sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label AZIZAN RAZAK. Show all posts
Showing posts with label AZIZAN RAZAK. Show all posts

Tuesday, 1 October 2013

MANTAP !! BN SIAP SEDIA HADAPI PRK SG LIMAU !!! @NajibRazak @MukhrizMahathir #PRKSGLIMAU


BN bersiap sedia menghadapi pilihan raya kecil Dun Sungai Limau, di Kedah, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata jentera pilihan raya BN perlu bekerja keras untuk meyakinkan pengundi Sungai Limau jika mahu menawan kerusi Dun itu.

"Jentera parti harus bersedia mulai sekarang dan kita tahu mesyuarat pertama (Umno Kedah) semalam telah diadakan supaya menghadapi pilihan raya kecil ini...mudah-mudahan kita berjaya," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Muhyiddin yang juga timbalan pengerusi BN berkata demikian selepas perjumpaan khas bersama warga Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Zon Sabah di Dewan Sa'adah, Wisma Majlis Agama Islam Sabah (MUIS) di sini, hari ini.

Friday, 27 September 2013

HOT INFO !! NOTIS KEKOSONGAN KERUSI DUN SG. LIMAU AHAD INI !! #PRKSGLIMAU




ALOR SETAR: Notis makluman mengenai kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Limau berikutan kematian Tan Sri Azizan Abdul Razak, akan diserahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) paling awal Ahad ini.

Perkara itu dimaklumkan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Datuk Md Rozai Safian, ketika diminta mengulas mengenai perkara itu, sebentar tadi.
Beliau berkata, buat masa ini pihaknya masih menunggu laporan beberapa pihak termasuk keluarga Allahyarham sebelum membolehkan beliau meneruskan tanggungjawabya selaku Yang Dipertua DUN Kedah.

Thursday, 4 July 2013

EKSKLUSIF BERAPI !!! PUNCA MASALAH KUIN DAN INSANIAH HOLDING DIDEDAH !!! @MukhrizMahathir #HanyaDiKedah



Assalamualaikum kepada semua dan terima kasih kepada pemilik blog yang sudi untuk megeluarkan artikel saya ini.

Saya terpanggil untuk menulis tentang isu KUIN dan IHSB yang sedang hangat dipermainkan oleh orang yang tak bertanggungjawab.Untuk pengetahuan semua isu Insaniah Holding SDN BHD (IHSB) adalah isu terbesar dalam isu KUIN.

Penubuhan IHSB ini bukan sahaja tidak memberi sebarang keuntungan kepada KUIN tetapi merugikan KUIN. Cukuplah anda semua dok kelentong kepada Dato Seri Azizan Razak. Jangan sampai Dato Paduka Mukhriz pun anda semua nak kelentong lagi.

Disebabkan IHSB, KUIN kini menanggung hutang yang cukup besar. Penubuhan anak syarikat ialah untuk membantu menjana kewangan KUIN tetapi apa yang berlaku sangat mendukacitakan. Gaji kakitangan IHSB sepatutnya dibayar oleh IHSB tetapi kenapa ambil wang KUIN untuk bayar gaji? Wang KUIN bermaksud wang terimaan dari Kerajaan Negeri dan wang kutipan yuran pelajar. Kegunaan wang ini ialah untuk kakitangan KUIN dan pelajarnya. Bukan untuk membayar gaji dan hutang-hutang IHSB.

Gaji keseluruhan kakitangan IHSB mencecah lebih daripada RM 1.2 juta sebulan. Ada yang berpendapatan sehingga RM 35,000 sebulan. Apa yang tinggi sangat ni. Hebat sangat ka orang ini sampai dibayar begitu tinggi. Adakah dengan membayar gaji tinggi, orang-orang ini telah membawa masuk keuntunggan kepada IHSB? Jawapannya tidak.




Apa perniagaan yang dijalankan mereka? Dah berapa lama tubuh? Sepatutnya IHSB diberi modal awal oleh KUIN dan mereka kena hidup dan berkembang dengan modal itu dan bukannya ambil dari KUIN setiap bulan. Mana dia ‘incubator center’ yang disebut-sebut oleh CEO INSAN MAYA? Sewaktu awal penubuhan INSAN MAYA tu mereka kata mampu menjana keuntungan berjuta-juta. Tetapi apa yang berlaku?

Insan Maya ialah anak syarikat pertama. Ditubuhkan pada tahun 2008 tetapi sehingga kini tak menunjukkan pun jalan perniagaan mereka. Yang disebut Cuma Fakulti Multimedia yang sepatutnya dijalankan dibawah KUIN tetapi atas sebab nak lantik orang yang tak layak dan member gaji yang tinggi maka diletakkan dibawah anak syarikat. Anak bekas Rektor Jamil juga berkerja di sini. Mana dia janji Akif, CEO Insan Maya sewaktu meyakinkan Dato Seri Azizan tentang penubuhan anak syarikat?

Itu Insan Maya bagaimana pula Insan System yang diketuai oleh Mansor. Sebagai CEO sepatutnya beliau menumpukan untuk mencari keuntungan tetapi lebih kepada makan balik KUIN. Sistem yang dibangunkan oleh beliau untuk kegunaan kakitangan dan pelajar KUIN sehingga kini belum siap manakala caj pula sudah naik berlipat ganda. Berapa hari beliau ada di pejabat? Tanya Kakitangan dia pun boleh tau. Setakat mai pejabat sekali seminggu macam mana nak untung. Masa lain tu beliau tumpu pada perniagaan sendiri. Jika anda nak tumpu perniagaan sendiri lebih baik tak payah jadi CEO. Jadi ja CEO syarikat sendiri tu.

Insan Fasih pula ditubuhkan dengan menswastakan Pusat Bahasa KUIN. Pusat Bahasa ni kerjanya mengajar bahasa arab dan bahasa inggeris kepada pelajar KUIN. Kenapa nak diswastakan? Adakah kerana nak mudahkan pengambilan kroni dan bayar gaji tinggi kepada mereka? Benda elok dah dalam KUIN. Tak perlu bebankan KUIN termasuk pelajarnya dengan tambahan yuran.

Apa pula motif pembukaan Sekolah Bestari yang diletakkan dibawah Insan Bestari? Untuk menempatkan anak Rektor belajar? Sebuah sekolah ditubuhkan tanpa asas yang kukuh. Kenapa perlu ada sekolah sedangkan di Negara kita sudah cukup sekolah. Adakah kutipan yuran pelajar di sekolah itu cukup untuk membayar gaji kakitangannya sendiri? Tak cukup maka terpaksa ambil dari KUIN. Mudah sahaja perniagaan mereka ini.

Insan Medic ataupun anak emas Rektor pula sewaktu penubuhannya telah dibantah oleh kakitangan dan ditegur oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi kerana KOS untuk mengendalikannya terlalu tinggi. Tetapi Rektor pada masa itu bertegas nak juga buat dan meyakinkan Dato Seri Azizan Razak bahawa ini mampu membawa keuntunggan yang besar kepada KUIN. Tetapi adakah mereka mampu memberi keuntungan besar? Gaji Insan Medic sahaja mencecah hampir setengah juta sebulan. Tu baru gaji. Tak masuk lagi lain-lain perbelanjaan.

Ada yang dilantik kemudian terus dapat tawaran sambung belajar ditaja oleh IHSB. Hebat IHSB ni sampai boleh taja kakitangan yang baru masuk untuk sambung belajar. Kalau di KUIN pensyarah terpaksa beratur untuk menunggu nama mereka naik jika nak sambung belajar tetapi IHSB tak payah. Siapa orang ini? Anak orang besar ke? Atau dia ni pelajar perubatan terhebat di Negara ini?

Tak perlu la pihak IHSB menggunakan air mata pekerja dari unit penyelenggaraan untuk menutup kesalahan mereka. Untuk makluman, hampir kesemua pekerja gred rendah dari unit penyelenggaraan itu telah diserap masuk ke KUIN. Nasib mereka dibela oleh KUIN kerana mereka berasal dari KUIN dan sewaktu zaman pemerintahan ‘Hitler Jamil’ mereka dipaksa berpindah ke IHSB. Usaha anda untuk menghasut mereka tak akan berjaya.

Sekian sahaja dari saya untuk isu ini. Sebenarnya banyak lagi yang tersurat dan tersirat dalam IHSB ini. Cukuplah selama ini wang peruntukkan dari Kerajaan Negeri dan kutipan yuran pelajar disalurkan kepada mereka. IHSB PATUT DITUTUP

INSAN INSANIAH

DARI BLOG MEDANTEMPURKEDAH

Tuesday, 2 July 2013

GEMPAQ TENAT !!!! LA GADUH SAMA SENDIRI LAGI PAS KEDAH NIH !!! MAHFUZ BAKAL DIGULING PULAK ?? #HanyaDiKedah

Dulu 


Lanie 



La Apj ingat dah selesai masalah dalaman parti Pas Kedah selepas puak yang bertelagah dengan puak Mahfuz ni letak jawatan dalam pentadbiran Pas Kedah rupanya ada lagi episod balas dendam nih . 

Menurut blog KedahKeKL ceritanya lebih kurang begini la :

Puak Phahrolrazi dan Dr Ismail takkan dok diam bila Mahfuz jadi Pesuruhjaya Pas Kedah. Mula-mula memang depa diam, hanya protes tak puas hati, letak jawatan dan merajuk.

Kemudian depa jolok blogger pro UMNO macam kami ni hentam Mahfuz dengan mainkan isu akademik. Kami sedar, sebab tu kami tak layan sangat, bagi kami Mahfuz jadi Pesuruhjaya Pas Kedah pun dah macam bonus.

Kemudian bila semua dah ikut plan, depa buat pula himpunan Seminar Pemikiran Ustaz Fadhil Noor. Kononnya nak bincang hala tuju Pas, mengikut pemikiran Ustaz Fadhil. Sapa yang taktau, ingat niat depa tu betul la sangat. Rupanya ada udang disebalik batu, niat nak jadi Pesuruhjaya Pas Kedah tak pernah terpadam.

Kalau ikut pemikiran Ustaz Fadhil, sudah tentu kepimpinan Ulamak yang dibawa. Pas zaman lani, mana ada kepimpinan Ulamak lagi, Hadi Awang pun dah jadi Alamak dari Ulamak. Dewan Ulamak Pas pun dah tak dipandang, pimpinan Pas lebih patuh pada Dap dari Dewan Ulamak.

Jadi Seminar Pemikiran Ustaz Fadhil tu, menjadi medan untuk menghentam Mahfuz yang baru saja naik jadi Pesuruhjaya, kononnya Mahfuz tu bukan Ulamak, jadi tak layak untuk jadi Pesuruhjaya Pas Kedah.

Nampak tak permainan yang cuba dibawa oleh Phahrol dan orangnya.

Sebab tu Mc kata si Phahrol ni otaknya bijak, jahat dan licik. Kalau dia naik jadi Pesuruhjaya memang susah sikit kami nak lawan, tapi kalau Mahfuz, bola tanggung banyak, dia senyum pun kami boleh tibai!

Kalau ada orang kata perbalahan dalaman Pas Kedah dah selesai bila Pas kalah, nampak sangat orang tu taktau apa sebenarnya yang terjadi dalam Pas Kedah lani. Semua perbalahan hanya boleh selesai bila Phahrol naik jadi Pesuruhjaya dan Dr Ismail jadi Timbalan. Tu pun kalau orang Ustaz Azizan nak biar la.

Kalau tak biar, nampaknya perbalahan ni akan kekal sampailah PRU ke 14. 

Kalau macam nilah jadinya , makin senang la kerja kami nak buat . Depa duk bertelagah tak habis-habis sama sendiri , dendam sama sendiri , huh ... Inilah dunia politik , nama ja pejuangkan Islam tapi sebenarnya duk gila jawatan dan dengki mendengki ..

Tuesday, 18 June 2013

PANAS BONGKAR !!! ANGKARA SYAITAN PAS DULU !!! KUIN TENAT !!! #HanyaDiKedah


Kerajaan Kedah terpaksa menanggung perbelanjaan dan membayar gaji kakitangan Insaniah Holdings Sdn Bhd, walaupun anak syarikat Kolej Universiti Insaniah (Kuin) itu sepatutnya menjana pendapatan sendiri.

Tak pernah dengar KUIN untung selepas Pas menawan Kedah. Malah semakin hari, semakin banyak pula masalah yang dihadapi!

Menyatakan demikian, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya Negeri Datuk Tajul Urus Mat Zain berkata kerajaan negeri terpaksa menanggung kos berkenaan buat sementara waktu sehingga satu keputusan mengenai status Insaniah Holding dibuat dalam tempoh terdekat.

"Masalah gaji kakitangan Kuin yang sebelum ini selalu lewat dah selesai. Cuma ada sikit lagi melibatkan gaji staf.

"Sepatutnya syarikat Sdn Bhd ni meniaga, takkan kita nak bayar sebab staf tidak terikat dengan pengambilan kerajaan," katanya lagi.

Beliau mengulas perkembangan terkini Kuin ketika ditemui pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Yayasan Pelajaran Mara dan Akademi Binaan Malaysia Wilayah Utara.

Tajul Urus berkata, bagi belanja mengurus serta membayar gaji dan elaun lebih 100 kakitangan Insaniah Holdings sahaja, kerajaan negeri terpaksa mengeluarkan kos lebih RM0.5 juta setiap bulan.

"Insaniah Holdings sepatutnya bukan di bawah tanggungan kerajaan negeri kerana ia adalah cabang perniagaan Kuin, tapi kita faham masalah kakitangan Insaniah Holdings ni.

"Pihak saya kini sedang menyusun untuk mengadakan mesyuarat Lembaga Pengarah Kuin dalam masa terdekat untuk bincangkan masalah ini, sama ada nak teruskan Insaniah Holdings ini atau ubah suai, ambil alih atau tutup terus," katanya.

Sementara itu, mengenai dakwaan kononnya kerajaan negeri ingin menswastakan Kuin, beliau berkata tidak pernah ada sebarang keputusan mengenai tindakan berkenaan.

Beliau berkata, kerajaan negeri kini memberikan sepenuh perhatian untuk menyelesaikan masalah dan kelemahan Kuin supaya kolej universiti itu dapat bergerak lancar dan menjadi sebuah institusi pengajian tinggi terkemuka khususnya di negeri ini.

Monday, 17 June 2013

FITNAH TAHAP LAHANAT !!! ZUL YA PAS KEDAH KANTOI !!!! PAS APA NI !!!!



Apj : Kali nipun aku tak mau komen banyak kerana gambar ni boleh bercerita sendiri !!! bergaduh sama sendiri lepas tu tuduh UMNO !!! Fitnah tu barang mainan seperti altramen ka wahai Zul Ya ?? 


PANAS !!! GENG PAS KEDAH BERTUMBUK SAMA SENDIRI ?? APA DAH JADI NI !!! JANGAN DUK GADUH MALU KAT RAKYAT BANG NON !!!!

APA DAH JADI NI?? BERGADUH SAMA SENDIRI !!!! 










KAT BAWAH NI SETPOL X MB KEDAH PUNYA KATA 







TIBA-TIBA 



APJ : Aku tak mau komen apa-apa , biar apa yang depa tulis tu menjadi bukti betapa mereka bukan memperbaiki kelemahan akibat kekalahan tapi makin menghancurkan sama sendiri. 

GILA BABUN !!! BELAJAR IPAD SAJA DAPAT ELAUN RM1000? PATUT LA TINGGAL BALA 3 BILLON !!! HUH #HanyaDiKedah



Tudiaaa !!! Belajar Ipad saja dapat elaun rm1000 kalau 10 orang belajar dah rm 10k !!! Pehhh !!!! Kalau duit tu buat beli barang-barang dapur orang-orang kurang berkemampuan mau 3 buah kampung dapat nih !!! 

Terkejut jugak Apj dapat berita ni dari kawan-kawan TMK, bayangkan belaar saja dapat duit elaun , kaya sungguh kerajaan PAS Kedah dulu , patut la tinggal hutang 3 billion  sepanjang depa memerintah Kedah !! lahanat sungguh la depa nih !!! huh !!! 

zaman teknologi canggih sekarang ini, semua orang pasti berminat untuk memiliki gajet.. Baik Samsung Tab mahu pun Ipad.. Tapi pernahkah anda terfikir hanya untuk belajar ipad yang tak sesusah mana itu anda diberi elaun sebanyak RM 1000??..

Mudahkan, Ipad diberi percuma dan elaun sebanyak RM 1000 diwujudkan khas untuk belajar ipad.. Itulah yang terjadi masa Pas menjadi kerajaan di kedah..

Depan rakyat kata pemimpin Pas berjimat cermat belanja wang kerajaan negeri.. Mula mula buat cerita kononnya Pas belanja berhemah, kedua reka cerita Pas berjimat cermat, ketiga tunjuk simpati depan rakyat kononnya mereka ni sederhana tak guna duit rakyat dan keempat alihkan pandangan rakyat terhadap kemewahan musuh..

Bila Pas dah kalah di Kedah, baru kita tau macamana pemimpin Pas menghabiskan duit rakyat..Macam macam elaun depa sebat.. Benda yang tak sepatutnya dapat pun depa adakan.. Janji boleh dapat duit.. Walaupun dari segi kertas atau teknikal nampak sah, hakikatnya mereka telah menzalimi kepercayaan rakyat..




Dalam sidang Dun pun masih belajar ipad ?? ka duk layan FB 



Dicanangnya kepada rakyat mereka tak makan duit rakyat sesuka hati, tapi dibelakang pemimpin Pas bagaikan penyamun memenuhkan kocek sendiri..

Sebenarnya banyak tahi tahi yang ditinggalkan Pas masih berbau di Wisma Darulaman.. Saki baki yang tertinggal cukup membuktikan cara penyelewengan mereka..

Isu elaun belajar ipad sebanyak RM 1000 ini hanya secebis dari isu isu yang lebih besar akan didedahkan.. TMK hanya menunggu masa saja untuk mendedahkan 1 per 1 cara hidup mewah mereka semasa mentadbir kerajaan sebelum ni..

Kepada pemimpin pemimpin Pas yang pernah duduk di kerusi empuk di Wisma Darulaman, jangan ingat kami lupa apa yang anda lakukan selama sepenggal...  kedah ke kl 

Sunday, 9 June 2013

PANAS !!! NAK JADI KETUA PEMBANGKANG KEDAH PUN PAYAH KA PAS ?? !! ADOiii #HanyaDiKedah


Mahfuz enggan campur pemilihan Ketua Pembangkang Dun Kedah

Mahfuz Omar

ALOR SETAR - Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Mahfuz Omar tidak akan mencampuri urusan pemilihan calon PR sebagai Ketua Pembangkang Dun Kedah.

Beliau berkata, perkara itu diserahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan semua Adun PR untuk memilih calon layak dan sesuai menerajui PR selaku pembangkang setelah tewas dalam PRU13 lalu.

“Saya serahkan kepada Adun PR tentukan siapa paling layak,” katanya.

Mahfuz berkata, walaupun menerajui Pas Kedah, namun sebagai ahli parlimen, beliau tidak terlibat dalam persidangan Dun dan mengambil sikap berkecuali.

Sebelum ini, Adun Anak Bukit, Datuk Ir Amiruddin Hamzah yang juga Bendahari Pas Kedah disebut-sebut sebagai pemimpin paling layak untuk berdepan Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir setelah Timbalan Pesuruhjaya I, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi melepaskan jawatannya.

Berdasarkan kedudukan dalam parti, Amiruddin dilihat paling sesuai dan layak dilantik sebagai Ketua Pembangkang Dun Kedah, yang akan bersidang 23 Jun ini.

Sementara, Setiausaha Sekretariat Wakil Rakyat PR Kedah, Mohd Nasir Mustafa berkata, kedudukan kerusi dalam dewan akan menentukan Ketua Pembangkang Dun Kedah iaitu berdasarkan aturan senioriti dalam Dun.

Berdasarkan faktor itu, susunan kerusi dimulai Adun Sungai Limau, Adun Tokai, Adun Pengkalan Kundor dan Adun Anak Bukit.

“Memandangkan Tan Sri Azizan Abdul Razak tidak akan hadir atas faktor kesihatan, tidak mustahil Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul memikul tugas itu,” katanya.

Bagaimanapun, Adun Kubang Rotan itu berkata, kesemua Adun PR sepakat memilih Amiruddin untuk mengetuai pakatan itu dalam dewan.

“Dalam mesyuarat awal Jun, kita putuskan Amiruddin mewakili PR dalam Dun Kedah, namun ia juga ditentukan oleh susun atur kerusi kelak. Kami harap Speaker Dun membenarkan Amiruddin bertindak selaku Ketua Pembangkang ekoran Azizan uzur,” katanya. SINAR

Saturday, 8 June 2013

HOT INFO : AZIZAN RAZAK TERIMA GELARAN TAN SRI !! TAHNIAH !!

Bekas MB Kedah tak sangka terima gelaran Tan Sri



ALOR SETAR - Bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak terkejut apabila mengetahui beliau dianugerahkan gelaran itu oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, sempena sambutan ulang tahun keputeraan baginda, 1 Jun lalu.

Isteri Azizan, Puan Sri Faekah Sheikh Hamzah berkata, sebaik mendapat khabar mengenai perkara itu, Azizan dilihat mengerutkan wajahnya seakan tidak percaya dengan apa yang didengarnya itu, namun kemudian tersenyum.

“Beliau seperti terkejut, tetapi kemudian nampak tenang dan tersenyum. Azizan masih belum dapat bercakap seperti biasa kerana terdapat sambungan tiub di kerongkong. Saya percaya beliau bersyukur dan gembira,” katanya, ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, berita gembira itu disampaikan oleh Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar ketika mengunjungi Azizan di Hospital Pulau Pinang, pada 2 Jun lalu.

“Azizan mahu menyatakan jutaan terima kasih dan menjunjung kasih terhadap Yang di-Pertuan Agong atas anugerah itu. Sekurang-kurangnya berita itu sedikit sebanyak mengubat hatinya yang agak suram kebelakangan ini,” katanya.

Bekas Pesuruhjaya Pas Kedah itu mencipta sejarah tersendiri apabila muncul sebagai pemimpin Pas yang pertama dianugerahkan darjah kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM), yang membawa gelaran Tan Sri.

Azizan adalah antara 45 individu yang menerima darjah kebesaran PSM, yang merupakan antara darjah kebesaran tertinggi negara dan hanya dianugerahkan oleh Yang di-Pertuan Agong. SINAR 

APJ : TAHNIAH PADA TAN SRI AZIZAN RAZAK DAN MOGA CEPAT SEMBUH 

SAPA CAKAP SWASTA ?? MAIN BEDAL JA !!!

Insaniah kekal milik Kedah




ALOR SETAR - Kerajaan negeri menafikan kolej universiti miliknya, Kolej Universiti Insaniah (Insaniah) bakal diswastakan, seperti didakwa.

Exco Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya, Datuk Tajul Urus Mat Zain berkata, perkara itu tidak pernah dibangkitkan dalam mana-mana mesyuarat sebelum ini, sebaliknya menegaskan Insaniah akan kekal menjadi milik kerajaan negeri selama-lamanya.

“Tidak ada cadangan untuk swastakan Insaniah setakat ini, walaupun umum mengetahui ia berdepan pelbagai masalah yang berlarutan sejak bawah pentadbiran PR,” katanya.

Menurutnya, pihaknya turut menafikan kerajaan negeri sudah membuat tawaran kepada Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Aimst dan Universiti Antarabangsa Al-Bukhary (AiU) yang berminat untuk mengambil alih Insaniah.

“Mungkin ia sekadar cakap kosong atau khabar angin yang timbul ekoran kebimbangan staf atau pelajar yang risau jika kolej universiti itu ditutup,” katanya.

Tajul Urus berkata, selepas beberapa perjumpaan dengan pihak pengurusan dan pentadbiran Insaniah, pihaknya sudah merangka penyelesaian jangka pendek dan jangka panjang untuk tindakan.

“Kita akan fokus untuk jangka pendek terlebih dahulu, antaranya isu gaji, asrama pelajar dan kebajikan staf. Dua perkara utama yang dikenal pasti untuk tindakan segera ialah atasi kelemahan pentadbiran dan pengurusan serta kekangan kewangan,” katanya.

Menurutnya, bagi tujuan itu, sebuah pasukan khas diwujudkan untuk transformasi Insaniah ke arah lebih baik dalam usaha menentukan hala tuju kolej universiti itu.

“Mesyuarat Exco telah bersetuju untuk wujudkan pasukan khas ini. Langkah pertama ialah melantik Timbalan Rektor, Datuk Che Barni Mohd Noh sebagai pemangku Rektor bermula Jun,” katanya.

Tajul Urus berkata, lantikan itu berkuat kuasa selama enam bulan, sehingga lantikan baru bagi jawatan Rektor dibuat.

“Dalam tempoh transisi seperti ini, kita wajar beri keutamaan kepada perkara penting terlebih dahulu. Ia memerlukan masa untuk selesaikan semua isu berbangkit, saya akan cuba teliti satu persatu ikut kepentingan,” katanya.

Menurutnya, kos operasi Insaniah antara perkara yang diberi tumpuan, dan tidak menolak kemungkinan akan dibuat beberapa rombakan membabitkan jawatan pengurusan tertinggi.

“Perkara yang berkaitan dengan kos operasi akan dinilai, mana-mana yang tidak memberi manfaat kepada Insaniah akan dimansuhkan, selain keutamaan terhadap kebajikan pelajar. Kita akan cuba jimatkan kos dengan buat beberapa perubahan,” katanya.

Tajul Urus turut membangkitkan keperluan memiliki dua kampus iaitu di Mergong dan Kuala Ketil yang akan dibincangkan dalam mesyuarat akan datang.

“Sekarang ada dua kampus, ia libatkan kos yang banyak. Kita wajar nilai keperluan miliki dua kampus pada masa akan datang. Ianya masih dalam perbincangan dan saya harap pasukan khas itu akan kemuka beberapa cadangan sebagai panduan,” katanya.

Menurutnya, pihaknya turut mencadangkan agar dilantik konsultan untuk memberi penambahbaikan kepada Insaniah agar lebih cemerlang, sebagai langkah jangka panjang.

“Saya percaya dengan adanya pasukan itu termasuk konsultan, kita akan hasilkan satu penyelesaian terbaik tangani kemelut di Insaniah,” katanya.

Kelmarin, sumber-sumber mendakwa Insaniah bakal diswastakan apabila timbul desas-desus kerajaan negeri menawarkan penjualan kolej itu kepada beberapa buah IPT yang berminat untuk mengambil alih Insaniah. SINAR 

Friday, 7 June 2013

PEHH !!! APA NAK JADI PAS KEDAH NI !! FITNAH LAGI !!! BAB AGAMA NI WEII !!! @MukhrizMahathir #HanyaDiKedah

ISU KULIAH DI SRI MENTALOON 


“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu”. [Al Hujurat : 6]. 

Ayat kat atas ni APJ nak tujukan kepada penfitnah-penfitnah PAS yang mengatakan berkenaan Kuliah subuh di Sri Mentaloon. Puak-puak PAS duk fitnah Menteri Besar Kedah iaitu Dato Paduka Mukhriz Mahathir (DPMM), depa kata DPMM haramkan kuliah Subuh tapi selepas dipujuk oleh  Mufti baru DPMM setuju meneruskan kuliah mingguan  di Sri Mentaloon tu. 

Bos TMK MC  ada bertanyakan DPMM mengenai isu ini dan jawapan DPMM seperti kat bawah ni : 

Sebenarnya mengenai kuliah Sabtu di Mentaloon, apabila saya tanya dgn pentadbiran Masjid Zahir, mereka kata mereka langsung tak terlibat kerana pengisian kuliah terlalu berunsur politik PAS. Oleh itu bila saya cadangkan utk teruskan kuliah tanpa unsur politik, mereka kata itulah yg sebaiknya. Maka saya pun bincang dgn Dato Mufti mengenai pengisian tersebut. Walaupun sehebat mana PAS punya spin, Allah Maha Mengetahui. 

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui , Niat baik , perkara baikpun puak PAS ni nak main-main dan buat Fitnah . Ingat hukum hakam Allah sama , dosa buat fitnah bukan ringan .. 

APJ  : cari la modai lain kalau dah ketagih nak buat fitnahpun , jangan la fitnah isu Agama dan perkara-perkara yang berkaitan Agama ..  

Friday, 24 May 2013

GEMPAR !!!! REKTOR KUIN LARI ???? NAK PI MANA SETTLE DULU HAL KUIN NI WEIII !!!!!


Tindakan Rektor Kuin letak jawatan serta-merta dikesali

BALING 23 Mei - Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya Kedah, Datuk Tajul Urus Md. Zin hari ini meluahkan rasa kesal atas tindakan Rektor Kolej Universiti Insaniah (Kuin), Datuk Dr. Jamil Osman yang meletak jawatan secara mendadak.

Katanya sekali pun kerajaan negeri kini diterajui Barisan Nasional (BN), Jamil sepatutnya lebih profesional dan mengetepikan perbezaan politik demi menangani masalah yang dihadapi Kuin.

"Pagi tadi saya berkesempatan melawat ke Kampus Mergong, Alor Setar dan bertemu dengan kesatuan pelajar. Ada dua rungutan utama iaitu berhubung kelayakan pensyarah dan juga kemudahan asrama serta surau yang perlu ditambah baik, manakala sebelah petang saya berkunjung ke kampus di Kuala Ketil di sini.

"Ada beberapa perkara yang perlu dibincangkan dengan rektor, tetapi saya dimaklumkan tadi bahawa rektor sudah menghantar surat peletakan jawatan pada 20 haribulan lalu. Saya juga agak kecewa, sepatutnya rektor juga ada bersama hari ini," katanya ketika ditemui media selepas melawat kampus Kuin di Kuala Ketil.

Menurut Tajul Urus, beliau dimaklumkan oleh pihak pentadbiran Kuin peletakan jawatan Jamil berkuat kuasa pada hari beliau menghantar surat iaitu Isnin lepas.

Tajul Urus dipertanggungjawabkan Menteri Besar, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir untuk melihat masalah yang dihadapi Kuin serta mengemukakan penyelesaian yang menjamin kebajikan pelajar dan warga kerja Kuin.

Antara masalah berkenaan ialah dakwaan warga kerja Kuin bahawa pihak pengurusan menyeleweng kerana gagal melakukan caruman kepada pihak ketiga walaupun pemotongan gaji dicatat pada slip gaji mereka.

Kerajaan negeri dan Kuin juga terpaksa membayar pinjaman bank sebanyak RM46 juta setahun bagi pembinaan kampus induk di Kuala Ketil.

Kampus induk itu juga tidak mempunyai kemudahan asrama yang menyukarkan kehidupan pelajar yang terpaksa berpindah-randah.

BN Kedah mewarisi masalah itu yang timbul ketika Kedah diterajui Pas sejak 2008 hingga Pilihan Raya Umum Ke-13, 5 Mei lalu.

Mengulas pelantikan rektor baharu, Tajul Urus berkata, seorang pentadbir akan ditempatkan di situ sementara menunggu pelantikan baharu oleh Lembaga Pengarah Kuin.

Mengenai hasil lawatannya hari ini, beliau berkata, ada beberapa perkara yang dibangkitkan termasuk mengenai kursus yang ditawarkan dan bilangan pelajar.

"Kita akan minta laporan menyeluruh daripada Kuin dan akan berjumpa dan berbincang dengan Menteri Besar untuk buat cadangan dan keputusan. Apa yang penting, kita mahu Kuin sama seperti kolej-kolej swasta terkemuka yang lain," katanya.

Beliau tidak menolak akan berlaku rombakan terhadap program yang ditawarkan Kuin jika tindakan itu memberi manfaat kepada Kuin.

Kuin kini mempunyai 6,000 pelajar dengan 1,500 daripadanya belajar di kampus Kuala Ketil yang mula dibuka awal tahun ini, manakala selebihnya masih berada di kampus lama di Mergong. - BERNAMA

Thursday, 23 May 2013

TERKINI !!! AZIZAN REDA KAKI DIPOTONG !!!

AZIZAN

GEORGETOWN - Hari ini genap 17 hari bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menjadi penghuni Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang (HPP).

Beliau kini masih lagi dipantau rapi oleh 10 doktor pakar antaranya kardiologi, ortopedik dan diabetes dan selepas menjalani pembedahan memotong kedua-dua belah kakinya akibat komplikasi penyakit kencing manis dihidapinya pada 9 Mei lalu.

Selepas mendapatkan rawatan yang terbaik di HPP, kini keadaannya semakin stabil dan beliau sudah sedar namun masih berada dalam keadaan yang masih lemah.

Bekas setiausaha akhbarnya, Mohd Helmi Khalid berkata, Azizan kini sedang menjalani rawatan mencuci luka di kakinya.

“Alhamdulillah kesihatannya semakin baik dan beliau dilihat bertambah pulih sejak dua hari lalu dan cuba berkomunikasi dengan ahli keluarga serta rakan rapat yang menziarahinya, namun tidak mampu bercakap dengan baik dan tersekat-sekat.

“Beliau juga sudah mengetahui kedua-dua belah kakinya sudah tiada, dari reaksi yang dapat saya lihat, beliau reda dengan apa yang menimpanya,” katanya.

Menurutnya, sepanjang berada di HPP, kedua-dua isteri Azizan, Datin Seri Faekah Sheikh Hamzah dan Shamsiah Shafie serta 14 anaknya setia menjaga di hospital.

Sepanjang menerima rawatan, Azizan tidak putus-putus menerima kunjungan orang ramai termasuk kepimpinan tertinggi negara.

Antara kenamaan yang hadir menziarahinya ialah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah; Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir dan Menteri Besar Perlis, Azlan Man.

Bagaimanapun Mohd Helmi berkata, beliau tidak dapat menjangkakan sehingga bila Azizan akan menerima rawatan di HPP.

"Mungkin sehingga keadaannya benar-benar pulih sebelum dibenarkan keluar," katanya. SINAR

Wednesday, 22 May 2013

TUDIAAA !!! KETUA PEMBANGKANG KEDAH !!!! KESIAN PHAHROLRAZI !!

Amiruddin dijangka Ketua Pembangkang Dun Kedah


Ir Amiruddin Hamzah



ALOR SETAR - Adun Anak Bukit, Datuk Ir Amiruddin Hamzah dijangka bakal menggalas tanggungjawab selaku Ketua Pembangkang Dun Kedah, apabila Dun Kedah bersidang bulan depan.

Amiruddin yang juga Bendahari Pas Kedah disebut-sebut sebagai pemimpin paling layak untuk berdepan Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir, setelah Timbalan Pesuruhjaya I, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi melepaskan jawatannya.

Datuk Mahfuz Omar yang dilantik sebagai Pesuruhjaya menggantikan Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang keuzuran, merupakan anggota Parlimen, dan tidak tersenarai sebagai Ketua Pembangkang.

Manakala Timbalan Pesuruhjaya II, Datuk Dr Ismail Salleh pula tidak bertanding kerusi Dun pada PRU13, termasuk Timbalan Pesuruhjaya III, Mat Isa Shafie.

Sumber dalaman Pas Kedah berkata, berdasarkan kedudukan dalam parti, Amiruddin dilihat paling layak dilantik sebagai Ketua Pembangkang Dun Kedah.

“Tak mungkin Azizan dilantik kerana beliau masih belum pulih sepenuhnya, kemungkinan selepas Phahrolrazi undur diri, selain Ismail dan Mat Isa yang dilihat kurang sesuai, paling layak ialah Amiruddin,” katanya.

Menurut sumber ini yang mempunyai hubungan rapat dengan Phahrolrazi, peletakan jawatan Phahrolrazi juga ada kaitan dengan jawatan Ketua Pembangkang.

“Saya andaikan Phahrolrazi tak sanggup berdepan dengan banyak isu yang beliau sendiri sebelum ini tidak serasi dengan keputusan yang dibuat oleh Azizan. Ini pasti memberi kesukaran kepada beliau untuk berhujah,” katanya.

Mengulas tindakan Phahrolrazi yang dilihat drastik melepaskan jawatan sejurus Mahfuz dilantik menerajui Pas Kedah, sumber berkata, ia bukan didorong oleh perasaan ‘merajuk’ sebaliknya, sekadar memberi laluan kepada Mahfuz memilih pembantu.

“Mahfuz selaku ketua baru, ada hak pilih sendiri siapa yang dia mahukan sebagai pembantu.

"Atas faktor itu, Phahrolrazi berundur. Mahfuz perlu tubuh pasukan baru segera, bukan enam bulan lagi selepas muktamar,” katanya.

Menurutnya, pasukan itu wajar segera membuat penyusunan semula termasuk gerak kerja untuk menggempur BN Kedah, dan tidak wajar menunggu sehingga enam bulan untuk lantikan semula.

“Kita tak perlu buang masa, pasukan baru patut sudah dibentuk untuk gempur pimpinan BN. Walaupun ada spekulasi dakwa Phahrolrazi letak jawatan sebab merajuk kerana tidak menyandang jawatan Pesuruhjaya, termasuk tidak sebulu dengan Mahfuz, itu persepsi pihak luar,” katanya.

Beliau turut menafikan wujud kem Phahrolrazi dan kem Mahfuz sejurus perubahan itu, sebaliknya menegaskan hanya wujud kem Phahrolrazi dan kem Azizan.

“Hubungan Phahrolrazi-Mahfuz baik dan tidak wujud kem antara mereka seperti didakwa," katanya. SINAR

Sunday, 19 May 2013

TERKINI : KEADAAN DATUK SERI AZIZAN RAZAK DI HPP !!!


Kesihatan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak semakin baik dan beliau sedang dalam proses mencuci lukanya. Azizan beransur pulih, namun belum boleh bercakap.

“Beliau juga menunjukkan respons yang baik apabila sudah mengenali orang yang berada di sekelilingnya.

"Beliau juga masih belum makan, cuma bergantung kepada ubat diberikan melalui suntikan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, Azizan dijangka berada di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang (HPP) sehingga rawatan selesai.

“Setakat ini, tiada perancangan untuk bawanya ke hospital lain. Mungkin beliau akan di HPP sehingga segalanya selesai. Tambahan pula, beliau dipantau 10 doktor pakar. Jadi tiada masalah dengan rawatan di sini," katanya.

Azizan kehilangan kedua-dua belah kaki melalui pembedahan yang dijalankan akibat komplikasi penyakit kencing manis.

Friday, 17 May 2013

PANAS LAGI !!!! PHAHROLRAZI LEPAS JAWATAN KERANA KECEWA ?? APO KONO EI JANG !!! SUDOH JATUH DITIMPO TANGGO !! #HanyaDiKedah


ALOR SETAR - Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kundor Datuk Phahrolrazi Zawawi mengumumkan bahawa beliau telah meletakkan jawatan sebagai Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah.

Katanya beliau menghantar surat peletakan jawatan yang dipegangnya sejak 2009, Isnin lalu, sehari selepas Pas Pusat melantik naib presiden parti itu, Datuk Mahfuz Omar sebagai Pesuruhjaya Pas Kedah menggantikan Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Katanya surat peletakan jawatan tersebut dihantar kepada Setiausaha Pas negeri Musoddak Ahmad dan turut memaklumkannya semasa mesyuarat khas jawatankuasa politik Pas Kedah malam tadi.

Beliau berkata tindakan melepaskan jawatan sebagai Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah itu kerana mahu memberi laluan kepada Mahfuz melantik orang kepercayaannya di posisi paling kanan itu.

"Jawatan itu dilantik oleh Pesuruhjaya negeri, bukannya menerusi undian. Kerana mahu menghormati Pesuruhjaya Pas Kedah yang baharu untuk mendapatkan timbalan kanan, wajar saya kosongkannya supaya beliau dapat melantik orang kepercayaan dan individu yang rapat dengannya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Pada Jun 2011, PAS Kedah yang ketika itu diterajui oleh Azizan sebagai Pesuruhjaya merombak kepimpinan parti berkenaan termasuk menggugurkan Mahfuz yang sebelum itu merupakan Timbalan Pesuruhjaya II dan Datuk Taib Azamuddin Md Taib yang merupakan Timbalan Pesuruhjaya III.

Tempat Mahfuz digantikan oleh Datuk Dr Ismail Salleh manakala Taib Azamuddin digantikan Md Isa Shafie. Phahrolrazi kekal sebagai Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah.

Phahrolrazi berkata beliau berpendapat Pas Pusat sebelum ini mempunyai dua pilihan sebelum membuat keputusan untuk melantik Pesuruhjaya Pas Kedah yang baru iaitu mengarahkan Timbalan Pesuruhjaya I Pas negeri memangku tugas atau menggugurkan Azizan dan melantik orang lain.

Katanya oleh kerana Pas Pusat mengambil pilihan kedua maka elok bagi beliau melepaskan jawatan bagi membolehkan Mahfuz melantik pasukannya sendiri.

Beliau masih mengekalkan jawatan sebagai Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Kedah.

"Saya tidak fikir Mahfuz akan melantik saya semula sebab saya pun tak berapa rapat dengan beliau. Biarlah beliau membawa idea baharu sebab kalau lantik yang lama masih lagi terikat dengan pendekatan lama," katanya. - Bernama

APJ : TUNDUK MENGALAH :p 

VIDEO HOT : AMARAN PERTAMA MB KEDAH !!! JOM KITA TENGOK !!! #HanyaDiKedah

SEBELUM TU , SEBAGAI TANDA SOKONGAN KEPADA MUKHRIZ JOM KITA LIKE PAGE INI DISINI

Hari ini telah berlangsung Majlis Angkat Sumpah dan menandatangani surat sumpah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Kedah yang berlangsung di Balai Penghadapan Istana Anak Bukit, Alor Setar.

Lapan ADUN dari Barisan Nasional (BN) telah mengisi lapan dari sepuluh jawatan EXCO yang di peruntukan.. Satu jawatan EXCO akan di simpan sebagai lebihan dan Satu lagi jawatan EXCO, YAB Dato' Paduka Mukhriz Mahathir, Menteri Besar Kedah telah bercadang melantik seorang EXCO dari kalangan wakil MCA.

Bagi jawatan EXCO kepada wakil MCA, Menteri Besar Kedah hanya menanti pandangan dari Pengerusi MCA Malaysia, Datuk Seri Chua Soi Lek setelah surat di hantar kepada Pengerusi MCA itu berkenaan cadangan melantik seorang wakil MCA,

Dalam sidang media yang di lakukan Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Paduka Mukhriz Mahathir selepas Majlis Angkat Sumpah EXCO, beliau menyatakan akan memastikan bahawa kesemua EXCO akan menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan amanah.

Beliau akan bersikap tegas dalam memastikan kesemua EXCO menjalankan tanggungjawab yang di amanahkan supaya Kerajaan Negeri Kedah di bawah pentadbiran Barisan Nasional akan dapat melaksanakan kesemua program-program Kerajaan Negeri dengan cara yang pantas, penuh amanah dan profesional.


Monday, 13 May 2013

TERKINI : AZIZAN DI ICU !! MAHFUZ DILANTIK PESURUHJAYA PAS KEDAH

 Mahfuz Omar

 Pas umum pelantikan Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar sebagai Pesuruhjaya Pas Kedah yang baru menggantikan Datuk Seri Azizan Razak.

Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali berkata, mesyuarat semalam juga memutuskan untuk membuat post-mortem terhadap keputusan PRU13.

Mesyuarat kepimpinan tertinggi Pas, semalam adalah yang pertama diadakan selepas PRU13 yang dipengerusikan oleh Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Dalam PRU13, Pas menang 21 kerusi Parlimen dan berjaya mempertahankan Kelantan namun tewas di negeri Kedah.

Mahfuz menggantikan Azizan yang sehingga kini masih belum sihat selepas pembedahan kedua-dua belah kakinya akibat diabetes.

Mahfuz pada PRU13 menang kerusi Parlimen Pokok Sena manakala Azizan kekal di Dun Sungai Limau.

HOT NEWS : MAHFUZ GANTI AZIZAN !!!! KESIAN PHAHROLRAZI KERUSI ANGANKU MUSNAH !!!! #HanyaDiKedah

Phahrolrazi Mohd Zawawi.

Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi tidak kecewa meskipun tidak menerajui parti itu di Kedah, sebaliknya Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar dilantik Pusat sebagai Pesuruhjaya Pas Kedah.


Ini kerana katanya, pihaknya percaya Pas Kedah kini memerlukan seorang pemimpin yang hebat dan mampu mengukuhkan semula parti selepas kekalahan teruk dalam PRU13 lalu.

“Saya tidak kecewa, walaupun saya timbalan, namun Pusat berhak lantik sesiapa sahaja yang difikirkan sesuai dan layak terajui Kedah. Saya terima pelantikan Mahfuz atau sesiapa sahaja pilihan Pusat,” katanya.

Menurutnya, pihaknya tiada masalah dan akan memberi kerjasama terbaik kepada pesuruhjaya baru, dalam usaha mengukuhkan kembali parti itu di Kedah.

“Memang benar ada juga timbalan yang dilantik pesuruhjaya, tetapi tidak semestinya. Ia bergantung pada keupayaan dan keputusan pusat,” katanya, yang lebih 30 tahun bersama Pas Kedah.

Menurutnya, tugas sebagai pesuruhjaya amat berat dan memerlukan kepimpinan terbaik untuk memimpin parti, terutama selepas kuasa pentadbiran terlepas kepada parti lawan.

“Jawatan pesuruhjaya hak mutlak pusat, mereka yang tentukan. Tidak seperti jawatan presiden, timbalan presiden atau naib yang dibuat menerusi pemilihan parti. Manakala jawatan timbalan pesuruhjaya dicadangkan oleh pesuruhjaya dan mendapat sokongan jawatankuasa perhubungan negeri,” katanya.



APJ : YANG DI KEJAR HILANG DI BAWA TSUNAMI AZIZAN

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...