Oct 30, 2011

biskut tart strawberry

Ain Fajar | 5:08 AM | 1Comments |
Assalamualaikum...

Musim raya dah lama berlalu, musim raya haji semakin hampir, ramai jemaah haji dah pun berangkat ke tanah suci Mekkah alhamdulillah, abang dan kakak ipar en.abg pun turut terpilih menjadi tetamuNya..semoga semuanya selamat..amin..
Ok berbalik pada n3 kali ni, saya buat biskut ni bukan untuk raya tapi saje je suke2 nak buat dan try. Alhamdulillah la mmg sangat menepati citarasa hati dan selera saya. Saya jumpa resepi ni kat blog dayang jack (DJ),resepi asal adalah tart nenas yang berbentuk nenas tapi saya ubah sedikit dari segi warna, rasa dan jem..nak try buat yang senang je, 2 yang gulung je biskut ni..niat hati nak buat bentuk buah srawberry tapi tak berapa nak rajin la pulak..next time buat yang bentuk buah stawberry.
Ini lah rupa tart gulung strawberry lembut dan sedapppp!!jom kita tengok resepinya.
Bahan-bahan :
  • 600 gm tepung gandum
  • 160 gm gula ising
  • 300 gm marjerin (dyg guna cap Puteri perisa mentega vanilla) 
  • 140 gm mentega
  • 2 biji kuning telur gred A
  • 1 sk esen vanila
  • 3 sudu besar tepung susu
  • Jem strawberry secukupnya
  • 3sudu pewarna merah
  • 1 biji telur untuk sapuan
  • Sedikit kelapa kering (hiasan)
Cara-cara :
  1. Pukul mentega dan marjerin bersama gula hingga kembang.
  2. Masukkan kuning telur satu demi satu sambil dikacau. Masukkan esen vanilla dan kacau lagi.
  3. Masukkan pewarna dan kacau sebati.
  4. Masukkan tepung dan tepung susu. Kacau hingga sebati.
  5. Tekapkan atau bentukkan adunan mengikut citarasa masing2. Letakkan inti srawberry di tengah2nya dan gulung atau tutup kemas.
  6. Susunkan doh tadi di atas dulang pembakar (griskan dgn sedikit mentega) dan sapukan kuning telur pd permukaan doh tadi.
  7. Bakar selama 20-25 minit atau sehingga keemasan pd suhu 160C. (ikut oven masing2)
***jika adunan terlebih lembik, bolehlah ditambahkan sedikit tepung.

Mudah je kan..selamat mencuba.

ok, sape nak leh amik, itu je yang tinggal...hehehe

Kuih Loyang

Ain Fajar | 5:02 AM | 0Comments |

Bahan-bahannya: )

1 kilo 500gm tepung beras.
½ cawan air kapur
2 liter santan pekat (2biji kelapa)
500ml air santan perahan ke2
2 cawan gula pasir
2sd kecil garam
4 biji telur.
Minyak secukupnya.

Cara-caranya :
  • ·         Campurkan semua bahan kecuali santan perahan ke2..gaul sebati..pastikan adunan cair, untuk mendapatkan kuih loyang yang nipis dan  rangup.
  • ·         Panaskan minyak dalam kuali yang besar disamping itu acu kuih loyang harus direndam dalam minyak panas.
  • ·         Apabila minyak dan acu kuih loyang sudah panas, ambil acu loyang dan celupkan acu kuih ke dalam adunan dan terus angkat dan masukkan kedalam minyak panas. Rendam dalam beberapa saat dan goyang2kan acuan dalam minyak dan goreng kuih hingga warna berubah menjadi warna cream. Lakukan perkara yang sama hingga habis.
  • ·         Adunan harus sentiasa di kacau, dan jika adunan menjadi kental letak sedikit demi sedikit santan perahan kedua.
  • ·         Jika adunan tidak melekat pada acu kuih itu bermakna acu terlalu panas atau sejuk..minyak juga tidak boleh terlalu panas dan sejuk..

p/s : Proses membuatnya mmg agak leceh, kalau saya tak tolong mak mertua saya, mesti saya pun tak pernah buat kuih loyang, tambahan pula saya tak berapa suka.
Saya letak n3 ni sebagai koleksi kenangan. Manala tau ada yang ingin menmbuatnya..dan yang penting untuk generasi yang mendatang supaya kuih tradisional ni tidak luput di telan oleh kemodenan zaman.

Oklah selamat mencuba!!!




mee rebus

Ain Fajar | 4:55 AM | 0Comments |
Assalamualaikum.

Mee rebus ni adalah versi arwah mak saya..mmg ramai rakan dan pelanggan yang sukakan mee rebus mak saya ni...saya pun suka juga...kenapa dipanggil mee rebus ye? Mungkin kaedah yang digunakan untuk  menyediakan kuahnya dengan hanya rebus hingga masak..masuk je sume bahan pastu rebus dalam periuk dah siap..dah banyak kali dah saya buat mee rebus ni, sukatannya saya agak2 je yang penting sume bahan ada insya allah menjadi..so jangan takut untuk mencubanya yer..

Ok jom semak resepinya..dan sesiap pun boleh derhaka sukatan mengikut selera masing2 okey..

Bahan-bahannya:)

Bahan A
15 tangkai cili kering
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
½ inci halia
Gula garam dan perasa secukupnya.

Bahan B
4 biji kentang
1 cawan kacang
300 grm udang basah

Bahan hiasan/perasa
Mee kuning (dicelur)
Bawang goreng
Tahu goreng
Daun sup
Cekodok tepung
Telur rebus

Cara-caranya:
  • ·         Kisar bahan A halus.
  • ·         Goreng bahan B satu persatu dan kisar halus
  • ·         Satukan bahan A dan B, masukkan dalam periuk dan masak hingga menngelegak.
  • ·         Perasakan dengan gula dan garam..rasa kuah mee rebus mesti seimbang masin manisnya.
  • ·         Masukkan mee ke dalam mangkuk dan letak sedikit setiap bahan hiasan dan boleh dituang kuahnya..
  • ·         Sedia untuk di hidangkan..

Selamat mencuba!!!mudah dan sedap.




Oct 19, 2011

Apam pisang.

Ain Fajar | 1:59 AM | 4Comments |
Assalamualaikum..

Assalamualaikum..
 N3 ni sepatutnya dah lama saya post tapi tak berkesempatan, al-maklumlah kat rumah dah tak ada line internet so banyak yang tertangguh..tak pe la yer, saje nak tambah koleksi resepi kat sini...saya buat apam ni time bulan puasa yang lepas so habuk pun dah tak ada, Cuma tinggak kenangan hehehe maknenya nak buat lagi la lepas ni...

Sumber dari : Diana dan Madiha

Bahan-bahannya
 
2 cawan tepung gandum
8 biji pisang emas (sederhana besar)
3/4 cawan mentega, dicairkan dan disejukkan (boleh digantikan dengan minyak)
4 biji telur
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh baking soda
1 cawan gula (MaDiHa guna gula pasir yg jenis halus sket tuh.. madiha kurangkan gula dlm 3 sudu besar..)
secubit garam

Cara-caranya
  • Tepung gandum diayak dengan baking powder. Ketepikan.
  •  Pisang dilecek halus dan digaul dengan baking soda dan garam. Sementara tu.. panaskan periuk kukusan.
  • Pukul telur bersama gula hingga kembang.  Masukkan mentega cair/ minyak & juga pisang yang dilecek.
  •  Kemudian masukkan tepung & gaul rata dan kemudian tuangkan kedalam loyang yang telah disapu dengan mentega. Kukus selama 45 minit menggunakan api yang sederhana. 
  • Nota: Penutup kukusan perlu dibungkus dengan kain supaya wap tidak jatuh keatas permukaan kuih.
MaDiHaA guna acuan apam yang kecik2 tu.. & masa mengukus  telah dikurangkan ke 12 ~ 15 minit. Saya pun guna acuan yang kecik juga..nak makan pun senang. rasenye mcm makan kek pisang.

selamat mencuba!!!

Oct 13, 2011

Roti canai

Ain Fajar | 3:03 AM | 1Comments |
ROTO CANAI

Assalamualaikum.
Sarapan pagi tadi di kampung, saje seronok2 nak buat roti canai. Biasanya kalau kat kampung ni buat sarapan yang senang2 je proses pembuatannya..nasi goreng, bihun goreng, mee goreng, cekodok tepung, cekodok pisang atau pisang goreng..tapi mak mertua saya teringin nak buat roti canai sendiri dan kebetulan ada baki gulai udang semalam..dengan kudrat dua tulang tangan yang kurus ni pun mengulila tepung roti canai malam tadi...
 Ini lah hasilnya..tak buat banyk pun dapat 10 keping je..saya tak pandai menebar roti canai ni, so saya tarik2 je sampai nipis atas dulang..
Saya guna resepi yang biasa arwah mak saya buat masa niaga kat kantin sekolah dulu. Saya rasa rata2 bahan roti canai ni sama je, Cuma cara penebaran dan bacuhan yang membezakannya..

Ok jom kita tengok resepi yang saya gunakan..nak ikutkan saya agak2 je.

Bahan-bahannya :)
3 cawan tepung gandum
2 sudu gula
1 sk garam
3 sudu susu pekat
1 ½ cawan air ( - +)
Planta secukupnya

Cara-caranya :
  • Masukkan semua bahan kecuali planta.
  • Gaul semua bahan dan masukkan sedikit demi sedikit air hingga menjadi doh yang lembut.(elok lembik sedikit)
  • Uli doh hingga licin dan lembut (kalau guna tangan lebih kurang dalam 20-30 minit.
  • Bahagikan doh kecil dalam 50gm, dan bulat-bulatkan..kemudian sapu bebola doh dengan planta..(tak pe palantanya lebih sedikit untuk memudahkan kita menebarnya)
  • Perap doh roti canai semalaman.
  • Semasa ingin menipiskan doh di atas talam basahkan tangan dengan minyak dan titikkan sedikit minyak atas doh roti untuk mengelakkan doh terkoyak..tarik2 lah hingga nipis.
  • Lipat2 dan masak atas kuali yang di laser sedikit minyak..
  • Masak hingga roti kekuningan dan sedia untuk di hidangkan dengan kuah kegemaran masing2.
 selamat mencuba !!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...