Showing posts with label Write Up HHLBSM. Show all posts
Showing posts with label Write Up HHLBSM. Show all posts

Thursday, September 19, 2019

Tiket...







Kita panjat gunung bukan untuk dunia kenal kita, tetapi untuk kita kenal dunia.
Jadi, nak kena beli kamera canggih atau kasut yang baik?

.
Kita berjalan jauh bukan untuk dunia faham kita, tetapi untuk kita faham yang dunia ni sementara.
Jadi, nak kena beli tiket kapal terbang atau tempah tiket ke syurga?


Luv,
Mama Aida

Baca Mama...Jangan Tak Baca..

Salam Sayang semua...

Semalam Mama berjaya 'achieve target' Mama untuk habiskan bacaan Mama yang setelah sekian lama tertangguh. Allah tiupkan angin rajin kepada Mama setelah Allah jua yang 'rasakan' Mama dengan satu perasaan yang semacam 'tak mendatangkan manfaat' pada diri sendiri dan keluarga.

Berat!

Bila saat kita merasakan diri kita tak ada manfaat, maka saat itulah yang paling berat bagi diri sendiri untuk terima. Kemudian langkahan seterusnya menjadi berat juga andai lorong yang dipilih adalah bersifat negatif, seperti lebih suka bersendiri, murung dan mungkin juga sehingga merasakan ada suara2 halus menyuruh membunuh diri.


Allah sayangkan kita semua.
Mungkin sebab itu Allah tiupkan angin rajin untuk Mama baca buku.
Alhamdulillah.

Catatan ini bukanlah untuk menunjuk2. Sebaliknya untuk memberi satu perkongsian betapa kita sebenarnya punya banyak ruang untuk lebih 'bermanfaat' dan melupakan sindrom ketidak-manfaat-an kendiri (haha..harap faham lah ye).


2 buku Mama dapat habiskan dalam tempoh kurang dari 24 jam. Keduanya Mama dah baca almost separuh beberapa bulan lepas.
Fuhh.
Berbulan Mama peram bacaan yang sebenarnya boleh dihabiskan mungkin dalam sehari dua.
betapa ruginya Mama kan?

 2 buku tersebut adalah :

a) Suri Rumah Professional Jutawan Di Rumah.
b) Dahsyatnya Doa Ibu.




Kedua buku ini secara keseluruhannya memberi ulasan penuh 'kerja-kerja' seorang ibu.
Pembacaannya ringan, tetapi seusai membacanya, seorang ibu akan merasakan tanggungjawabnya semakin berat.

Next post Mama buat sharing kesimpulan daripada pembacaan ini ye.
Now Mama nak masak.
Hihihi.



Luv,
Mama Aida.

Allah Knows...


Life doesn't always go the way we want; only Allah knows what's best for us and what our future holds. We just need to have patience & faith.
No matter how badly someone treats you, never drop down to their level. Remain calm, stay strong, and walk away.
Let's move on.
.
So,
Start your day with good thing and Insya Allah, it'll be ended awesomely. 
Insya Allah.
Allahumma aamiin.
.

Luv,
Mama Aida

Hati-hati Hati!




Kasih sayang tak semestinya bersatu.
Kasih yang terbina, sayang yang bertaman di hati kadang2 tak direzekikan dengan ikatan.

Namun, jagalah hati dan perasaan yang kini berkorban seluruh kehidupannya untuk memberi, bukan dengan berkongsi keseluruhannya dan memaksa dia menerimanya.
.
Susah betul nak mengendali hati.
Kan?






Luv,
Mama Aida.

Alkisah Kopi Dua Cawan


Pernah satu ketika, tekak dan hati berpadu nakkan secawan latte panas yang bukan sendiri buat. Tambahan ada sebuah kedai kopi yang baru dibuka di bawah tempat anakanda tuisyen.
Maka untuk tidak menghampakan hati permaisurinya, sang raja bersetuju membawa permaisurinya minum kopi.
Tetapi, hanya secawan - dikongsi berdua.
Gundah gulana hati permaisuri saat menelan. Sebenarnya bukan tak boleh tahan keinginan. Tetapi rasa lama tak berdating berdua minum kopi.
Hati terus bersangka baik, mungkin sang raja mahu suasana romantis manis bergula berkongsi secawan kopi tanpa gula. Terus sahaja permaisuri menelan, perlahan-lahan.
.
Hari ini sang raja mengajak adinda permaisuri minum kopi di kedai yang sama.
Permaisuri berkata.
Andai secawan lagi, tak mahu. Rasa bersalah adinda bila kekanda buat begitu.
Sang raja ketawa.
Tak lah.
Secawan seorang.
Dan berkongsi tart telur.
.
Hahahaha.
.
Nampak tak betapa lainnya bila remaja zaman 80an ni berdating?
Berbincang dulu berapa cawan depan kedai.
Hihihihi.
.
Terima kasih @hashimshiyuti.
Tahniah atas chapter 3 submission.
Cepat2 lah siapkan next chapter, boleh belanja lagi.
😝.


Luv,
Mama Aida

Saturday, April 1, 2017

Hujan.





Bila hujan kembali menitik deras membasahi bumi.
Sedarkah kita yang langit terbuka seluasnya.
Sedia menerima doa-doa hambaNya.

Adakah kita daripada salah seorang yang sedar?
Menadah tangan merayu rindu.
Meminta disejahterakan hidup dan diberkati.
Meminta dipermudahkan urusan dan dirahmati.
Meminta dipelihara iman.

Apa pun permintaan.
Tak pernah Allah tak dengar.
Mintalah.



Aida

Pergi jauh-jauh



Pergi jauh-jauh rasa benci.
Hadirlah suka.
Bukan mudah mencari.
Tidak juga mudah meneliti.

Pergi jauh-jauh rasa geram.
Hadirlah gembira.
Bukan mudah menyakiti.
Tidak juga mudah mengubati.

Pergi jauh-jauh ego.
Hadirlah positif.
Bukan mudah bersangka.
Tidak juga mudah memaafi.



Luv, Aida

yang....


Dalam kehidupan.
Bila terlalu memikir bagaimana untuk menjaga hati manusia lain.
Kita telah membebankan diri kita sendiri.
Kita memberatkan diri kita sendiri.
Kita menyakitkan diri kita sendiri.
Kita seringkali lupa.
Yang memegang hatinya adalah Allah.
Dan yang memegang hati kita juga Allah.

Fitrah manusia..
Bila mereka terlalu letih
Mereka akan berhenti.
Bila mereka terlalu penat
Mereka tak akan mampu meneruskan.

Dan..
Bila mereka belum puas
Mereka tak akan henti menyakiti.


Luv, Aida

Tuesday, November 29, 2016

Gelap...









Kadang-kadang kita rasa dunia kita gelap. Tak nampak jalan. Tak nampak apa2.
Cuma, bila dah lama duduk dalam gelap, mula kita dapat keyakinan atas keadaan sekeliling dan sedikit keberanian untuk meraba apa yang boleh digunakan.
Lama kelamaan kita mula biasa dengan kegelapan. Tak rasa gelap cuma mungkin rasa sedikit kekurangan dan keterbatasan melakukan sesuatu. 

Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan hanya Allah sebaik-baik Pelindung. 

Mungkin pada minda aku tak cukup kuat, namun hidupkanlah hati dengan tali2 yang cukup ampuh sokongannya sehingga tiada apa selain keyakinan Allah tahu yang terbaik buatku, Allah rancang yang terbaik buatku dan Allah jadikan sesuatu itu baik buatku. 

Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?

Ledakkan semangat biar tuntas caranya. Regukan kekuatan biar betul gerakannya.
Satukan ikatan biar berani perginya.
Hidupkan hati biar membara senantiasa.
Maka sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan.



Luv, Aida