Rakyat seharusnya tidak panik mengenai kesihatan Yang Di-pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang tersebar melalui laman media sosial baru-baru ini.
Keadaan kesihatan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, yang juga Sultan Kedah, adalah stabil dan tidak membimbangkan, kata Menteri Besar Kedah Dato' Seri Mukhriz Tun Mahathir.
"Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku tidak sihat...(ini) biasa sahaja. Tidak seteruk yang digembar-gemburkan melalui SMS (Khidmat Pesanan Ringkas) yang saya tidak pasti dari mana datangnya," katanya
Mukhriz berkata doa ke atas kesihatan dan kesejahteraan Sultan Kedah adalah perkara biasa yang dilakukan dan sentiasa disyorkan di kalangan rakyat Kedah.
"Tapi tak perlu sampai tahap panik, kerana kita mempunyai doktor-doktor yang sentiasa menjaga kesihatan baginda.
"Dalam pengetahuan saya, keadaan baginda stabil dan tak membimbangkan," kata Mukhriz ketika mengulas khabar angin tersebar pada Jumaat yang mendakwa Yang di-Pertuan Agong dalam keadaan gering.
Bagi penulis, laman media sosial seperti facebook,instagram,twitte, whatapp, telegram dan lain-lain lagi seharusnya digunakan untuk jalan yang elok,bukan menjadi medan untuk menunjukkan kita yang hebat dan terawal menyebarkan sesuatu perkara yang belum diketahui statusnya.
Apapun kita doakan kesihatan Tuanku kembali baik dan terus memimpin negara yang kita cintai ini.