sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label ARTIS. Show all posts
Showing posts with label ARTIS. Show all posts

Thursday, 1 January 2015

Artis : Abby Abadi Paling Hot Tahun 2014 , Meh Tengok


Hari ini adalah hari terakhir bagi tahun 2014.

Susah sebenarnya kami nak pilih story paling hangat dan sensasi untuk tahun 2014 ini. Maklumlah industri seni tanah air kita memang tak pernah lekang daripada kontroversi panas antaranya kes rampas suami orang, kes cerai, kes bergaduh dengan peminat dan banyak lagi.

Jadi setelah bermesyuarat selama 7 hari 7 malam, kami di OHBULAN! sepakat memilh kisah Abby Abadi. Sebut sahaja pasal Abby mesti korang dah boleh bayangkan rentetan spekulasi yang melibatkan Abby. Betul tak?

Rasanya kalau korang taip nama Abby Abadi di ruangan search pada laman web kami, lebih daripada 20 artikel berkenaan dengan bekas penyanyi kumpulan Elite ini. Tapi kami tahu korangmalas. haha!

nak best lagi?? jom masuk SINI

Friday, 5 December 2014

Artis : Sayu Hati Lihat Tok Wan Latiff Borgiba Terlantar Di Hospital


Sayu hati aku bila tengok pelakon yang aku kagum , Latiff Borgiba terlantar di hospital Kuala Lumpur , pelakon yang boleh belakon dalam pelbagai watak , inilah insan yang aku kenal sejak aku kecil

Aku nak panggil dia Tok Wan Latiff, dia mengingatkan aku pada arwah Tok Wan aku sendiri , wajah dia iras-iras Tok Wan Latiff ni , bila aku tengok dia , aku teringat Arwah Tok Wan ... Tok Wan aku meninggal tahun 1992 , sekolah rendah lagi aku masa tu.

Berbalik pada cerita Tok Wan Latiff , aku dengaq dia sakit di bahagian paru-paru , dia batuk dah lama dan la ni masih di rawat di Hospital Kuala Lumpur.

Watak antagonis antara yang cukup melekat dengan dia, bermisai tebal dengan mata yang terjegil sewaktu menghayati wataknya.


Doa dan harapan aku moga Tok Wan Latiff dikembalikan kesihatan yang baik dan dapat berlakon kembali , kerana aku rindukan lakonan dan gaya dia . 



Tuesday, 11 November 2014

ARTIS : AMELINA CUN SEPERTI DULU



Penyanyi dangdut yang popular awal tahun 90 an dulu , sapa tak kenal Amelina yang sering berganding dengan rakan baiknya Iwan , masih lagi anggun menawan walaupun lama menghilangkan diri selepas berkahwin. 

Baru-baru ini Industri hiburan dikejutkan dengan gambar Amelina sedang bersantai di sebuah pusat membeli-belah bersama penyanyi dangdut itu ialah penyanyi Maya yang pernah dikenali dengan lagu Matahari.

Cuma pelbagai persoalan timbul apabila gambar berkenaan menjadi bualan kerana sebelum ini Amelina dikatakan sudah bertudung dan tiba-tiba gambar yang kelihatan itu menunjukkan beliau menayang rambut panjangnya.

BH Online menghubungi Maya dan beliau sudi berkongsi cerita pertemuannya dengan penyanyi yang pernah meledakkan irama dangdut suatu ketika dulu.

Menurut Maya mereka bersua minggu lalu di Bangsar Shopping Centre ditemani seorang lagi teman Amelina.

"Kami selalu berhubungan. Nak kira lama itu bolehlah juga. Kiranya hubungan kami secara sekali sekala. Sesekali kami berhubung bertanya khabar. Almaklumlah nak jumpa susah dan kami masing-masing pun mempunyai komitmen tersendiri.

Thursday, 10 April 2014

HOT ARTIS : HANEZ SURAYA KENA BALING SELIPAR ?


SEHINGGA kini, aktres Hanez Suraya, masih dikecam teruk oleh masyarakat dek kontroversinya menjalinkan hubungan dengan suami orang yang dikenali sebagai Mr R (Romie).

Bukan saja digelar 'perampas', pelakon Autumn di Hatiku juga tidak putus-putus menerima cacian dan cemuhan dari pelbagai pihak menerusi laman sosial seperti Instagram dan Facebook miliknya.

Mengakui berasa sedih dan tertekan dengan segala kritikan negatif tersebut, Hanez berkata, kecaman itu turut dirasai sehingga di luar sehingga membuatkan dia berasa kurang selamat.

"Selepas saya buat sidang media tu memang saya rasa sangat sedih. Sebab pandangan orang terhadap saya. Namun saya akui ia tidaklah sampai mendapat ancaman di luar.

“Ada sekali tu saya terserempak dengan orang yang membenci saya. Dia kata nak saja baling selipar pada saya. Tapi dia tak buatlah. Cuma dia cakap sajalah. Alhamdulillah, itu menandakan keadaan masih dapat dikawal lagilah.

Friday, 7 March 2014

HOT !!!! SI BETINA GATAL , SUAMI ORANG PUN NAK KEBAS ??




Macam-macam kisah dunia la nih !! Isteri orang suka jantan lain , Suami orang suka perempuan lain , perempuan suka suami orang !! adehhhh !!! Dalam bab nih aku tak nak cerita panjang , aku tak tau sama ada Hanez tidak tahu yang kekasihnya itu masih suami orang atau tidak , akan tetapi kes suami orang tu dari 2 tahun lepas dah masuk mahkamah syariah untuk cerai dan Hanez pulak baru 2 bulan kenal lelaki tu !! semuanya ada dalam diri Hanez sendiri sama ada dia tahu atau tidak !!! 

Jom tengok apa komen Chef Wan yang dengar kata kecoh tu !!! 

Industri hiburan tanah air kini sedang heboh mengenai pelakon, Hanez Suraya yang dikatakan sedang bercinta dengan lelaki yang kononnya seorang duda anak dua sedangkan sebenarnya masih suami kepada, Nurliyana Abd Manan.

Keadaan bertambah panas selepas Hanez meminta Nurliyana membuat permohonan maaf kepadanya selepas membuat kenyataan dalam rancangan Melodi terbitan TV3 dan sebuah akhbar pada Ahad lalu yang menuduh Hanez sebagai punca pergolakan rumah tangganya.

Kontroversi percintaan Hanez dengan Romie Razin Adilha bukan sahaja mendapat reaksi daripada para peminatnya, malah mendapat reaksi di kalangan artis seperti Rita Rudaini yang pernah mengalami nasib yang sama seperti Nurliyana.

Terbaru, Chef Wan memberi kata pedas kepada Hanez berhubung kontroversi percintaan pelakon wanita itu.


Chef Wan telah berkongsi "screenshot" suratkhabar Berita Harian yang memaparkan kenyataan Hanez, disertai dengan komen yang panjang lebar dan 'laser'.

"Wow sedeh baca cerita pergolakan Rumah tangga mereka ini. Ramai these days yg bermain api diakhirnya terjerat diri sendiri. Kesian isteri yg menjadi mangsa dgn anak2..bukan sekali buat hal dah banyak kali and i loved the honesty of his wive.

"Mana yg suka berfoya foya lagi tu tak usah la berumah Tangga lagi.Jangan hancur kan hati seorang Wanita dan Anak2. Yang si Betina pun gatal dah tahu laki orang masih mau bermain api. Berdolak dalik macam main Drama minggu ini jugak for what?

"These is the sad world today where there is no respect for others.. Many times i come across so many of my close friends going to the same shit over and over again. Tambahan anak2 muda sekarang pantang ada duit sikit laki orang pun mereka nak sapu kerana gila nak hidup senang.

Saturday, 28 September 2013

PANAS !!! HOT ARTIS !! FIDA LARI ?? AWAT PULAK DAH !!!

SHUHAIMI KECEWA FIDA LARI




KECOH baru-baru ini apabila pengarah muda Shuhaimi Lua dikatakan mengamuk di set penggambaran gara-gara tindakan seorang pelakon utama telefilem Kampungku Aidil Adha (akan ditayangkan pada 15 Oktober) yang menghilangkan diri sebelum sesi penggambaran selesai.

Malah, Fida didakwa kerap merungut mengenai isu logistik sepanjang penggambaran selama lapan hari itu. Ekoran tidak puas hati, pelakon tersebut mengambil tindakan nekad meninggalkan set penggambaran tanpa sebarang penjelasan.

Kosmo! menemu bual pengarah Shuhaimi Lua yang meluahkan rasa kesal terhadap tindakan pelakon tersebut.

Dalam pada itu, Fida turut memberikan respons terhadap tohmahan yang dilemparkan terhadapnya selain menyatakan tindakan lanjut yang akan diambil berhubung perkara terbabit. Ikuti temu bual berikut.

Wednesday, 31 July 2013

SEBUAH KISAH 'ARINIE AKU SUDAH KEMBALI' !!! WAJIB BACA !!!




TIDAK ramai yang tahu akan cerita ini. Peristiwa yang berlaku dalam hidupnya pada satu malam, kira-kira tujuh tahun lalu menjadikan penyanyi Memburu Rindu terus-terusan dilanda kasmaran kepada wanita bernama Arianie Mohd. Abidin.

"Selepas dua atau tiga tahun bercerai, aku didatangi mimpi. Mimpi yang indah sekali dan berlaku pada satu malam Jumaat. Aku bermimpi dengan disaksikan oleh arwah ayah aku sendiri. Dalam mimpi itu, aku dan Arianie kembali bernikah. Kami kembali menjadi suami isteri dalam mimpi yang sangat mendamaikan jiwa itu," beritahu Hattan kepada Mega dalam perbualan eksklusif kami, selepas empat hari kembali bergelar suami.

Lalu, mimpi itulah yang memberi kekuatan kepada lelaki yang dilahirkan dengan nama Mohd. Shukri Sahabuddin ini. Mimpi itu kejap dan berbekas di jiwa, menaburkan bunga-bunga semangat untuk kembali memburu cinta wanita itu.

Sunday, 21 July 2013

HOT NEWS !! ISTERI PERTAMA SEDIH DAN MARAH BILA ASHRAF KAHWIN SAKINAH !!



“Dayana memang sedih dan marah apabila tahu saya sudah berkahwin lain. Saya kena pujuk dia.” Itu komen Ashraf Muslim mengenai kontroversi yang tercetus baru-baru ini gara-gara tindakannya mengahwini gadis lain setelah bergelar suami kepada Dayana Lokman. Malah, pelakon ini juga kesal kerana masyarakat terus mengecam mereka termasuk isteri barunya Wan Sakinah Ahmad Saburi.



Kisah Mohd Ashraf Muslim  bernikah kali ke 2 di Thailand baru-baru  dengan wanita yang sebelum ini digosipkan dengan beliau iaitu Wan Sakinah Ahmad Saburi telahpun tersebar dengar pengakuan Ashraf sendiri. 

Apj tidak terkejut , Isteri pertama Ashraf merajuk , marah , geram bila suami berkahwin lagi , yahlah isteri mana mahu dimadukan. 

Apj cuma harapkan Ashraf bertindak mengikut fikiran yang waras dan kena dengan sifatnya yang bercirikan Islam seperti yang kita nampak. Soal jodoh pertemuan ni adalah dari Allah. Sebagai hambanya kita kena redha dan tabah akan qada dan qadar Allah. 

Jagalah perkahwinan dahulu dengan  baik dan elakkan perceraian. Isteri pertamapun nampak baik. 

Semoga Allah menjaga rumahtangga baik isteri pertama dan kedua Ashraf. 

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...