Lim Kean Chye, 90, ahli pengasas Malayan Democratic Union (MDU) beri pendapat peribadinya tentang kemerdekaan Malaya yang dicapai pada 31 Ogos 1957.
Dipetik dari rakaman temubual untuk filem 10 Tahun Sebelum Merdeka pada 5 Julai 2007 di Penang.
Selasa, Ogos 25, 2009
"Kemerdekaan 1957" oleh Lim Kean Chye
Selasa, September 23, 2008
Jumaat, Februari 29, 2008
Ulasan Sejarawan Dr Cheah Boon Kheng tentang 10tahun
Semasa sesi diskusi dan soal-jawab selepas tayangan filem 10tahun di Penang waktu Freedom Filmfest tahun lepas, Dr Cheah Boon Kheng telah meluangkan masa untuk hadir bagi menjawab soalan dan berkongsi pandangan tentang subjek sejarah yang diketengahkan dalam dokumentari tersebut.
Dr Cheah Boon Kheng, seorang sejarawan terkemuka di Malaysia merupakan mantan Profesor Sejarah di Universiti Sains Malaysia (USM) Penang dan telah mengarang beberapa buah buku sejarah termasuk Masked Comrades: a Study of the Communist United Front in Malaya, 1945-48 (1979), dan Red Star Over Malaya: Resistance and Social Conflict during and after the Japanese Occupation of Malaya, 1941-1946 (1983).
Klik video di bawah untuk mendengar ulasan beliau.
Sabtu, Februari 16, 2008
Perlembagaan Rakyat vs. Perlembagaan Federation (Uncut version)
Ini versi awal untuk babak Perlembagaan Rakyat vs. Perlembagaan Federation yang lebih panjang dan mengandungi 4 perbandingan extra berbanding versi filem.
Menampilkan watak 'cameo' Mark Teh sebagai Sultan!
Dicatat oleh
Fahmi Reza
di
1:41 PG
2
ulasan
Kategori: Deleted Scene, Video
Khamis, Februari 07, 2008
Xin Nian Kuai Le!
Sempena Tahun Baru Cina yang mulia, kami tujukan filem ini kepada Lim Kean Chye dan semua veteran² politik kiri yang telah banyak berjasa dan berjuang untuk membebaskan tanahair kita dari jiwa penghambaan dan penjajahan. Cita-cita rakyat untuk sebuah negara Merdeka yang lebih adil dan saksama untuk semua rakyat, akan terus kami perjuangkan sampai bila². Selamat Tahun Baru Cina, Xin Nian Kuai Le, kongsi itu kuasa.
Ahad, Februari 03, 2008
Deleted Scene "Ini pasu bunga"
'Deleted scene' dari filem 10 Tahun Sebelum Merdeka.
Babak ini asalnya bertujuan untuk perkenalkan 2 lagi parti "kiri", API dan AWAS. Serta untuk ceritakan kenapa penjajah British tak suka golongan "kiri". Zainuddin Andika punya cerita, "Ini pasu bunga..." pasal pembodohan orang Melayu oleh penjajah British memang antara cerita yang terbaik pernah aku dengar.
Dalam filem 10tahun, babak ni sepatutnya keluar selepas PKMM diperkenalkan. Sayangnya, ia terpaksa dipotong sebab kacau sikit dengan alunan naratif dan melambatkan perjalanan cerita.
Satu lagi benda yang menarik dalam klip ni ialah cara Yahya Nassim dan Hashim Said sebut nama API. Mereka eja huruf roman A-P-I, dan bukan sebut perkataan 'api' seperti yang kita sangka.
Dicatat oleh
Fahmi Reza
di
5:40 PG
5
ulasan
Kategori: Deleted Scene, Video
Isnin, Januari 28, 2008
Lagu "Darah Rakyat"
DARAH RAKYAT
Darah rakyat masih berjalan
Menderita sakit dan miskin
Padanya datang pembalasan
Rakyat yang menjadi hakim
Rakyat yang menjadi hakim
Ayuh! ayuh!
Bergerak! Sekarang!
Merah Putih panji-panji kita
Merah warna darah rakyat
Merah warna darah rakyat
Darah Rakyat merupakan lagu perjuangan rakyat yang lahir semasa Revolusi Indonesia 1945. Seperti lagu "Indonesia Raya" yang merupakan lagu Kebangsaan PKMM, perjuangan kemerdekaan rakyat Indonesia banyak mempengaruhi pemikiran rakyat di Malaya. Lagu ini selalu dinyanyikan semasa perbarisan dan perhimpunan PKMM dan API untuk menaikkan semangat pemuda-pemudi pada zaman kebangkitan gerakan kemerdekaan rakyat di Malaya selepas perang dunia kedua (1945-1948).
Isnin, Januari 07, 2008
Lagu "Darah Juang"
DARAH JUANG
oleh Somasi Group
Di sini negeri kami
Tempat padi terhampar
Samuderanya kaya raya
Tanah kami subur, Tuhan
Di negeri permai ini
Berjuta rakyat bersimbah luka
Anak kurus tak sekolah
Pemuda desa tak kerja
Mereka dirampas haknya
Tergusur dan lapar
Bonda, relakan darah juang kami
Untuk membebaskan rakyat
Mereka dirampas haknya
Tergusur dan lapar
Bonda, relakan darah juang kami
Padamu kami berjanji
Darah Juang adalah sebuah lagu perjuangan mahasiswa Indonesia yang lahir semasa zaman Reformasi yang menumbangkan Rejim Orde Baru Suharto pada tahun 1998. Ia ditulis oleh 2 orang pemimpin aktivis mahasiswa dari Universiti Gadjah Mada (UGM) Yogyakarta, John Sonny Tobing dan Andi Munafat. Lagu ini popular sebagai lagu yang wajib dinyanyikan dalam setiap demonstrasi mahasiswa di seluruh Indonesia.
Selasa, Januari 01, 2008
Lagu "Nyanyi Budaya Pembebasan"
NYANYI BUDAYA PEMBEBASAN
oleh Sanggar Satu Bumi
Kepalkan tinjumu ke awan
Nyanyi budaya pembebasan
Rapatkan barisanmu kawan
Hancurkan segala penindasan
Yo semua turun ke jalan
Lantang suarakan segala tuntutan
Hancurkan feudalisme, militarisme dan kapitalisme
Jangan ragu, ayoh bersatu
Yakinlah rakyat pasti menang
Yakinlah rakyat pasti menang!
Rabu, Disember 05, 2007
DVD 10tahun
Pusat KOMAS sudah siap bikin DVD kompilasi 3 filem pemenang Freedom Filmfest 2007. DVD ini memuatkan filem dokumentari pendek 'She's My Son' oleh Indrani Kopal, 'Bo Lang Chai' oleh Ong Boon Keong, dan 'Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka' oleh Fahmi Reza. Dapatkan DVD ni dengan harga RM20 dari Pusat KOMAS.
Khamis, November 08, 2007
Tayangan khas Deepavali!
Sempena Deepavali yang mulia, aku tujukan filem ini kepada John A. Thivy (MIC), Budh Singh (MIC), K. Ganapathy (PMFTU), P. Veeraseenan (Harbour Labourers' Union), P. Rajagopal (Railway Workers Union), C. V. S. Krishnamoorthy (PMFTU), R. Balan (Rubber Workers' Union), K. N. Venugopal (Estates Employees' Union), P. V. Sharma (MDU), M. Saravanamuttu (Penang MDU), G. Chitambalan (Perak MDU), J. Appadurai (Perak MDU), K. A. Chandran (MNDYL) dan semua veteran2 politik kiri yang telah banyak berjasa dan berjuang untuk membebaskan tanahair kita dari jiwa penghambaan dan penjajahan. Cita-cita rakyat untuk sebuah negara Merdeka yang lebih adil dan saksama untuk semua rakyat, akan terus kami perjuangkan sampai bila2. Selamat Hari Deepavali, kongsi itu kuasa.
Rabu, November 07, 2007
"Apasal keris nak taruh situ?"
Sempena Perhimpunan Agung UMNO 2007, sudi aku berkongsi petikan dari temubual dengan Yahya Nassim bercerita tentang peristiwa sejarah yang berlaku semasa Perhimpunan Agung UMNO yang pertama di Dewan Bandaran Ipoh, Perak pada 29 dan 30 Jun 1946.
Yayha Nassim telah ditemubual untuk filem Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka, di Kajang, Selangor pada 16 Julai 2007.
Jumaat, Oktober 26, 2007
Pengisytiharan Hartal dibaca oleh Lim Kean Chye
Laporan pengisytiharan hartal se-Malaya PUTERA-AMCJA dalam akhbar The Straits Echo 6 Okt 1947 dibaca oleh Lim Kean Chye.
Klip video ini juga memberi jawapan kepada siapa sebenarnya yang bertanggungjawab mencadangkan aksi hartal kepada PUTERA-AMCJA! Seorang tokoh yang sangat progresif pemikirannya pada waktu itu.
Keratan akhbar The Straits Echo bertarikh 6 Oktober 1947.
Dicatat oleh
Fahmi Reza
di
12:51 PG
0
ulasan
Kategori: Hartal, PUTERA-AMCJA, Video
Khamis, Oktober 25, 2007
Pengisytiharan Hartal dibaca oleh Zainuddin Andika
Laporan pengisytiharan hartal se-Malaya PUTERA-AMCJA dalam akhbar Utusan Melayu 6 Okt 1947 dibaca oleh Zainuddin Andika.
Dicatat oleh
Fahmi Reza
di
5:54 PTG
0
ulasan
Kategori: Hartal, PUTERA-AMCJA, Video
Pengisytiharan Hartal dibaca oleh Hashim Said
Laporan pengisytiharan hartal se-Malaya PUTERA-AMCJA dalam akhbar Utusan Melayu 6 Okt 1947 dibaca oleh Hashim Said.
Pengisytiharan Hartal dibaca oleh Yahya Nassim
Laporan pengisytiharan hartal se-Malaya PUTERA-AMCJA dalam akhbar Utusan Melayu 6 Okt 1947 dibaca oleh Yahya Nassim.
Dicatat oleh
Fahmi Reza
di
11:17 PG
0
ulasan
Kategori: Hartal, PUTERA-AMCJA, Video
Pengisytiharan Hartal, 6 Okt 1947
Khamis, Oktober 18, 2007
10tahun @ vimeo.com
Source format: avi
Resolution: 480x360
Size: 191.7 MB
Klik sini untuk tonton
Klik sini untuk download fail .avi
10tahun @ revver.com
Source format: mp4
Resolution: 320x240
Size: 95.8 MB
Klik sini untuk tonton
Klik sini untuk download fail .mov