N3 kali ni nak syer, kerang sambal tumis berserai..kerang ni saya masak masa pg umah kwn en.abg ujung minggu lepas..dah dok umah org free so kenala ringan2 tulang tolong masak..dah tak tau nak masak ape saya bedal je lah guna bahan2 ape yg sedia ada kat dapur tuan rumah..sedap juga..so saya suke nak syer kat sini..
oklah jom kita lihat bahan2 yg saya tibai je tuh..hihihi
Bahan-bahannya:)
2 kg kerang
15 tangkai cili kering
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar gula
1 sk garam
2 batang serai
minyak untuk menumis
Cara-caranya : )
- rebus kerang dan buang kulitnya
- bled bawang putih, bawang merah, halia dan cili kering hingga lumat.
- tumis bahan2 yg telah di kisar tadi hingga naik minyak.
- masukkan serai yg telah di ketuk, gula dan garam serta sos tiram.
- apabila sambal dah masak dan elok rasanya boleh la masukkan kerang.gaul rata.
- sedia untuk dihidangkan..
cubalah!! rasanya berbalaoi..
baybay