Showing posts with label umrah. Show all posts
Showing posts with label umrah. Show all posts

Thursday, October 25, 2012

Salam Aidil Adha...

Pejam celik pejam celik..kita dah nak sambut raya lagi sekali...kali ni raya Korban or Aidil Adha pulak...

3 hari lepas, anak-anak aku terkejut bila aku kata "jumaat ni dah nak raya haji dah..."

Adam : Aik...raya lagi...bukan hari tu kita dah raya ke...ni raya apa nih...

aku rasa one of the reason pasal apa depa hairan nak raya lagi, sebab aku takde buat apa2 preparation utk raya nih...baju raya tak beli baru (pakai aje yg raya posa hari tu, ada lagi sepasang tak pakai lagi...), kuih raya tak buat (aku ada lagi 2 bekas kuih raya tak bersentuh, dok dlm peti ais)..kasut raya takde...semua pakai yang raya posa je....

so aku kenalah jelas kan kat depa kan....

Ibu : ni raya haji Dik....kan ramai tengah kat Mekah buat haji tu, nanti Jumaat ni depa sambutlah raya sebab depa dah buat haji..cam kita raya posa, sebab kita sambut kita dah selamat posa sebulan....

Adam : oh...tapi kita ni tak pi haji pun, so tak bolehlah sambut kan...macam Ibu kata, orang tak posa, tak boleh sambut raya puasa kan?...

Ibu : (adeh, aku tak suka betullah soalan2 cam ni...tapi kena jawablah jugak kan...)...memanglah kita tak pergi Haji lagi...tapi raya haji ni jugak orang panggil raya korban...sebab ada kisah dia, kisah Nabi Ibrahim dengan anak dia Nabi Ismail..

Johan  : Ce ibu cite....(hah...aku dah agak dah..mesti dia tanya cam tu....ni lah pasal aku tak gomar sangat soalan2 cam ni sebab confirm soalah seperti itu akan mejebakkan aku seterusnya menjadi penglipur lara...he he he)..

Ibu  : ok..cite dia cam ni.....tot tet tot tet tot tet.....

Depa  : oh....tu yang kita sembelih lembu ye Ibu...

Ye sayang...ye....

dan kepada  jemaah haji yang berada di Tanah Suci Mekah...semoga kalian semua mendapat haji mabrur, semoga urusan kalian semua dipermudahkan...bertuahnya kalian kerana diberi rezeki dan kemudahan untuk menjadi tetamuNya....dan doa-doakan kami pulak utk berpeluang ke sana..

Sabtu lepas aku sempat menghantar bapa sedara aku untuk menunaikan haji...antara jemaah yang terakhir berangkat ke Tanah Suci...rezeki beliau dapat menjadi tetamuNya pada tahun ni..pakcik aku ni sebaya je dengan aku......dia lahir bulan 4, aku lahir bulan 7....dulu aku satu sekolah menengah dengan dia, so bila balik kampung, memang dia kenalah ikut aku kan...sampaikan ada orang ingat aku couple dengan dia...ha ha ha..walllaaahweeehhhh!!!!...tapi dia ni pandai dari aku...lepas SPM terus ke USA, buat chemical engineering....aku sangkut sikit, so buat A-level dulu kat M'sia baru dapat sambung....dan bezanye, dia scholar JPA, aku pulak dpt loan belajar JPA...dia tak yah bayar balik duit di pakai, aku pulak bulan2 potong gaji...he he he...tapi tak kisahlah rezeki masing2 kan...

and aku dah pesan kat dia utk menyampaikan salam pada Baginda Rasullullah s.a.w, Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar dan jangan lupa doakan kami pulak dapat ke sana lagi..and also doakan aku dapat zuriat lagi...he he he...

dan dalam syahdu2 mikirkan now jemaah haji dah start berkumpul di Padang Arafat, dengan manusia yang merata padang tu.....teringat pulak saat2 aku buat umrah hari tu (April 2012) di sana..

Insyallah....kita semua dipanjangkan umur, di murahkan rezeki, di beri kelapangan dan kesihatan utk mengerjakan haji dalam hayat kita....

dan esok...aku nak menjalankan ibadah korban...rezeki tahun ni, dapat ambil korban 1 bahagian, kongsi seekor lembu dengan adik-beradik...

since aku tak share lagi gambar kat Mekah masa buat umrah hari tu...so hari ni ada sikit aku upload ye...

walaupun ni bukan lintas langsung dari Mekah, tapi cukuplah nak mengubat rindu pada bumi Mekah...

 hari last di sana...masa berdoa kat dataran tu selepas membuat tawaf wida' (tawaf perpisahan), ya Allah...sedih ye rasa...entahkan berpeluang lagi kah untuk ke sana...kiri kanan jemaah dok menangis...beratnye rasa nak melangkah keluar dari Masjidil Haram...

Doa selepas Tawaf Wida'

 "Ya Allah, Ya Tuhanku, 
jangan jadikan tawaf dan ziarah hambaMu ini sebagai kali penghabisan di Baitullah,
 jika sekiranya di takdirkan menjadi yang terakhir, 
maka hambaMu pohon syurga sebagai gantinya dengan kemurahan rahmatMu, 
wahai Tuhan yang Maha Rahmat."

 ni masa nak masuk maghrib....ramai kan....penuh masjid sampai ke tingkat atas....ni time umrah ni...sekarang, time haji...mesti lah lagi penuh kan...



 ni sementara nak menunggu solat Isya' tak silap aku....petugas sedang menyiapkan tempat Imam utk sembahyang...

 sejadah utk Imam telah terbentang...

 ni waktu sebelum zohor...time ni memang lapang sikit dataran sebab jemaah belum ramai yang masuk utk zohor...sesuai utk buat tawaf sunat....

 pandangan dari dalam Masjidil Haram, depan dataran...tempat favorite aku utk sembahyang sebab boleh nampak Kaabah dari tempat sembahyang...suami aku suka sembahyang di dataran...

 kawasan Saie....Safa dan Marwan...ramai yang buat saie selepas Isya...

 semasa kat sana....3 hari jugak hujan di waktu malam ketika maghrib dan Isya"...ni masa tengah hujan..


 jemaah tak berganjak pun dari dataran...

 salah seorang jemaah yang sedang khusyuk sembahyang dalam hujan...

 pekerja masjid yang pantas mengeringkan dataran selepas hujan reda....terror depa ni buat kerja, kejap aje dataran kering...

hingga ketemu lagi....semoga adalah rezeki ku untuk ke sana lagi, menjadi tetamuNya...amin..harap2 next time dapat bawak anak2 sekali...

Friday, March 30, 2012

Doakan saya dan suami ye...

(Entry ini adalah schedule entry...)

Pertama-tamanya saya memanjatkan rasa syukur pada Allah atas rezeki yang dikurniakan dan memberi peluang pada saya dan suami untuk menyahut seruanNya bagi mengerjakan umrah pada tahun ini....Insyaallah...

Insyallah pada ketika entry ni dipamerkan di blog saya, saya (entry ni saya guna kata nama saya ye...he he he) dan suami telah memulakan perjalanan kami untuk menunaikan umrah selama 12 hari .... flight dijangka berlepas jam 10 pagi Jumaat 30 mac 2012 ...kami akan ke Madinah dahulu selama 3 hari dan kemudian bertolak ke Mekah untuk menunaikan umrah...Insyallah akan berada di Mekah selama 9 hari...

Saya dan suami dengan rasa rendah diri, meminta ampun dan maaf sekiranya ada salah silap selama ini, minta halalkan jugak mana yang kami termakan minum...dan doakan kami selamat menjalani ibadah umrah dan ziarah di sana...

saya juga ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih, ikhlas dari hati saya pada kedua-dua ibu bapa saya, Uncle Al (terima kasih banyak-banyak Uncle Al atas semua nasihat dan kata-kata perangsang yang uncle berikan dan jutaan terima kasih juga kerana uncle banyak share blog-blog berkenaan umrah serta doa-doa/tips yang uncle kongsikan...terima kasih seikhlasnya dari hati saya...), ustaz Amin serta kawan-kawan termasuk kawan-kawan yang telah ke sana atas kata-kata perangsang dan nasihat kepada kami....

 Masjidil Haram, Mekah Al Mukaramah...

Masjid Nabawi, Madinah

Kami benar-benar berharap agar diri ini dapat menjadi tetamuNya....semoga Dia sudi menerima kami....sudi memberi peluang untuk kami memohon ampun atas dosa-dosa kami, memberi kami peluang untuk bersembahyang dan berdoa di rumahNya..memberi kami peluang untuk menjejakkan kaki ke tempat-tempat bersejarah dalam Islam, memberi kami peluang berada di bandar Rasul, memberi kami peluang untuk merasai nikmat berada di sana seperti yang banyak saya baca di blog-blog mereka yang telah ke sana, dan merasai juga keseronokan yang kami dengar selama ini dari mereka-mereka yang sudah ke sana...dan andainya kami di duga di sana, saya panjatkan doa agar dipermudahkan dan dikuatkan semangat kami untuk menghadapi dugaan itu...Amin..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...