Showing posts with label PRK SG LIMAU. Show all posts
Showing posts with label PRK SG LIMAU. Show all posts
Sunday, 3 November 2013
PRK SG LIMAU !!! KES GANTUNG KAKI , POLIS AKAN AMBIL TINDAKKAN TEGAS !! @MukhrizMahathir @zahid_hamidi

"Sungai Limau adalah satu kawasan yang tenteram. Saya lihat pasukan polis yang ada di sini lebih daripada mencukupi dan kita tempatkan mereka semata-mata untuk menjaga kepentingan rakyat.
"Kita harap di saat akhir ini kedua-dua pihak tidak melakukan provokasi dalam berbagai-bagai bentuk," katanya kepada pemberita selepas majlis pecah tanah Pusat Khidmat Komuniti Rela Dulang Besar, dekat sini hari ini.
Turut hadir Ketua Pengarah Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) Datuk Mustafa Ibrahim, anggota Parlimen Baling Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dan calon Barisan Nasional (BN) kerusi Dun Sungai Limau Dr Ahmad Sohaimi Lazim.
Ahmad Zahid berkata, demikian bagi mengulas mengenai patung-patung provokasi yang digantung berhampiran beberapa pusat gerak kerja BN.
Saturday, 2 November 2013
Friday, 1 November 2013
Thursday, 31 October 2013
PRK SG LIMAU : HIMPUNAN RAKSASA PENGUNDI MUDA BERANI HIJRAH SABTU INI !!! @MukhrizMahathir @tunfaisal @tengkuadnanreal #BeraniHijrah

"Himpunan Berani Hijrah Anak Muda Sungai Limau" anjuran Sekretariat Gelombang Merah Kedah akan diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Dulang di sini mulai 4.30 petang hingga 11 malam.
Penyelaras sekretariat itu Anas Hafiz Mustaffa berkata program tersebut menfokuskan mengenai PRK yang akan berlangsung 4 November ini dengan memperkenalkan calon Barisan Nasional(BN) Dr Ahmad Sohaimi Lazim kepada pengundi muda terutamanya pengundi yang berada di luar Dun.
"Program khas untuk pengundi muda, kita mahu mengajak mereka untuk berani berhijrah dengan memberi peluang kepada BN melakukan pembaharuan di kawasan yang ditadbir oleh Pas sejak 1995," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pusat Operasi BN di Sungai Limau di sini hari ini.
PANAS !!! HAJI HADI AWANG DIMALUKAN PAS KEDAH !!! MALU MALU MALU @MukhrizMahathir @tunfaisal @TengkuAdnanReal #BeraniHijrah


Kah kah kah Nak taboq benih padi macam ni ?? Makhluk mana yang ajaq tok Guru Hadi Awang taboq benih padi ayaq sampai kepala lutut ??
Nampak sangat nak menipu rakyat !! Kalau nak belakon pun buanv la ayaq tu sikit oiii !! Yang hampa bawak pi taboq tu Presiden Pas oiii bukan Mat Sabu !!
Buat malu rakyat Kedah saja seolah tak reti nak tanam padi , benak nak mampuih !!
PRK SG LIMAU : UMNO JERAI BERPECAH ?? @MukhrizMahathir @NajibRazak #BeraniHijrah

Mohd Suhaimi berkata, beliau bersama-sama Ketua Umno Bahagian Jerai yang baharu, Datuk Seri Jamil Khir Baharom tidak mempunyai sebarang pertelingkahan malah bekerjasama dengan baik dalam menggerakkan jentera kempen PRK bagi Dun Sungai Limau.
"Ini (perpecahan) tidak ada berlaku. Bila pucuk pimpinan di atas bercantum, di bawah bertaut. Sekarang saya dengan Datuk Seri Jamil bercantum, penyokongpun sama," katanya kepada Bernama di Pusat Operasi BN di sini hari ini ketika mengulas desas-desus berkenaan.
Beliau tidak menafikan semasa pertandingan jawatan dalam Umno baru-baru ini, pertandingan antaranya dan Jamil Khir adalah sengit bagi merebut jawatan Ketua Bahagian namun mereka berbaik semula berikutan PRK Dun Sungai Limau.
Pada pemilihan parti 19 Oktober lalu, Mohd Suhaimi yang mempertahan jawatan meraih 270 undi berbanding Jamil Khir, yang mendapat 490 undi.
PANAS PRK SGLIMAU : PENDUDUK SG LIMAU HARUS MENILAI KEGAGALAN PAS KEDAH !!! @shaberyc @MukhrizMahathir @RameshRaoAKS #BeraniHijrah

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata rakyat Kedah tahu Pas gagal dalam mentadbir negeri itu sepanjang tempoh lima tahun lepas hingga mendorong 60 peratus penyokongnya meninggalkan parti itu dan seterusnya menyaksikan BN kembali menguasai Kedah.
"Dulu sebahagian dari orang (penduduk Dun Sungai Limau) undi Pas (kerana) dia yakin parti itu akan terus perintah negeri Kedah.
Wednesday, 30 October 2013
PANAS PRK SG LIMAU !! SIAPA LEBIH MULIA : FAKTA ATAU AUTA !! @MukhrizMahathir @tunfaisal @tengkuadnanreal #BeranjHijrah
SIAPA LEBIH MULIA : FAKTA atau AUTA ?
Meh kita banding2kan. Siapa yang lebih mulia keperibadian diri diantara mereka.
Kes 1.
TS Muhidin Yasin bukan ustaz pun tapi mudah saja minta maaf kepada keluarga Ustaz Azizan atas kenyataan beliau berkaitan gula dan kencing manis, pada hal beliau sendiri tak pasti sama ada sebut atau tidak perkara yang dibangkitkan.
Calon Pas Mohd Azam adalah seorang ustaz tapi liat mahu minta maaf atas keslahan menipu orang2 melayu dalam DUN Sungai Limau dalam isu gambar superimposed, pada hal kepimpinan tertinggi Pas Kedah mengakui bahawa gambar itu " memang superimposed ".
Kes 2.
Datok Chua Soo Lek juga bukan seorang ustaz malah bukan penganut islam pun, tetapi beliau dengan senang hati mengaku kepada media (surat khabar dan tv) bahawa " lelaki dalam gambar bersama dengan seorang perempuan cina dalam bilik hotel itu adalah dirinya dengan berkata " saya mengaku, lelaki dalam gambar itu adalah saya " dalam isu fitnah skandal sex beliau satu masa dulu semasa masih sebagai Menteri Kesihatan.
Calon Pas Mohd Azam adalah seorang ustaz malah seorang penganut islam lagi tapi liat mahu mengaku bahawa beliau sebenar tidak ada bersama dalam pertemuan dengan Ustaz Azizan seperti yang disiarkan dalam gambar risalah kempen Pas dalam isu gambar superimposed.
Tuesday, 29 October 2013
CORETAN AIR MATA SUNGAI LIMAU YANG TIDAK TERBELA !!! KENAPAKAH PAS BEGINI !!! @ahmadmaslan @tunfaisal @tengkuadnanreal @MukhrizMahathir #BeraniHijrah


Awal pagi ni aku dan sahabat-sahabat ikut program Datuk Ahmad Maslan ke program rumah ke rumah di Batu 16 , Sungai Limau untuk mengenali lebih dekat dengan penduduk Sungai Limau di samping memberi sedikit sumbangan kepada mereka yang memerlukan bantuan.
Kali ni aku nak coretkan 1 daripada rumah-rumah yang Datuk Ahmad Maslan pergi. Mula-mula sampai di pintu masuk jalan ke rumah Pak Cik Ismail Abd Rahman 66, ini , aku mengucap panjang , rumah yang mulanya aku sangka tidak berpenghuni rupanya di dalamnya tinggal seorang lelaki tua yang aku lihat menghadapi masalah kesihatan.
Aku ingat bila Malaysia dan Kedah khasnya sudah makin maju masalah seteruk ini sudah tak ada tapi inilah realitinya kehidupan. Datuk Ahmad Maslan sendiribaku lihat terkejut dengan keadaan ini.
GEMPAR !!!! APA KAITAN SUHAKAM DAN PAS MEETING RAHSIA DI PUNCAK GUNUNG JERAI ?? #PRKSGLIMAU
Semalam kami ada dedahkan akan meeting rahsia antara PAS dan Suhakam di Puncak Gunung Jerai Semalam..
Turut kelihatan di atas puncak Gunung Jerai itu adalah penulis buku kontroversi Pak Habib . Meeting rahsia itu dipercayai berkaitan pilihanraya kecil Dun Sungai Limau.
Apa yang menghairankan kami adalah kenapa dan apa kaitan Suhakam dengan PAS ?? Suruhanjaya hak asasi manusia ataupun pelabur Pas di Dun Sungai Limau ??
Hak asasi apakah yang di perlukan PAS dalam Pilihanraya kecil ini ??
Artikel mengenai kisah ini boleh KLIKSINI
OPS BONGKAR !!! MEETING RAHSIA PAS DAN SUHAKAM DI PUNCAK GUNUNG JERAI !! AGENDA ATAU SPONSER ?? #PRKSGLIMAU #BERANIHIJRAH
Selepas mendapat maklumat, penulis segera menuju ke Regency Hill Resort yang terletak di puncak Gunung Jerai. Menurut sumber, satu mesyuarat sulit di antara pemimpin Pas dan SUHAKAM akan berlangsung di sana.
Ternyata berita itu benar, sebaik tiba di sana, penulis melihat beberapa pemimpin Pas sedang daftar masuk ke bilik penginapan masing-masing. Sebahagian besarnya penulis tidak kenal, namun pasti mereka adalah orang-orang penting di dalam parti itu.
Monday, 28 October 2013
PANAS !! AKHIRNYA PAS KEDAH MENGAKU MENIPU PENGUNDI SG LIMAU !!! #PRKSGLIMAU #BERANIHIJRAH @tunfaisal @tengkuadnanreal

Kecoh hari ini pasal Pas menipu pengundi Sungai Limau dengan membuat gambar palsu menunjukkan calon Pas Mohd Azam sedang berjumpa Allahyarham Ust.Azizan,
Gambar itu sebenarnya adalah gambar wartawan Sinar yang bertemu dan menemuramah Ust Azizan dahulu , terdesak ingin menunjukkan bahawa Mohd Azam baik dengan Ust Azizan tetapi kantoi dengan penipuan mereka.

Subscribe to:
Posts (Atom)
POSTING PALING HOT
-
Buat artis-artis terutama artis perempuan hati-hatilah memilih pakaian semasa berlakon tu, kang dah jadi lagu ni.... hanya ingatan .....
-
'Bihun Istimewa' cap masjid keluaran sebuah kilang di sini tidak mempunyai sijil halal yang sah, demikian menurut Jabat...
-
J Sebuah page 'Jom Stream' telah membuat undian Online antara Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak dan Mantan Perdana Men...
-
Junko Furota – Mangsa Seks yang Paling Malang Salam semua. Tadi saya terbaca tentang Junko Furota, seorang mangsa seks yang pal...
-
Hari pembukaan Sidang Parlimen tadi tercemar apabila pihak Ahli Parlimen Pakatan Rakyat bertindak biadap dengan tidak menghormati Yang ...