Bismillahirahmanirahim
Sedar tak sedar dah 33 minggu baby dalam perut ni mengembang. Cepat masa berlalu.. kan?? Kalau dulu, saya menanti-nanti si Iman keluar. Terasa lamanyaaaaa Iman duk dalam perut ni. Kali ni tup tup dah nak bersalin dah. Alhamdulillah... Allah mudahkan segalanya, doa dan harapan saya, masa bersalin dan berpantang pun Allah mudahkan, juga baby sihat sempurna. Maklumlah pantang pun macam Iman dulu, sorang-sorang ditemani abgfiz.
Satu ketika dulu, ada yang komen di kotak komen
entry ni dan saya tak membalas komen itu. Tak sempat sebenarnya... Meh saya jawab kat sini ye yatie..
Bukan tak nak anak, bukan tak nak baby.. Tapi masih belum bersedia untuk cahaya mata kedua. Bukan apa, hubby tengah study, Iman masih belum pon setahun, kalau bersalin, saya sorang-sorang. Mana nak cekau Iman, mana nak berpantang dengan jayanya, mana nak cekau baby. Itupon alhamdulillah Allah mudahkan abgfiz.. selesai kelas dia tahun ni. Walaupun kelas dah habis tapi research kat lab tu menanti, banyak spesimen tak di ekstrak lagi. Awal-awal saya agak emo, tapi sekarang tak sabar pulak tunggu baby keluar.
Masa pantang Iman hari tu, hari ke4 saya dah masuk dapur ye... Walaupun abgfiz larang tapi entah, sedih sangat bila tengok periuk kosong, suami lapar, diri sendiri pon lapar. Dek kerana tak pantang dengan betul, (sebab banyak gerak..) tenaga tak ada dan diri saya cepat sangat sakit. Tapi kali ini, saya betul-betul nak pantang dengan betul. ... (dah terjawab kot soalan yatie..)
Hb saya alhamdulillah, walaupun masih tak mencapai 10 mg, tapi paling tinggi 9.2. Sangat impressed! Kalau nak banding dengan masa mengandungkan Iman hari tu, paling tinggi 8.5 mg kalau tak silap.
Berat pula...... ekekeke... minggu ni dah masuk 125.4 lb ~ 57 kg! Berat, kan?? Tapi okla kot, sebab waktu saya awal-awal mengandung berat dah 47 kg. Makan tak pula berselera, tak seperti sewaktu mengandungkan Iman, tapi.. perut saya agak besarla. Sebab kata adik-adik, perut saya dah macam belon.. tunggu masa je nak pecah. Ehe~~ Minggu ni dan minggu depan saya pulun habiskan ganti puasa. Agaknya berat tak naik sangatla kot. Kalau berat tak naik, banyak pula soalan nurse dan midwife. Kalau boleh midwife nak saya naik sehingga 30 lb tau. Ish ish..... macam manala badan saya kalau naik 30 lb. (
read: weigh gain)
3 minggu lepas kot, saya buat glucose test... Entah saya ingat ke lupa ke, saya breakfast pagi tu.. dengan cokodok pisang pulak tu! Sudahnya result glucose saya 144! Ada diabetes pulak...... (normal takat 140 je) Lepas tu bila saya bgtau saya makan cokodok pisang tu, saya terpaksa buat balik test tu. Kali kedua, kena puasala pagi tu, alhamdulillah result keluar 134. Tinggi juga, waktu Iman dulu.. 90 je. Sangat rendah.
Ultrasound kali pertama, seperti biasa buat di Saint Elizabeth dan jumpa balik Dr Kenney. Bila cek, baby semua ok, perkembangan pun memberangsangkan dan yang dia suka... hb saya naik dan berada di paras selamat. Waktu mengandungkan Iman hari tu, disebabkan hb rendah, setiap bulan kami pi jumpa Dr Kenney tuh, jenuh pulak setiap bulan buat ultrasound. Bil nya?? Saya sendiri tak tahu sebab medicaid cover semua. Yang pasti Dr Kenney charge ultrasound $300 tanpa perlu berjumpa dengan dia (itu kalau yang tak ada insuran la..kalau ada agaknya hampir 1000 USD la kot). Kalau perlu jumpa Dr Kenney lain pulak harganya. Adoiiii.. pendek kata mengandung sahaja perlu habis 5 ribu.. kot nya la.. Yang kelakarnya, waktu ultrasound tu, boleh pulak Iman marah-marah dan nangis-nangis sebab nurse duk pegang perut saya. Eh bukan ultrasound je, waktu midwife pegang pun dia marah-marah juga.. Iman.. Iman..
Umi waktu 29 week pregnancy.. Gemuk tak? Tapi waktu ni, baju pakai 3 lapis ni... hahahaa...*
coverrrrrr...*Ok, habis dah cerita umi. Meh kita tengok Iman pula....
Kelakar betul.. entah bila, tiba-tiba Iman ambil tudung saya dan pakai. Lepas tu naik atas kerusi dan diam-diam je berdiri disitu. Kelakar sangat.. lagak ustazah ke apa saya pun tak tahu. Iman... Iman...
p.s: lama bersarang blog, sekali keluar 2 entry plak.. tak sampat betul. Nak buka blog pun tak sempat, apatah lagi nak blogwalking!