RSS
Showing posts with label Tag. Show all posts
Showing posts with label Tag. Show all posts

Terlebih ghajin~

Bismillahirahmanirahim

Tadi baca blog Fizah, ada pulak nama daku disebutkan~~ saranghae yo~ . Dah sebut tu, kena pulak tag.. layan jela..

1) Adakah anda rasa anda hot?
Hot? sejukla sekarang ni..suhu kat luar -3 C. Kalau cakap keluar asap ~~ jakun~

2) Upload wallpaper yang anda guna sekarang?
Erk... di pc ni ke? Gambar kereta..

3) Cerita pasal wallpaper tersebut.
Erk.. pc kepunyaan suamiku.. nak cite pasal gambar kereta ke?

4) Bila kali terakhir anda makan piza?
Rasanya dah berzaman tak makan... sebabnya baru tahu cheese tu tak halal.

5) Lagu paling latest anda dengar.
Dah lama tak dengar lagu.. eeh.. lastest dengar nasyid saujana tajuk.. Sendiri. dimainkan di kereta suamiku

6) Apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ni?
Sat gi nak masak, sementara Iman tido..

7) Dipanggil nama apa selain nama sendiri anda?
Ja, kakja, mekja.

8) Tag lagi 8 orang

  1. Ain
  2. Lina
  3. Anhar di Canada
  4. Ifran si babysit Iman
  5. Cukupla takat tu.. sebab dah tau ramai tak suka buat tag

9) Siapakah orang no.1 kepada anda?
Adik a.k.a best fren a.k.a tukang dengar saya bebel a.k.a tukang dengar luahan hati saya

10) Katakan sesuatu kepada orang no.5?
..............................

11) No.3 ada hubungan dengan siapa?
Anhar.. adik kepada Huda, my bestfren di Sabah

12) Bagaimana pula dengan no.4?
Errr...............bak kata Fizah, banyak sangat orangnya, tak pasti yang mana ;D

13) Pesanan kepada orang no.6.
...............

14) Kata-kata cinta untuk orang no.2.
Selamat membuat urusan perkahwinan..

15) Adakan no.7 dan no.8 mempunyai persamaan?
................

16) Berikan 5 perkara yang anda tahu tentang orang yang mengetag anda

  • Suka pengaruh saya kepada Kpop (korea pop)
  • nak sangat pi korea
  • suke ber 'emoo' lalalala~~~
  • kek batik dia buat sedap.... meh buat lagi, bagi kakiza makan
  • peminat no 1 Super Junior

17?

.......

19) Adakah anda tahu yang si Razman tu sengal?
Razman mana ye??

20) Gay or lesbian?
Isteri dan umi..

p.s: tetiba terlebih ghajin update blog.lalalalalalalal~~~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Special Thanks ^_^

Bismillahirahmanirahim


Hari ini mood mengadap pc sangat tak de. Rasa penat + malas + tak bermaya - padahal bukan buat apapun kat rumah. Tak cukup tido?? Mungkinla kot. Semalam Iman tidurnya jam 12 tgh malam, pastu saya sedar jam 430 pagi solat subuh + basuh bilik air + kemas-kemas sikit2. Buka pc internet pula tak dapat nak access. Tensi betul. Tak faham kenapa, bukan tak ada line, masalahnya facebook dan email boleh pulak buka. Pc rumah menggunakan Maxthon. Guna maxthon tak jadi, guna internet explorer lagila tak jadi. Sudahnya mood terus hilang.

Untuk menghiburkan hati yang lara.. (ceeeewaaaaaahhh cewahhh) saya tempek award dari Ummi Salsabila aka Kak Raudhah dan gift dari Kak Deena Terima kasih daun keladi.. terhibur hati~` lalala~~~








Dari ummi Adam yang encem



Ummi Adam tinggalkan homework kat saya tapi sikit je.. sayang kat sayala tu. Ekeke




Saya nak pass award ni pada




3- Lina






Setelah dapat award sila buat perkara berikut ye darling-darling semua :




  1. Copy dan paste kan pada blog korang

  2. Buat satu entry tentang award ni

  3. Ucap terima kasih dan letak link padaentry tersebut

  4. senaraikan 5 blogger sebagai penerima award

  5. Beritahu penerima award supaya dia tahu yang dia adalah penerima award

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Award dari Lina

Bismillahirahmanirahim




Award ni datang dari Lina.. Yeah.. nanti dapat award lagi kasi kat kakiza ye. Kuikui.. Award ni bersama tag pula..



1. Apa yang bermain difikiran anda sekarang ni?
Sekarang jam 520 pagi.. Hujan pula.. nak sambung tidur ke tak ye?



2. Apakah nama samaran anda?
Panggilan keluarga dan rakan yang terdekat dan akrab: Ja
Panggilan biasa : Iza, Izza
Panggilan setelah datang ke sini (orang sini panggil) : Nurul, Nurel, Nur *orang sini lidah berbelit* .


3. Berikan 3 orang yang anda sayang?
Ni soalan apa.. berikan 3 orang sayang? 3 nama? 3 benda?3 kategori? *blur..*



4. Panggilan untuk si dia?
Abang (setelah kahwin) , Abgfiz (sebelum dan setelah kahwin).



5. Hadiah yang anda impikan dari seseorang yang istimewa?
Errk.. tak ada dalam fikiran pula. Nanti dah fikir banyak pula kan lina?




6. Blog manakah yang anda suka lawati?
Banyyakkkkkk.. tapi paling saya suka lawat adalah blog yang awal-awal saya menjadi silent reader ketika saya awal-awal berblogging dulu. Sekarang dah tak jadi silent dah.. Sebab dah kenal



7. Tagkan kepada 10 rakan anda:


Tag ni sekali dengan award kan? So, please allow me to giving this award to..


Chik Na

Kak Nini

Kak Anis : sabar ye kak anis. segala yang milik kita sebenarnya milik Dia.

Kak Hanie

Kak Fa10

Cik Paro aka Miloicekaw (terbelit-belit duk sebut miloi tu)

Alyynz

Kak Shira

Ani

Ejan

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Awards dan Tag


Bismillahirahmanirahim


Alhamdulillah, Jumaat lepas genaplah 3 tahun kami melayari rumah tangga. Sempena dengan itu dan untuk sekian kalinya, saya ingin menganugerahkan 'Awesome Bloggers Award' kepada pembaca setia ahafiz-izza terutamanya :






Terima kasih kerana sentiasa melawat dan memberi komen tanpa jemu di rumah yang kadang tuannya tinggalkan begitu sahaja. Saya dan abgfiz sentiasa buka rumah ni tengok komen tapi tak sempat nak membalas komen-komen tersebut. Maafkan saya, apa-apapun saya amat menghargai komen-komen membina kalian (wah..ayat skema betull )


Bunga ros tu saya snapkan gambar tika bermalam di Quantity Inn di Grand Canyon. Geram je tengok bunga pink tu tapi apakan daya hanya gambar je boleh saya bagi. (Diri sendiri pun tak petik.huhu)

******************


Yang kat bawah ni award yang dah berzaman tapi hari ni baru saya sempat baa kereta sorong , pi angkut kat rumah sorang-sorang


Yang ini dari kenalan baru, Deena Farhana.. Mekasih Deena..



Yang ni dari Kak Ena. Terima kasih..


Yang pula dari umi Anas yang mata buulat (read: Anas yang mata bulat comey)



Yang ni dari kak Enazz- bakal menjadi ibu kepada 2 orang anak




Yang ni dari Kak Nadiah yang sedang bercuti. Cuti pun sempat lagi update blog.

************




Tag





Yang ni tag dari Chik Na, suka je Chik Na tag kat izza ye. Tak pe, izza suke.~~





1. Siapakah anda di rumah?



Saya adalah seorang isteri dan seorang umi merangkap surirumah yang sedang menemani suaminya belajar menghabiskan PhD di bidang Entomology di negara orang.





2. Siapakah diri anda disamping rakan?



Rakan juga





3. 5 benda yang anda idamkan tapi masih belum tercapai?



- teringin nak ke Mekah membawa mama dan mertua. semoga doa ini dimakbulkan, amin



- teringin menjadi pakar masak



- menjadi orang yang BETUL sabar



- berubah menjadi pendiam



- mau ke Jepun dan Korea





4. Siapakah nama pasangan anda?



Abdul Hafiz Ab Majid





5. ceritakan 5 perkara yang paling anda suka tentang pasangan anda?



- Suka bagi hadiah, bunga dan kad



- Dengar bila saya membebel



- Kemas dan rajin study



- Romantik



- Berterus terang dari hati ke hati





6. Bila tarikh couple?



Erkk.. bila ye?? Lupa pulakk





7. Kenangan pahit bersama rakan anda?



Biarlah rahsia. ekeke





8. Lagu tema cinta anda?



Yang ni tak ada sebabnya, saya lebih suka melayan nasyid dan lagu Korea serta Jepun, abgfiz pula suka layan lagu Melayu rock 80-an dan lagu matsaleh.





9. Apa perubahan yang anda ingin lihat pada psangan anda?



Be as you are dan kuatkan bersabar dan tabah menempuh ujian.





10. Tag kepada 10 rakan:



Siapa yang sudi, sila buat ye..







Yang ni tag 'kasut feveret'dari Alin, dah berzaman jugak...



1st place...







Kedua-dua kasut ni saya suka sebabnya beli sebelum datang sini. Yang sandal kat atas tu memang dah pakai di Malaysia- suka sangat pakai sandal warna puteh. Dan saya memang suka sandal berbanding kasut. Kasut sukan ni pula, kasut yang sentiasa saya pakai dari awal datang sini, bila time summer je saya tukar ke sandal.





2nd place..

Sandal yang abgfiz beli tika thanksgiving lepas. Saya kurang suka pakai yang ni sebab tumit dia tinggi sikit even 1 inci. Saya memang jenis orang yang pakai flat sandal je. Entry shopping kasut ni ada di sini





3rd place..


Yang ni saya jarang pakai, tapi sedap juga pakai sebabnya tapak kasut ni memang direka khas untuk hilangkan sakit bila memakai. Apa-apapun saya lebih suka pakai sandal dari kasut.


Wah..selesai sudah tag dan award..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Award dan assignment. Cewah~~~

Bismillahirahmanirahim..



Yeah... dapat award. Terima kasih Chik Na , Yatie Chomeyl dan Ummi nor di atas ingatan serta award ni. Suke ~~~






Syarat-syarat ambik award ni adalah :



1) Thank and link the person that gave you the award : Check




2) Pass this award onto 15 blogger you're recently discovered and think are fantastic



- ani

- kak arnie

- mak su

- lina

- sarah

- ejan

- cik nor

- kak hanie

- kak nini

- alynnz

- ummi nor

- kak wan maisarah



adei.. banyak sebenarnya.. tapi tu jela yang dalam fikiran daku..



3) Contact said blogs and let them know they've won the award : InsyaAllah..satu-satu kena g jenguk







4) State 7 things about yourself



i - Peramah : Yang ni dah memang sebati dalam diri, memang jenis yang mudah ramah dan cakap pun boleh tahan banyak. Tapikan, adik beradik saya pun memang banyak cakap dan semuanya ramah (dapat gen ayah.. nak buat macam mana ). Agaknya sebab tu kot saya suka lelaki yang pendiam. Alhamdulillah, dapatla suami pendiam.



ii - Pemendam: Cewah... yang ni bila mana saya diserang oleh penyakit sakit hati dan kecewa serta sedih. Kadang-kadang sakit hati pada seseorang tapi tak pandai pulak nak meluahkan. Atau pun tengah bersedih-sedihan, payah sikit nak bagitau orang. Kalau terdengar saya sedang meluahkan tu maknanya, saya bukan di alam kesedihan..



iii- Suka bersharing cerita dengan adik saya, si ain. Kami beza umur setahun je. Kecik-kecik dulu suka sangatla bergaduh. Kami memang rapat, diala tempat saya meluahkan perasaan biarpun dia tengah ngantuk ke, tapi saya tetap nak suh dia dengar. Time gaduh, saya yang banyak nak menang. Orang kata muka saya sama dengan ain neh. tapi saya lagi comey kot. Wakakakak..



iii- Suka sangat try perfume, beli perfume tapi pakainya tidak. Wakakak.. dalam almari tu.. ada 7 botol perfume yang besar (termasuk yang dari tahun 2006), 4 botol yang kecik. Kadang-kadang pakai kat rumah, kadang-kadang malas. Apakah jenis orang macam saya neh??



iv - Suka sangat dengan Jepun. Teringin nak gi sana.. sapa boleh sponsor?? Yatie Chomeyl, ada tempat ke nak duduk kalau gi Fukuoka? Wakaka.. Tak malu sungguh~~~ Saya teringin nak rasa aura sakura, nak cakap nihon, nak jumpa momusu~~



v - Suka sangat menjaga kecantikan dengan tumbuhan semulajadi. Kunyit, beras, tomato, limau nipis, telur - kulit muka, limau nipis, kelapa parut - kulit badan, daun bunga raya, santan, limau purut, limau nipis - rambut, limau nipis -kaki. TAPI... seetelah mengandung dan bersalinkan Iman, dah lama tak buat. Tak sempat. Hikssss..



vi - Cukup jela yang 5 di atas.. ehehe..



-------------------------------------------------------------------------------



Okeh.. yang ni pulak assignment dar Kak Hanie. Soklan UPSR ke SPM neh?? panjang bebenor.. aduss. tapi saya cuba untuk jawab juga okeh?





a. write five (5) interesting facts about the person who gave you this award.
b. jot down ten (10) interesting facts about yourself and your hobbies...
c. pick your ten (10) more deserving recipients and describe them





a. write five (5) interesting facts about the person who gave you this award.



Ohhh.. yang ni macam susah sikit tapi Kak Hanie, Iza cuba ye..



i. Kak Hanie.. berkaca mata dan mempunyai anak 4. Baby Zaid sama umur dengan Iman tapi Iman lagi kakak 2 bulan kot. Yeke Kak Hanie??


ii. Seorang wanita yang awal berkahwin. Saya suka.. sebabnya salah satu ciri-ciri wanita yang baik adalah, 'awal pernikahannya...'


iii. Sedang berkecimpung di bidang online bisnes. Cewah.. berbisnes kaftan dan Zulian tapi saya belum pernah membeli dengan beliau. ehe..


iv. Menetap di Pulau Pinang tapi di Seberang. Nanti balik Malaysia kita jumpa ya. Mana tau kami ke USM Transkrian, lehla singgah rumah akak ye ..


v. Sangat suka berblogging.




b. jot down ten (10) interesting facts about yourself and your hobbies...



Oleh kerana 5 di atas saya dah buat (kes malas...) jadi, saya sambungkan yang 5 lagi ya..



6. Saya jenis tidur awal. Kalau di USM, lepas isyak mesti terbaring dah.. TAPI sayala orang pertama merasmikan bilik air. Pernah di matrik, saya bangun jam 3-4 pagi, dan terus mandi. Sudahla bilik air betul-betul didepan hutan simpanan Kuala Pilah tu.. Alhamdulillah setakat ni, belum pernah jumpa 'apa-apa' NAMUN setelah mendengar cerita 'sensasi' dari pensyarah lama di KMNS tu, saya TERPAKSa tidur jam 11-12 dan bangun paling awal jam 5. Oh ya, 3rd year saya di USM berbilik dengan kakak yang sama hobi dengan saya, tidur awal. Jadi bilik kami jam 11 tu dah gelap, TAPI jam 5 pagi dan seterusnya, memang cerah. Sebab kami pun ada hobi yang sama, tak tidur selepas subuh. (yela..dah tidur awal bebenor..ehehhehe



7. Saya suka memasak, terutamanya kek dan puding. Sebab utama, saya cepat lapar dan abgfiz biasa mencari makanan di dapur tika malam (peneman dia study). Ekekke..



8. Suka membebel.. kate dah banyak cakap, bebel pun banyakla. Dulu, suka bebel kat adik-adik sebab suka sepahkan rumah. Sekarang, malamla waktu saya kemas rumah. Sebab Iman suka 'kemas' siang hari. Nge~~~



9. Suka simpan barang-barang lama.. percaya tak?? Pen yang saya beli tahun 2000 (form 3 dulu) masih ada dan saya bawa ke sini?? Lupa pulak nak snap gambar, tak apa nanti dah snap saya postkan kat blog. Lepas tu pulak, pen yang dah tak berdakwat saya suka juga simpan. Hobi apa saya pun tak tahu..



10. Yang ni memang malu nak mengaku TAPI benar.. Saya suka bercuci mata a.k.a jamu mata di online shopping terutamanya baju kurung, jubah, tudung dan brooch. Kadang saya membeli tapi kebanyakkan saya jamu mata je. Hiks.. Saya suka menjahit tapi tak ada mesin nak jahit. Jadi, jamu mata lagi bagus.. (ade kaitan ke??)




Dahla kot.. habis rahsia saya TERpecah. Huhuhu~~~



c. pick your ten (10) more deserving recipients and describe them



Part yang ni saya betul-betul kurang menyukai. Bukan apa, kadang mentag kadang orang tak suka. (macam ayat kak hanie je nih).. Tapi tak apa, kalau terkena, sila jangan marahkan saya, kalau tak nak buat tak apa.. Daku tak keciwa.



1.Ani - ani kena buat kot.. za nak tahula..

2. Ejan pun sama...

3. Sarah

4. Kak Anis Sri Lanka...

5. Chik Na

6. Yatie Chomeyl

7. Kak Nini

8. Kak Idah

9. Ummu Ammar

10. Kak Laila.



Kalau rajin buat, kalau tak nak tiada paksaan.. *keciwa sikit kot* kuhik kuhik..



p/s : haih.. dah jam 1140 malam neh.. tak nak tidur ke mak?? Okies.. dah ngantuk dah, komen-komen entry bawah dibalas lain masa ye. Hehhe (bugdet sibuk.. biasala..ekekke)

p/s: Lina.. kak iza dh jawab tag lina tau..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~Kenapa saya berkacamata?~

Bismillahirahmanirahim

Saya ditag oleh Kak Nini. TAPI, saya tak masuk contest yang dianjurkan oleh Siti Sifir kalau tak silap. Saya hanya menjawab soalan ye.


Soalan yang perlu dijawab adalah :

1. Sejak bila anda mula berkaca mata ?
Lepas form 5, tapi officially masa 1st year kt USM

2. Bagaimana anda tahu yang anda memerlukan kacamata ketika itu?
Sebelum ni, memang selalu berada didepan je dalam kelas.. (konon best student.ekek) Sekali kena duk belakang, apa lagi..nampak tulisan-tulisan itu seolah bunga-bunga di taman la.ekekek


3. Berapa ‘power’ pada permulaan anda berkaca mata (anggaran)?
Rasanya 100++, tapi power silau saya tinggi.

4. Jenis/bentuk kaca mata anda yang pertama?
Oh, bentuk bujur warna pink (shuuukeee) tapikan, bila selalu pakai kat kuliah..orang cakap muka saya muka nenek. Sudahnya, saya pakai waktu dalam kelas je..

5. Jenis/bentuk kaca mata anda yang terkini?
Bentuknya empat segi, tak ada bingkai. Setelah spec yang pink kesayanganku itu telah daku patahkan sebab tak sedar duduk atas spec.huhu~~~

6. Berapa power terkini anda (anggaran)?
Eehhhh?? Lupa la..kali terakhir saya cek mata 2nd year. Yang tu pun power sama je kot. Serius sangat lupa.


7. Berapa banyak koleksi kaca mata yang anda ada dari dulu hingga kini (anggaran)?
2 je.jimat kan? Kata memang tak pakai, sebab tu jimat. Dah tak pakai tu, asyik duk termenung je tengok sesuatu.(konon khusyuk, padahal tak nampak.ekek)

8. Jika anda ada sentiment tidak suka berkaca mata, sila nyatakan sebab musababnya.

1- spec menghadkan pandangan saya, susah nak berjalan.
2- orang kata muka saya muka nenek..huhu~~
3- melebarkan muka.tak cun pulak saya nanti ..hiksss
4- Iman suka nak robek cermin mata umi.


9. Yang mana anda lebih gemar. Kaca mata atau contact lens? Kenapa ?
Saya lebih suka kacamata, contact lens merimaskan dan menyusahkan. Ngeri dengan kejadian kawan yang 3 hari tak terbuang contact, lantas matanya dimasuki bacteria.

10. Optometrist pilihan anda?
England Optical kat Kb

11. Pasangan anda berkaca mata ?
Oh tidak..suami kesyangan saya, mata sangat kuat. Walaupun mengadap pc dan tv 25 jam, mata masih kuat

12. Apa pandangan anda pada kanak2 yang memakai kaca mata?
Kesian. Nanti dah besar, powernya puluh kali ganda dengan saya, justeru itu, dari kecik..sila makan banyak carrot dan sila lihat tumbuhan hijau sentiasa ;))

Nak tag kepada siapa ya? Kak jaja, akak kena tag. Tu pun kalau akak buka pc..yela sian akak Syahmi putra susah nak lepas mama dia.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan