RSS
Showing posts with label summer. Show all posts
Showing posts with label summer. Show all posts

Apple, flower

Bismillahirahmanirahim



Cantik.......




 Haaa ni epal bersaiz kecil. Rasa nya?? Masam manis.. seakan mempelam epal (?).. Saya suka, anak-anak pun suka ^^




 Bunga yang saya tak tahu nama  tapi sangat cantik. Pelbagai warna dan saiz. Yang bawah tu.. lavender. Baunya menyenangkan.


Bawah : bunga payung (?) Cantik.. macam payung.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Seharian Kami

Bismillahirahmanirahim

Memandangkan dah lama sangat abgfiz berkurung di lab dan ofis menyiapkan research dan thesis/manuskrip, Sabtu lepas abgfiz mengajak kami keluar. Cadangannya nak ke Omaha Zoo, tapi saya malas nak gi jalan jauh-jauh. Kami ke Mahoney Park je. Ini kali kedua kami ke sana. Kami pertama tika tahun pertama kami disini, pergi bersama Suhaizi.

Oktober 2008, Fall break.

Waktu tu, kami sempat bermalam dan berBBQ di kabin. Kali ni, semuanya penuh. Kalau nak booked, tunggu lepas raya baru kosong. Tapi disebabkan saya dah ke sana, jadi saya langsung tak ada rasa nak bermalam. Ekekek...

Kami sebenarnya nak kayuh bot di tasik je pun. Tapi tak sangka cuaca waktu tu sangat panas walaupun baru pukul 10 pagi. Panas dan langsung tak ada angin. Panas di Nebraska ni tak macam panas di Malaysia. Malaysia walaupun panas tapi lembap dan ada angin. Anginnya sejuk. Nebraska ni, angin dia pun panas. Memang kena pasang air-cond 24 jam. Kesian anak-anak panas. Iman sendiri kalau waktu nap time, bangun tu mesti bantal tu basah lencun. Pukul 8 pgi panasnya seakan pukul 12 tgh!



Kayuh tak sampai 5 minit, anak-anak dah menangis. Panas sangat! Tak tahan saya. Akhirnya kami buat keputusan sampai takat tu je. Terus masuk kereta hidupkan air-cond.

Dah sekejap sangat, kami pusing pula ke Wildlife Safari, dekat je dari Mahoney Park ni. 5 minit driving. Yang menariknya, wildlife ni tak boleh keluar dari kereta. Itu yang seronok. Bolehla berada dalam keadaan nyaman. ^^ Tiketnya $6.50 untuk dewasa dan percuma untuk kanak-kanak bawah 3tahun. Iman pun percuma, saya duk ingatkan Iman kena bayar tapi dia cakap walaupun hari lahir Iman bulan depan je tapi masih bawah 3 tahun.

Peta yang harus kami ikuti...

Antara binatang yang terdapat di sini :



American Elk : spesis terbesar kumpulan rusa. Ini pertama kali saya dengar ELk, biasanya Moose. Tapi saya bali rumah stadi sikit, dua binatang ni spesis yang sama tapi family berbeza. Elk ni bukan kecil ye, besar. Saiz dia macam lembu/kerbau. Kami memang dilarang keluar dari kereta. Jadi nak gi dekat tu langsung tak boleh la kan. Kalau boleh pun tak berani saya,..




 Nampak tak white tale deer tu? Yang ni saya pun duk tenung-tenung baru nampak. 





Ini wetland : Pelican. Teringat saya movie Find nemo. burung ni la yang bawa ayah Nemo ke klinik gigi tu. Ekekekke..


Haaa.. ini Bison. Bessssaaaaar sgt. Kata mat saleh sini, daging dia sedap dan lebih banyak vitamin dan sangat bagus untuk kesihatan berbanding dengan lembu. Sejauh mana kebenarannya, saya tak pasti. Tapi teringin jugak nak merasa daging nya.

Kami tak berhenti dan melihat bear dan wolf. Saya malas. Abgfiz pun malaas. Anak-sanak kesian berpanas. Balik, kami singgah untuk makan tengahari dan beli barang dapur. Dalam jam 2 ptg sampai rumah. Saya ni memang jenis tak suka jalan lama-lama. Kalau outing saya akan keluar lepas zohor dan balik sebelum asar. Saya cepat nak pitam.

p.s: menghitung bulan untuk pulang ke tanahair. hoyeh~~ hoyeh~~ hitung bulan ye bukan hari. uhuk!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bunga di musim panas

Bismillahirahmanirahim

 Bunga yang bermusim, rupanya bunga pun ada musim jugak. Saya tak berkesempatan nak menikmati bunga di musim bunga yang lepas, dek cuaca tak menentu, dan masa tak izinkan saya keluar dari rumah. TT__TT. Saya ingat saya tak sempat nak menikmati bunga, tetapi sebenarnya musim panas ni bunga makin banyak. Berdasarkan bunga di musim panas di sini , ada banyak bunga yang tumbuh di musim panas.


Bunga daisy (bawah kiri), bunga aster (atas dan kanan bawah)



Bunga chrysenthemum kah? Bentuk rupanya seperti crysenthemum TETAPI ia bukan crysenthemum.. ianya bunga Aster. Bunga seakan matahari dan crysenthemum. Menurut website di sini, ia berbau harum dan bewarna warni. Saya takla duk cium bunga ni tapi, banyak sangat serangga datang duk bertenggek menghisap madu (?) di bunga ni. Cantik sangat..



Uniknya, dia tumbuh dari bawah (?).. bunganya seakan berkembang dari bawah.Biasanya saya lihat kelopak bunganya menutup bahagian tengah tapi bunga ni bahagian tengah terbuka, kelopaknya menutup bahagian bawah. (lihat gambar) *tak pandai nak terangkan, saya bukan dari golongan botani ;p*

 Bunga ros pink ni tertanam di depan apartment saya. He'eh bukan saya yang tanam. Tapi cantik sangat sebab, bila kembang dia ada 2 tone warna, puteh dan pink. Serius lawa!





Yang ni bunga paling membuatkan saya terpikat. Cantik sangat sangat sangat. Bunga Lilium namanya, rasanya bunga jenis Lily. Tapi semua 5 jenis ni berbeza namanya. Yang pink namanya Belladona Lily, yang kuning tu Peruvian Lily, saya pun dah konfius, banyak sangat nama pelik. Tu belum lagi nama saintifiknya. Kagum saya kepada yang ambil jurusan Botani. Banyak nak kena hafal nama, genus, species, etc etc. *fenin*

Bunga namanya paling cantik, Iris. Dua jenis ni je saya jumpa. Cantik. *teringat drama korea Iris, tak pernah tengok tapi ada plan nak tengok kalau mood datang, ekekekeke*


Bunga ni saya tak tahu apa nama dia. Tak jumpa di google. Bunga ni Iman yang duk cabut belek, dan dia cakap 'hmmm... soo gooodd!" Bila saya cium, memang bau wangi, bau dia macam peppermint sikit. Tumbuh di rumput je. Waktu  saya duk ambil gambar dan tiba-tiba ada kereta berhenti duk tenung kami. Agaknya dia cakap kot '...apa anak beranak duk buat ni..' lepas tu dia pergi begitu je.

Kat atas ni bunga yang saya malas dah nak cari di google. hehe... Tapi kat tengah tu seakan bunga ros tapi saya tak pasti sebab tangkai dia tak ada duri.

p/s: subhanalllah maha suci Allah menciptakan segalanya yang indah di bumi.

p/s: ada lg bunga yg saya simpan, nntla bl sy rajin, buat entry lain

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Last Part : Cuti-cuti US : Colorado

Bismillahirahmanirahim

Entry ni dah lama duk terbengkalai, momentum nak meneruskan perjalanan ke US ni tak ada. Tak ghajin! (malas tu perkataan tak berapa sopan, tak ghajin sopan sikit kot..ehe.. )

*******************

24 Mei : 9 am : Grand Canyon, Arizona

Seperti entry lepas, hotel yang kami menginap ni memang mahal, selesa pun memang selesa. Dah namanya pun hotel, kan? Besar dan sangat empuk bantal serta tilam dia. Sangat menyenangkan badan!

Hotel ni terletak di Tuba City. Kebanyakan pekerja hotel ini memang orang Red Indian. Saya copy & paste je info hotel ni.


The Quality Inn® Navajo Nation is ideally located in the heart of Indian country in the historic Tuba Trading Post. This Tuba City hotel is less than two hours from Grand Canyon National Park, Monument Valley and the Navajo National Monument. Other area attractions include DinĂ© College and Coal Mine Canyon.Visitors to the trading post will find authentic Indian arts and crafts, Indian jewelry, pottery, sand paintings, Kachina dolls, rugs and clothing. The hotel is next door to Hogan Restaurant, featuring fine Mexican, American and local cuisine. The restaurant is open seven days a week, serving breakfast, lunch and dinner and can accommodate any size group.This Tuba City hotel's modern accommodations include a free hot breakfast, free local calls, free coffee, an on-site gift shop and picnic area. Business travelers will appreciate conveniences like free high-speed Internet access in all rooms, computer hook-ups and access to copy and fax services. There is an RV Park that offers full hook-ups, cable television, showers and laundry facilities. Six tent sites are available. There is also a newsstand located on the property.


Pagi besoknya kami bersarapan di hotel tersebut. Kami diberi 3 coupon. Menunya :




  1. Bread toast + egg + sausage

  2. French toast + fruits

  3. Erk... lupa dah..

Kami ambil 2 menu yang no 1 dan satu menu no2. Sausage tu kami tak makan la, french toast dia.. sangat lembut dan sedap. Balik je dari cuti-cuti, hampir setiap hari saya duk breakfast dengan french toast je . Tak sia-sia bayaran mahal!







Jam 9 lebih kami bertolak ke Colorado Spring, yang memakan masa 8-9 jam. Sebenarnya, dari Las Vegas tu saya dah nak balik ke Lincoln dah tapi perjalanan jauh yang memaksa kami berhenti di beberapa state. Tak mampu nak bertahan!




Tuba City - Colorado Spring



Singgah berehat kawasan rest area. Hanya ada sebiji bangunan dan tak ada orang pun! Nak ke toilet pun, kena ambil kunci toilet dari visitor centre.



Bila kami dah memasuki Colorado, tenang betul pemandangan. Cantik! Berbukit bukau dan berumput hijau je. Memang cantikla...




Saya utarakan pada abgfiz, kalau diberi peluang saya nak tinggal disini walaupun terpaksa jadi petani. Rumah sebelah bukit, belakang rumah ada air sungai mengalir, mana tak syok! Pencemaran tak banyak, air sungainya sangat jernih dan sejuk. Suka betul dengan tempat macam ni.







Tiba-tiba kami terjumpa air terjun! Lama betul tak nampak air terjun, alih-alih jumpa di celah-celah bukit on the way ke Colorado Spring. Nak je saya pi turun rasa air tu tapi masa tak izinkan.. Nak mengejar solat.










Bergambar berlatar belakangkan bukit yang bersalji. Cantik, kan?





Salji ni berais tau, bukan salji dah. Tak sedar kami sebenarnya sedang berada di atas bukit yang bersalji tadi.

Dalam kereta Iman asyik merengek tak nak duk dalam carseat, jenuh betul saya nak pujuk dia. Bila keluar je dari carseat, melonjak gembira. Main sana, main sini. Tapi saya pun risau kalau polis meronda. Sempat 5 minit je Iman keluar dari carseat, bila masuk balik, melalak balik!!


Kami tiba di super 8 motel di Colorado Spring tepat jam 630 petang. Terus kami kejar solat. Malam tu, saya tertidur seawal jam 8, Iman pun sama.


***************




25 Mei : 8.30 am : Colorado Spring, Colorado




Setelah selesai sarapan, kami bertolak ke Garden of Gods. Dekat sangat dengan super 8 motel. Tibanya kami, visitor centre pun tak buka lagi. Sambil menunggu, sambil menikmati kehebatan Allah. Pemandangannya, memang mengasyikkan..








Iman dapat kawan baru, Billy. Suka betul Billy kat Iman, diciumnya Iman, dipeluknya Iman. Kata mama dia, dia memang suka pada baby, disuruhnya mama mengandung lagi. Lucu tapi budaknya telus je. Ditariknya tangan saya dan tunjuk pada saya, " I want to see hoho (santa claus). Hoho live there" Sambil jari telunjuk menunjuk ke Garden of Gods.



Di dalam visitor centre, kami memasuki tempat penayangan sejarah Garden of Gods. Sangat menakjubkan ciptaan Allah. Mat salleh pun tengok dengan mata hati. Sejarahnya di sini




Di dalam visitor centre




Berlatarbelakangkan Garden of Gods. Macam backdrop studio je kan? Cantik betul..





Masuk situ saya ternampak wanita ni, menolak anaknya yang lumpuh seluruh badan, memang tak boleh gerak langsung, plus anak ni memang cacat anggota, kakinya senget, tangannya pun. Sanggup dia berkorban masa dan tenaga demi anak tercinta .



Salah satu batu di sini






Trails Garden Of Gods







Di depan White Rock








Pemandangan dari Garden of Gods




Cantik, kan?




Jam 12 kami bertolak ke Lincoln. Tak sabar betul nak sampai rumah. Ramai betul menanya, 'tak beli belah ke?' Oh.. kami lebih suka menikmati nature dari singgah membeli belah. Abgfiz dan saya sama, tak ghajin shopping! Plus, ongkos pun tak ada. Kalau ke kedai pun , saya lebih suka menilik pinggan mangkuk + periuk + aksesori rumah berbanding baju. .


p.s: fuh.. selesai sudah entry cuti-cuti..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan