Bismillahirahmanirahim..
MasyaAllah..lama sudah tak mengupdate blog yang makin bersarang nih. Rasa malas yang menjadi-jadi tambahan pula penat mata duk mengadap pc lama-lama. Kali ni rajin sikit nak mengupdate blog.
Kereta yang kami sewa..selesa sangat...
Minggu lepas kami berdua bersama Suhaizi dan Muzammil beronggeng-ronggeng berjalan-jalan konon summer vacationla.. Seminggu selepas final exam. Kami ke Iowa, Chicago dan Wisconsin. Selebihnya masa banyak ke outlet. Seronok sangat walaupun kemalasan nak keluar dari rumah bertambah-tambah..
Hari pertama, kami ke Iowa alhamdulillah..perjalanan semuanya bagus-bagus. Tanpa traffic light dan sebagainya. Terima kasih juga kepada Cik GPS yang banyak membantu walaupun suka membebel tatkala kereta kami menuju ke destinasi yang tak sepatutnya.. Berbekalkan sandwish yang banyak, buah-buahan dan kekacang, kami singgah menjamu selera di Des Moines spesifiknya di depan Capitol State Building. Cantik sangat bangunannya.. dari jauh seolah masjid sebab ada kubah. Dari dekat macam kuil hindu pula..sebab banyak sangat kaler-kaler yang menghiasi bangunan tersebut. Kami masuk sehingga tingkat ke berapa ye..ke 4 kalau tak silap. Sempatla juga kami masuk ke dalam dewan rakyat mereka..(yeke abg dewan rakyat??). Tapi memang bangunan nya sangat cantik..
Kami di dalam dewan rakyat itu..hehe
Hadapan Capitol State Building.. cantikkan??
Selesai menjamu sedikit lunch dek kerana kelaparan, kami menuju ke destinasi yang sepatutnya. Dah lama nak menjenguk keluarga di Ames ni, setakat ini cuma berhubungan dengan telefon, YM dan email sahaja. Sangat mengambil berat pada kami yang jauh ini walaupun tak pernah ketemu. Kami tiba dirumah kak Jaja dalam jam 3 petang setelah solat di hotel yang berhampiran. Ketibaan kami disambut oleh si cilik sarah dan ayahnya Abg Fazli. Di sana, kami dijamu pula dengan nasi dan sambal belacan. Sedap sangat sedap tak terkira. Berbaloilah berjalan jauh kan.. Peramah sangat keluarga Kak Jaja ni.. baru pertama kali bertemu tapi dah rasa macam lama kenal. Kami pulang dalam kekenyangan dan moga-moga bertemu lagi. Mana tau mereka ke Lincoln pulak.. Perjalanan pulang ke hotel kami singgah ke Iowa State University. Sangat cantik universitinya, dan tenang sahaja.. Sempatlah kami bergambar sekeping dua..
Bersama keluarga Abg Fazli
Di Iowa State University -entah apela depa duk bincang tuh..
Pada malamnya kami dilawati oleh 3 orang pelajar dari Iowa State University (zafirah, shafiq, dan..adehhh lupe plak sape nama die..) semuanya kenalan blogging. Tapi dek kerana keletihan yang amat ditambah dengan badan yang tak berdaya, hanya abgfiz, suhaizi dan amel sahaja yang turun. Memang rasa bersalah dan menyesal tapi apakan daya, badanku sudah tidak mampu lagi untuk bertahan..kikiki.
Inilah sebahagian pelajar melayu di Ames ini..
Di Pella - antara keunikan bandar ini..
Tulip..
Besoknya, kami bertolak ke Chicago tapi sebelum itu.. kami singgah di Pella-Dutch. MasyaAllah cantik sangat tulip-tulip yang sedang mekar berkembang. Kawasannya seolah-olah di Holland (ni abgfiz yg cakapla..) dengan kincir angin, tulip, dengan kasut yang besar tu.. Memang cantikla. Sebetulnya kami terlepas seminggu dengan tulip festival. Kalaulah..kalau diberi peluang memang dah lama buat rumah kat situ..kekeke
Cantik sangat tulip yang beraneka warna ini..
Petang tu sejurus dari Pella, kami ke Outlet tanger di Williamsberg. Besar jugak outlet kat situ.. tapi dalam fikiran tak ada benda yang nak dibeli..jadi kami berdua ini ke bahagian Carter's Children Wear dan Bath and Body works je. Beli pon baju-baju baby je. Tak larat nak jalan jauh-jauh..maklum sajalah.. perut makin besar.. kaki kecik, cepat penat. Nasib baiklah abgfiz suami yang amat memahami..sabar je ikut isteri dia nih..=)
Adeh.. penat suda... nanti sambung lagi na..