kum ape? kum kum...
SALAH... hehehe
Ok, hari ni budak2 semua sibuk sebab hari Jumaat kan. Maka x de la entri untuk budak2 ni. Hari ni Mummy dorang lak nak bercerita.
Chika nak share cerita ni dengan kwn2 Animal lovers semua... Mungkin ada yang x suke anjing terbiar atau stray dogs yang berkeliaran dan kelaparan. Ketahuilah Allah jadikan mereka semua bersebab. mungkin juga untuk menguji kita. Jadi jangan la menganiaya mereka walau sebesar zarah sekalipun.. mereka tak pernah mintak dilahirkan terbiar macam tu.
Cite Chika ni bukan la kisah pedoman ke ape ke. Tapi Chika nak share cerita yang buat hati ini gembira sangat2...
Chika ada seorang kawan. My senior masa kolej la. 5/6 bulan lepas ada la keluar ngan dia lepak... bercerita... setelah lebih 10 tahun x jumpa. Dia ni suke jugak haiwan tapi dia x bela la. Pastu terkeluarla topik anjing jalanan ni.
Kat area rumah dia banyak sgt stray dog. Hampir setiap bulan dia akan call bandaraya utk menangkap anjing2 tu. Paham la sebab dia ada anak kecil, risau kan? Siap ajar anak dia nampak anjing baling batu. Masa Chika dengar tu sikit punye melompat. Rasa nak kung fu kat situ jugak. Tapi kita tak boleh buat macam tu kan. Nak plak kawan lama. Chika pun cakap la, lain kali jangan baling batu, try baling makanan. Pastu, lain kali ada anjing terbiar tolong jangan panggil Bandaraya. Dia tanya la kenapa. Bukan kah bandaraya ada sediakan tempat utk mereka semua ni. Ye, betul. Tapi Malaysia ni kecik je. Berapa lama sgt nak kumpul mereka semua dlm satu tempat. dah la membiak. Maka tanpa rasa bersalah Chika pun cerita la sikit sebanyak yang Chika tahu tentang anjing2 yang dikutip oleh bandaraya ni. Dia pun mendengar dengan penuh kusyuk dan agak terkejut jugak la...
Beberapa minggu lepas dia ada hubungi Chika balik pastu dia cerita la tentang anjing liar kat rumah dia lagi. makin banyak lak pastu najis2 doran pun bersepah depan rumah. Chika pun tanya la apa yang dia buat? atau apa yg dia nak buat? Dia pun cerita la...
'Abe call bandaraya pastu abe tanya la kalau tangkap anjing terbiar korang buat apa lepas tu? Tembak ke? kalau tembak tak payah la. Orang bandaraya tu senyap je abe cakap mcm tu. Pastu Abe start bagi makan kat sekor ni yang suke melangut dan berak depan rumah. Alhamdulillah.. sekarang dia jaga depan pagar. Sikit najis pun x de dah. Kalau nak berak dia berak jauh2. Kalau anjing liar lain datang nak berak pun dia tolong halaukan. Tapi abe tak pegang sebab tak berani lagi. Tak pe la, sekarang ni dia dh jaga rumah abe dah rasa selamat sikit. Budak2 pun suke kat anjing tu. Cuma suatu hari nanti abe akan pindah. Dok susah hati pikir apa jadi ngan dia nanti.'
Chika ada gak cakap kat dia suruh amik gambar pastu try la tanya sesapa yg boleh adopt. Kalau anjing tu dah jinak lagi senang. Tapi dlm hati agak gembira jugak la. Ada kawan yang memahami perasaan kita dan sudi mendengar nasihat kite. Dan sekarang dia pun skit2 dah macam kite. Rasa mcm nak peluk je tapi tak leh.... lelaki. laki orang lak tu hahahahaha
So far Chika ramai gak kawan Melayu yg dah boleh menerima minat Chika dan sayang Chika kat anjing2 terbiar ni. Dan Chika tak pernah sembunyi yang Chika pun ada bela anjing. Asalnya pun dorang ni anjing terbiar gak. Lagipun, rasanya tak perlu untuk menipu cuma kalau dorang tak leh terima nak buat macamane. Tak kisah pun. Lagi pun Lucy n Bob ni lah penghibur hati macam yang lain2 gak. Hmmm Now rindu sesangat kat Lucy ngan Bob.. Guruh lak tu kat luar. Bob mesti takut. hmmmm nak balikkkkkk