Kerana dirimu amat berharga

Thursday, May 27, 2010

Arak ibu segala maksiat dan kejahatan


Seorang rakan baru-baru ini bercerita pengalaman beliau. Beberapa tahun lalu, suatu malam nyamuk begitu banyak di rumahnya sehinggakan dia tidak dapat tidur. Menjelang tengah malam dia ke 7-eleven berhampiran untuk membeli spray nyamuk. Ketika sampai, apa yang dilihatnya terdapat 2 pasangan remaja belasan tahun sedang asyik mengambil beer daripada peti ais. Kemudian budak2 ni membayar lalu keluar ke kawasan kedai tersebut yang sunyi. Rakan saya bertanya pada cashier kenapa jual arak kepada budak2 tu. Jawabnya dia terpaksa kerana takut. Dia bekerja seorang sahaja untuk shif malam, jika tidak diberi macam2 boleh dilakukan budak2 tu terhadapnya.


Rakan saya terus memerhatikan tingkah laku remaja yang sebangsa dengannya itu. Mereka mula menuang arak yang dibeli dari 7E ke dalam cawan. Salah seorang daripada budak2 tu mengeluarkan sebiji botol, mungkin alkohol yang lebih 'power' seperti whiskey dan dicampur ke dalam cawan tadi. Kecik2 sudah pandai buat 'cocktail' sendiri! Rakan saya terus memerhati dan alangkah terkejutnya mata yang melihat. Selepas meneguk air haram tersebut, mereka melakukan seks di kaki lima kedai tersebut! Dia memanggil cashier yang bertugas dan menasihatinya bahawa lihatlah apa yang berlaku dan 'saham' yang dia bersubahat didalamnya. Cashier tersebut terus menangis dan akhirnya berhenti bekerja di 7E tersebut. Dan kisah benar ini berlaku di Kuantan!


"Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya". ............. " (Al-Baqarah, 2: 219)


Semasa di Sydney dulu, saban hari ada saja laporan keganasan yang disebabkan arak atau alcohol related crime. Daripada bergaduh sehingga sanggup berbunuhan. Semuanya gara-gara inginkan keseronokan sementara yang akhirnya membawa kepada tragedi yang tidak diingini.  Kadang-kadang kita terserempak dengan kucing sedang mengawan di tepi jalan. Jika dihalau, berhentilah ia dan lari ke tempat lain. Akibat tidak berakal, manusia menjadi lebih buruk lagi perangainya dengan 'mengawan' beramai-ramai tanpa ada rasa malu malah tidak menghiraukan orang lain. Apabila akal sudah tidak lagi berfungsi, maka jadilah manusia setaraf dengan binatang, malah terkadang lebih rendah lagi.

Pernah suatu ketika semasa di Sydney saya berjalan menuju ke kedai. Tiba-tiba saya disapa oleh dua remaja perempuan yang comel. "Excuse me sir. Can you help us to buy some alcohol from that bottle shop? The owner does not allow us to buy because we are underage". Saya kata, "I'm sorry I can't" dan budak2 ni terus merayu-rayu memujuk. Saya pun tak sangka saya boleh berhenti seketika di situ. Setan laknatullah berbisik supaya saya tolong belikan. Kemungkinan jikalau  tidak diasingkan kedai arak dan kedai biasa, saya dah pun tolong belikan. Alhamdulillah Allah masih melindungi saya, saya katakan I'm a muslim dan terus blah.

Kali kedua ujian melibatkan arak semasa saya menghadiri conference dinner. Tanpa ditanya terlebih dahulu, waiter menuangkan wine ke dalam wine glass di depan saya. "You are missing the best thing in your life my friend! " kata seorang peserta di meja saya secara berseloroh setelah mengetahui saya tidak minum. Pada waktu itu, tidak ada seorang melayu pun, malah muka muslim pun tidak kelihatan. Siapa yang tahu kalau saya minum pun. Bayangkan kalau saya tidak ada fikir agama, anakbini, ibubapa...


Arak dan remaja Malaysia

Arak merupakan ibu segala maksiat. Apa yang amat menakutkan saya ialah perkara ini mula menular di kalangan masyarakat Malaysia termasuklah di Kuantan. Saya amat yakin masalah sosial terutamanya kes pembuangan bayi, rogol dan sebagainya ada kaitan yang kuat dengan kegiatan meminum arak. Jika anda baca suratkhabar The Star sehari dua yang lalu berkenaan gangster di sebuah sekolah di Rawang, pelajar sekolah kini sudah berani membawa dan meminum arak pada waktu sekolah. Ada guru yang menjadi takut dengan kegangsteran murid-murid sendiri. Jikalau tiada tindakan yang dilakukan, saya amat pasti negara kita akan menghadapi masalah yang sama dengan negara2 Barat dalam masa terdekat, malah mungkin jadi lebih teruk lagi.

Kenapa boleh jadi lebih teruk? Kita belum ada undang-undang ketat mengenai arak. Kalau ada pun mungkin enforcement tidak berkesan. Jika anda ke pasaraya, cuba bersikap lebih observant. Mungkin anda akan perasan ada tin-tin arak mula dijual dan diletakkan di kawasan awam. Semasa baru balik ke Malaysia dulu, saya mempersoalkan kepada mama aiman, "kenapa beer ni ada kat sini? Awat tak jual kat dalam area non-halal tuh?". "Mungkin barang baru sampai kot".

Namun itu bukan kali yang pertama. Selepas daripada itu kerap kali juga saya dapati minuman beralkohol dijual di kawasan minuman biasa berhampiran minuman bergas dan tin yang lain. Adakah anda fikir cashier kita akan bertanya 'kamu ni Islam ke? berapa umur?' sebelum membenarkan remaja membeli arak tersebut? Tak perlu ke pasaraya besar, di Tunas Manja saja boleh didapati segala jenis arak berhampiran kaunter. Saya semakin jarang ke tunas manja, semenjak ada Terus Maju yang 100% bumiputera muslim. Biarlah walau terpaksa jauh sikit travel, lebih lapang dada rasanya berbelanja di situ atau di pasar malam untuk keperluan rumah.

Gambar: Penjualan arak secara terbuka di Pasaraya Carrefour (Sumber dari sini).
 "Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan". (Al- Maaidah. 5: 90)

Di peringkat kita rakyat marhaen ini,  kita amat amat amat perlu mengawasi ahli keluarga terutama anak-anak kita. Mana depa pi, dengan sapa depa keluaq, jantan ka ponpuan, pukoi berapa nak balik. Saya hairan ada ibubapa yang membiarkan anak-anak keluar lewat malam. Mereka tidak terfikirkah apa  kegiatan anak-anak di waktu malam di luar? Kedai banyak dah tutup, sekolah perpustakaan tentu dah tak buka, taman-taman dah gelap...

Kerajaan sepatutnya mengawal ketat penjualan arak. Di Australia, kedai arak hanya spesifik menjual arak sahaja. Pasaraya mempunyai kedai araknya sendiri, tetapi di ruang yang lain yang mempunyai pintu keluar-masuk serta cashier tersendiri. Namun mereka2 yang sedar tentang bahaya arak terus membuat bantahan demi bantahan jika ada yang tidak kena. Saya hairan bagaimana di Malaysia lesen menjual arak diberikan sewenang-wenangnya pada pengusaha pasaraya kecil. Mereka pula membuka outlet di  kawasan yang majoritinya Melayu.Yang muka tak malu memang dengan selamba akan membelinya. Sama lah macam kedai nombor ekor, ada yang balik sembahyang Jumaat terus singgah dan beli ekor. Bercakap pasal judi, Malaysia juga tidak ketinggalan pernah berada di tangga teratas dunia dengan mempunyai kasino terbesar dunia. Tengok di sini.

Maka undang2 perlu digubal untuk tidak menjual arak di kawasan majoriti Melayu, kuatkuasakan peraturan penjualan kepada bawah umur dan yang beragama Islam. Untuk memudahkan pengawalan, penjualan arak hendaklah dibuat di premis yang tersendiri. Kad pengenalan perlu ditunjukkan sebelum pembelian dibenarkan. Pelbagai langkah lagi perlu difikirkan kerana rakyat kita memang handal bab putar belit untuk mencapai matlamat & keuntungan diri.

Siapa penggubal undang-undang negara? Siapa yang pilih mereka?  Kan dah banyak evidence arak ibu segala maksiat dan kejahatan? Kenapa mereka tak buat tindakan apa-apa? Depa ada minum jugak kot, tu yang sayang tu?

Wallahu A'lam

Bapa Risau,
Kuantan


12 comments:

  1. Br.Azdie, hantar tulisan ni ke tv3 or paper...
    Mengucap panjang sy baca kejadian kt 7E kuantan tu!

    ReplyDelete
  2. keburukan arak itu sudah jelas. Tak tahu lah ye..apa yang sedap sangat arak tu. Kak tirana terbau pun rasa nak termuntah.. Arak, judi dan zina semakin hebat menular di malaysia sekarang ni..bimbang anak-anak kita ni terpengaruh.

    ReplyDelete
  3. Sering kita melihat peraturan-peraturan yang lebih ketat berkaitan penjualan arak atau pun tempat-tempat hiburan di negara barat berbanding dengan negara kita yang sering megah bahawa agama Islam adalah sebagai agama rasmi.

    Saya tidak hairan jika dalam tempoh sepuluh tahun lagi peraturan menjual arak ini akan tetap seperti sekarang kerana berpegang kepada prinsip menghormati hak-hak orang bukan muslim. Sebenarnya kerosakan-kerosakan yang berlaku kerana arak tidak pernah memilih sama ada dia beragama atau tidak, kerosakan tetap berlaku akibat daripada pengambilannya.

    Masyarakat lebih 'heboh'bercakap mengenai hukuman'sebat'yang dikenakan kepada dua tiga pesalah perempuan yang dikenakan hukuman tersebut daripada 'heboh' memperkatakan tentang keburukan penjualan dan ketagihan arak.

    Saya tertarik juga berkaitan membeli di kedai muslim. Sudah sampai masanya kita memberi keutamaan kepadanya.

    Maaf terpanjang sikit. Gerammmm.

    ReplyDelete
  4. Nice entry . n thanks muhasabah. sib abik anon tak pernah kena tahan budak mintak tlg belikan arak..kat sini pun tak boleh. tapi pernah sekali ditahan untuk belikan lighter. katanya untuk bapak dia.n terbelikan lah jugak....lepas ni kena berhati-hati lagik.

    ReplyDelete
  5. salam,

    arak ini permulaan bagi kejahatan yang lebih besar..

    ReplyDelete
  6. saya salahkan pemerintah,yg begitu amik mudah hal2 mcm ni...beli arak mcm beli air mineral..tiada penguatkuasaan dan tindakan..
    meluluskn lesen pusat2 hiburan,judi dsb...

    ReplyDelete
  7. Mummy Hanny,
    ok jugak tu, tapi kena edit kasi moleks lagi.Tu lah terkejut jugak budak2 kuantan pun boleh tahan la ni.

    kak tirana,
    ada rasa risau tak apa, insyaAllah kita berusaha menjauhkannya. kesian kat mak bapa yang tak rasa apa2 nun...

    Pok Li,
    kalau ikut geram, saya pun nak tulis panjang lagi. Tambahan, khabarnya cerita ni pernah dibawa kepada 'orang' yang diharap dapat mengetengahkannya. Jawapannya pemberian lesen jualan dikeluarkan oleh majlis perbandaran, jadi tak dapat nak buat apa2. Sejak pula MPK lebih besar daripada menteri dan parlimen ntah lah. Sakit jiwa betul dengan depa ni.

    anon,
    sbb org pompuan pakai tudung so dia tak mintak lah belikan arak kot.

    penjejak maya,
    salaam kembali. Mmg banyak kisah2 teladan berkaitan keburukan arak.
    Terima kasih singgah ke sini.

    Kak kamsiah,
    Tu lah kak yang saya heran sangat. Saya ada tambah satu lagi gambaq kat article di atas, tin2 arak dijual secara open di carrefour. Depa ni asyik sangat jaga sensitiviti 'orang lain' sampai sanggup letak hukum agama sebelah.

    ReplyDelete
  8. ┌─┐ ─┐
    │▒│ /▒/
    │▒│/▒/
    │▒ /▒/─┬─┐
    │▒│▒|▒│▒│
    ┌┴─┴─┐-┘─┘
    │▒┌──┘▒▒▒│
    └┐▒▒▒▒▒▒
    └┐▒▒▒▒┌
    Peace no war...
    Selamatkan Palestin.. Tanggungjawab Yang Wajib Ditunaikan ... Selamatkan Gaza!
    Ratusan ribu rakyat Palestin berada di ambang kebuluran..

    Misi KeAmanan dari kami…
    http://firestartingautomobil.blogspot.com
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

    Sorry bebanyak agak ketinggalan lah banyak entry kamu... coz banyak hal sibuk ngan bagai-bagai urusan lah... Sorry...

    arak pemula segala maksiat...

    haram hukumnya ALLAH berfirman dalam Surah al-Maidah ayat 90,

    "Wahai mereka yang beriman, sesungguhnya arak, judi, melakukan korban untuk berhala dan menilik nasib dengan menggunakan anak panah, adalah perbuatan keji daripada amalan syaitan, maka tinggalkanlah ia semoga kamu berjaya."

    Menurut Tarmizi yang hasan sahih, Nabi Muhammad SAW bersabda,

    "Sesungguhnya arak bukanlah ubat, sebaliknya ia adalah penyakit."

    Arak ialah alkohol dalam bentuk etil dan sejenis dadah yang bertindak pada otak manusia dan sering menyebabkan ketagihan. la biasanya dihasilkan oleh sel-sel ragi atau yis yang bertindak pada karbohidrat yang terdapat dalam buah-buahan dan bji-bijian. Dalam pasaran, ada tiga jenis arak yang popular, iaitu bir yang dibuat daripada biji-bijian dan mengandungi dua sehingga enam peratus alkohol, wain yang diperbuat daripada buah-buahan dan mengandungi 11 sehingga 14 peratus alkohol dan minuman keras yang dikenali sebagai likuor. Likuor dihasilkan dengan memeram ataupun mendidihkan bahan makanan sehingga menjadi arak dan ia mengandungi 40 sehingga 50 peratus alkohol.
    Apabila seseorang meminum alkohol, ia terus bertindak pads sel-sel otak dengan merangsang otak itu sebelum mengganggu fungsinya sehingga menyebabkan gangguan pada penglihatan, hilang ingatan dan seumpamanya. Pengambilan dua sehingga tiga gelas alkohol dalam masa sejam sudah mencukupi bagi menjadikan seseorang tidak stabil. Ketagihan arak memberikan kesan negatif kepada diri, keluarga dan masyarakat. Dari sudut diri, ia menyebabkan sawan dan halusinasi. Pengambilannya dalam jangka masa yang panjang dapat merosakkan otak buat selama-lamanya. Di camping itu, ia juga boleh menyebabkan sakit jantung, radang paru-paru, batuk kering, barah mulut dan kerongkong, kerosakan dan barah hati serta melemahkan sistem pertahanan badan.

    ReplyDelete
  9. afzainizam,
    eh takpe, blog saya bukannya wajib dibaca atau dikomen... =) Memang jelas arak lebih membawa keburukan daripada kebaikan. Terimakasih atas ulasan dan keperihatinan anda yer.

    ReplyDelete
  10. Hmm... Pernah tengok pelancong Timur Tengah beli arak dari supermarket di Malaysia..

    ReplyDelete
  11. Muhammad,
    Kalau bini tak pakai tudung mungkin la bukan muslim. tapi kalau bini tu pakai tudung tapi yg lakinya beli arak, taktau nak kata la. ada yg tak malu dah depa ni.

    ReplyDelete
  12. ┌─┐ ─┐
    │▒│ /▒/
    │▒│/▒/
    │▒ /▒/─┬─┐
    │▒│▒|▒│▒│
    ┌┴─┴─┐-┘─┘
    │▒┌──┘▒▒▒│
    └┐▒▒▒▒▒▒
    └┐▒▒▒▒┌
    Peace no war...
    Sama2 la bagi sokongan atas usaha bersama ini..
    Kami mengecam kezaliman ISRAEL terhadap saudara Gaza http://firestartingautomobil.blogspot.com
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

    Sorry aku lambat balas... agak sibuk kebelakangan ni

    eeeemm sekarang ni arak termasuk lah pendapatan kecil cukai negara... nak buat cam ner ye...

    pasaarraya pun mudah aje beli arak ni.. budak melayu pun tanpa segan silu minum arak slamber aje... dunia makin parah nampaknya

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails