sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label sakit. Show all posts
Showing posts with label sakit. Show all posts

Monday, 6 April 2015

Keadaan Tuanku Abdul Halim Tidak Membimbangkan - DSMM


Rakyat seharusnya tidak panik mengenai kesihatan Yang Di-pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang tersebar melalui laman media sosial baru-baru ini. 

Keadaan kesihatan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, yang juga Sultan Kedah, adalah stabil dan tidak membimbangkan, kata Menteri Besar Kedah Dato' Seri Mukhriz Tun Mahathir.

"Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku tidak sihat...(ini) biasa sahaja. Tidak seteruk yang digembar-gemburkan melalui SMS (Khidmat Pesanan Ringkas) yang saya tidak pasti dari mana datangnya," katanya

Mukhriz berkata doa ke atas kesihatan dan kesejahteraan Sultan Kedah adalah perkara biasa yang dilakukan dan sentiasa disyorkan di kalangan rakyat Kedah.

"Tapi tak perlu sampai tahap panik, kerana kita mempunyai doktor-doktor yang sentiasa menjaga kesihatan baginda.

"Dalam pengetahuan saya, keadaan baginda stabil dan tak membimbangkan," kata Mukhriz ketika mengulas khabar angin tersebar pada Jumaat yang mendakwa Yang di-Pertuan Agong dalam keadaan gering.

Bagi penulis, laman media sosial seperti facebook,instagram,twitte, whatapp, telegram dan lain-lain lagi seharusnya digunakan untuk jalan yang elok,bukan menjadi medan untuk menunjukkan kita yang hebat dan terawal menyebarkan sesuatu perkara yang belum diketahui statusnya. 

Apapun kita doakan kesihatan Tuanku kembali baik dan terus memimpin negara yang kita cintai ini. 

Friday, 5 December 2014

Artis : Sayu Hati Lihat Tok Wan Latiff Borgiba Terlantar Di Hospital


Sayu hati aku bila tengok pelakon yang aku kagum , Latiff Borgiba terlantar di hospital Kuala Lumpur , pelakon yang boleh belakon dalam pelbagai watak , inilah insan yang aku kenal sejak aku kecil

Aku nak panggil dia Tok Wan Latiff, dia mengingatkan aku pada arwah Tok Wan aku sendiri , wajah dia iras-iras Tok Wan Latiff ni , bila aku tengok dia , aku teringat Arwah Tok Wan ... Tok Wan aku meninggal tahun 1992 , sekolah rendah lagi aku masa tu.

Berbalik pada cerita Tok Wan Latiff , aku dengaq dia sakit di bahagian paru-paru , dia batuk dah lama dan la ni masih di rawat di Hospital Kuala Lumpur.

Watak antagonis antara yang cukup melekat dengan dia, bermisai tebal dengan mata yang terjegil sewaktu menghayati wataknya.


Doa dan harapan aku moga Tok Wan Latiff dikembalikan kesihatan yang baik dan dapat berlakon kembali , kerana aku rindukan lakonan dan gaya dia . 



POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...