Showing posts with label kuih-muih. Show all posts
Showing posts with label kuih-muih. Show all posts

Jul 28, 2015

kuih nagasari

Ain Fajar | 6:06 AM | 0Comments |
Assalamualaikum

suka saya syerkan resepi kuih yang sedap ni di sini..saya memang suka sangat kuih nie..sebab saya sangat gemarkan sejenis kuih orang jawa iaitu tum tum man..rasanya lebih kurang sama tapi ade rasa lemak santan dan kekenyalan dari sedikit tepung hong keuw.


kuih nagasari sangat mudah di sediakan dan bahannya tidaklah rumit
ianya di bungkus dengan daun pisang..baunya harum dek daun pandan, santan dan daun pisang.



ini lah rupa kuih nagasari, cantik je 
jom lah kita skodeng resepi mudahnya.
sumber resepi saya dah lupa sebab dah lama save di hp. barulah arini berkesempatan membuatnya..semoga tuan empunya mendapat pahala berlanjutan.

Bahan-bahannya:
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula
3 sd tepung hong keuw
5 cawan air santan
sehelai daun pandan
1/2 cawan cendol


caranya:

campurkan semua bahan kecuali cendol, gaul sebati
masak atas api hingga adunan pekat dan licin
masukkan cendol dan gaul sebati
bungkuskan adunan dengan daun pisan seperti membungkus lepat.
sejukkan dan boleh la dihidangkan.

saya nikmati kuih nagasari ini ketika berbuka puasa 6 arini.
memang sedap sangat.
selamat mencuba.


Jan 15, 2015

pisang goreng cheese

Ain Fajar | 8:11 PM | 1Comments |
Assalamualaikum

Fenomena pisang goreng cheese dah lama meletop-letop..memang dah lama nak buat.saya tertinggal kereta api je..huhu..tapi susahnya nak dapat pisang..dari tahun lepas lagi..kawasan kampung saya pokok pisang mendapat sakit, pisang jadi hitam dan tak masak dengan elok..beberapa hari yang lepas keadaan penyakit pokok pisang semakin membaik..alhamdulillah senang juga nak dapat pisang..tapi ikut jugalah kalau ada rezki dapat kami merasa, kalau tak memang jadi makanan binatang di kebun.

alhamdulillah, dapat juga merasa pisang goreng cheese  ni..sedap rupanya pisang goreng cheese ni rupanya..sekali goreng sesikat makan memang tak puas, lepas satu, nak lagi dan lai dan lagie..en.abg pun macam tu juga..tiap pag dan petang saya goreng sesikat masih lagi terbayang keenakan pisang goreng cheese. tak rugi buat..kalau ramai2 balik kampung setandan pisang pun mesti tak cukup..hihi.

 tersangat lah senang dan mudah untuk menyediakan pisang goreng cheese nie.
jom skodeng resepi

Tepung goreng pisang

bahan-bahannya:
tepung gandum
tepung beras
air secukupnya
garam secukupnya
pisang masak secukupnya.
keju chedar
susu pekat secukupnya

caranya:
sukat tepung dengan nisbah yang sama 1:1, dan bancuh tepung dengan air ikut kecairan yang di kehendaki..perasakan denagn garam anggaran 1 sd kfc.

panaskan minyak dan celup pisang ke dalam tepung, goreng hingga pisang kekuningan.

susun pisang di atas pinggan merata.
paipkan susu pekat rata di atas pisang gorang dan parutkan cheese chedar.
bolehlah kiranya ingin taburkan sos coklat, coklat rice, serbuk oreo dan sebagainya.



mudah kan..selamat mencuba..pasti tak mengecewakan..nak beli mahal..rm5-rm8 sekotak.

Aug 30, 2014

Donut gebu

Ain Fajar | 3:17 AM | 1Comments |
Assalamualaikum

Salam petang sabtu yang tenang..dah lama tak syer resepi kat sini..sunyi sepi dapur alam maya ku..rasa teringin nak makan donut besar tapak tangan orang gemuk, mana nak cari? Big apple @ dunky donut mana ade kat kampung ni..jadi saya kena uli sendiri..lagi sedap dan semestinya puas hati..buat 1/2kg tepung boleh makan 2 3 hari.

ok lah kali ni saya nk syer resepi donut yang dah edit sedikit bahan2nya..supaya hasilnya memuaskan selera hati saya..banyak resepi donut donut saya dah pun kongsikan di sini..kali ni saya nak syer resepi yang saya telah edit dari pengalaman membaking. Jom skodeng sikit resepinya tu.


Bahan-bahan
500gm tepung gandum
11gm yis kering
20gm susu tepung
1biji telur
15gm gula aising
2sb marjering
1 1/2 cawan air sejuk dari peti ais
1sk double baking powder

Caranya:
Masukkan semua bahan kecuali mentega.
Uli hingga menjadi doh.
Masukkan marjerin dan uli lagi hingga licin @ elastik

Keluarkan doh, canai dan terapkan dengan acuan donut.
Perap donut hingga naik 2x kali ganda @ ringan.
Goreng donut dengan api perlahan..balik2 kan hingga kekuningan.
Angkat dan salut dengan gula kastor @ celup coklat.


Hasilnya donut sangat lembut bak kapas, luarnya rangup..kelembutannya mampu bertahan lama.
Yang bestnya kita tak perlu ambik masa yang lama untuk membuat donut ni..doh  cepat kembang..sangat berpuas hati.

Selamat mencuba.

Jun 4, 2013

Pau Goreng

Ain Fajar | 4:14 AM | 21Comments |
Assalamualaikum

selamat petang, minum petang bersama pau goreng..hhhmmm memang sedap..nak ikutkan saya nie tak la suke makan kuih yang beryis, tapi sejak dah besar dan boleh buat sendiri suke la pulak dengan kuih2 yang ade yis..pau goreng juga bukan antara kuih yang jadi pilihan..bila nampak orang jual memang tak pandang pun..sebab ade bau yis dan sedikit berminyak..bila makan mula la pening kepala..tu dulu la..kini dah berubah..hehe..

saya buat pau goreng nie, bila saya ade permintaan dari kawan saya minta saya hantar kuih basah untuk jualan di kedai makannya di waktu petang..alamak! saya dah la tak suka makan , jadi tak de nak ambik tau untuk membuatnya..saya takut kuih pau goreng yang saya buat sama macam saya makan sebelum nie..tapi kawan saya nak juga kuih pau goreng kerana kuih nie sangat laris dan sangat mendapat tempat di hati pelanggannya tu...hhhmmm, seperti biasa saya tak nak menghampakan kawan saya dan saya menyahut satu lagi cabaran..bukan susah nak buat pau goreng nie, tambahan pula apabila kita dah biasa buat donut sama je kaedahnya..resepi juga boleh guna doh yang sama.


saya google respi pau goreng..cari punya cari, jumpala resepi yang mendapat komen yang positif dari tuan rumah, tak silap saya jumpa di blog k.nor..katenye pau goreng yang di hasilnya tidak berminyak..saya pun suke lah..dan terus je salin resepi dan terus mencubanya..alhamdulillah..dohnya lembut, tak melekat, cepat naik dan sangat cantik gebunya..dan bila pau di goreng, pau naik dengan cantik gebunya dan tidak berminyak..memang sedap, tiba-tiba saya terus suke dengan pau goreng nie.. senang je nak membuatnya dan jimat masa..memang ini yang saya cari dan tak cari resepi lain dah..

ok jom nak syer kan kat sini resepinya..mana tau ade yang teringin nak mencubanya..minta halal tuan punya resepi dan sumber saya..saya lupa dari mana saya ambik resepi sedap dan mudah nie..dah banyak kali buat setiap hari, baru hari nie saya dapat kongsikan di sini.


PAU GORENG

Bahan-bahannya:

250gm tepung roti
250gm tepung gandum
100gm gula
11 gm yis kering
2 biji telur
200ml air
100gm marjerin
50gm susu tepung

caranya;
  • masukkan semua bahan kecuali mentega..masukkan air sikit demi sedikit hingga boleh menjadi doh.uli hingga menjadi doh yang licin
  • masukkan marjerin dan uli lagi hingga doh licin dan elasti.
  • timbang 35gm dan bulatkan padat.
  • leperkan menggunakan tangan dan masukkan inti kacang merah dan cantumkan dan leperkan.
  • rehankan pau goreng hingga ringan.
  • goreng pau goreng hingga warna kekuningan dengan api yang perlahan.
boleh menggunakan doh yang sama untuk menghasilkan donut yang gebu..jangan tak percaya jika doh ni boleh hasilkan donut sama macam kat Big Aplle dan Dunky Donut.







May 14, 2013

cream puff II

Ain Fajar | 3:23 AM | 2Comments |
Assalamualaikum.

Agak lama juga saya tak buat cream puff nie. jarang2 sangat saya buat cream puff nie..walaupun dah berjaya 2 kali percubaan saya masih agak fobia nak buat cream puff nie..mana taknya hampir 5 6 kali saya cuba sebelum berjaya adalah tak menjadi..huhu..memangla fobia..mana la tau kalau dah lama tak buat hilang skill nya pulak kan..bila kawan saya call yang dia nak saya buat sejenis kuih yang lembut dan intinya kastard. dia tak tau namanya bila saya sebut cream puff ker..dan kawan saya haa ye la tu..nak oder cream puff dan dia yakin yang saya mesti tau buat...hehe memang saya tau buat tapi takut tak menjadi pulak...tapi walau macam mana pun saya menerima oder tersebut..walau pun tak berapa nak yakin.


tadaaaa, nilah hasilnya..kawan saya nak 75 biji..kena buat dalam 2 1/2 adunan dari resepi asal..

nak tau yang cream puff nie menjadi bila dalamnya berongga @ berlubang, ringan dan semestinya lemak berkrim..sedap la bila mengigitnya.. mana2 resepi yang terdapat di blog masakan semuanya lebih kurang sama je, cuma kuantitinya sedikit berbeza..walau mana2 resepi yang kita guna, kalau teknik dan peraturannya kita ikut dan patuhi semestinya menjadi..kalau tak tau teknik memang susah nak menjadi dengan jayanya..macam saya la sebelum nie, kurang ilmu di dada..perlu tau tips2 nya.

ok resepi kali nie saya cuba dari you tube..saya perlu tau tekniknya seperti belajar di dalam kelas..kalau ade yang nak melihat vidionya, taib je cara-cara membuat cream puff..mesti bayak..tapi kena pandai pilih mana yang sesuai dan faham..okeyyy..


meh semak resepi..

bahan-bahan puff:

500gm ml air
200gm butter
250gm tepung
6 biji telur

bahan untuk inti kastard:
 70gm tepung kastard ( boleh tambah 20gm jika nk inti pekat)
10 sb gula
14gm butte
3 cawan air
1 biji telur

 cara-caranya: 

masukkan air dan butter ke dalam kuali @ periuk, bila butter cair tutup api
masukkan tepung gaul hingga menjadi doh dan pasang api semula hingga wujud kerak nipis di tepi periuk, sejukkan
masukkan telur satu persatu dan kacau hingga sebati @ sehingga adunan berkilat dan licin
(nak guna mixer pun boleh.

masukkan ke dalam piping bag dan nozel bintang dan paipkan atas dulang yang telah di sapu mentega.
boleh juga gunakan sudu sahaja.
bakar pada suhu 200c 15 minit pertama dan turunkan suhu 170c 15 minit kedua. hingga cream puff kekuningan @ masak.



cara membuat filling kastard:

larutkan tepung dalam air dan masak atas api besama bahan lain
masak hingga adunan pekat.
bila cream puff siap di masak lubangkan sedikit cream puff dan paipkan inti ke dlm cream puff.
boleh juga potong separuh dan letak inti menggunakan sudu.
taburkan gula aising di atas cream puff.

mudah je kan, tapi kena bayak kali buat..kalau berjaya buat pertama kalinya alhamdulillah, jika x menjadi cuba lagi

selamat mencuba








May 1, 2013

kuih cara berlauk

Ain Fajar | 2:16 AM | 7Comments |
Assalamualaikum.

cara berlauk nie, agak lama juga saya tak membuatnya..rasanya last saya buat tahun lepas masa tinggal di Terengganu. dah terlalu lama sampai rase teringin nak makan dan membuatnya sendiri..minggu lepas kebetulan saya ade oder kuih muih, fikir2 ape lah agaknya kuih yang saya perlu buat..dah lama tak buat, bahan pun ade di dapur jadi saya putuskan untuk membuat cara berlauk bersama kuih sampan dan kuih bengkang pandan. mudah jer nak membuatnya, sekejap je dah dapat banyak dan sekejap jer dah licin pinggan..kuihnya kecil moleh sekali ngap jer kan..

sebelum nie saya dah buat,klik SINI tapi intinya ade sedikit kelainan, saya guna ikut pada bahan yang ade je kat dapur..

ok jom lah tengok resepi..resepi butter masih sama tapi bahagian intinya saya guna resepi yang intai kat dapur k.yatie..tang intinya nie boleh main bedal je, janji sedap dek selera masing2 ok. saya copy balik resepi yang lama..macam tak sempat nak menaip balik..huhu

Bahan2 Untuk Batter 
2 cawan tepung gandum (sukat 2 cwn kemudian keluarkan 1 s/b)
3 cawan santan - dari sebiji kelapa 
1 biji telur 
garam secukup rasa 
pewarna kuning secukupnya.

Bahan2 Inti 
1 cawan daging kisar
1 labu bwg besar - potong dadu 
1 ulas bwg putih - potong dadu 
1 s/b rempah kurma 
1 sb cili kering ( kisar)
garam secukup rasa 
perasa jika suka 
1 cawan air santan
minyak utk menumis 

Bahan Hiasan 
2 biji cili merah - hiris nipis (saya tukar kepada lada benggala)
1 tangkai daun bawang - hiris halus 


Cara Menyediakan Inti 
1. Panaskan minyak.. tumis bawang besar & bwg putih hingga wangi serta cili kering. Masukkan rempah kurma &   kacau rata. 
2. Masukkan daging kisar, garam, perasa dan 1 cawan air. Biarkan mendidih dan kacau2 sehingga inti agak kering. 


Cara Menyediakan Batter 
1. Campurkan semua bahan2 batter ke dalam bekas dan kacau rata menggunakan whisker. 
2. Bila dah sebati.. tapiskan batter dalam bekas yang lain.
3. Untuk memudahkan lagi, tuangkan adunan batter ke dalam jug plastik yang ada muncung supaya mudah kerja memasak kuih cara. 
4. Panaskan acuan cara dengan api yg sederhana kecil. Lenserkan minyak menggunakan daun pandan yg diikat kemas tadi pada acuan.
5. Tuangkan adunan batter sehingga agak2 penuh ke dalam semua lubang acuan. Masukkan 1 sudu kecil inti daging ke dalam setiap lubang acuan yang dah dituang batter tadi. 
6. Taburkan daun bawang dan juga hirisan cili. Tutup acuan dengan tudung periuk kecil yg sepadan dengan acuan cara dan biarkan beberapa minit. Bila nampak dah masak.. bolehlah angkat menggunakan sudu.

siap! selamat mencuba.

Apr 25, 2013

kole kacang

Ain Fajar | 11:33 PM | 1Comments |
Assalamualaikum

kole kacang..kuih yang saya tau datangnya dari negeri pantai timur..tapi ade juga yang mengatakan yang kuih ni datangnye dari johor...walau dari mana kuih ni berasal kini kat mana jua kita berada dah mudah di dapati cuma sedap tak sedap je la kan...dan biasanya bulan puasa baru banyak terjual di bazar2..bagi saya, saya sendiri pun belum pernah makan kole kacang nie..apa lagi nak membuatnya sendiri...macam mana saya boleh buat kole kacang ni?? nak di jadikan cerita..ade seorang kawan saya mengidam nak makan kole kacang..nak tunggu ade jual tunggu bulan puasa..lama lagi kalau nak tunggu...jadi dia minta saya buatkan..huhu makan pun tak pernah inikan pula nak membuatnya..saya terus google cari resepi...alhamdulillah ramai blogger masakan yang dah pun membuatnya...sambil tersenyum saya menyalin resepi..dan terus mencubanya..nak ikutkan senang je nak buat kole kacang ni tapi leceh tang tahi minyaknya tu..tak pernah buat juga..dan sukar untuk saya dapatkan tepung kacang hijau..lama juga saya nak test membuatnya..akhirnya di saat kawan saya nak balik kampung saya baru jumpa tepung kacang hijau di 2play sungai besar..rezki ibu mengandung..

gambar yang mula2 tu, yang saya buat untuk kawan saya..kali kedua dah tau nak ejas warnanya..hehe..tapi yang gambar kedua saya buat masa saya test kira 1st la, warnenye ya Rabbi mendung je. tak pula saya tau yang gula merah yang saya gunakan tu warna sangat hitam..jadi kole kacang saya pun hitam je..memang tak cantik..tapi sedap ooo..bila saya tunjuk gambar pada kawan saya, kawan saya kata kenapa hitam sangat nanti orang takut nak makan..huhu..xpe boleh di baiki..kawan saya oder 2 loyang.banyak kan dia oder..sambil makan sambil hidang untuk tetamu majlis kenduri kawan saya tu..tak tau la orang kampung saya ni pelik memakannya ke tidak..memang tak pernah jumpa di kawasan kampung saya...



huhu gelapnye, tapi yang penting rasenye sedap sangat, lembut je..senang sangat nak buat..ok jom tengok resepi pula..kot la ade yang teringin nak cuba buat sendiri..mudah je..saya copy resepi dari my resipi..tqvm..

ubah suai : by ainkamal.blogspot.com
Bahan-bahannya

1cawan santan pekat ( untuk tahi minyak)
1cawan tepung kacang hijau
1/2cawan gula merah
1/2cawan gula pasir
1cawan air
2cawan santan
2sudu minyak kelapa dari tahi minyak

cara-caranya:

  • larutkan gula merah dan gula putih bersama 1 cawan air. sejukkan
  • buat tahi minyak...masak 1 cawan santan dengan api perlahan hingga keluar minyak masak hingga tahi minyak perang. ketepikan.
  • satukan tepung kacang hijau dengan santan kacau sebati..campurkan air gula tadi dan tapis.
  • masak adunan tadi dalam kuali @ periuk yang digunakan untuk memasak tahi minyak tadi hingga adunan kole pekat.
  • tuang dalam loyang yang telah di alas plastik dan tabur tahi minyak di atasnya.
  • tunggu kole kacang sejuk dan boleh dipotong.

mudah jer kan..lepas ni kalau ade kenduri boleh buat kole kacang senang cepat dan sedap..

Mar 25, 2013

seri muka

Ain Fajar | 5:04 PM | 1Comments |
Assalamualaikum

 suke saya nak syer resepi yang semestinya sedap, cantik dan mudah di sediakan...banyak resepi yang saya cuba, rata-ratanya belum menepati citarasa saya dan orang di sekeliling saya...resepi ni memang terbaieeeekkk...masa saya google resepi sri muka nie, saya terjumpa satu blog sally-rashid yang mana beliau kongsikan resepi yang beliau katakan tobat sedap hehehe, tang tajuk pun beliau tulis seri muka yang paling sedap..ape lagi saya terus je salin dan terus je buat...bila saya potong sedang elok je kejadiannya...saya terus je jual kat kantin sekolah dannnnn habis...hehe bukan la banyak pun saya jual tapibila habis bermakna ianya di terima oleh orang yang suka memakannya...dah banyak kali buat mesti habis...tq sangat2 kat penyumbang resepi nie...

 gambar tak lawo, sebab ambik time subuh2 tu sebelum di hantar ke kantin...tak pe la kan janji ade gambar...cantik je potongannya..memang kejadiannya tak lembik dan tak keras sedap rasanya..

 Bagi yang nak mencuba bolehla try resepi yang saya sertakan nanti...jom semak resepi..

sumber : sally rashid
               mamawahida
              ayu singapore

bahan-bahannya:

bahan A (lapisan bawah)

500gm pulut
300ml santan pekat
300 ml air
2sk garam

caranya:
  • rendam pulut 4 jam
  • campurkan air dan santan serta garam ke dalam pulut dan kukus 30 minit
  • masukkan dalam loyang dan tekan2 padat.

bahan B: lapisan atas

250 gm gula kastor
100gm tepung kastad
400ml santan pekat
400ml air
20gm daun pandan
4 biji telur
1/2 sk garam
1/4 emulco pandan.

caranya,
  • ambil jus daun pandan bersama 400ml air..
  • campurkan semua bahan B, blend hingga sebati,
  • masak atas api hingga pekat
  • tuang adunan atas pulut tadi, dan kukus selama 30-40 minit
selamat mencuaba.

Mar 13, 2013

Apam karemel

Ain Fajar | 1:34 AM | 1Comments |
Assalamualaikum

hari nie nak syer kuih apam yang sedap, lembut dan senang je nak buat..sangat puas hati..bahan2nya pun ringkas dan yang paling penting jimat kos..hehe

inilah hasil percubaan saya..pertama kali buat terus menjadi, buat kali kedua menajadi dan seterusnya terus je menjadi dengan gebu dan sangat cantik..memang best la resepi ni..tak rugi saya mencubanya..

 Ade yang mengelarkan apam ni, apam gula hangus, ade yang panggil apam karemel...bagi saya mana2 pun sama sebab tetap menggunakan gula yang dihanguskan terlebih dahulu..yang mungkin ade perbezaan dari segi penggunaan telur..jom la tengok resepi yang mudah dan simple sangat..saya cedok resepi dari blog mas..yang asalnya dari kak fida..memang terrrrbaeeekk..


sumber : kak fida & mas

bahan-bahannya:

bahan A :
150 gm gula putih
250 ml air

bahan B:
150 gm tepung gandum
2 sb susu segar / susu cair
2 sb mentega
1 sk baking powder
1/2 sk soda bikarbonat
75 gm gula pasir

cara-caranya:

  • cairkan gula dalam periuk, bila dah cair masukkan air perlahan-lahan..(hati-hati takut mercik gula sangat la panas dan bahaya)
  • bila air gula hangus dah sejuk masukkan semua bahan ke dalam blender, blend hingga sebati
  • sapu acuan dengan minyak / lemak sayur..panaskan kukusan
  • kukus apam selama 15 minit.
  •  
siap...senang je kan
selamat mencuba!!

Mar 11, 2013

kuih lapis pandan jagung

Ain Fajar | 5:55 PM | 1Comments |
Assalamualaikum

lama dah tak syer rsepi..banyak kuih muih yang saya buat tapi tak sempat nak update..maklum la lapy xde..klu ade en.abg punya lepas tu sibukla anak2 dara minta main game lah, nak tengok upin ipin la..nak update guna hp alahai kecik sangat tak puas rasanya..

ok kali nie saya nak syer kuih lapis pandan jagung yang saya olah dari kuih lapis pandan koko yang saya ambik dari dapur k.yatie..sukatan masih sama cuma saya tambahkan cream jagung sahaja dalam satu adunan..memang sedap..saya suka kuih lapis yang k.yatie buat tu..sedang elok je kejadiannya, tak keras dan tak lembut..

Ade tiga potong je yang tinggal untuk sarapan, yang lain saya buat jual, hehe alhamdulillah habis..lemak manis dan rasa jagung dan pandan memang sedap dan baunya wangi je..


sumber : sinar kehidupanku (k.yatie)

Bahan-bahan (loyang 8 inci)

Bahan A

  • 2 cwn tepung beras
  • 1 cwn tepung gandum
  • 2 sudu besar tpng jagung
  • 1 sk garam
  • 2 cwn santan pekat
Bahan B
  • 1 1/4 cwn gula pasir
  • 1 cwn santan pekat
  • 2 cwn santan cair
  • 2 helai daun pandan-di simpul
Bahan C
  • pewarna hijau, perisa pandan
  • 1 cawan jagung cream
Cara-cara.
  1. Masak bahan B hingga gula larut, biarkan suam sedikit.
  2. Sementara itu satukan kesemua bahan A di dlm mangkuk dan gaul rata, ketepikan dulu.
  3. Masukkan bahan B kedlm bahan A dan gaul rata, kemudian tapiskan.
  4. Bahagikan pada 2 bahagian.Satu bahagian letak pewarna hijau/perisa pandan dan satu lagi letak jagung cream dan pewarna kuning
  5. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dngn kain.
  6. Sementara itu sapukan minyak di keliling loyang dan alas dngn plastik di dasarnya.
  7. Apabila air dah mendidih,letak loyang tadi dan panaskan sebentar.
  8. Masukkan adunan jagung 1 cwn dan kukus selama 5 minit.
  9. Setelah itu lapis pula adunan hijau selama 5 minit juga dan seterusnya sehingga habis adunan.
  10. Lapisan akhir sekali kukus selama 20 minit. Bila dah siap, angkat dan sejukkan.
  11. Kuih benar2 sejuk barulah cantik di potong. Gunakan pisau plastik ya supaya licin potongannya. Selamat Mencuba.

Jan 31, 2013

donut bakar

Ain Fajar | 6:56 PM | 0Comments |
Assalamualaikum.

Donut bakar, satu kelainan bagi saya, bila saya jumpa resepi nie di myresepi saya terus copy dan terus buat..donut nie kalau baru bakar sedap je,lemak susunya terasa dan lembut di dalam dan rangup di luar..tapi bila dah sejuk agak keras..jadi mungkin kena tambah bahan pelembut bagi mengkalkan kelembutannya macam roti..insya allah akan saya try lagi dan tambah dengan bahan pelembut..


ok, terus tengok pada resepi je lah yer..masa sangat mencemburui saya..hehe, saya copy paste je lah.


bahan-bahannya:

Bahan-bahan ( lebih kurang 30 keping )

  • 500 g tepung roti
  • 100 g gula halus
  • 1/2 cawan susu tepung
  • 2 sk yis segera (mauripan)
  • 75 g mentega/majerin - lembut
  • 3 biji kuning telur
  • 225 ml air hangat ( 1 cwn + 2 sb)
  • minyak masak untuk goreng terendam

Cara-cara

  1. Campurkan kesemua bahan kecuali minyak masak dan pukul hingga sebati dan doh tak melekat pada mangkuk pengadun.
  2. Tutup dan rehatkan adunan hingga kembang 2 kali ganda lebih kurang 40-45 min.
  3. Kempiskan doh,canai dan terap dengan penerap donut.
  4. Panaskan minyak dan goreng donut hingga kekuningan dengan api sederhana panas.
  5. Angkat donut dan toskan di atas kertas serap minyak,sejukkan.
  6. Salutkan donut dengan gula halus/serbuk dan boleh dihidangkan.
  7. Untuk membuat donut bakar...selepas step (2) doh dikempiskan,ambil sedikit doh, bulat2kan dan bubuh di dalam mangkuk kertas/muffin dan rehatkan sebentar hingga kembang.Sapu sedikit kuning atau putih telur dan taburkan gula halus dan bakar di dalam oven hingga keperangan. 
  8. nak toping macam mana pun ikut suke la yer..
selamat mencuba..

kuih lapis pandan coklat

Ain Fajar | 6:42 PM | 0Comments |

Assalamualaikum

 
Kali nie saya nak syer resepi kuih lapis yang sedap sangat, satu kelainan dan ianya boleh di terima umum..saya buat jualan kuih lapis coklat pandan ni tau, belum pernah tak habis lagi..memang ada sambutan..biasanya kalau saya buat kuih yang baru macam nie memang orang takut nak beli tapi kuih lapis yang nie memang habis je..saya nak ucap terima kasih pada k.yatie sebab beliau sudi syer resepi nie..rezki yang saya dapat nie mengalirlah pahala pada penyumbang resepi nie..insya allah..

saya syer kan kat sini bagi yang teringin nak mencuba kuih yang menampilkan sedikit kelainan..sekali buat terus menjadi..kejadiannya sangat cantik sedang elok je, tak lembik dan tak keras..memang sedap.

sumber: k.yatie


Bahan-bahan (loyang 8 inci)

Bahan A
  • 2 cwn tepung beras
  • 1 cwn tepung gandum
  • 2 sudu besar tpng jagung
  • 1 sk garam
  • 2 cwn santan pekat
Bahan B
  • 1 1/4 cwn gula pasir
  • 1 cwn santan pekat
  • 2 cwn santan cair
  • 2 helai daun pandan-di simpul
Bahan C
  • 3 sb rata serbuk koko*
  • 4 sb air suam utk bancuh koko*(di gaul rata, saya guna 1 sb coklat emulco je)
  • pewarna hijau, perisa pandan
Cara-cara.
  1. Masak bahan B hingga gula larut, biarkan suam sedikit.
  2. Sementara itu satukan kesemua bahan A di dlm mangkuk dan gaul rata, ketepikan dulu.
  3. Masukkan bahan B kedlm bahan A dan gaul rata, kemudian tapiskan.
  4. Bahagikan pada 2 bahagian.Satu bahagian letak pewarna hijau/perisa pandan dan satu lagi letak bancuhan koko/coklat emulco.
  5. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dngn kain.
  6. Sementara itu sapukan minyak di keliling loyang dan alas dngn plastik di dasarnya.
  7. Apabila air dah mendidih,letak loyang tadi dan panaskan sebentar.
  8. Masukkan adunan koko 1 cwn dan kukus selama 5 minit.
  9. Setelah itu lapis pula adunan hijau selama 5 minit juga dan seterusnya sehingga habis adunan.
  10. Lapisan akhir sekali kukus selama 20 minit. Bila dah siap, angkat dan sejukkan.
  11. Kuih benar2 sejuk barulah cantik di potong. Gunakan pisau plastik ya supaya licin potongannya. Selamat Mencuba.

antara kuih muih yang di oder dan di jual.

selamat mencuba!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...