Tekan sini

Showing posts with label lepas geram. Show all posts
Showing posts with label lepas geram. Show all posts

Monday, September 5

Zalimnya manusia

Tak terungkap dengan kata2 betapa hancur & sakitnya hati...

baca je la kat sini www.myanimalcare.org...

Terima kasih yang tak terhingga kepada sukarelawan2 yang banyak membantu. tak kiralah, korang jadi tukang bagitau pun dah membantu apa lagi yg jadi tukang pecah pintu ataupun yang membantu menjaga kucing2 tu sementara tuan2 mereka balik dr bercuti. juga terima kasih kepada kwn2 di KTAJ dan juga Myanimalcare kerana menulis tentang kejadian ini. kepada tuan2 kucing, Chika sgt2 bersimpati. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

semoga petknote mendapat balasan didunia yang setimpal... Amin..

Monday, April 4

Happy Monday... Happy ke?


Mixed feelings

Boss dah tender resign lettter
aku bila lagi?

Nak berenti. . . .

Tak nak. . . .

Nak berenti. . .

Tak nak. . .

Bulan depan akan ku fikirkan


Celoteh Nomi: Mummy akan pastikan dia ada kerja lain baru dia berenti sebab dia tau Nomi suke Blackwood... kerja rajin2 ye Mummy, cari duit untuk kita sekeluarga dan juga untuk adik2 Nomi yang terbiar di luar sana jangan di lupakan...

Tuesday, November 2

Ketar tangan makan nasi goreng

Saje nak nyelit gak gambar kat Kuala Gandah ni. Gambar2 ni diambil dari camera kawan mami. Sally name dia. Sekarang dia dah balik Australia, dan gambar2 ni pun sebenarnye baru je dia upload dua tiga hari lepas. Cuma tunggu gambar dari camera mami je...

Syok jugak tapi kesian jugak kat gajah2 ni sebab setiap hari macam ni lah aktiviti dorang Bukan satu round lak tu. Tapi Gajah adalah binatang yang telah dianugerakan Allah mempunyai kekuatan yang luar biasa. Kayu balak pun dia boleh angkat tau... korang boleh? I don't think so... heheh tetiba lak. Dan yang paling penting sekali, kami menunggang Abot. Cayang Abot. Tak sangka, kecik2 dulu aku bagi dia makan tembikai, dah besar dia leh usung lak kite. Kalau nak kuat, sila makan tembikai dan buah-buahan tempatan yang lain ye.
Ini gambar bersama Ibu tercinta. Mami nak cakap ape ek masa ni....

Nampak tak gigi kapak ku terkeluar? nampak tak... hahahaha Punyala happy...


Sebenarnye nak citer hari ni Chika makan nasi goreng. Menggigil2 tangan makan nasi tadi. Dok pikir gak nape sampai terketar2... rupa-rupanya... sudah nak masuk dua hari I tak makan nasi. Itula... asyik tak lalu makan je. Pastu makan yang merapu2. Semalam dr pagi sampai ke petang mkn Yong Tau Foo je. Dapat nasi sampai menggigil. Betulla perut ku perut Melayu. Camane nak duduk Hollywood nih... ha Nomi? Camane kite nak pindah dok sebelah umah Matt Damon nih? Sana takde nasi campur

Dan satu lagi berita yang menarik. Result bloodtest ku akan keluar esok. Bukan hari ni... Yeahhh kurang skit ketar tangan... esok la sambung ketar tangan lagi...

Celoteh Nomi: Errr... Mummy, Matt Damon tu yang hensem2 tu kan? Yang Mummy suka tu kan? Takpe la Mummy, Nomi tak makan nasi...