sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label PKR. Show all posts
Showing posts with label PKR. Show all posts

Friday, 1 May 2015

Panas !! Pas Bagan Nekad Kuburkan PKR Di #PrkPermatangPauh


Kemelut yang melanda Pakatan Rakyat makin parah apabila Pas Bagan hari ini berikrar untuk tidak mengundi calon 'muda' PKR Parlimen Permatang Pauh , Cik Wan Azizah dan akan merosakan sekurangnya 10,000 undi ahli Pas sebagai bantahan terhadap pendirian PKR dalam isu hudud. 

Ketua Penerangan Pas Kawasan Bagan, Azmi Jaafar menggesa semua ahli Pas Permatang Pauh tidak mengundi PKR berikutan serangan PKR dan DAP ke atas Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Mengapa kita perlu membantu apabila mereka menghina kami? Jangan berharap bahawa kita (ahli Pas) akan mengundi anda!," katanya selepas mengetuai bantahan secara aman di hadapan Masjid ​Batu, ​Kampung Pertama, selepas solat Jumaat.

Himpunan itu juga menyuarakan sokongan kepada Abdul Hadi dan ​golongan ulama dalam Pas.

Sebelum in, PKR dilihat teguh bersama DAP menghalang hudud yang akan dibentangkan di Parlimen oleh Pas untuk dilaksanakan di Kelantan. DAP dilihat telah menghina Presiden Pas dan cuba memecahbelahkan PAS dengan berkerjasama dengan Pasma. 


Apa yang dilakukan oleh Pas Bagan ini dianggap teguh dengan pendirian memperjuangkan hudud dan tidak sanggup melihat Pas terus dipijak dan dikeji oleh rakan pakatan rakyat terutama Dap. 


Monday, 27 April 2015

'Rakyat Mahu Wakil Rakyat, Bukan Wakil Suami' #PRKPermatangPauh



Kehendak masyarakat dalam PRK Permatang Pauh ialah memilih ahli Parlimen untuk mampu menjaga kebajikan mereka.

Pengerusi Umno Pulau Pinang, Zainal Abidin Osman berkata, rakyat Permatang Pauh sedang membuat pertimbangan untuk memilih wakil rakyat dan bukan wakil suami.

Beliau berkata, masyarakat memerlukan pemimpin yang mampu membela mereka selain memberi fokus khusus untuk pembangunan kawasan.

"Calon yang perlu dipilih adalah wakil yang boleh bersama dengan rakyat, berkhidmat untuk rakyat dan bantu rakyat sepenuh masa. Namun PKR menampilkan calon yang diragui kewibawaannya sama ada wakil rakyat atau wakil suami?

"Mampukah calon PKR memberi tumpuan kepada penduduk Permatang Pauh sedangkan dia juga Adun di Kajang,Selangor dan terpaksa menanggung beban dengan beberapa jawatan lain," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Pemuda Pas Boikot Kempen, PKR Berdepan Risiko



Penganalisis politik berpendapat ketiadaan jentera Pemuda Pas Pulau Pinang dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh akan memberi kesan kepada prestasi PKR.

Namun, Penganalisis Politik Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata, masih terlalu awal untuk menjangkakan sama ada tindakan Pemuda Pas itu mempengaruhi PKR secara keseluruhan.

‎"Apabila jentera Pemuda Pas negeri tidak bergerak, saya percaya pengundi juga akan mengambil langkah, sama ada tidak keluar mengundi atau melakukan undi protes. Sejauh manakah ia boleh memberikan kelebihan kepada BN, banyak bergantung pada BN itu sendiri.‎

"Jadi, sedikit sebanyak tindakan Pemuda Pas ini akan mempengaruhi prestasi PKR. Tapi, masih terlalu awal untuk mengatakan ia mempengaruhi secara keseluruhan," katanya kepada Sinar Online.

Semalam, Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang (DPPNPP), Mohd Yusni Mat Piah dilaporkan bertegas tidak akan membantu gerak kerja PR dalam PRK Permatang Pauh selepas AMK Pulau Pinang masih enggan memohon maaf selepas mengeluarkan kenyataan yang didakwa memfitnah Abdul Hadi walaupun diberi tempoh sehingga hari penamaan calon.

Hari ini, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu memberitahu tindakan akan diambil ke atas Mohd Yusni atas keingkaran tersebut.

Monday, 20 April 2015

5 Adun Keluar Parti, Ubah Menteri Besar


Dalam menghadapi 2 pilihanraya kecil di Rompin dan di Permatang Pauh awal bulan 5 nanti, nampaknya memberi cabaran besar untuk Pakatan Rakyat yang di jelas kita lihat perpecahan antara mereka terutama Pas.

Khabar angin sejak dua tiga hari lepas mengenai 5 adun PKR yang dikatakan akan keluar parti dan menubuhkan kerajaan campuran antara Adun PKR, PAS, Umno dengan Mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan kembali menerajui kerajaan Selangor.

Walaupun pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad menolak khabar angin itu, namun ia tidak dapat menolak khabar angin yang dilihat bakal menghantui pemerintahan Azmin Ali dan DAP.

5 Adun Pkr selangor ini dikatakan berang dengan kepimpinan Azmin yang lebih memihak kepada Dap sahaja. Permusuhan Dap dengan Pas juga menjadi tunjang utama gerakan menukar Menteri Besar dan membuat penyatuan dengan Umno Selangor.

Sebelum ini terdapat portal berita online melaporkan, Abdul Khalid dijangka kembali menerajui Selangor bagi mengantikan Azmin Ali.

Menurut sumber portal berkenaan, satu perjumpaan rahsia antara Abdul Khalid dan Abdul Hadi telah diadakan.

Tuesday, 24 March 2015

HUDUD : KIT SIANG AJAK AHLI PARLIMEN BUKAN ISLAM TUMBANGKAN PEMIMPIN ISLAM DAN MELAYU DI MALAYSIA ?




Terkejut aku bila membaca kenyataan Lim Kit Siang semasa beliau berucap di majlis makan malam DAP Bukit Bintang semalam. Kenyataan mahu pembentukan kerajaan baharu diantara ahli Parlimen Kerajaan (bukan Islam) dan Ahli Parlimen Pembangkang ( bukan Islam ) yang menolak hudud untuk menumbangkan ahli Parlimen Kerajaan (Islam) dan Ahli Parlimen PAS ( Islam ) yang menyokong HUDUD. 

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang seperti yang dipetik dari Roketkini.com mendakwa, kemelut BN dan PR semakin meruncing serta langkah untuk mengemukakan usul persendirian bagi melaksanakan hudud di Kelantan oleh Pas akan menimbulkan krisis Perlembagaan, khususnya jika Umno menyokong enakmen berkenaan.

“Jika enakmen hudud kerajaan Pas Kelantan diluluskan menerusi dua usul persendirian di Parlimen dengan majoriti mudah, pelaksanaan undang-undang itu akan bertentangan dengan Perlembagaan dan boleh dicapai di mahkamah kerana bertentangan dengan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan berkenaan ‘Kesamarataan di sisi undang-undang’.

“Dalam senario politik baharu sedemikian, di mana Najib (Datuk Seri Najib Run Razak) mengumumkan sokongan Umno terhadap enakmen hudud Pas, mungkin tiba masanya untuk membentuk pakatan ‘Selamatkan Malaysia’ yang terdiri daripada Ahli Parlimen dari parti kerajaan dan pembangkang yang mahu mempertahankan Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang dengan seorang Perdana Menteri dan kerajaan Malaysia yang baharu,” kata Kit Siang dalam majlis makan malam Ulangtahun DAP Bukit Bintang, malam semalam.
Dalam pada itu, beliau turut mencadangkan pelantikan perdana menteri baharu menggantikan Perdana Menteri sedia ada.


AKU : Gantikan Perdana Menteri ? Maknanya dari Ahli Parlimen yang bukan Islam
Jelasnya, perdana menteri baharu boleh dilantik dari mana-mana parti politik kerajaan atau pembangkang yang ada sekarang.

“Dengan mengemukakan rang undang-undang persendirian bagi pelaksanaan hudud tanpa mempedulikan sama sekali keputusan Majlis Pimpinan Tertinggi PR pada 8 Februari lalu bahawa sebarang rang undang-undang persendirian berkaitan hal itu perlu terlebih dahulu dibentangkan kepada majlis tersebut.

“Sebagai pelanggaran setelah Pas Kelantan melanggar Kerangka Kerja Dasar Bersama Pakatan dengan mengemukakan Enakmen Jenayah Syariah Kelantan yang kemudiannya diluluskan oleh Dun Kelantan, Pakatan seolah-olah tidak lagi wujud di mata Presiden Pas,” 

aku , apa yang dimainkan oleh Kit Siang ini sangat bahaya, walaupun beliau tidak mengeluarkan 'bahasa' yang kasar seperti pembentukkan kerajaan campuran untuk ahli parlimen yang bukan Islam dan yang menolak hudud. 

Kita semua tahu bahawa kesemua ahli parlimen yang dikatakan bakal menyokong sama ada dari PAS mahupun Umno adalah Melayu dan Islam jadi kenyataan KIt Siang ini adalah kerajaan campuran bukan Islam dan yang menolak hudud, maknanya disini adalah BUKAN ISLAM LAWAN ISLAM. ini bahasa kasarnya. 

Kenyataan ini tidak baik kepada kemakmuran negara yang terdiri daripada pelbagai KAUM dan AGAMA . Ini membawa maksud MENGHASUT dan rasis !! 

Siapa mahu bertindak ke atas LIM KIT SIANG ? Rakyat Melayu Islam atau pihak berkuasa ? 

Saturday, 20 September 2014

HADI AWANG : DAP DAN PKR JANGAN KHIANATI PAS


Hadi Awang : 'Jangan Khianat Kami'

PAS menggesa PKR dan DAP agar tidak mengkhianati tahaluf yang dijalankan sepertimana mereka tidak belot dengan kerjasama yang dibuat.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata sepanjang sejarah perjuangan PAS tidak pernah khianat kepada rakan tahalufnya.

"Sebagai menghormati tahaluf, apa jua rancangan besar mestilah diputus bersama sebelum ianya dilaksanakan.

"Sepanjang sejarah perjuangan PAS, kita tidak pernah khianat kepada rakan tahaaluf kita, maka kita minta rakan tahaaluf kita juga tidak mengkhianati tahaaluf ini.

'Sebagai sebuah parti politik besar, apa jua rancangan besar mestilah diputus bersama sebelum ianya dilaksanakan," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar di Muktamar Tahunan PAS ke-60, di sini, hari ini.

Abdul Hadi juga mengingatkan ahli dan pemimpin PAS bahawa tahaaluf yang dilaksanakan mestilah memperkuatkan PAS bukan sebaliknya.

Thursday, 29 May 2014

HOT NEWS : CHEGUBARD DI GANTUNG KEAHLIAN PKR SERTA MERTA



Aktivis politik dan ahli PKR Badrul Hisham Shaharin digantung keahliannya dari parti tersebut ekoran dakwaan berlaku kepincangan pada pemilihan parti sebelum ini.

Pengerusi Lembaga Disiplin PKR Datuk Dr Tan Kee Kwong berata, Badrul atau dikenali sebagai Chegubard digantung keahliannya selepas lembaga disiplin parti menyiasat perkara tersebut dan dibentangkan dalam mesyuarat biro politik PKR.

“Sdr Badrul Hisham Shahrin akan diberi surat tunjuk sebab dan digantung keanggotaan parti serta-merta sehingga siasatan selesai,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Badrul sebelum ini mendedahkan politik kotor dan tidak telus pada pemilihan parti tersebut di beberapa kawasan terutama di Sarawak.

Katanya, kepincangan dapat dilihat di salah sebuah cabang apabila kehadiran ahli mengundi tidak begitu ramai namun kertas undi yang ditanda jauh lebih banyak daripada jumlah kehadiran.

Ujarnya lagi, pengawas pilihan raya di kawasan tersebut turut bertindak berkempen bagi pihak calon yang jelas bertentangan dengan etika pemilihan.

rakyat news 

Wednesday, 21 May 2014

TUDIAAA !!! JOHARI ABDUL SAHKAN ADA GENG SAMSENG DALAM PKR !!

Johari Abdul Akui Wujud Kumpulan Gengster dalam PKR



Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengakui wujud kumpulan samseng ketika pemilihan parti itu baru-baru ini.

Pengerusinya Datuk Johari Abdul berkata, elemen negatif itu bagaimanapun hanya melibatkan jumlah yang sedikit dan ia dapat ditangani dengan baik.

"Apa yang tidak puas hati itu kita perhatikan satu persatu, transparen dan kita tidak sorok apa-apa. Kita merupakan satu parti yang terbuka, namun elemen yang negatif adalah penggunaan kumpulan gengster, saya tidak nafikan ada (wujud) tetapi jumlah yang sedikit dan kita dapat selesaikan masalah ini dengan baik," katanya kepada Rakyat News hari ini.

Johari yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani juga memberitahu kebanyakan aduan yang timbul adalah bersifat teknikal dan ia dipandang serius parti.

"Kita lihat apa keputusannya, apa boleh dipertimbangkan apa jua tindakan. Jadi proses untuk pendengaran itu ada, tidak seperti UMNO dan Barisan Nasional (BN), bahkan kita juga buat dengan kadar pantas dan serta merta," tegas beliau.

Tuesday, 15 April 2014

HUDUD : PAS TERSUNGKUR DI KAKI DAP DAN PKR !! INILAH MARUAH PAS KINI !!


Aku hanya mampu menggelengkan kepala bila lihat Pas makin tertekan di pijak PKR dan DAP dalam hasrat Pas membawa usul  Hudud ke Parlimen. Malah aku bertambah malu bila lihat Pas masih kekal bersama Pakatan Rakyat yang menolak keras pelaksanaan hukum Hudud di Kelantan. 

DAP sudah mengarahkan kesemua 38 Ahli Parlimennya menentang Hudud dan sekarang mereka telah mendapatkan 50 Ahli Parlimen untuk menolak pelaksanaan Hudud !!! Besungguh-sungguh DAP nampaknya menentang pelaksanaan ini. 

Kerajaan Pas Kelantan semalam menegaskan tidak akan sekali-kali berganjak daripada keputusan untuk melaksanakan hudud yang sememangnya menjadi perjuangan sejak dahulu walaupun mendapat bantahan daripada sekutu mereka sendiri.

Pendirian Pas untuk melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 di Kelantan itu telah diluluskan di peringkat negeri sejak dahulu lagi sebelum pakatan pembangkang wujud.

Monday, 14 April 2014

HUDUD : AZMIN ALI TETAP MENOLAK HUDUD DAN MINTA PAS PATUH KEPUTUSAN MESYUARAT PR? ?


Nampaknya ramai yang nak jadi hero PKR dalam isu hudud maklumlah musim Pemilihan PKR dan makin dekat. 

PR masih menunggu penjelasan kerajaan Kelantan berhubung pelaksanaan hukum huhud di negeri itu.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata, sehingga kini tiada lagi perbincangan atau diskusi yang diadakan berhubung perkara tersebut.

“Jika ada sebarang gerakan, Pas Kelantan sepatutnya datang berbincang dengan PR. Tapi setakat ini masih tiada sebarang  PR tetap tidak berganjak dengan pendiriannya mengenai hudud seperti dipersetujui melalui konsensus antara DAP, PKR dan Pas sejak 2011.

“Perkara ini tidak berbangkit kerana kita sudah mengadakan perbincangan bersama Majlis Presiden PR yang turut dihadiri Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Daripada perbincangan itu kami sudah buat keputusan secara jelas.

Wednesday, 9 April 2014

HOT NEWS : MIN 'LEMBU ' ANWAR MANA LAYAK PIMPIN PR !!!



Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali disifatkan tidak layak menjadi memimpin parti itu kerana menjadi 'lembu' kepada Ketua Umum PKR. Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Zahid Md Arip berkata, Anwar akan memastikan kedudukan isterinya stabil.

"Dalam hal ini dia (Anwar Ibrahim) lebih percayakan Datin Seri Dr Wan Azizah sebab air mata Azizah lebih bernilai berbanding Azmin.

"Anwar memang tidak suka Azmin lawan Presiden, bagi Anwar Azmin ini adalah lembu dan kuda tunggangan Anwar. Mana boleh jadi Presiden

"Dia budak suruhan dan tidak boleh bercita-cita tinggi." katanya kepada Rakyat News ketika ditemui di sini hari ini.




Dalam pada itu, Bekas Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan itu turut berharap Azmin Ali akan memenangi jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan parti 10 Mei ini menentang musuh terdekatnya Menteri Besar Selangor Tan sri Khalid Ibrahim.

Friday, 4 April 2014

PANAS !!! MB @MukhrizMahathir KECAM PIHAK CONTENG BANGGUNAN-BANGUNAN UMNO DI KEDAH !!!


Kenyataan Media dari Pengerusi Perhubungan UMNO negeri Kedah, Dato Seri Mukhriz Mahathir mengenai tindakan khianat dan provokasi individu yang tak bertanggung jawab menconteng Bangunan UMNO negeri dan beberapa UMNO bahagian.

Kenyataan Media beliau dibaca oleh Setiausaha Kerja UMNO negeri, En Haris Che Mat kerana Dato Seri Mukhriz diluar negeri menunaikan tugas kerajaan.




KENYATAAN MEDIA

Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah mengecam tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang menconteng dinding Bangunan Tunku di Alor Setar yang menempatkan Ibupejabat Umno Negeri Kedah.

Bukan sahaja ia mencerminkan kedangkalan minda pelakunya, malah perbuatan itu menyimpang jauh dari amalan demokrasi dan budaya penuh hemah, toleransi dan saling menghormati yang sepatutnya didokong oleh semua pihak dalam berpolitik.

Perjuangan politik yang berkesan dan bermatlamat memerlukan individu-individu yang berkeperibadian tinggi, berfikiran jauh dan berpegang pada nilai-nilai sosial yang murni. Perbuatan merosakkan harta benda dan cubaan meniup api kemarahan pihak lain bukan sahaja bercanggah dengan nilai-nilai murni tersebut malah ia juga ditegah oleh Islam.

Thursday, 3 April 2014

ALAHAI NASIB SI PAK JANGGUT DI BULI EXCO SELANGOR


'Langit berkelikir, bumi bertemberang; salah-salah fikir menjadi hamba orang' . Wahhhh akupun mahu bersajak seperti pak Samad , Sasterawang Negara yang tidak kenang budi itu , ku pasti Pak Samad faham akan maksud kata-kataku diatas. 

Ku kira Pak Samad tidak tahu dia hanya di jadikan balaci puak pembangkang yang rakus mahukan negara dengn kuasa mutlak di tangan cina DAP . Kononnya dialah pujangga Melayu terbilang , berjuang dengan tinda dan kata . 

Dulu ku puja kisah seorang sasterawang ini , tapi kini kupandang dia lebih hina dari 'Lembu NFC' . Kisah sedih kubaca dari pandangan mataku yang pertama , satu-persatu ku fahami maksud luahannya , rupanya si Pak Samad telah ' di sambal belacankan oleh Exco Pakatan Rakyat ,  itulah nasibmu wahai sasterawang 


Seorang exco Selangor didakwa tidak membayar harga dua buah lukisan yang dibeli daripada Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said.

Dua buah lukisan itu dikatakan dibeli untuk dihadiahkan kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Saya katakan kepada exco itu kalau mahu lukisan saya perlulah dibayar kerana itu sumber rezeki saya.

"Jadi dia tanya saya berapa harga lukisan itu? Saya katakan harga sekeping lukisan saya biarpun tidak cantik RM8 ribu," kata Samad semasa menyampaikan ucapan ringkas di majlis pelancaran novel Sungai Mengalir Lesu di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH), Selasa.

Pada awalnya, pendedahan mengenai perbuatan exco Selangor menganiaya Sasterawan Negara itu didedahkan oleh pemenang anugerah sastera, Uthaya Sangkar SB ketika mengulas mengenai novel Sungai Mengalir Lesu.

Ku bilang kamu bijak , tapi sebijak kamu bijak lagi puak pakatan menipu kamu muahahahahaha 

Friday, 14 March 2014

GEMPAR !!! PERTEMUAN SULIT PAKATAN , KOMPLOT UNTUK JATUHKAN MB SELANGOR ?? #Kajang #PRKKajang




Satu pertemuan sulit antara beberapa pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan ahli mereka didakwa diadakan di Sandakan, Sabah beberapa hari lalu bagi menjatuhkan reputasi Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Pertemuan tersebut didakwa bertujuan menarik sokongan ahli-ahli PKR Sabah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ketika itu diyakini akan mengambil alih jawatan Abdul Khalid selepas Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Menurut sumber, pertemuan tertutup yang diadakan di sebuah hotel sehari sebelum Anwar dijatuhi hukuman penjara oleh Mahkamah Rayuan kerana kes liwat itu juga adalah untuk memastikan ahli PKR memberi sokongan kepada Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Monday, 3 March 2014

PANAS !! KONFLIK ANWAR DAN KHALID IBRAHIM , ELIZABERT WONG CUBA JADI HEROIN !!!!



Elizabeth Wong Putar Belit Isu Konflik Anwar - Khalid Ibrahim

Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Elizabeth Wong dilihat cuba memutarbelit konflik di antara Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan menjelaskan bahawa kedua-dua pemimpin itu mempunyai cara komunikasi tersendiri dalam isu melibatkan Perjanjian Persefahaman (MoU) penstrukturan semula industri air di negeri itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan itu berkata, ianya tidak sewajarnya dijadikan isu kerana kedua-dua tokoh itu merupakan sahabat karib sejak sekian lama.

"Saya rasa mereka (Khalid dan Anwar) ada cara komunikasi berbeza, mereka sudah berkawan lama.

"MoU merupakan isu berbeza. Isi kandungan dalam MOU itu diteliti. Dikalangan pemimpin kita juga tidak mengetahui tentang perjanjian itu. Saya juga memahami, kenapa kita perlu 'private' kerana ada kaitan dengan 'market',"katanya kepada pemberita dalam sidang media pra-Pelancaran Pusat Media PRK Kajang di sini hari ini.

Friday, 28 February 2014

TUDIAA !!! ANWAR TIBAI SAIFUDDIN KAW KAW LEPAS SAIFUDDIN SONDOL ANWAR !!!


Setiausaha agung PKR meluahkan rasa kecewa terhadap Anwar Ibrahim yang dikatakan telah gagal untuk menjadikan anak anak Ketua Pembangkang tersebut untuk menjadi diantara 10 paling kaya dalam Malaysia.



Saifuddin menyifatkan bahawa Anwar lemah dalam perkara tersebut kerana tidak mampu untuk mengangkat anak beliau.

Kalau diikutkan apa yang Saifuddin kata ni aku yakin bahaya anak-anak Anwar ni sememangnya kaya raya tapi belum setaraf atau sekaya Tun Daim dan belum layak menjadi top 10 paling kaya di Malaysia .

Tapi Saifuddin sedar tak yang Anwar telah berjaya mengayakan bapa dan adik beradik beliau semasa beliau menjadi Menteri dulu? Mungkin Saifuddin lupa agaknya atau sengaja buat lupa jadi kekecewaan Saifuddin kerana Anwar tidak mampu untuk menjadikan diri beliau sekaya Tun Daim dan anak anak beliau dalam 10 orang paling kaya di Malaysia adalah satu kesilapan.

Dan Saifuddin juga mengatakan bahawa Anwar tidak dapat menjadikan dirinya sekaya Tun Daim, ini juga bermakna Anwar sememangnya kaya cuma menurut Saifuddin, Anwar tidak sekaya Tun Daim.

Semua orang tahu yang Tun Daim sememangnya kaya raya cuma baru baru ini tidak tersenarai sebagai orang paling kaya di Malaysia dan nama beliau tidak disenaraikan.

Mungkin juga ada sebab yang membuatkan Tun Daim tidak tersenarai sebagai orang paling kaya dan perkara itu tidak dapat dikesan oleh sesiapa.

Tapi kenyataan yang dikeluarkan oleh Saifuddin jelas menunjukkan bahawa Anwar serta keluarga beliau kaya tetapi tidak mampu menempatkan nama sebagai 10 orang terkaya dan begitu juga dengan Anwar yang mana kekayaan beliau tidak dapat menandingi kekayaan Tun Daim. - sangkakalajari9
Apj : kalau aku kaya ..... ya ya ya ya ... 

Monday, 3 February 2014

TUDIAAA !!! PAS ISTIHAR PERANG TERHADAP ANWAR DI PRK KAJANG ??? #PRKKAJANG


Siapa tidak kenal dengan cakap putar belit Anwar selama ini , Aku tidak tahu sama ada puak PAS akan sedar diri atau tidak dengan Anwar ni . Tidak cukup Anwar membelit PAS selama ini , baru-baru ini Anwar belit lagi !!! 


Dalam kes PRK Kajang, Anwar telah menyatakan bahawa PRK DUN KAJANG telah dirancang dan dibuat sejurus rundingan dengan puak Pakatan Rakyat. Perkara itu telah di patahkan oleh bekas Ketua Pemuda Pas Pusat iaitu Ust Nasrudin Hassan yang juga Ahli Parlimen Temerloh dan Mohd Nor Hamzah , Ketua Penerangan Pas Terengganu .

Thursday, 1 August 2013

EDISI PANAS (VIDEO) !!! YUKTES BERHEMPAS PULAS BONGKAR KES ANWAR TAPI DIMANA SUARA PEMIMPIN-PEMIMPIN BARISAN NASIONAL ? MASA DEKAT PRU BARU NAK TUNJUK HERO ? !!! @NajibRazak



Apj mengikuti setiap apa yang dibongkarkan oleh bekas pembantu peguambela Anwar Yuktes Vijay yang selalu membongkarkan kisah jahanam Anwar Ibrahim dalam kes liwat , kes surat cuti palsu dan macam-macam lagi.

 Apa yang menarik perhatian Apj adalah kerana apa dia sanggup mempetaruhkan nyawa dan menerima bermacam-macam ugutan atak pembongkaran salah laku Anwar tetapi si Yuktes ni tetap jugak mendedahkan satu demi satu kecurangan dan kelakuan Anwar ni. 

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...