Tekan sini

Showing posts with label mok. Show all posts
Showing posts with label mok. Show all posts

Sunday, February 5

nomi gila



Hoh! ni keje korang ye.
Pandai pakat2 yer....

apa2 pun petang tadi Nomi berjaya melepaskan diri.

Tuesday, December 13

Monday, December 12

Mengemas 1

Lamanya x update blog.
Bukan setakat Blog, bilik pun dan bersawang.
Cuti hari tu tak buat apa, ajak la si Mok ni ngemas bilik...
kemain lagi si dia ni...

Wednesday, September 7

Sunday, May 8

Jangan pandang belakang

Mok? Nape Muke stress je nih?
Mummy cakap 'jangan pandang belakang'
Mummy dah tukar cerekarama dah. takde dah 'jangan pandang belakang'
Mummy tipu....... tak caye tak caye
Tengok Nomi tak heran pun
(semalam tv9 menayangjan filem 'Jangan pandang belakang'.
Memang Mok tak pandang langsung la... hehehehe)

Celoteh Nomi: Tiada ~dia belum balik lagi nih... berjalan dari subuh(membebel dlm kerisauan)



Thursday, March 24

Ruby oh Ruby: Alhamdulillah

Kawan2, tengoklah mereka bermain.
happy kan? sedangkan Ruby masih di hospital
Mok mengajak Mili bermain dengannya
Mili nak tak nak je...
Meh sini kak Mili, kite main kejar2 nak?
Mentang2 la tak jadi derma darah.
kemain seronok ye...
Kemain hah roommate Chika ni terbongkang. Bertiga2 lak tu.
Kenapa mereka begitu bersenang hati sedangkan Ruby masih di wad.
Kerana mereka lega keadaan Ruby bertambah baik.
Tak perlukan darah Mok pun. Kuat semangat Ruby
Alhamdulillah, Mummy kagum dengan kamu.
Alhamdulillah, Mummy senang hati malam ni. Mok tak kene dema darah, Ruby semakin sihat..

Alhamdulillah.. Syukur sgt2 Ya Allah.

Minta maaf juga tak dapat nak membalas semua komen2 beberapa hari ni. Chika post kat sini je. Southern girl, Chika ada buat research jugak. Nampaknya Kucing ada dua jenis blood type. A dan B. Tapi B sgt jarang. Tapi Chika pun tak pasti sbb article tu pendek je.Blom berpeluang melawat Ruby dan berjumpa dengan Vet. Nanti dah jumpa jawapan Chika masukkan dlm entry. Thank you so much dear. keprihatinan anda sangat dihargai. Btw, Nomi berbintang Leo. greeoowww... hehe
Cikgu GT Hans, Habsahharun, Meowwmania, Cik Marie Misty sahabat setia, AniSquidward , l.u.q, m.q, Mya, ku aminkan doa kalian. Amin2... semoga Ruby cepat sembuh.
Terharu Chika. Terharu sangat. Terima kasih juga B Cayang Pot silent reader dan juga seorang sahabat yang begitu mengambil berat dengan kucing kawan2 nya. semua yang dia kenal, dia ingat. Tahniah, kirim salam kat Tom, monyet comel tu ye. Nanti kite kenalkan kat Nomi nak tak? hohoho Thanks jugak pada silent reader yang lain [kalau ada, ade ke? huhu] terima kasih kerana sudi membaca kisah kucing terbiar ini. [emo sbb teringat kes surat orang busuk yang SS terima. sila baca disini] Tapi kita tak patah semangatkan? Ruby pun tak putus asa. Sebab itu dia bertambah sihat. Alhamdulillah, kita doakan Ruby boleh cepat pulang. Lupakan orang busuk yang malang itu.

Chika juga bersyukur mempunyai ibubapa yang penyayang, yang sanggup berkorban apa sahaja untuk kucing2 jalanan ini, berjaya mendidik Chika menjadi seorang manusia. keluarga Chika meriah. Fullhouse, walaupun kami cuma bertiga. Thank you Mami, Thank you uncle. just want u to know, We love u so much.

Celoteh Nomi: dah la Mummy. dah dkt dua pagi ni. tutup lampu, meh tido ngan Nomi ni...

Tuesday, March 22

Ruby oh Ruby : never give up

Alahai, apalah nasib mu Ruby. lepas satu, satu.
Bertimpa2 ujian yang datang pada mu.
ku harap tubuhmu yang halus itu mampu bertahan dengan ujian ini.

Kisahnya begini:

Dr Prem dan rakan2 telah mengadakan ujian darah ke atas Ruby.
Keputusannya amat merisaukan. 'Bloodcount' nya terlalu rendah. mungkin kerana pendarahan akibat keguguran yang dialaminya menyebabkan keadaannya sangat lemah sekarang. Dr Prem bagitau satu-satunya cara untuk memulihkan keadaannya secepat mungkin adalah melalui pendermaan darah. Aduh, siapakah yang akan ku pilih untuk mendermakan darahnya untuk Ruby. Sedih juga bila mengenangkan seolah2 aku mengorbankan seekor kucing untuk menyelamatkan seekor kucing yang lain. Tapi uncle cakap penderma haruslah sihat dan muda. Supaya ia tak memudaratkan. Tak sampai hati tapi aku sebut juga nama yang sewajarnya menderma. Maaf, bukan Nomi. Nomi slim, sihat cuma aku tak yakin dia mampu. Lagi pun asyik merayap je.
Juga bukan stokin. Stokin terlalu tua. dan zalim kalau aku calonkan dia walaupun dia yang nak beria-ia.
Stumpy merupakan calon mami yang pertama. Tapi aku tak yakin kerana stumpy kucing jalanan yang baru sahaja tinggal dengan kami. Tak tau kenapa aku tetap tak yakin. Mungkin sebab dia tak cukup gemuk?

Maka bila aku bagitau sapa yang seelok-eloknya dermakan darah untuk Ruby, Mami ngan uncle terus setuju.
Mok, sihat, kuat, masih muda, bergetah, kuat main kejar2[aktif] juga se ekor kucing yang kuat dan bersemangat setiakawan yang tinggi. aku respect dengan Mok ni sebab dia la satu2nya kucing yang sambut aku balik keje. Harapkan Nomi, Hareeemmm.. dulu2 ade la. Tapi sanggup kah aku menghantarnya ke Vet untuk menderma darah? Sanggupkah aku tengok Mok dicucuk tangannya dan di kurung untuk mengeluarkan darahnya? sanggupkah aku. Demi Ruby, mummy harap Mok maafkan mummy. [aku agak dramatik sebab dok terbayang mok yang tak pernah sakit ni terbaring macam org sakit] sob... sob...
Darah? tanak la mummy....
Ala sayang. sikit je k...
Celoteh Nomi: Mummy ni, Nomi jalan kejap je. itupun bising...

Mungkin esok uncle akan hantar Mok ke Vet. Aku pun tak pasti sebab aku kerja time tu. Apa-pun kami nak ucapkan terima kasih kat kawan2 yang tak putus2 mendoakan Ruby dan bertanyakan khabarnya. Terima kasih semua. Koranglah yang bagi semangat untuk aku terus menulis tentang Ruby. Update kisahnya... Terima kasih korang... Nomi nak jugak suh kirim salam kat Aboi. Amboi anak dara Mummy ni. Nak Mummy berbesan ngan southern girl ke? hehehe Abang Misty camane?

Sunday, March 13

Haihhh buruknye bila budak geMOK ni merajuk

Assalamualaikum kengkawan.... Mungkin ada yang kurang perasan budak geMok ni. Pada entry Chika yang lepas, Chika terlupa nak mark nama dia ni. Nomi higlight sikit je... huhuhu mungkin ada yang tak perasan. Sekarang dia sudah nak membawa diri. Pegi la...(acah je) akan tetapi di halang oleh powerpuff sister nye... Macam2 hal bebudak nih...
'Mummy, keluarkan saya dari bilik ni. Saya mogok hari ni...'
'ala Mok, jangan la mogok. Majuk la tu...senyum skit.... Tunjuk la mata Mok yang bulat tu... orang suka tengok'
'Tak nak!!!!'
'Mok majuk la mummy. Mummy la tak kenalkan Mok betul2'
'Mok cayang, jangan la majuk. Sorry la mummy kurang expose kamu. '
'Mummy, Mok nak Mummy letak gambar Mok banyak2.boleh?'
si mata sepet ngan si mata bulat
'Nyampah plak ngan kamu ni Mok. Demand lak...'
'Ala... ko tak pe la. Gambar ko dah macam letterhead dah aku tengok. Aku???
Mummy patutnya buat cam Aunty Meoww. Baru adil'
'Amboi, saje nak suh Mummy buang gambar Nomi. Tau la geng ngan Aunty Meowwmania. mentang2la pernah tido sekatil'
Opsss!!! kang kene tampar ngan Mili. tak pasal2...
'Meluat eh. Ko ingat best ke hidup glamer? Tak de privacy tau tak'
Tapi Mili pujuk balik...
'Mok ade gak entry mata bulat. Cam Kak Mili ni entry sakit tak leh kencing je. orang kenal aku ni sebagai budak susah kencing. malu okeh..'
'Sorry ye sayang... nanti Mummy upload cite yang best2 pasal korang semua okeh.. Mili pun, nak Mummy citer pasal kutu yang melekat kat badan kamu tu ke? dah, jangan majuk2. pi makan nuh'
Yes Mum..
Celoteh Nomi: Akhirnya Nomi jugak yang terabai oleh kakak2... mentang2 la mataku sepet