RSS
Showing posts with label pregnancy. Show all posts
Showing posts with label pregnancy. Show all posts

Rentetan sejarah adik Iman

Bismillahirahmanirahim

Hari ni hari ke2 overdue adik Iman.Aigoo~ bila mau keluar sayang~~
Hari ni juga kali kedua saya ke hospital.Tapi kesudahannya balik rumah juga~
Sejarah bermula..

5 Mac, jam 5 ptg ;

perut dah mula sakit. tapi saya diamkan je. bila abgfiz balik, melampau-lampau sakitnya sampaikan saya dah tak boleh jalan! bila abgfiz ajak ke spital saya duk tangguh2.

Jam 9 mlm ;

sakit tak henti2.. adoi terpaksa sy dgr cakap abgfiz dan kami ke spital mlm tu. sebelum tu mmg saya call Jearlyn bagitau sakit dan dia minta ke spital dan kebetulan dia oncall mlm tu. sebetulnya saya memang nak Jearlyn yang deliver baby, sbb kebanyakan saya jumpa dia pregnant kali ni. waktu Iman dulu Karen yang selalu saya jumpa tapi Nancy yang deliver Iman.

sampai di spital, sakit dah kurang. monitor contraction dan baby: contraction dah kurang. disuruh balik! saya pun xnak duk situ, mmg nak balik rumah.

8 Mac, jam 12 tgh;

saya tiba- tiba sakit perut. agaknya angin..

jam 1 ptg;

abgfiz balik rumah dan perut saya melampau sakit dan memulas. 2 kali saya ke toilet cirit dan nak muntah. sakit tu disulami dgn contraction. menangis2 tahan sakit dan tak blh jln. abgfiz panik dan terus bawa saya ke spital. smpi spital, Iman tido dan saya tak leh jalan. terpaksa abgfiz usung saya guna kerusi roda smbil tolak Iman. sedih tgk dia, sbb mana tgn nk tolak sy mana tgn nk tolak stroler iman. last2 sy pegang iman dan abgfiz tolak kami smbil pegang stroler. entah kenapa saya duk menangis2 je, kesian Iman dan abgfiz, sshkn abgfiz pun ada.

masuk wad, nurse cakap sakit perut mgkn sbb diarhea tadi. contraction plak ada selang 15 min lepas tu xde. ada balik dalam 10 min.. tak regular lgsg! lastly kami kena balik juga..

sebelum tu nurse tanya nak induce ke tak. saya buat keputusan nak bincang dgn midwife dulu. kalau nk induce pun tgu seminggu lg la kot.

kata mama kalau kat malaysia.. dilate 2 cm dh msk wad dan diberi pitosin, yeke? kata mak plak paling lewat overdue 5 hr je. kat sini ada yg 43 mingu br diinduce. sy tak pasti sbb apa. macam mana ye pengalaman bersalin di malaysia? blh share dgn saya x?

p.s ; saya guna ipod. kalau salah eja maaf sgt! sgt seksa guna ipod utk menaip. huhu

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Yey~! Dah sampai dahhhh~~

Bismillahirahmanirahim

Alhamdulillah barang yang ditunggu sampai juga. Lama saya tunggu barang-barang ni, adik saya tu sibuk sangat, konon tak ada masa nak bungkus. Sabar jela.. Barang ni di pos hari Sabtu lepas, sampai semalam ~ dalam 10 hari juga. Mama poskan dua kotak, sebab katanya tak ada kotak besar..

Yang sedihnya, kotak kedua saya buka.. ada notis dari kastam US. Katanya ada benda yang tak boleh dibawa masuk ke US dan dirampas. Bila saya telefon mama, kata mama dia ada selitkan serunding daging. Memang serundingla yang tak ada! Sedih.. sebabnya yang tu saya paling suka. Tapi tak apala, anggap jela tak ada rezeki.




 Bila saya nak buka kotak, adala yang tukang sibuk. Saya pakaikan tudung tu sebabnya, waktu ni saya baru je solat. Si Iman ni suka sangat pakai kain telekung saya. Lepas je solat, duk tarik suruh saya bukakan telekung. Last-last saya pakaikan tudung dia, walaupun baju bukan main seksi tapi hantam sajala...


Haaa.. baju-baju tu sebenarnya buat balut ubat je pun. Banyak pula ubat-ubat lepas bersalin. Ada akar kayu khas untuk dibuat mandi selepas bersalin tak pula kastam ambil. Serunding kena amik pun tak kisahla.. kata mama serunding tu sikit je. Bukan rezeki sayala tuh. Tapi yang pasti ada keropok!! Dah lama nak makan keropok segera tuh. Keropok segera sira (pedas) tuh abgfiz yang mengidam. Dapatla makan walaupun ada yang hancur. Gitulaaa adat duk jauh, ada je barang Malaysia sampai, seronok tak ingat dunia! Haaaa.. mama saya kirimkan juga CD nasyid dan doa untuk Iman. Yela.. asyik duk tengok cite kartun je. Walaupun kartun kat sini mendidik (hal keduniaan) tapi hal akhirat tak ada. Hari tu mama duk bebel sebabnya duk ajar anak tengok tv. Masa kecik-kecik dulu, kami memang mama ajar dengar quran, nasyid, buku pun mama banyak beli yang sirah-sirah nabi. Alhamdulillah, bila pasang CD ni, Iman suka dan ralit je duk depan pc tengok CD-CD nih.

Apa-apapun terima kasih bbbbbaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaanyak-banyak tak terhingga untuk mama, ain dan sakinah. Hehe~~ habis kena bebel kat adik-adik saya pun, saya buat tak tahu je. ALmaklumlah... diorangla tukang beli barang dan poskan barang. Hiks.. buat baik pada kakak banyak pahala ye.. Jadi sila buat lagi. Nge~~

************

Minggu lepas saya teringin nak makan kek coklat pisang. Sebenarnya saya tak sempat nak makan yang kak Nadiah bawa hari tu, duk gobek-gobek resepi.. jumpala resepi ni tapi saya alter resepi ni. Sepatutnya tak jadi 2 adunan, saya buatkan supaya jadi dua adunan ; 1- adunan kek coklat dan 1 lagi adunan kek pisang. Yeah~! Menjadi.. dahla lupa nak letak telur, waktu nak masuk dalam baking dish baru teringat dan tang tu juga saya buh telur. Hahaha~~ jadi jugak, sedap je masuk perut. *Jangan tiru aksi tak senonoh ni ye, puan puan~~*


 Inilah rupa setelah keluar dari oven.


Haaaa.. best kan nampak? Rasapun memang best even abgfiz dan Iman pun suka. Tak rugi try!


p.s: tadi jumpa midwife, katanya saya mungkin bersalin pada bila-bila masa sahaja.. Fuh Fuh harap sebelum weekend. Nak sangat pergi ke Malaysian Night tapi tiket ada satu je. Huhu~~ kalau bersalin, takla rasa sedih sangat sebab tak pergi. Nak sangat pi sebab adik-adik semua buat persembahan. huhuhuhuuuu

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Simptom bersalin~??

Bismillahirahmanirahim~~!


Sejak pindah rumah baru ni, saya terlebih lebih rajin kemas rumah. Bukan kemas seluruh rumah, tapi kemas dapur dan bilik air. Entah kenapa ada aje tak kena dengan dapur tu, padahal dah ok dah. Ada je tempat-tempat saya duk lap, duk cuci dapur, segala-galanya lah. Kat bilik air pun sama, saya akan pastikan soap scum tak ada di kepala pili air atau di sinki.

Kebanyakan tempat di US ni, rata-rata alami hard water. Walaupun masing-masing minum air paip je tapi airnya mengandungi calsium yang banyak! Hurm.. meh kita tgk wiki, apadia yang dikatakan hard water

Hard water is water that has high mineral content (in contrast with soft water). Hard water has high concentrations of Ca2+ and Mg2+ ions. Hard water is generally not harmful to one's health but can pose serious problems in industrial settings, where water hardness is monitored to avoid costly breakdowns in boilerscooling towers, and other equipment that handles water. In domestic settings, the hardness of water is often indicated by the non-formation of suds when soap is agitated in the water sample. (source: mr wiki)

Kerana banyaknya soap scum tu, saya terpaksa lap sehingga air kering. Kalau tak, memang akan meninggalkan kesan yang teruk. Lagi lama, lagi payah nak bersihkan soap scum tu. Mulut saya ni tak henti henti bebel kalau ada je orang guna bilik air dan air sepah-sepah. Heheee~~~ biasala.. Orang cakap banyak macam saya ni, biasanya akan luahkan perasaan dengan cara membebel. Mulut macam bertih, kata orang. Pot pet pot pet.. Sapa yang pernah kena, sabar dan tahan jela ye.. Lepas bebel tu, saya dah ok dah.. =))

Bila saya duk mengadu kat abgfiz " tak tahu kenapa iza suka sangat basuh bilik air walaupun badan rasa penat.." Kata abgfiz, dia selalu search pasal sign of labor, katanya antara simptom bersalin : rajin kemas rumah, rajin memasak, asyik nak marah pada suami tanpa sebab, moody dan banyak lagi. Heee~~~ separuh tu memang ada terjadi pada saya. Asyik moody!. Tak tahu pulak saya ada jugak simptom-simptom bersalin ye.

antara searching result saya :

'Some women will experience an intense urge to clean, organize their home, or other efforts to prepare for baby. This may range from a sudden urge to cook a month's worth of freezer meals to sorting out all the socks for the baby in the nursery to scrubbing the floors on hands and knees. Not all women experience nesting, but it is a common sign of labor nonetheless (source: here)

Labor does not begin suddenly, it evolves gradually. It can take hours, even days, to figure out whether the sensations you're feeling are labor or prelabor (also called false labor). Some subtle signs and symptoms that you are beginning first stage childbirth include a vague backache that may cause restlessness, several soft bowel movements accompanied by flulike feelings, and a nesting urge--an unusual burst of energy, particularly related to cleaning and getting your home ready for the baby. (source: here)

Apa-apapun, doakan saya bersalin dengan selamat ye. Saya menunggu sehingga minggu ke 40. Doakan dipermudahkan segala urusan. Amiiin

p.s: tak sabar nak terima parcel dari kelantan. nak makan keropok!!!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

saat akhir kehamilan

Pregnancy lagi~~! Semalam berat saya dah bertambah dari 128.1 lb ke 131.1 lb! Aigoo~~! Dah 60 kg, beratnyaaaa........ gemuk gemuk gemuk~!!!!!! Tapi... bila midwife cek perut, katanya kepala baby bukan ke bawah. Pelik.. padahal minggu lepas buat ultrasound kepala baby memang dah ada kat bawah. Hurm..~~

Sakit pulak dah berkurang, pelik, kan?? Kalau akhir-akhir ni asyik duk contraction je, kalau sebelum ni sakit-sakit waktu tidur, sekarang dah tak sakit dah. Kalau sakit pun masih boleh buat kerja lagi. Pelik pelik dan pelik..

Badan saya pun rasa lebih bertenaga berbanding hari tu. Lagi pelik, kan? ke... simptom apa ni eh? Oh ya.. preganancy kali ni saya sentiasa ada urine infection. Adoiiii.. masuk kali ni dah 4 kali saya amik antibiotik. Pasal apa ye? Waktu Iman dulu, tak ada.

mehla baca sikit-sikit nak masuk 39 week ni :

During week 39, it is common to experience early signs of labor (mild contractions or Braxton-Hicks contractions). If you start to have contractions, you should start timing them. If they come at irregular intervals and do not increase in strength, then they are probably false labor pains. During true labor, you contractions come at regular intervals, getting closer together as time passes, and they will also increase in strength. (pregnancy week 39)

p.s: ok, nak masak.. teringin nak makan nasi ayam. nasi ayam lagi!!!! FYI, saya ni 'gila' sup. tak kisahla mihun sup ke, apa sup ke, kalau kenyang pun still duk hirup2 kuah lg..nak2 kalau kuah tu banyak halia dan lada hitam. halia tu kunyah-kunyah mcm tu je lg sedap!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

38 weeks pregnancy

Bismillahirahmanirahim

Lama saya menyepi, malas nak mengadap pc. Sungguh sangat malas~! Minggu ni dah masuk 38 minggu (act 37 minggu ++) Berat paling akhir, 128. 4 lb ~ 58.4 kg! Berat, kan? Semua orang duk bercakap, baby saya besar tapi rasanya Iman dulu lagi besar. Sebab minggu ni baby baru 6.1 lb ~ 2.7 je. Iman dulu, keluar besar.. 3.6 kg!

Lately, saya kerap sakit. Itukah tanda-tanda awal? Bukan apa, waktu Iman dulu saya langsung tak rasa sakit. Even contraction, saya masih boleh berjalan dan berlari-lari anak. Tapi mengandung kali ni, bila dah contraction, bergerak pun tak boleh nak bercakap pun lagila tak boleh. Sakit sangat!

Pagi tadi saya ke Saint Elizabeth Medical Center : buat ultrasound. Entah kenapa, waktu saya ultrasound tu, saya rasa sakit teramat! Adakah orang tukang ultrasound tu tekan kuat sangat? Ataupun saya yang terasa terlebih?

Malam-malam, memang langsung tak boleh nak tidur. Ke kiri sakit, ke kanan sakit baring melentang apatah lagi. Sakit bahagian tulang pinggul. Bila nak bangun je, kadang tu langsung tak boleh gerak dan berjalan. Sakitnya Allah je yang tahu. Susu Iman pun abgfiz yang ambil, terpaksa kejutkan dia.


  Now, baby's head dah ada kat bawah.



Pembukaan cervic dan effacement..? Saya belum pun cek lagi.

Kali ni saya betul-betul nak sakit kat rumah. Dah malas sangat nak ke hospital.. bila sakit teruk dan saya tak boleh jalan baru saya nak gerak ke hospital. Ataupun keluar darah dan air ketuban. Selain tu, saya nak sakit kat rumah je.

Baju baby pun ada yang mak poskan, dan baru je beli 2-3 pasang. Beg langsung tak packed lagi, barang baby yang lain selain diaper, semua tak beli lagi. Tapi apa je nak dibeli? Barang Iman masih ada lagi. Malaskah saya atau tak bermood? Hehe~~ Tanya diri sendiri la, kan?

p.s: Moga-moga kali ni semua selamat. Moga Allah permudahkan saya, abgfiz dan Iman di dalam labor. Andai kata Iman buat perangai tika saya di labor, terpaksa saya bersalin seorangan. Tak berani pula nak tinggal Iman di rumah orang. Melalak kuat-kuatla jawabnya.. Iman ni kalau tak ada saya dan abgfiz, memang tak boleh.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

33rd week pregnancy

Bismillahirahmanirahim



Sedar tak sedar dah 33 minggu baby dalam perut ni mengembang. Cepat masa berlalu.. kan?? Kalau dulu, saya menanti-nanti si Iman keluar. Terasa lamanyaaaaa Iman duk dalam perut ni. Kali ni tup tup dah nak bersalin dah. Alhamdulillah... Allah mudahkan segalanya, doa dan harapan saya, masa bersalin dan berpantang pun Allah mudahkan, juga baby sihat sempurna. Maklumlah pantang pun macam Iman dulu, sorang-sorang ditemani abgfiz.



Satu ketika dulu, ada yang komen di kotak komen entry ni dan saya tak membalas komen itu. Tak sempat sebenarnya... Meh saya jawab kat sini ye yatie..





Bukan tak nak anak, bukan tak nak baby.. Tapi masih belum bersedia untuk cahaya mata kedua. Bukan apa, hubby tengah study, Iman masih belum pon setahun, kalau bersalin, saya sorang-sorang. Mana nak cekau Iman, mana nak berpantang dengan jayanya, mana nak cekau baby. Itupon alhamdulillah Allah mudahkan abgfiz.. selesai kelas dia tahun ni. Walaupun kelas dah habis tapi research kat lab tu menanti, banyak spesimen tak di ekstrak lagi. Awal-awal saya agak emo, tapi sekarang tak sabar pulak tunggu baby keluar.


Masa pantang Iman hari tu, hari ke4 saya dah masuk dapur ye... Walaupun abgfiz larang tapi entah, sedih sangat bila tengok periuk kosong, suami lapar, diri sendiri pon lapar. Dek kerana tak pantang dengan betul, (sebab banyak gerak..) tenaga tak ada dan diri saya cepat sangat sakit. Tapi kali ini, saya betul-betul nak pantang dengan betul. ... (dah terjawab kot soalan yatie..)

Hb saya alhamdulillah, walaupun masih tak mencapai 10 mg, tapi paling tinggi 9.2. Sangat impressed! Kalau nak banding dengan masa mengandungkan Iman hari tu, paling tinggi 8.5 mg kalau tak silap.



Berat pula...... ekekeke... minggu ni dah masuk 125.4 lb ~ 57 kg! Berat, kan?? Tapi okla kot, sebab waktu saya awal-awal mengandung berat dah 47 kg. Makan tak pula berselera, tak seperti sewaktu mengandungkan Iman, tapi.. perut saya agak besarla. Sebab kata adik-adik, perut saya dah macam belon.. tunggu masa je nak pecah. Ehe~~ Minggu ni dan minggu depan saya pulun habiskan ganti puasa. Agaknya berat tak naik sangatla kot. Kalau berat tak naik, banyak pula soalan nurse dan midwife. Kalau boleh midwife nak saya naik sehingga 30 lb tau. Ish ish..... macam manala badan saya kalau naik 30 lb. (read: weigh gain)


3 minggu lepas kot, saya buat glucose test... Entah saya ingat ke lupa ke, saya breakfast pagi tu.. dengan cokodok pisang pulak tu! Sudahnya result glucose saya 144! Ada diabetes pulak...... (normal takat 140 je) Lepas tu bila saya bgtau saya makan cokodok pisang tu, saya terpaksa buat balik test tu. Kali kedua, kena puasala pagi tu, alhamdulillah result keluar 134. Tinggi juga, waktu Iman dulu.. 90 je. Sangat rendah.


Ultrasound kali pertama, seperti biasa buat di Saint Elizabeth dan jumpa balik Dr Kenney. Bila cek, baby semua ok, perkembangan pun memberangsangkan dan yang dia suka... hb saya naik dan berada di paras selamat. Waktu mengandungkan Iman hari tu, disebabkan hb rendah, setiap bulan kami pi jumpa Dr Kenney tuh, jenuh pulak setiap bulan buat ultrasound. Bil nya?? Saya sendiri tak tahu sebab medicaid cover semua. Yang pasti Dr Kenney charge ultrasound $300 tanpa perlu berjumpa dengan dia (itu kalau yang tak ada insuran la..kalau ada agaknya hampir 1000 USD la kot). Kalau perlu jumpa Dr Kenney lain pulak harganya. Adoiiii.. pendek kata mengandung sahaja perlu habis 5 ribu.. kot nya la.. Yang kelakarnya, waktu ultrasound tu, boleh pulak Iman marah-marah dan nangis-nangis sebab nurse duk pegang perut saya. Eh bukan ultrasound je, waktu midwife pegang pun dia marah-marah juga.. Iman.. Iman..





Umi waktu 29 week pregnancy.. Gemuk tak? Tapi waktu ni, baju pakai 3 lapis ni... hahahaa...*coverrrrrr...*





Ok, habis dah cerita umi. Meh kita tengok Iman pula....









Kelakar betul.. entah bila, tiba-tiba Iman ambil tudung saya dan pakai. Lepas tu naik atas kerusi dan diam-diam je berdiri disitu. Kelakar sangat.. lagak ustazah ke apa saya pun tak tahu. Iman... Iman...

p.s: lama bersarang blog, sekali keluar 2 entry plak.. tak sampat betul. Nak buka blog pun tak sempat, apatah lagi nak blogwalking!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kalut Ribut

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang



Semalam, pertama kalinya abgfiz kena bagi seminar yang mana tajuknya langsung tak ada kaitan dengan research dia selama ni - bedbug, pendek kata pepijat katil. Selama ni, dia duk 'expert' pasal anai-anai je. Yang kelakarnya, dia duk risau dari 2-3 minggu lepas lagi, padahal bukan dia tak biasa bercakap depan orang ramai. Slide untuk seminar semalam dia buat 70 slide, dan ambil masa 50 minit (memang sepatutnya 50 min pun..), yang tak tahan nya dia duk berlatih sehingga tekak jadi sakit dan naik kering.



Dipendekkan cerita, semalam juga kami ada appoinment untuk WIC, dan appoinment OB Gyn. Appoinment untuk WIC dalam jam 8 pagi dan jam 9 pagi untuk OB's. Jam 745 pagi tu, kami dah siap-siap dan abgfiz ke kereta, panaskan enjin.. Tiba-tiba, kereta pula terkunci! Tula, duk fikir pasal seminar sangat, abgfiz dah kuncikan kereta, dan kunci duk dalam kereta. Dalam kalut-kalut tu, saya pun panik juga.. abgfiz minta saya tengokkan nomber telefon Locksmith di Yellow pages. Alhamdulillah, cepat dan cekap orang tu datang (almost 10 min).. tak sampai 5 minit..kereta dah boleh buka. Yang tak tahan nya, servis tu mengambil upah $19.90! Adoii, macam ni saya nak jadi tukang buka kete jugala.. sekali dapat $20. Gara-gara cuai, terbang $20!



Kami tiba di Health Deprt tepat jam 805 pagi, terus daftarkan diri dan tunggu nama dipanggil.. Sekejap je, pekerja bahagian WIC tu datang dan bagitau...



'Do you want to change the formula or family planning? Because you still have another check for Dec..'



YaAllah tak perasan betul yang sepatutnya kena call untuk appoinment seterusnya selepas Dec 1 nanti. Waktu saya call untuk buat appoinment tu, WIC folder duk dengan abgfiz. Rugi je kalut-kalut sehingga terkunci pintu kereta walhal tak perlu ke Health Deprt pun...











Kelakar kan??





Me at 24 week pregnancy :



Jumpa OB semalam, berat bertambah 10 lb. Terkejut betul... Bulan lepas berat saya baru 107 lb ~ 48.6, bulan ni dah bertambah ke 116.7 lb~53 kg! Fuh, berat nya... seingat saya, makan kali ni tak berselera sangat pun. Macam mengandungkan Iman hari tu, saya asyik lapar je... ke mana-mana wajib bawa roti/kueh atau makanan. Mengandung kali ni, biasa je..mengidam pun tidak.



Bil 3 kali prenatal visit dah sampai, jumlahnya.... almost $800!!! Mahalnya.. sekali OB visit = $104. Pap smear pula, $400++. Jangan tak tahu, urine test pun kena bayar!. ya Rabbi, kalau kat Malaysia ni entah free je kot. Tu sebab kami tak declare ada insuran, kalau declare.. memang lagi banyakla. Tapi, kami dah declare pun ada insuran. Hari Khamis ni baru nak buat ultrasound. Kalau tanpa insuran sekali ultrasound $300 , kalau ada insuran.. tak tahula berapa. Agaknya jumlah bil mengandung dan bersalin kat sini tak lebih $30 000! Kalau bersalin biasa, biasanya $10 000, itu tak termasuk bil nurse yang jaga kita, bil nurse yang jaga bayi kita, bil doktor yang sambut bayi kita. Kalau bersalin secara C-sec, mahal lagila kot.. Ish kaya betul doktor kat sini!... Agaknya sebab tula Obama duk perjuangkan Health Care, bayangkan kalau kat Malaysia perubatan mahal.. banyak mana orang yang sakit tapi tak dibuat rawatan?? pi mai pi mai, Malaysia jugak terbaik...


International Bazar :


Malam tadi mek Raihan kalut betul duk telefon saya, tanya pasal sambal nasi lemak. Kelakar betul... rasanya hari tu dah buat bersama-sama, mungkin takut tak jadila tu. Sekejap telefon tanya apa yang kena blend, sat tel tanya nak tumis macam mana, sat tel bagitau tak naik minyak, last sekali telefon.. terbuh asam jawa banyak. Kelakar betul.. last dia call saya dah lena dah pun..


Sebenarnya, saya bukannnya reti pun masak nasi lemak. Kat Kb saya memang jarang makan, bukan feberet. Kan dah cite, sarapan kami nasi kerabu, nasi dagang, nasi lemak jarang... tapi sebabkan abgfiz ni feberet dia nasi lemak, saya praktiskan juga masak sambal tu. Awal-awal langsung tak jadi, tapi kata abgfiz...'sedap...' Dah lama-lama, secara automatik jadi mahir. Raihan, masak selalu insyaAllah pandaila nanti. Silap-silap boleh buka kedai balik nanti! Kaya raya tau...


Hari ni, saya ke Union, tengok apa yang dijual.. nasib baik dah makan siap-siap kat rumah. Nasi lemak, sambalnya pedas dan termasam. Tapi habis juga orang belinya.. selain dari tu, ada dijual cendol, air soya + cincau, karipap besar gabak dan kueh lapis. Wah teringin plak nak makan, nanti nak try buatla.. tu pun kalau saya rajin. Ehehe..





Cendol + sagu + kacang +jagung. Kalau ada ais lagi bestla..jadi ais kacang..



Syafiq dan Irfan siap pakai baju Melayu lagi, hebat!!




Karipap besar gabak tu harga $3, cendol + sagu tu harga $2 dan nasi lemak.. err tak tahula berapa.. Ni makanan Raihan, saya beli karipap dan air soya je. Karipap memang simpan untuk abgfiz, kebetulan ada kelas di Beader Centre sampai jam 145 pm.






Ni Iman tika saya sedang solat di nursery centre di restroom, Duk melompat-lompat je keje..



Balik tadi, dia amik bekas tu buat topi.. Comey pula...



Moral :


- Sila tenangkan diri menghadapi apa jua keadaan

- Praktis selalu masak, insyaAllah jadi.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cendol ku~~~

Bismillahirahmanirahim

Yey, menjadi cendol saya.~~ lalala~~~ Sebenarnya di anak dara, mek Raihan ni duk tanya saya macam mana nak buat cendol. Dia nak jual di International bazar nnt, bawah NUMSA la tuh. Saya pula, terus telefon mama saya.. hehe~~~ kate tak reti.. kenala tanya pada yang pandai. Sebenarnya, mek (nenek) saya dulu tukang jual kueh (masa muda-muda dulu), kueh ke, kerabu ke, segala-galanya la.. Memang sedap mek saya masak, sedap dan sangat bersih hasil tangan nya. Kalau dia tengah buat kueh ke, masak ke.. dia tak kasi kami cucu-cucu masuk dapur. Katanya buat kacau dan serabut mata kepala dia je.. Tapi honestly, mek memang pandai masak!

Si Mek Raihan ni buat guna tepung gandum.. bila saya tanya mama saya katanya sambil gelak 'org xbuat cendol guna tepung gandum, guna tepung beras..' wakaka.. tergelak-gelak saya.. duk gelak kt sapa entah..(sebab diri sendiri pun tak tahu..hahaha). Jadi, hari ni dengan kerajinan sedikit tu.. saya cuba buat cendol versi saya la.. Acuan cendol, saya amik penapis sayur yang mana lubang dia kecik berbanding acuan condol mek.

1 cawan tepung beras + 3 cawan air = masak atas dapur sambil kacau sehingga tepung masak. Kebetulan pula, si 'pembantu' saya tu sedang bermain.. saya tak dela kisah sangat pada dia. Bila tengok dia main, masyaAllah..... dia amik pisang atas meja makan (pisang duk tepi meja, sambil masak sambil saya suap pisang tu..) di buat cokodok atas carpet. Dilenyek-lenyek menggunakan kaki dan tangan dia. YA Rabbi.... geram + nak marah sangat masa tu. Saya terpaksa hentikan cendol saya tu.. dan kutip pisang serta lap carpet dan mandikan Iman. Sabar banyak-banyakla bila anak meningkat besar dan nak 'explore' je, mak nya pula sedang sarat mengandung...memang kena sentiasa selawat. Kalau tak, ada je tangan naik kt budak yang tak tahu apa-apa tuh!. Bila pakaikan baju Iman tadi.. sayu pula hati saya sebab dok marah-marah kat dia. Budak 15 bulan mana tahu apa-apa.. Main je dia tahu, bahaya ke.. salah ke.. mana nak tahu.




Cendol dan air cendol saya..


Yang pula Iman.. ghajin bebenor dia. Kalau ke dapur ada je barang dapur diambilnya, terutama bekas puteh tu. Bekas tu memang kegemaran dia, dah ambil.. boleh pulak dia letak atas kepala terus mausk bilik mengadap cermin! Lucu betul... konon tudungla tu.


Senyap-senyap saya snap gambar dia bercermin dengan bekas puteh tu..




Bila dapat bekas, diambil pula sudip. Pandai pula masak.... Itula Nurul Iman. Racun saya, penawar saya..



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Perbezaan dahulu dan sekarang~

Bismillahirahmanirahim




Lama sungguh saya tak update pasal pregnancy. Ehh lama ke?? Rasanya tak pernah update pun. Ekekeke






Gambar ni diambil bulan Jun lepas. Kat rumah memang dah sedia ada pregnancy test, nak dijadikan cerita :::::::: pada pagi yang damai itu, saja saya mengada-ngada nak test TETAPI... result yang keluar adalah dua bar!! MasyaAllah terkejut sangat-sangat, sebab saya memang tak bersedia untuk mengandung kali kedua di sini. Apa-apapun, abgfiz memang bersyukur walaupun kami tak merancang. Rasa tak percaya, abgfiz beli lagi pregnancy test yang digital : total semua pregnancy test yang saya guna adalah 5 batang! Punya tak percaya...


Perasaan saya pada ketika itu???? Bercampur baur : sedih pun tak gembira pun tak, keliru pun ada, kesian pada Iman pun satu hal, banyakkkkkk sangat saya fikir! Pagi-pagi lepas subuh jam 5 pagi saya call adik saya Ain, bila saya duk cerita.. boleh pulak dia gelakkan saya! Sabor jela...


Sebenarnya saya sedih, bukan apa... niat saya untuk susukan Iman selama dua tahun gagal! Kebetulan pula pada waktu yang sama, Iman tak nak langsung menyusu. Saya terpaksa pump guna pump biasa, itupun dia tak nak minum. Menangis-nangis saya bangun tengah-tengah malam pum susu. Lantas, saya emailkan pada nurse : Megan. Kata Megan, dia cukup yakin sebenarnya Iman nak tumbuh gigi. Lega betul saya baca email Megan dan saya duk tilik-tilik gigi Iman. Memang betul nak tumbuh gigi sebab ada dua batang di bahagian atas. Syukur alhamdulillah...


Bila kandungan memasuki bulan kedua, saya masih lagi merahsiakan kandungan daripada keluarga dan rakan-rakan kecuali Ain dan Sakinah (adik bongsu saya..) Tu sebab si Ainla duk bagitau. Lepas tu baru saya bagitau mama saya.. Mama biasala... tenang dan mengeluh sedikit : risau saya disini, risau Iman lagi, abgfiz kelas lagi.. Tapi akhir kata mama, " Ja, bila Allah dah tetapkan sesuatu, Dia tahu kita akan mampu menghadapinya. Cuma kuatkan sabar dan tabah bila menghadapi kesulitan. Kalau kita duk nak anak pun, tapi bila Allah tak nak bagi.. memang sampai bila-bila pon tak dapat. Begitu juga sebaliknya... Bersyukurlah." Kata-kata yang cukup membuatkan saya menangis sedu-sedu! Selepas yakin, saya terus call mak abgfiz, ternyata dia terkejut, risau semua ada. Mana ada mak tak risau anak, kan?


Masuk bulan kedua juga, saya dah start mabuk, pening, muntah. Muntahnya kurang berbanding saat mengandungkan Iman tapi pening dan sakit kepala sentiasa! Menyebabkan saya tak boleh berdiri, semua masak, mandikan Iman, jaga Iman ... semua diuruskan oleh abgfiz. Saya betul-betul tak mampu! Solat pun duduk. Itupun nak jatuh je. Cuma yang ketara, saya masih berselera untuk makan. Perut saya hanya boleh menerima ikan bakar dan sup sawi sahaja. Waktu Iman dulu, saya langsung tak boleh makan.. minum air pun akan keluar balik walaupun air masak semata-mata.


Mengidam??? Kali ni langsung tak teringin nak makan apa-apa. Waktu Iman dulu, sampai saya ngigau nak makan mee goreng mamak dan ikan cencaru bakar. Cuma dah masuk bulan ke5 ni saya teringin nak makan rempeyek. Mengada tak? Nasib baik rumah budak-budak perempuan tu ada rempeyek. Makan sekeping dua pun jadilah.. Ehehe..


Selera pula, kali ni lebih suka makan ikan dan sawi serta ayam. Waktu Iman dulu, saya betul-betul suka makan daging. Daging sepanjang masa. Kali ni, makan apapun tak kisah tapi ikan dan ayam jela. Udang tu sikit-sikit bolehla. Dua tiga hari ni duk suka makan ikan bilis goreng + telur - digoreng bersama setelah ikan bilis garing. Sangat sedap!! Jujurnya, saya memang tak suka telur, selain daripada baunya yang tak enak saya akan mengira jumlah kolestrol dalam sebiji telur. Sebiji telur ada 250 mg kolestrol, dan kita sepatutnya makan hanya 300 mg kolestrol sehari. Kalau saya makan pun, saya akan tinggalkan telur kuning. Ekekek, macam budak kecik! Jangan tak tahu, tak semestinya orang kurus tak banyak kolestrol dan tak semestinya orang gemuk mempunyai banyak kolestrol. Kawan saya sendiri, cekeding je orang nya tapi bila buat medical check up, kolestrol melebihi had - sebabnya : dia suka sangat makan minyak sambal tumis tu. Kalau ada sambal tumis, memang dia amik minyak semata-mata. Tapi semalam, abgfiz duk terangkan kolestrol untuk subjek Biochem : (hari ni dia exam Biochem), katanya kolestrol ada baik ada tak baik. Tanpa kolestrol, badan tak boleh fungsi dengan sepenuhnya.. ~~~ Merapu sampai kolestrol pula....


Susu masih saya minum cuma tak seghairah waktu mengandungkan Iman dulu. DUlu saya buat susu tu macam minum air masak je. Sekarang, hanya 2 kali sehari minum susu, tapi insyaAllah akan dipertingkatkan lagi.


Apa-apapun, saya mengharap bayi sihat dan selamat nanti. Tak sabar menunggu hari kelahiran. Oh ya.. ada yang bertanya.. Iman ok ke?? Hum.. awal 3 bulan pertama, Iman sangat berdikari ; main sorang-sorang, bangun tidur tak nangis, tidur pun bersendiri, terkadang lena dengan sendiri. Akhir-akhir ni, dia sangat suka berdukung. Ummi betul-betul tak mampu nak dukung dia, tapi yang bagusnya bila dengar je ayah balik.. terus pi terkam ayah. Satu yang saya agak susah, Iman asyik nak berada disisi saya je.. walaupun saya ke bilik air : pasti dengar bunyi dia menangis sambil ketuk-ketuk pintu bilik air. Kalau ke dapur pun sama, cuma dia akan main sendiri bergolek-golekan di lantai dapur yang tak berapa nak bersih tu. Sabar jela...


Weee~~~~ autumn sudah memunculkan diri.. Sejuknya nyaman, daunnya sangat cantik. Suke.....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

update

Bismillahirahmanirahim

Dah bersawang dah rumah saya ni. Huk... Rumah blogger lain pon tak sempat nak jenguk. Sihat ke semua? Sekarang jam 1026 malam, tadi konon nak meneman abgfiz buat keerja. Last-last saya yang lena.. Mata pun dah kuyu sangat dah ni..

Ramai pula nak tahu cerita Iman sekarang. Bukan saya tak punya masa untuk berblog, juga bukan sibuk sangat pun.. tapi kerusi meja komputer ni harus jauh dari meja. Kenapa? Sebabnya, Iman akan sibuk kan diri untuk naik dan berlepak-lepakan di atas meja komputer ni (apa punya ayat da.. belit-belit..). Silap haribulan, jatuh..

Malam hari pula, lepas je solat isyak automatik mata saya dah kuyu sangat. Mata dah kuyu bermakna bantal akan disorong tak lama lepas tu. Kadang tu, saya nak tidurkan Iman je pon.. Iman tak tidur, saya yang lena dulu. Haishhhh..
InsyaAllah ada masa dan rezeki, saya update kan satu-satu kisah anak perempuan saya, ada masa saya updatekan cerita ceriti kami disini. Sekarang dah mula musim luruh, sejuk nya awal pula tahun ni. Kat rumah pakai stokin je, malas pula nk buka heater - buka heater akan bertambah kering kulit kami anak beranak..
Till then... selamat malam..


p.s: sedar tak sedar, kandungan dah masuk 5 bulan dah. cepat betul masa berlalu kan???? huhuuuuuuuuu

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Banyak entry pulak~

Bismillahirahmanirahim..


Yang ini langsung tak ada kaitan dengan tajuk. Tiba-tiba ghase ghajin bebenor nak membuat entry. Kalau biasa malas sungguh! Kebetulan Lanabulu bertanyakan hal ini, terus saya masukan dalam entry.


Sebelum saya berkahwin dan mengandung, saya selalu je pening. Pendek kata cepat pening dan pitam. Terutama apabila masuk waktu tengahari dan biasanya kalau jalan banyak. Sebab tu kalau outing dengan saya, saya suke ajak kawan yang tak berapa nak outing. Sebabnya.. kawan macam tu cepat nak balik ;p. Kalau jalan lama-lama, saya cepat je..mata kabur, menguap, pening, nak pitam. Sahla tu, kena duduk, minum air sekejap. untung suami saya, saya jenis yang tak lama bershopping ehehe..


Pada umur 17.. sweet je masa tu.. umur 17 berat saya 39 kg! Bayangkan betapa kurusnya daku ketika itu.. Waktu itu, kalau jalan lama sikit, mulalah..pandangan cepat je hitam. Nak pitam lah tu. Tapi kerana saya tak sakit dan demam, saya biarkan aje.. firasat saya, mungkin migrain kot..


Dah berkahwin, saya mengandung di US (nak jugak sebut..) . Ketika mendaftarkan diri di Health Department, saya harus menjalani ujian hemoglobin (untuk mengetahui kandungan hb dalam darah). Waktu itu, nurse terkejut dan 2 kali darah saya perlu diambil (betui ka tatabahasa ni?) . Kandungan hemoglobin dalam darah saya hanya 10 mg. kalau normal dalam 12-13 (yeke?? lupa daaa)


Jadi, dek kerana kandungan hb saya yang amat rendah itu, saya harus ke Hematology & Oncology. Di sana, sampel darah saya di ambil dan dihantar ke LA untuk dibuat ujian. Datang bil, masyaAllah $ 700++.. mahal sungguh!! Kalau convert, hampir Rm3000. Kata Dr Onco saya tuh, saya mempunyai darah abnormal, mungkin sickles cell atau E type. Sebelum itu, Dr suspect saya ada thalasemia. Tapi saya yakin saya tak ada sebabnya,


# keluarga saya memang tiada yang meninggal pada waktu kecik

# adik-adik saya semua sihat-sihat (bertambah sihat pon ada)


Dengan kata-kata Dr itu, saya harus ke Hematology & Oncology tu setiap 3 bulan dan setiap bulan darah saya harus diambil. Bukan sedikit, 3 tabung uji yang kecik tuh. Banyakla tu.. Semakin hari hb saya semakin rendah, paling tinggi 7 dan paling rendah 6. Kata mama, dia pon macam tu tapi 9 paling rendah. Disuruhnya saya makan kerang. Aiyak..kat sini kerang sungguh tak sedap. Bau yang kurang menyenangkan. Tapi dek kerana hb rendah juga, saya asyik pening dan nak pitam. Walaupun di dapur, kadang tu asyik nak jatuh sebab darah tak naik ke otak kan.


Dalam pada itu, setiap bulan saya harus ke Saint Elizabeth bertemu muka dengan Dr Kenny untuk ultrasound. Sungguh caring dr dan nurse kat sini! Agaknya dah berapa ribu Usd habis ye? Yang pasti saya dapat medicaid for unborn baby.


Hb jenis E bukan normal, normal hb jenis A, F dan A2. Mengikut pengajian suami saya untuk subjek Biochemistry 1, hb type E jenis yang sangat nipis dan susah untuk mengangkut oksigen. Tapi biasanya, hb jenis ini datang dari Southeast Asian esp Viet dan Thai. Hah,, barulah saya tahu kenapa dan mengapa saya sentiasa pening kepala...pendek kata saya ni anemia. Jalan sikit dah nak pitam tapi memang saya ada sedikit genetik dari Thailand. Mungkin dari atuk atau moyang, saya tak pasti. Kate anak kelantan, dah dekatla dengan Siam tuh.


Hb E bukanlah thalesemia. Kalau saya ada thalesemia, dah lama saya meninggal. Juga saya bukan pembawa thalesemia. More info go to here and here



p/s: tak dapat nk cari gambar hb type E, Iman mengamuk entah kenapa..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pengalaman Bersalin

Gelang yang wajib dipakai ketika dalam hospital.. tak boleh hilang. setiap kali Iman dihantar ke bilik untuk menyusu, nurse akan pastikan nombor di pergelangan tangan sama.







Alhamdulillah setelah 2 minggu berpantang.. sebenarnya tak sampai 2 minggu hari ni hari ke 12-berpantang macam tak pantang.. macam mana tu? Kalau kat Malaysia pantangnye semua kena ikut..sini tak tahu nak ikut sebab tak berapa nak tahu pantang macam mana. Orang kat Mesia bertuku, berurut, mandi daun, etc etc tu..saya kat sini hanya mandi daun..tu pon daun yang ada di Asian market. Makanan pulak..semua makan kecuali seafood. Tak sure ok ke tidak. Hantam sajala....


Berbalik pada pengalaman bersalin ni kan.. kami diarah ke hospital untuk monitor baby.. then Karen kebetulan oncall hari tu datang jumpa.. katanya 'if baby isnt come out a week after due date..we have to induction'..gitulah yang dibincangkan dengan Dr Kenny- Dr ultrasound Iman. Jadi, dipendekkan cerita.. sakit datang sentiasa tapi tak berterusan..susah nak cerita tapi macam tula.. Ada kalanya sakit sangat, tapi sekejap-sekejap je. Mak kat Mesia setiap masa hantar sms.. risau katanya. Jadi Isnin tanggal 10 Ogos tu, berbekalkan nasi lemak - tepat jam 11 kami ke hospital bahagian Labor and Delivery.. terus masuk ward. Jam 1 pulak kami dihidangkan dengan kek..sedap ooo apple cheesecake, dan carrot cake. Sambil menunggu kena induce tu, sempat lagi la saya baca surah Maryam dengan harapan baby mudah keluar. Abgfiz pulak sibuk tel mak, keluarga di Kelantan untuk memaklumkan keadaan kami..




Labor room yang dilengkapi dengan jakuzi..




Alhamdulillah sejurus solat jamak zohor dan asar (kebetulan baca blog kak tini, dia buat solat jamak..jadi ikut dia je..) Nancy peterson- midwife seangkatan dengan Karen datang cek dilation cervic. Katanya contraction every 10 minute tapi dilate hanya 2 cm sahaja, tapi effacement dah 70% dan baby's head dah ke angka +2. Maksudnya, kepala baby dah masuk tulang pelvik. Anggaran kepala baby tu dari -4 hingga +4. _4 bermaksud kepala baby tak masuk langsung ke tulang dan + 4 tu baby dah keluar dari tulang pelvik.




Nurul Iman sejurus keluar dari rahim- berada diatas uminya




Nancy memasukan tablet prostaglagnin ke dalam rahim- tak sakit langsung tetapi..sejurus selepas itu.. contraction datang setiap 5 minit dan kurang.. sakitnya bolehla tahan.. alhamdulillah, abgfiz sentiasa mengurut, membaca surah an-nahl ayat 78 dan sentiasa membaca surah maryam. Abgfiz juga sentiasa memasang AlQuran, jadi terasa tenang sedikit berada di dalam kesakitan.. Kami beruntung kerana bilik untuk deliver sangat selesa dan hanya kami berdua sahaja. Dibekalkan dengan tv, internet, bilik mandi yang ada jakuzi, radio, sofa, kebetulan bilik mengadap tasik..segalanya sangat selesa.




Nurul Iman bersama Nurse Julie yang sangat sabar melayan karenah umi Iman



Jam 730 malam nurse Julie mengambil alih tugas untuk menjaga kami. Jam 8 Nancy memeriksa dilation- 4-5 cm pembukaan. Aduh..lama sungguh. Dan kata Nancy, proses induction ini berjalan dengan cepat.. biasanya 3-4 dos dimasukan. Tapi hanya 1 dos, telah menampakkan hasil. Dengan 4-5 cm pembukaan cervix, Nancy pecahkan air ketuban. Punya banyak air ketuban.. patutla perut besar.. setelah dipecahkan air ketuban..sakit yang datang masyaAllah...teramat sakit.. terasa nak tercabut kaki pon ada, segala2nya ada. Alhamdulillah abgfiz sentiasa disisi memberi semangat dan membacakan doa-doa.


Sakit datang bertambah kuat sehinggakan saya dah tak mampu menahan.. terus minta pain killer pada Julie. Dia hanya masukan IV fluid. Namun sakit tak juga terhapus. Kata abgfiz tangannya hampir patah dek kerana genggaman tangan saya. Sakitnya Ya Allah..patutlah.. orang cakap bersalin sebenarnya bertarung nyawa. Setiap kali sakit datang, air ketuban akan keluar. Jadi dengan kiraan kesakitan tu, dah 4 kali Julie menukar lapisan atas katil. Betapa banyaknya air ketuban.. Dengan kesakitan itu, nurse Julie mencadangkan saya ke jakuzi, atau menggunakan birthing ball. Tapi semua tak masuk dalam fikiran saya..terus Julie membuat urutan demi urutan untuk meredakan kesakitan. Sangatlah bagus perkhidmatan di hospital itu!


Jam 11 saya terpaksa minta pain killer lagi.. kali ini sebelum Julie masukan pain killer, dia harus melihat berapa pembukaan cervix. Kali ini cervix dah terbuka 7-8 cm, jadi dia masukan pain killer yang agak kuat- kesakitan tak terasa tetapi mengantuk yang amat sangat. Alhamdulillah, setelah itu saya tertidur selama satu jam dan alhamdulillah, abgfiz sempat merehatkan diri selama 1 jam.



Bergambar sebelum diinduce - apple cheesecake dan carrot cake depan mata..


Jam 1 sakit kembali datang..kali ini memang sakit sangat.. rasa nak meninggal pon ada. Terus minta maaf segalan2nya pada abgfiz. Mana tahukan umur tak panjang. Dalam rasa sakit tu, minta juga ditambah dos pain killer. Namun, Julie haus cek dilation sebelum menambahkan dos. Alhamdulillah pada waktu itu bukaan dah 9 cm. Jadi pain killer memang tak boleh pakai dah. Sakitnya..Allah saja yang tahu. Maklum sajalah, saya tak minta epidural - katanya epidural dapat hilangkan sakit. Kadang tak terasa sakit langsung.


Terus Julie telefon Nancy-yang memang dalam perjalanan ke hospital, telefon kakitangan untuk set deliver baby. Dalam masa yang sama, sakit tu membawa rasa nak push.. Tapi Julie dan abgfiz terus bagi kata2 semangat supaya jangan push ....tarik nafas dalam2.. Tapi dalam keadaan begitu terpush jugak cuma tak kuatla.. Kebetulan Nancy sampai.. dan bila diberitahu sudah 9 cm, Nancy cakap..' Nurul, if you wanna push.. you can push..' Bila dah macam tu, dan terasa contraction..terus push. Tapi susah juga Iman nak keluar..mungkin sebab baby besar. Alhamdulillah dekat 1/2 jam push..tepat 243 pg Selasa, Iman keluar.. Menangis juga abgfiz. Terus diletakan Iman diatas perut ibu, terus abgfiz iqamahkan dan abgfiz disuruh memotong tali pusat. Setelah itu, proses membuang plasenta..sakitnya teramat apabila Nancy menekan rahim..aduhhh..sakitnya Allah yang tahu.. namun alamdulillah..semuanya selamat.. Habis suara sebab dok push.. menjerit jugakla. Habis baju abgfiz ditarik dan digenggam..

Segalanya menjadi pengalaman.. Sejurus setelah Iman dimandikan..disuruh Iman menyusu badan.. penat tak terkira tapi Iman memang dah lapar sangat masa tu.. Nak tak nak susukan juga walaupun sangat exausted. Tapi setelah Iman keluar dari rahim..segala kesakitan automatik terhapus..mungkin itu hikmahnya.

Berada di hospital selama 4 hari 3 malam sangat bermakna.. diberi layanan bak puteri, setiap pertukaran shift, nurse akan dtg jenguk..if anything kita nak..makanan pulak sedap2 wooo.. cuma hari pertama tula..yela dah kita tak bagi list makanan..diberi pulak roti bakar + bacon. adeii..makan roti jela. Abgfiz turun bawah cafe belikan sandwich tuna..merasa jugakla tuna pagi tu..tak sure boleh ke tak makan makanan macam tu. Tapi seiring dengan penghantaran makanan, diberi list makanan untuk keesokan hari. Sedap sangat makanan..mashed potato, + apple crisp + nasi ( kdg ada) + susu + juice + salad..ish sangat sedap. Tengah hari pulak, setiap jam 1 diberi kek..strawberry cheesecake-of course my fav + chocolate cake. Kadang carrot cake, lemon cake..memang sedap. Bedal je apa yang diberi..

Setiap malam pula.. nurse dari nursery akan datang.. katanya 'if you wanna rest, let us know so we can take care your baby..' Jadi if kami nak tidur, tel je nursery. Nurse akan datang dan ambil Iman. Abgfiz tidur di sofa bersama selimut dan bantal. Kadang dia tidur di rocking chair. Memang selesa.. Dah hari ke4, kami pulang.. dalam pada itu terasa sedih nak tinggalkan hospital.. dengan staff yang sentiasa baik, layanan yang bagus, makanan yang enak.. Tapi apakan daya.. bukan rumah kita..hehe..

So..back to home..home sweet home..



p/s: malas nak susun gambar.. semua tak teratur.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kehadiran yang dinanti

Bismillahirrahmanirahim..



Alhamdulillah segala puji kepada Allah yang Maha Esa dan Kuasa atas nikmat kurnia anugerah yang tak ternilai. Nurul Iman Abdul Hafiz selamat dilahirkan pada August 11 2009 tepat jam 0243 am. Cik Iman ni sebenarnya tak mahu2 keluar dari perut. Agaknya sedang berada di zon yang amat selesa.


Ikut jangkaan iman mungkin lahir pada minggu ke 37, 38 tapi tunggu punya tunggu bulan tak timbul-timbul. Lepas tu umi dia ni search pasal nak cepatkan bersalin dan mudahkan bersalin.. Semua tak jadilah.. semua orang suh berjalan. Setiap hari duk jalan di parking lot depan College of Law yang besar tuh.. tapi duk tangtu jugak. Contraction ada tapi tak kerap. Kalau ada pon, sejam dan lepas tu dah tak ada. Adeii..susah benor..

Pada minggu ke 40, tepat pagi 4 August (rasanya..dah lupa dah) lepas balik dari berjalanla kononnya, tiba tiba rasa contraction yang kuat sangat. Terus abgfiz bawa ke hospital..Sampainya di hospital, contraction pulak dah tak ada.. Ni saje nak main-main ni.. Bila dah ke hospital, masuk labor and deliver room.. Adeiii cervix dilation baru je 1cm dan effacement hanya 0-25% sahaja. Kalau nak tahu effacement tu apa..google sendiri ye..





Berjalan keliling Holmes Lake



Lepas tu, setiap harila dok jalan-jalan.. dan pernah abgfiz ajak berjalan ke Holmes Lake yang besar tu. Punyala rasa jauh.. dalam 2 jam berjalan.. tapi cervix tak dilate2 jugak.. Hishh Cik Iman ni memang selesa la dalam tu. Duk mengadu kt Kak Nadiah..bilalah baby nak keluar..hihihi. Yela perut makin besar, berat makin bertambah..pergerakan susah pulak tu.. Tapi sabar ajala..



Bila jumpa midwife- Karen.. gelak tak habis-habis dia.. yela dah baby tak keluar-keluar. Dia menjangka cepat tapi lambat pulak.. Tapi katanya if after due date baby tak keluar, we have to talk about this... Sebelum tu, sempat lagi duk buat nasi kerabu, pastu kak nadiah menjamu nasi ayam. Yela satg tak sempat nak makan. Lepas pantangla jawabnye..lambat lagi tuh.. Jadi membedal sahaja sebelum deliver..hihihi.


Lepas ke hospital tempoh hari, kami diminta datang hari Sabtu hujung minggu tu, katanya nak monitor bayi. Umppp... nanti sambung lagi ye.. malas pulak nak bercerita panjang-panjang..







Kehadiran yang dinanti..Nurul Iman Abdul Hafiz


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Lamanya


Pejam celik pejam celik dah dekat sebulan blog tak diupdate. Banyak perkara nak diceritakan tapi momentum nak menaip tu tak sampai-sampai lagi. Abgfiz dah berkali-kali memaksa supaya blog diupdate. Tapi ni kan blog dia juga.. jadi dialah patut update kan.. Sambungan vacation hari tu tak tersambung lagi. Jika ada yang menunggu maaf ye ;p


Sekarang kandungan dah masuk ke 38 ++ week. Jadi berapa hari lagi tuh nak menunggu? Semalam dok menggoogle tanda-tanda hampir bersalin..


* Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis.

-rasanya bayi dah turun sebab midwife cakap 'oh your baby is already lightening..'



* Keluar lendir pekat seperti gam yang lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.

-ni belum lagi.


* Pengecutan otot rahim yang semakin kerap dan untuk tempoh yang lama.
-dinamakan contraction. Tak pasti bagaimanakah rasanya. saat bertemu midwife 2 hari lepas dia cakap perut tengah contraction tapi tak rasa sakit apa pun. Jadi macam mana tu nak mengesan contraction dah ke belum?


* Keluar lendir bercampur darah apabila pintu rahim mula membuka.
- ini pun belum..




*source here



** baby..bilah mau keluar??

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Dental Appointment


Hari ini kali kedua dental appointment di Health Department. Kali pertama gigiku discan, lagi dicuci, dibasuh (sama jela maksudnya tu..) dicek segala jenis penyakit. Last nurse tu bagitau doc suruh wat x-ray- sebab nak buang gigi geraham yang bongsu tu..


Huwaaaa...... sakit tu!!!


Hari ini, 2 tempat dibuang kaviti dan diletak simenla kot. Sebelum tu doc buat 4 injection kat tempat tuh. MasyaAllah..sakitnyeee!!!!! Dia cakap kalau tak inject nanti bleeding banyak. Sebab orang mengandung mempunyai gusi yang sensitip. Pulak... Tapi bagus juga injection tu, sebab segala jenis jarum besar ke kecik ke..tak rasa langsung! Tapi, yang tak tahannya, rasa kebas tu sampai berapa jam baru hilang. Nak makan tak boleh, nak kumur tak boleh, hatta nak bercakap pon susah. Abgfiz cakap..agaknya nak suh aku ni diamla kot.kikiki.. Mana taknya, balik je abgfiz dr ofis mesti berbuih mulut duk bercerita. Nasib baikla dia jenis yang pendiam.. Bolehla dengar bebelan aku ini ;D



Ingatkan dah nak habis.. rupanya ada lagi appointment lepas bersalin untuk buang gigi bongsu 4 batang tuh. Orang kata sakitnya... lama juga nak sembuh tu.



Macam mana ye nak elak supaya tidak dicabut? Wajarkah gigi ku itu dibuang? Tak mau......

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Shaken Baby Syndrome


Semalam kami berdua menghadiri parenting class yang mana mempunyai 7 slot untuk 7 minggu. Slot minggu ini adalah tentang helath and safety for baby. Kelas yang mengambil masa 1 1/2 jam ini menerangkan tentang keselamatan untuk bayi dan anak-anak ketika dirumah dan setiap peralatan bayi itu harus mempunyai ciri-ciri keselamatan. Kelas sebegini sangat berguna pada kami yang mempunyai kosong pengatahuan tentang penjagaan keselamatan bayi.

Pada akhir slot, kami diberi pendedahan tentang Shaken baby syndrome. Sebetulnya, aku pernah membaca tentang sydrome ini ketika melayari blog Ummusaif. Di dalam video yang ditayangkan semalam, terdapat beberapa kes yang menyebabkan bayi dari normal kepada tak normal hanya kerana kesilapan ibu bapa. Sangat kasihan!






Shaken baby syndrome (SBS) occurs when a frustrated caregiver 'shakes' or 'slams' achild, usually to stop her/him from crying. Thousands of child each year are victims of this form of abusive head trauma. SBS typically occurs when a young child is shaken back and forth and/or slammed tp either a soft or gard sueface. During the shaking incident, veins over the brain tear and bleed causing a subdural hermatoma (bleeding over the brain). In addition to this bleeding, brain tissue is sheared or torn during the shaking. This result in injury to the brain that causes cerebral edema (brain swelling). As the damaged brain begins to swell, the resulting pressure pushes down on the brainstem, which control vital function such as heart rate and breathing.







Kebanyakan ibu bapa apabila bayi menangis, bayi didukung, ditimang, diangkat dan digerakkan badan supaya bayi berhanti menangis.. Hal ini yang menyebabkan otak bayi tergegar, bergoncang dan akhirnya menyebabkan SBS. Sama seperti buaian yang mempunyai spring (rata-rata di Malaysia masih menggunakan buaian ini), ayunan dan gerakan buaian itu boleh mengakibatkan SBS! Di US, buaian berbentuk bouncer sudah diharamkan.

Akhir-akhir ini, berita di akhbar tempatan mendedahkan tentang 2 bapa yang menyebabkan kematian anak mereka kerana SBS ini sekarang berada di dalam penjara. Video semalam juga merakamkan keadaan bayi yang diirawat do hospital akibat SBS ini. Kepala berbalut, mulut terherot, semuanya seolah-olah bayi tersebut adalah bayi down sydrome walhal bayi tersebut normal pada awal kelahiran.

Di akhir kelas semalam, dinasihatkan jika bayi asyik menangis dan kita sebagai ibu bapa sudah tidak mampu untuk meredakan tangisan itu, biarkan bayi menangis sehingga tangisannya berhenti dengan sendiri kerana tangisan bayi bukanlah sesuatu yang menyakitkan bayi. Cuma sebagai penjaga kita mungkin akan tertekan, stress dengan tangisan itu. Juga.. jauhkan diri dari bayi sekiranya kita berada didalam keadaan yang tertekan atau stress.




Kesan SBS


more information visit this and this

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Isnin yang gumbira!

Setelah seminggu menunggu kehadiran En Posmen ke rumah, akhirnya tiba juga. En Posmen tiba di rumah jam 130 petang, setiba abgfiz dari lab. Pada waktu itu, aku tengah duk masak untuk tetamu yang akan tiba petang nanti. Betapa gumbiranya, parsel dah sampai!!! Besar pulak tu..

Sebetulnya, memang aku kirimkan kain batik untuk dipakai ketika pantang nanti pada mama. Kain batik, rempah kerutuk dan rempah dalca. Mama pula beria-ia mau kirimkan berut perut bayi, segala macam ubat, segala macam minyak, dan akar kayu untuk dimakan semasa dalam pantang nanti. Tapi tak pula disangka betapa banyaknya kiriman itu..








Kiriman berupa kain batik 5 helai, kain tudung 6 helai, kain pelikat 3 helai, segala macam rempah segera, segala macam rempah ratus, 1 kg ikan bilis, 4 pasang baju raya (seronok sangat tau!!) segala jenis minyak untuk bayi dan barang-barang buat bayi. Waaa suke sangat.. paling suka dapat makan ikan bilis dari Malaysia..sedap!! yela kalau nak bandingkan yang beli disini tak dek rasa sesedap itu..







Petang tu pula, kiriman mak berupa set bersalin juga tiba setibanya kawan abgfiz, Zaki ke sini. Mak juga kirimkan rempah kari tarbus dan kuah kacang segera (maklumlah tak pandai buat kuah kacang!). Rempah tu memang sedap, tak terbanding dengan rempah kari Babas atau Allagapas. Ia juga buatan orang Melayu. Macam industri kecil-kecilan kot. Bila tiba kawan abgfiz, terkejut sangat aku sebabnya.. barangnya masyaAllah banyak dan besar-besar pula tu. Teringat kami masa sampai dulu ke sini hanya 2 beg yang besar serta 2 beg laptop yang berisi dokuman penting. Mungkin juga mereka mempunyai bayi yang comey itu, jadi barang-barang semakin bertambah.. Tapi alhamdulillah, semuanya selamat tiba..







Tetamu yang sedang menikmati makanan..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pregnancy Class

Semalam kami ke kelas Newborn care, sebenarnya malas nak ke kelas macam ni. Sebab sebelum ni semuanya berbayar dan mahal-mahal pulak tu. Ditambah abgfiz sibuk memanjang. Entah berapa kali midwife duk pesan supaya daftar kelas, daftar kelas. Kebetulan nurse yang selalu datang rumah tu, bawa pamplet Deliver Class dan Newborn Care class. Free pulak tu. Tapi lama jugak terperap pamplet tu, maklumlah abgfiz sibuk dengan kelas dan exam. Jadi KIV dululaa..

Minggu lepas kami ke kelas Deliver baby tu, bagus sangat kelas dia. Banyak benda yang diajar. Kebetulan yang hadir ke kelas tu semuanya orang asing, rata-rata student UNL. Yang bagusnya, minggu lepas hanya 5 pasangan je. Jadi pengajaran sangat bagus, kami cepat mesra dan rapat. Tenaga pengajar juga sangat bagus, berpengalaman 30 tahun dalam bidang ini.

Semalam pula, kelas Newborn Care class. Satu-satu ditunjuk bayi dari mula lahir. Satu-satu ditunjuk cara mandikan bayi, sign bayi sakit, breastfeed, bottle feed, car seat dan sebagainya. Yang menariknya, bayi lelaki disini setelah lahir di KHITAN kan. Tapi kami rata-rata semalam bayi yang bakal lahir semuanya perempuan, jadi pengajar tidak menyentuh secara mendalam tentang KHITAN tu. Car seat untuk bayi disini sangatlah dijaga, siap ada expired lagi. Memang tak rugi ke kelas semalam. Banyak ilmu pengatahuan tentang bayi, dan ianya sangatlah berguna untuk orang yang duk jauh dari keluarga ni. Semalam juga banyak dapat barang free. Suka laaa kan... Yela, macam blanket bayi tu, dah nak dekat bersalin ni, banyak sangat persediaan yang masih belum dibuat. Masih dalam keadaan bingung.. hanya 10 helai baju bayi dalam almari tu. Moga-moga dipermudahkan segala urusan..





Antara barang yang dapat semalam.. ice pack for breastfeed juga ada.



--> alhamdulillah Allah mempermudahkan segala urusan disini. Segala dugaan dan cabaran yang diberi insyaAllah kita mampu menghadapi kerana Allah tidak akan membebankan hambaNya, cuma kita harus bersabar dan tabah dalam menghadapi.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mengupdate

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menghirup udara segar. Kandungan sudah memasuki 3rd trimester. InsyaAllah tak lama lagi akan bergelar ummi. Alhamdulillah kesihatan juga bertambah baik, walaupun hb level masih dibawah 10, tapi meningkat dari 7 ke 8.

Perut yang semakin membesar menyebabkan diri dalam keadaan sentiasa malas dan penat. Entah kenapa ya. Tidur malam juga terganggu. Asyik tersedar-sedar. Siang hari pula.. asyik malas dan mengantuk sahaja. Nak mengupdate blog sangatlah malas walaupun banyak masa terluang dan banyak peristiwa nak diceritakan. Malas menaip, malas mengadap pc lama-lama...malas semalas-malasnya. Nak memasak juga sudah malas, nak buat kueh lagila maalas. MasyAllah..sebab berdiri ama-lama cepat penat. Kaki pula cepat sakit. Moga-moga penyakit ni cabut lari cepat-cepat.

Semalam, sedang melipat kain.. tertonton pula filem Finding Nemo. Seronok sangat filem tu, selama ni mana nak suka tonton filem. Lagi-lagi filem kanak-kanak. Bagaimana susah payah si ayah mencari anaknya, mengharungi onak dan duri. Terfikir sejenak.. bergitukah nanti aku ketika berhadapan dengan situasi sebegini? Lalu, fikiran melayang ke kampung halaman. Rindu menerpa... rindu pada mama dana dik-adik.. rindu sangat..

Hilang penyakit malas, perjalanan ke Chicago dan Wisconsin akan disambung..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Teringin

Sejak dua menjak ni, paras hb makin menurun. Tu pon sebab Dr Kenny yang tel, tanya aku ni ok ke tak. Dia pon dok cite paras hb rendah...bla..bla..bla.. Patutla duk berdiri lama skit dah nak pitam. Kadang setiap hari macam tu, nasib baik dan syukur dapat suami yang gagah perkasa..wakaka.... Yela..nak jatuh je dah disambut..auewwww..

Sejak dua menjak ni juga perut asyik nak makan je. Masalahnya nak makan benda yang memang tak dek kat sini.. kalau ada pon kena buat sendiri. Malas punya pasal memang tak buat. Hari ni nak makan karipap pusing.. duk belek-belek internet malas pula nak memusing karipap tuh. Pastu kena buat inti lagi. Satu hal malas. Tapi sungguhla..nak makan sangat. Ada sesiapa yang boleh poskan??

Dek kerana paras hb rendah.. kami belila kerang di asian market tuh. Kerang tuh dah dimasak dan di frozen. Masa makan tu masyaAllah..rasa nak muntah sangat. Sebab berbau.. dan tak rasa kerang punya rasa. Yela..duk Kelantan dulu..nak makan beli je yang ada cengkerang tuh. Pastu rendam dengan serai + garam + cili supaya lendir-lendir dia keluar. Pastu rebus.. Aduh..sedapnye.. Tapi semalam buat mee kari, bolehla telan. Yang banyak makan biasala.. abgfiz juara!!!.. Bagus sebab dia habiskan. Yang tak bagus.. Banyakla zat-zat dia makan.

Semalam pon duk cari-cari hati untuk dimakan. Gi kedai arab tuh, jumpa hati ayam dan hati biri-biri. Hati ayam tu aku tak suka sangat. Pahit semacam. Jadi belila hati biri-biri tuh. Rasa macam hati lembu tapi tak tahu kenapa tak juga nak berselera makan. Seksa batin..

Tepung pelita, karipap, roti jala, putu mayam berkuah, silalah menjejakkan kaki ke bumi Lincoln ni.. teringin sangat nak ketemu..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan