Showing posts with label Studio Hati. Show all posts
Showing posts with label Studio Hati. Show all posts

Thursday, September 19, 2019

Tiket...







Kita panjat gunung bukan untuk dunia kenal kita, tetapi untuk kita kenal dunia.
Jadi, nak kena beli kamera canggih atau kasut yang baik?

.
Kita berjalan jauh bukan untuk dunia faham kita, tetapi untuk kita faham yang dunia ni sementara.
Jadi, nak kena beli tiket kapal terbang atau tempah tiket ke syurga?


Luv,
Mama Aida

Allah Knows...


Life doesn't always go the way we want; only Allah knows what's best for us and what our future holds. We just need to have patience & faith.
No matter how badly someone treats you, never drop down to their level. Remain calm, stay strong, and walk away.
Let's move on.
.
So,
Start your day with good thing and Insya Allah, it'll be ended awesomely. 
Insya Allah.
Allahumma aamiin.
.

Luv,
Mama Aida

Hati-hati Hati!




Kasih sayang tak semestinya bersatu.
Kasih yang terbina, sayang yang bertaman di hati kadang2 tak direzekikan dengan ikatan.

Namun, jagalah hati dan perasaan yang kini berkorban seluruh kehidupannya untuk memberi, bukan dengan berkongsi keseluruhannya dan memaksa dia menerimanya.
.
Susah betul nak mengendali hati.
Kan?






Luv,
Mama Aida.

Saturday, April 1, 2017

Hujan.





Bila hujan kembali menitik deras membasahi bumi.
Sedarkah kita yang langit terbuka seluasnya.
Sedia menerima doa-doa hambaNya.

Adakah kita daripada salah seorang yang sedar?
Menadah tangan merayu rindu.
Meminta disejahterakan hidup dan diberkati.
Meminta dipermudahkan urusan dan dirahmati.
Meminta dipelihara iman.

Apa pun permintaan.
Tak pernah Allah tak dengar.
Mintalah.



Aida

Tuesday, September 15, 2015

Sombong.


dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong, kerana Sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung.
Al Isra' : 37






Kindness makes you the most beautiful person in the world, regardless of who you are and what you look like.


If people are trying to put you DOWN, it only means that you are ABOVE them. So, be grateful and cheer up!!


Salam Dzulhijjah 1436.
Selamat Hari Malaysia.


Aida Ishak
Shah Alam

Sunday, April 5, 2015

Jadikan....


Jadikan setiap detik nadi sebagai sesi pembelajaran.
Jadikan setiap tarikan nafas sebagai proses mengenal kehidupan.
Jadikan setiap derap tapak kaki sebagai langkah mencari kebaikan. 

Bayangkan segala yang indah di sana
Walau di sini lelah tak bermaya
Angankan segala yang sempurna milik kita
Walau di sini banyak cacat celanya


Aida Ishak
Shah Alam


Tuesday, March 24, 2015

Kerana adanya kasih...

Ada ketika bila kita punya masa untuk termenung dan melayangkan pemikiran pada angin, kita merasakan diri cukup beruntung dalam dunia ini.
Namun ada juga ketika kita rasa kita adalah beban dan menyebabkan orang lain rasa susah.
Ada ketikanya hati terasa apabila akal tersilap menafsir kata.
Ada masanya kita rasa kosong kerana cuba terusan mengharap pada yang tidak ada untuk memberi.
Adakalanya, kita sering dipersalahkan atas benda-benda yang tak ada terlintas sedikitpun niat untuk melakukan.
Ada satu ketika kita bersalah dan terusan dipersalahkan tanpa dibicarakan.
Ada ketikanya kita perlu memendam.
Ada masa kita perlu tahu mana letaknya diri kita dan relakan sahaja biarpun apa yg berlaku itu tak bersempadanan dengan rela dan redha.
Semuanya
Kerana adanya kasih...
Berpaling tidak sekali.
Teruskan walau ada yang tanpa hati...
Aida Ishak
Shah Alam.

Sunday, February 1, 2015

Kenal dan Tahu




Kenal
Mengenal
Kenalan
Dikenali
Perkenalan.

Kenal seperti tahu
Mengenali seperti rasa tahu
Kenalan seperti yang tahu
Dikenali seperti semua tahu
Perkenalan seperti bibit-bibit tahu

Tahu
Mengetahui
Pengetahuan

Tahu tak serupa kenal
Mengetahui tak serupa mengenali
Pengetahuan tak serupa perkenalan

Bila kenal, kawannya rasa
Bila tahu, kawannya mahu


Aida Ishak
Shah Alam

Monday, January 5, 2015

Bila Cinta

Bila cinta



Belayar di lautan luas
Menikmati  kehebatan Allah yang Maha Kuasa.
Tidak terjangkau akal melihat
Tidak sunyi hati mengucap zikir
Memuji kebesaranNya.

Itu bila cinta terbit.

Mendaki bukit dengan semangat jitu kukuh
Peluh membasahi bukan hanya di dahi tapi seluruh tubuh
Letih lelah lenguh tangan menongkat kaki
Puncak dijejak nafas mengeluh
Indahnya ciptaan Allah yang Maha Esa

Itu bila cinta terbit.

Melangkah semangat penuh harapan
Rumah-rumah Allah melambai datang
Tatkala laungan azan memanggil umat menunaikan solat
Tak mahu lambat, kena cepat
Tak mahu sendirian, tetapi berjemaah
Terasa enak halawatul ibadah

Itu bila cinta terbit.

Teruja gembira senyum hingga ke telinga
Menjeling mesra ke arah sana
Melihat cantiknya permaisuri yang bakal melengkapi
Hidupnya seorang manusia bernama lelaki
Melihat tampan bergaya bak putera raja idaman hati
Di kiri kanan bahu terpikul janji
Onak duri sama sama tempuhi
Hidup sebagai suami isteri

Itu bila cinta terbit.

Cintailah sebagaimana selayaknya mencintai
Cintailah selagi mana mampu mencintai
Asalkan cinta itu terbit untuk Ilahi
Bukan untuk jadi bahan uji kaji
Tetapi yang berlandaskan syar'ie

Aida Ishak
Shah Alam

Thursday, January 1, 2015

Banjir 2014 - 2


Gambar ini bicaranya lebih dari tangan yang menaip dan mulut yang berkata.

Credit to Raja Shamri's FB

Raja Shamri added 2 new photos.
Laporan dari team kita semalam :-

[01/01 12:52 am] +60 14-734 0035: Salam abg raja. Sy Nik. Sy dan kawan2 ke bukit pagar, hulu temiang, sg sam. Otw kesana, di kg karangan nampk makcik tua melambai dgn tongkat dari seberang jln. Makcik tu pakai plastik untuk cover kepala. Kami ingt pesan abg raja...if org lambai berhenti, tanya. First thing makcik tu mintak ialah tudung. Kami ambik tudung n bagi terus dia bukak plastik n pakai tudung. Tak tahan...nangis kat situ juga. Katanya hari ni baru dia turun dari bukit..bomba ambik pg td.

[01/01 2:01 am] +60 14-734 0035: Item yg paling di minta: towel, kain sarung/pelikat, telekung, tikar

[01/01 2:04 am] +60 14-734 0035: Terserempak dgn satu group dari Puchong semasa menunaikan solat di Laloh. Sy kata dari Pasir Puteh...terus dia cakap "oh dari masjid yang famous tu ye.
---------------



Maaf. 
Saya sebak. 
Menangis di hadapan skrin komputer.

Terbayangkan kedua ibunda yang berada di sisi saya. 
Kesihatan keduanya juga kurang stabil, namun nasib makcik ini jauh lebih sulit.

Bila Makcik menyarung plastik di kepala. Masih utuh memegang kewajipan seorang wanita.
Subhanallah.

Ya Allah, peliharalah makcik ini dan juga yang lainnya dan semoga syurgalah buat mereka nanti Ya Allah.

Ya Allah, betapa mulianya mereka yang terpilih menjadi sukarelawan. Moga jannah juga buat kalian. Terima kasih..


Aida Ishak
Shah Alam







Banjir 2014 - 1


Coretan demi coretan dinukil.
Gambar demi gambar ditatap.
Hati semakin rasa direntap.
Andai diri mampu dipisah dua.
Ingin ku terbang ke sana....





Moga Allah memberi segala kebaikan buatmu selepas Dia memberimu ujian.
Moga pelangi indah mengiringi kehidupanmu selepas mehnah yang menghayutkan segalanya.
Moga syurgalah anugerah di atas kesabaranmu.


Bukanlah namanya manusia andai tidak diuji -
Dr. Bilal Philips


Aida Ishak
Shah Alam

Monday, December 29, 2014

Saya Manusia Biasa


Adakalanya saya terlupa. 
Ada suatu masa saya sedang sibuk menguruskan anak-anak yang mahu ke sekolah. Saya ke hulu ke hilir mahu menyiapkan mereka dalam ertikata persiapan terbaik untuk ke madrasah ilmu. Saya mahu mereka tampil sebaiknya untuk mengutip seberapa banyak ilmu yang mereka mampu. Saya ke dapur, saya ke ruang tamu dan saya lupa apa yang saya mahu ambil.

Adakalanya saya penat.
Di suatu saat pula dengan kerahan tenaga yang luar biasa, saya terpaksa juga melakukannya. Ada yang suruh saya duduk diam, tapi tentunya jika saya duduk, saya akan ketinggalan masa-masa yang berharga tersebut. Seterusnya esok lusa, akan tetap perlu saya lakukan. Saya ke atas ke bawah, mencakup ruang lingkung seorang suri rumah yang kerjanya tak pernah siap. Saya duduk sekejap menghilang penat dan terlena sambil duduk di tepi meja.




Adakalanya saya sakit.
Pada satu-satu ketika bila mana Allah menguji saya dengan sedikit sakit dan saya tidak punya cuti rehat untuk itu. Saya gagahkan kaki melangkah walau langkahan itu tidak sederas biasa. Saya cuba memasak, walau mungkin masakannya tidak berasa apa. Saya masih ke hulu ke hilir menghantar dan mengambil anak-anak lantaran itu tanggungjawab. Saya menyandar menarik hela nafas, menahan sakit.

Adakalanya saya tak kuat.
Berpagi-pagi dengan kerja kuat. Bertengah hari dengan jadual padat lain pula. Saya suri rumah biasa-biasa aje yang cuba berlakon sebagai super hebat luar biasa. Angkat beras, angkat perabot dan kadang-kadang merelakan diri mengangkut tong gas yang masih penuh bila ayam tak sempat digoreng lantaran kehabisan gas. Dijeling ke arah jam, 20 minit sebelum si dia pulang yang mesti sudah lapar. Saya menyapu minyak panas di pinggang sebelum tidur, baru merasa sakit dek kerana berlagak kuat siang tadi. 

Adakalanya saya sedih.
Sudut hati selalunya tak mampu nak menampung satu-satu keadaan yang ada rasa untuk terus kekal di situ. Ibarat air di empangan. Bila berlaku satu keadaan yang airnya melebihi sukatan, maka di lepaskan sedikit supaya empangan tidak pecah, keadaan menjadi lebih buruk. Empangan hati juga begitu. Bantal ditekup ke muka. Terima kasih bantal, kerana sentiasa ada untuk mengesat air mata. .

Ya.
Saya manusia biasa.
Bukan malaikat.


Aida Ishak
Shah Alam



Thursday, December 25, 2014

Ujian Bukan Beban


Satu demi satu musibah melanda..

Hati mana yang boleh duduk diam tenteram






لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنْتَ مَوْلَانَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ


"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat seksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa):` Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir `."(Surah Al-Baqarah ayat 286)


Prof Dr Muhd Kamil Ibrahim melalui bukunya ,Bersyukur Saat Diuji ada menyebutkan :

Seluruh kehidupan adalah ujian Allah. Jika apa yang kita lakukan - rasmi atau tidak rasmi - mendekatkan diri kepada Allah dengan menyembah dan beramal ibadat kepada-Nya, Insya Allah kita akan lulus ujian tersebut.


Kesimpulannya..
Allah tak akan menguji kita jika kita tak mampu nak mengatasinya.



Aida Ishak
Shah Alam

Wednesday, December 24, 2014

Pesanan Seorang Kekanda..






Adik,
Kehidupan kita sebagai seorang manusia pasti ada pasang surutnya.
Kita akan lebih memahami, menyayangi, belajar erti sabar dan menghargai waktu tenang apabila air pasang. 
Kehidupan seterusnya menemui saat terindah apabila air surut dan mentari menyinar bersama pelangi.
Tak akan ada senang bila tak datang sukar.




Aida Ishak
Shah Alam


Monday, December 22, 2014

MASA



Jangan dicuri masaku andai kau tak mampu memberinya lebih.
Jangan diberi masamu andai ku tak tahu cara menerimanya.


Masa.

24 jam sahaja yang kita ada seharian. Bila mata mula mahu pejam, mungkin ini jaga kita yang terakhir dan mungkin juga orang di sebelah kita tak dapat lagi memeluk kita keesokkan harinya. 

Fitrahnya berlalu tanpa kembali.  Yang datang hari ini tidak akan datang lagi esok, walaupun zatnya sama, 24 jam. Itulah masa. Cemburukan kita atau cemburukah kita?




Suami yang pulang kerja, setelah menghabiskan kebanyakan masanya di luar akan cuba untuk memberi kualiti masa yang terhad buat isi rumah sesampai kakinya di muka pintu bait. Badan yang letih kekadang dilupa dan dipaksa untuk menyambut pelukan anak-anak malah mungkin juga masih berkudrat untuk bermain-main bersama. 

Isteri yang tidak bekerja menghabiskan keseluruhan masanya di dalam rumah ataupun di lingkungan kerjanya yang tidak pernah habis. Sama sahaja keadaannya, selalunya melupakan penat dan mengabaikan rehat demi memenuhi keperluan kesemua isi rumah. Malah ada yang kaki tak larat nak berpijak, gagahkan jua menelan sebiji dua panadol agar sakit pergi cepat-cepat, kerana tiada masa untuk berehat.

Anak-anak yang masanya sentiasa suka. walau keletihan di sekolah, di padang bola, di gelanggang badminton, di pusat tusyen. Mungkin metablisma mereka belum ampuh untuk sekejap-sekejap duduk bersimpuh. Mereka sentiasa senyum dan yakin esok masih ada untuknya. 

Sekejap betul.

Lalu, janganlah diambil masa-masa yang haknya ada di situ.
Andai kalian punya kerja, letaklah ke tepi sebentar. Di sana ada masa untuk yang tersayang. Ada ketika mereka memahami, namun tak selalunya mereka akan mengerti apabila masa mereka diambil olehmu, sedang dirimu tahu yang kamu tidak mampu memberi lebih.
Andai kalian tidak pula reti menghargai, maka janganlah pula meminta-meminta lebih. Belajarnya menerima ketentuan masa itu sahaja yang kamu tega buatmu dan buatnya.

Sekejap buatku, lama buatmu,
Penuh buatku, jenuh buatmu.
Rompong untukku, padat untukmu,
Membazir untukku, manfaat untukmu 


Aida Ishak
Shah Alam


 


Friday, December 12, 2014

Ujian dan Hasil






Jalan mujahadah itu sukar
penuh ujian
banyak sekali halangan...

Masalah..
Yang kecil..bisa jadi besar
Yang remeh..bisa jadi penting
Yang biasa..bisa jadi luar biasa

Namun..
Ujian buat kita kuat
Ujian buat kita lebih rapat
Ujian buat kita selalu ingat

Hasil..
Yang dahulunya kecil...sekarang dah besar..
Yang duhulunya dipandang remeh..sekarang dah penting..
Yang dahulunya biasa-biasa..sekarang dah jadi luar biasa..

"Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar."
Al Anfaal : 28

"Dan sememangnya tiadalah bagi Iblis sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar beriman kepada hari akhirat dan siapa pula yang ragu-ragu terhadapnya. Dan (ingatlah) Tuhanmu sentiasa mengawal serta mengawasi tiap-tiap sesuatu."
As Saba' : 21


p/s : Giving up doesn't mean you are weak
Sometimes it means that you are strong enough to let go


Aida Ishak
Shah Alam

Dunia



Kejar tak sudah
Lari sampai lelah
Harap mampu bertahan
Dibiar duka ke tepi
Dibuang nestapa menjegah rasa

Orang nampak gembira
Senang, ketawa dan kaya
Hati riang sehingga tak terkata
Ada yang orang lain tak ada
Biar mereka tahu
Bukan tak layak utk beria

Lelahnya manusia 
Penatnya mengejar
Letihnya mencakar

Sukanya manusia
Senangnya mengikat
Kayanya diangkat



Lupakah manusia
Yang senang disyukur
Yang sukar disabar
Yang dekat dihargai
Yang jauh diingati

Kaya di dunia harapnya kaya juga di sana


Aida Ishak
Shah Alam