun ni untuk daniel. semalam dah rebus sebiji untuk sarapan dia. tapi dia tak mau makan lah pulak. minta izin dengan mama daniel boleh tak di buat chips kot-kot dia nak makan.


keledek di hiris memanjang, basuh dan tos. campuran tepung salut (tepung gandum + tepung beras, serbuk ikan bilis, garam halus, lada sulah, serbuk cili) tak ada sukatan sebenar. ikut sesedap rasa. :-) masuk keledek dan tepung dalam bekas yang berpenutup besar. tutup dan goncang sehingga tepung salut rata. asingkan lebihan tepung dan boleh la di deep fry.


keputusannya ...

Wednesday, January 25, 2012

pancake


belek-belek majalah lama nampak pancake nampak sedap dengan fresh strawberries and whipped cream. kita makan dengan butter dan jem strawberi :-)


recipe from Better House & Garden magazine - Australian issue November 1999

Ingredients
1 1/2 cups self raising flour
1 tsp baking powder
2 tbsp castor sugar
pinch  salt
2 eggs
1 cup milk
2 tbsp butter

Method
1. Sift flour, baking powder, sugar and salt into bowl, make a well in centre. Combine eggs, milk and melted butter. Let stand for 20 minutes.
2. Heat a large, heavy frying pan and brush lightly with butter or oil. Pour about quarter cup cup batter into pan and spread. Cook over medium heat until bottom is golden and small bubble burst on the top. Flip and cook about 30 seconds on the other side.

Tuesday, January 24, 2012

half boiled egg on toast


our breakfast today
dah boring dengan nasi lemak dan roti canai ...

Saturday, January 21, 2012

tart nenas nyonya



orang tengah jam kat highway, kita buat jam tart kat rumah. teringin punya pasal ...... puas hati makan sorang-sorang hahaha

resepi dari kakjee

Bahan-bahan
300 gms tepung gandum *
4 sb tepung jagung *
3 sb gula ising *
200gm mentega
2 kuning telor
jem nenas secukupnya (I used Nona brand)

Cara-cara
1. Ayak tepung gandum, tepung jagung dan gula aising ke dalam bekas. Kemudian masukkan mentega yang telah dipotong dadu. Kalau guna unsalted butter, masukkan secubit garam.
2. Ramas tepung dengan mentega mengguna hujung jari sehingga berderai (rub-in method). Kemudian masukkan telur kuning dan satukan menjadi doh.
3. Simpan kira-kira dua puluh minit dalam peti ais.
4. Canai doh setebal 1/2 inci dan turap dengan acuan kegemaran. Susun di atas loyang pembakar. Ambil jem nenas dan gentel bulat-bulat sebesar guli. Letakkan atas doh yang telah di terap tadi. Buat sehingga habis.
5. Bakar pada suhuh 170C selama lebih kurang 25 minit atau sehingga masak.
6. Setelah masak keluarkan dari loyang dan letak atas redai hingga sejuk. Simpan dalam bekas kedap udara. 

 for the kids *no jam please mama*

Friday, January 20, 2012

pasta abc


pasta for friday lunch .... yang ringkas dan senang nak masak tapi anak-anak suka.

have a nice weekend & kong hee fatt choy!

Wednesday, January 18, 2012

cempedak goreng


sana-sini orang dok tayang cempedak itu dan ini. dapat cempedak free (asyik dapat free ja) tak banyak satu bekas plastik microwave. cukup la kami 5 branak makan.
 
resepi dari cmg

Bahan-bahan
isi cempedak secukupnya
tepung beras secukupnya (anggaran 1 cawan)
1 biji telur saiz kecil
secubit garam
sedikit air kapur (tak letak, tak dak kapoq)
air secukupnya

Cara-cara
1. Bancuh tepung dengan telur, secubit garam, air kapur dan tuang air sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga mendapat bancuhan yang tidak terlalu cair atau pekat. Ketepikan.
2. Celup isi cempedak tadi dalam bancuhan tepung dan goreng hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan. Siap!

Tuesday, January 17, 2012

suka popcorn?


sabtu lepas pi lunch kat Chili's KLCC. ihsan voucher RM100 dari office husband. dah makan singgah kat Garrett Popcorn. gerai ni dekat dengan Maybank.

bukan main mahal lagi popcorn ni. yang buttery plain satu bungkus kecik RM9.00. budak-budak nak yang cheesecorn. seb baik baik RM16.00 sebungkus kecik. kalau nak flavor yang lain lagi naya harga dia dan memudaratkan boleh kena kencing manis.

tapi memang tak boleh tahan la bau popcorn mesti nak terbeli punya!

checkout their FB page here ...

Wednesday, January 11, 2012

lauk oh lauk ...


cencaru sambai taruh ataih

kacang panjang goreng kicap bertelur :-)

hari ni keluar masuk total 6 kali sebab kakak dah mula dengan aktiviti beruniform/kelab.

masak pun ntah apa-apa. ikut dan saja. aik? dua lauk saja? ada satu lagi lauk tapi lauk beli.

nasib baik rumah dekat dengan sekolah dan medan selera setiawangsa. kebetulan kena ke kedai buku sekolah ambik kesempatan singgah sekali medan selera. 

beli gulai ikan masin dari gerai favourite dan harga cukup ekonomi. pemilik gerai orang Baling. memang kena dengan tekak. gerai lain minah indon yang masak tak tertelan. lauk nak melayu tak melayu, indon tak indon ...

Friday, January 6, 2012

sambal kentang ikan bilis



lauk ringkas untuk tengahari ni ...

resepi dari lina_pg

Bahan-bahan
( 3-4 orang makan )
4 biji kentang
1 cwn ikan bilis belah
3 ulas bawang merah (ditumbuk)
1 ulas bawang putih (ditumbuk)
3 sb cili boh (boleh dikurang/tambah)
2 sb sos tiram
1-2 sb madu (option)
Minyak untuk menggoreng dan menumis

Cara-cara
1. Kentang dikupas kulit, potong bentuk wedges, goreng hingga perang dan ketepikan.
2. Ikan bilis dicuci bersih, goreng hingga garing dan ketepikan .
3. Tumiskan bahan tumbuk hingga wangi dan garing. Masukkan cili boh, tumis sampai pecah minyak. Kemudian masukkan pula sos tiram dan madu.
4. Kemudian masukkan kentang dan ikan bilis. Gaul sebati. Siap untuk dihidang.


Tuesday, January 3, 2012

berpeluh di taman tasik ampang hilir

a good start for 2012 - petang semalam kami keluarkan peluh di taman tasik ampang hilir. hahaha macam ya ja ... peluh panaiah ada la. abah sorang saja yang betul-betul jogging. mama dengan anak-anak jalan-jalan sambil tengok orang ;-)





pemandangan yang tak berapa berkenan
makcik-makcik dan cik kak-cik kak dok joget-bic ;-)

banglo biru ni pernah masuk Anjung Seri
macamana tau ... sebab dulu tak pernah miss AS

 
eh! buat apa tu?

Monday, January 2, 2012

pisang goreng ranggup


pisang goreng ranggup. selalu kalau nak buat tepung untuk goreng pisang ke , ubi ke, cempedak ke mesti pakai resepi ni. senang saja masuk semua dalam blender dan treeettt ...... resepi disini :-)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...