Memaparkan catatan dengan label Hartal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hartal. Papar semua catatan

Sabtu, Oktober 20, 2012

Selamat Hari Hartal 2012!


Selamat Hari Hartal 20.10.12!

Bagi memperingati hari bersejarah rakyat Malaya bersatu-padu dalam perjuangan menuntut demokrasi dan pembebasan dari penjajahan kolonial, ingin aku usulkan supaya tarikh 20 Oktober diiktiraf sebagai hari penting dalam sejarah perjuangan rakyat dan diabadikan sebagai "HARI HARTAL" - Hari Perjuangan Demokrasi Rakyat.

Tonton dan kongsi filem 10 Tahun Sebelum Merdeka untuk mengetahui sejarah Hari Hartal.

Terima kasih dan Selamat Hari Hartal!

Khamis, Oktober 20, 2011

Selasa, Oktober 20, 2009

Selasa, September 16, 2008

Hari Ini Aku Berhartal

Hari ini aku berhartal. Maksudnya dari jam 6 pagi tadi sampai ke 12 tengahmalam nanti, aku ambil bahagian dalam satu tindakan mogok dan general stoppage of work.

Ertinya aku…
…tak keluar bekerja
…tak naik bas
…tak naik LRT
…tak bawa motor
…tak pergi pasar
…tak keluar beli suratkhabar
…tak pergi shopping
…tak beli apa-apa barang
…tak keluar makan
…tak keluar tengok wayang
…tak keluar lepak dengan kawan-kawan
…batalkan semua temujanji aku hari ni
…terpaksa cancel interview dengan media untuk cakap pasal Revolusi ‘48
…tak pergi acara sambutan Hari Malaysia hari ni
…tak pergi candle-light vigil malam nanti
…tak pergi parti housewarming kawan malam nanti

Aku hanya duduk kat rumah.

Apa tujuan aku berhartal hari ni? Tujuannya sebagai tanda protes membantah tindakan kerajaan menggunakan I.S.A. Jumaat lalu yang menindas dan menakutkan rakyat. Juga sebagai tanda solidariti buat mangsa-mangsa yang ditahan.

Kenapa aku pilih hari ni untuk berhartal? 16 September dipilih kerana siknifikasi hari ni iaitu Hari Malaysia, hari lahirnya Bangsa Malaysia.

Kenapa aku pilih untuk jalankan hartal? Kenapa tak buat benda lain? Sebab hartal ialah satu direct action berbentuk civil disobedience untuk hantar mesej protes terhadap tindakan atau polisi kerajaan yang tidak demokratik dan menindas. Ia satu cara untuk kita rakyat jelata kelas bawah yang takde kuasa/pangkat untuk bergabung tenaga melakukan bantahan dengan cara yang selamat, non-violent dan sukarela.

Adakah hartal ini akan bagi apa-apa kesan? Bayangkan kalau kamu yang tengah baca entry ni pun turut sama berhartal hari ni. Bayangkan kalau semua rakyat jelata yang menentang penindasan dan cintakan demokrasi turut sama berhartal hari ni. Bayangkan babak dalam video di bawah ni berulang dalam laporan berita hari esok?



Sama ada hartal ini akan bagi kesan langsung atau tidak langsung, akan aku explore dalam next post. Lagipun aku ada 17 jam lagi untuk berhartal.

Mungkin aku akan tonton semula filem 10 Tahun Sebelum Merdeka hari ni.

Selamat Hari Malaysia & Selamat Berhartal!

Ahad, September 14, 2008

Hartal 2008 - Spread The Graphics

Use one of the following graphics for your blog or website to show your support!


Click to enlarge

Hartal Se-Malaysia pada 16 September 2008!


Dear Rakyat Malaysia,

We call upon those who support the people's struggle for freedom and democracy to condemn the unfairness, injustice and undemocratic nature of the recent spate of arrests by observing a Malaysia-wide Hartal on September 16th, between the hours of 6 a.m. and midnight as a protest against the Internal Security Act.

You are asked for one day to cease work in order to demonstrate to the government that you reject the Internal Security Act, and in order to carry our struggle for people's democracy one step further.

September 16th is the day on which the people of Malaysia will be called upon to stage the greatest political demonstration that this country has ever seen.

Rabu, September 10, 2008

Kartun Politik: Hartal Se-Malaya (1947) Revisited

Klik pada imej untuk besarkan.

Kartun politik dalam gambar di atas diambil dari majalah Kenchana bilangan 12, bertarikh 1 Nov 1947, sepuluh hari selepas mogok Hartal Se-Malaya. Kenchana merupakan majalah bulanan tulisan rumi yang diterbitkan 2 kali sebulan di Singapura di bawah ketua pengarang Harun Aminurrashid.


Sumber: Majalah Kenchana, Bilangan 12, 1 Nov 1947

Rabu, Februari 13, 2008

Kartun Politik: Hartal Se-Malaya (1947)

Klik pada imej untuk besarkan.

Kartun politik dalam gambar di atas diambil dari majalah Kenchana bilangan 12, bertarikh 1 Nov 1947, sepuluh hari selepas mogok Hartal Se-Malaya. Kenchana merupakan majalah bulanan tulisan rumi yang diterbitkan 2 kali sebulan di Singapura di bawah ketua pengarang Harun Aminurrashid.


Sumber: Majalah Kenchana, Bilangan 12, 1 Nov 1947

Isnin, Februari 11, 2008

Royal Commission on the Constitutional Proposals for Malaya

Klik pada imej untuk besarkan.

Surat rasmi dalam gambar di atas bertarikh 25 Okt 1947, lima hari selepas protes Hartal Se-Malaya, telah dihantar oleh Associated Chinese Chamber of Commerce of Malaya (Dewan Perniagaan Cina Se-Malaya) kepada Secretary of State for the Colonies di London bagi meminta ditubuhkan satu Suruhanjaya Di Raja bagi mengkaji semula cadangan Perlembagaan Federation yang dibantah secara besar²an oleh rakyat Malaya pada ketika itu.
"Indicative of the widespread dissatisfaction, there was an almost complete cessation of work and business throughout the length and breadth of Malaya from dawn to midnight on that day. Malays, Chinese, Indians and others participated in the move, showing that the opposition to the present Proposals is neither sectional nor communal, nor the result of simply party demands but of the upward surge of a widespread desire for a new ideal of Malayan unity in which all can work together without any communal emphasis."

Malangnya, permintaan ini tidak dilayan oleh penjajah British. Tiada sebarang Royal Commission ditubuhkan. Kerajaan Kolonial British meneruskan polisi 'pecah-dan-perintah' dan tetap berpegang pada perjanjian antara mereka dengan golongan feudal Raja² Melayu dan UMNO.

Seruan Hartal Se-Malaya oleh ACCC bertarikh 5 Okt 1947

Klik pada imej untuk besarkan.

Poster/selebaran di atas telah dikeluarkan oleh Associated Chinese Chamber of Commerce of Malaya (Dewan Perniagaan Cina Se-Malaya) pada 5 Okt 1947 bagi menyokong tindakan protes Hartal Seluruh Malaya anjuran PUTERA-AMCJA.

Klik sini untuk dengar dan baca seruan Hartal yang dikeluarkan oleh PUTERA-AMCJA.

Jumaat, November 09, 2007

Kenchana, 1 Nov 1947

Klik pada gambar untuk besarkan

Sumber: Majalah Kenchana, Bilangan 12, 1 November 1947

Khamis, November 01, 2007

Temubual dalam akhbar The Sun, 1 Nov 2007

Klik pada gambar untuk besarkan imej atau klik sini untuk baca.



Sumber: Akhbar The Sun, 1 Nov 2007

Jumaat, Oktober 26, 2007

Artikel dari akhbar Sunday Tribune, 26 Okt 1947


OVER 140,000 WORKERS OBSERVED HARTAL
by Sunday Tribune Reporter

Over 140,000 workers throughout Malaya took part in the pan-Malayan hartal last week, and it showed the co-operation of labour in matters of importance, said Mr. Tse Tong, Chairman, speaking at the second anniversary of the Singapore Federation of Trade Unions yesterday.

Setting out the progress of the Federation in the past years, the speaker drew attention to the favourable conditions it had to pass through.

Despite Government’s ruling that government servants were not to join unions (he said) the Federation was enjoyable the support of those who had to leave the Federation on that account.

Mr. P.J. Steel, Registrar of Trade Unions, said that “Government servants are servants of the public and therefore they cannot join any individual union.”

Capital and labour (he said) were not opposing each other; both should work in close harmony and co-operate for mutual benefit.

Mr. Mitra, speaking on behalf of the Indian Regional Congress, said labour should not actively dabble in politics. He thought it should not do so until it reached a certain standard of efficiency.

To this extent, it should be labour’s aim to seek means to promote basic education, as “democracy is impossible unless you have a certain standard of efficiency.”

A representative of the Pan-Malayan Federation of Trade Unions, Mr. Ganapathy, expressing dissatisfaction over the Wages Commission’s Report, suggested that it would be advisable to request for Parliamentary Mission to visit Malaya, study labour conditions, and make final reports on wages.

Another speaker, Mr. Eu Chooi Yip, Secretary of the Malayan Democratic Union, said:- “Workers must realize that in order to achieve their economic demands and to improve their living standards they should take an active interest in the politics of this country.”

By so doing (he added) they would not only be safeguarding their interests and what rights they now had, but also safeguard what rights they were going to gain in the future. Referring to the Labour Party in England, the speaker said that that party derived all its financial support from trade unions and Government should not forbid trade unions from setting apart finances for political purposes.

Trade unionism, both in Singapore and Malaya had made tremendous progress, and now embraced workers of all races, he added.

Representatives of various other organisations, and unions also spoke on the significance of the day, the gathering was treated to light refreshment.


Sumber: Akhbar Sunday Tribune, 26 Okt 1947

Pengisytiharan Hartal dibaca oleh Lim Kean Chye

Laporan pengisytiharan hartal se-Malaya PUTERA-AMCJA dalam akhbar The Straits Echo 6 Okt 1947 dibaca oleh Lim Kean Chye.

Klip video ini juga memberi jawapan kepada siapa sebenarnya yang bertanggungjawab mencadangkan aksi hartal kepada PUTERA-AMCJA! Seorang tokoh yang sangat progresif pemikirannya pada waktu itu.


Keratan akhbar The Straits Echo bertarikh 6 Oktober 1947.

Khamis, Oktober 25, 2007

Pengisytiharan Hartal dibaca oleh Zainuddin Andika

Laporan pengisytiharan hartal se-Malaya PUTERA-AMCJA dalam akhbar Utusan Melayu 6 Okt 1947 dibaca oleh Zainuddin Andika.

Pengisytiharan Hartal dibaca oleh Hashim Said

Laporan pengisytiharan hartal se-Malaya PUTERA-AMCJA dalam akhbar Utusan Melayu 6 Okt 1947 dibaca oleh Hashim Said.

Pengisytiharan Hartal dibaca oleh Yahya Nassim

Laporan pengisytiharan hartal se-Malaya PUTERA-AMCJA dalam akhbar Utusan Melayu 6 Okt 1947 dibaca oleh Yahya Nassim.

Pengisytiharan Hartal, 6 Okt 1947

Akhbar Utusan Melayu bertarikh 6 Okt 1947 telah menyiarkan kenyataan pengisytiharan hartal se-Malaya yang dikeluarkan oleh PUTERA-AMCJA di dalam laporan yang bertajuk "Hartal Seluruh Malaya 20 Oktober - PUTERA dan Majlis Bergerak Serentak Jawab MacDonald"


Rabu, Oktober 24, 2007

Artikel dari malaysiakini, 24 Okt 2007


60 TAHUN SELEPAS HARTAL
oleh Amin Iskandar

20 Oktober adalah satu tarikh “Keramat” yang seharusnya diingati dan dikenang oleh rakyat Malaysia kerana 60 tahun yang lalu, pada 20 Oktober 1947, telah berlaku satu peristiwa bersejarah yang menyaksikan rakyat di Malaya menggunakan kekuatan demokrasi mereka.

Peristiwa ini telah mengubah lanskap politik di Malaya yang sekarang ini dikenali sebagai Malaysia. Pada ketika itu, Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) dan All Malayan Council of Joint Action (AMCJA) telah melancarkan Hartal diseluruh Malaya untuk membantah Perlembagaan Persekutuan yang diusulkan oleh Penjajah British untuk Malaya.

Mengapa PUTERA-AMCJA membantah Perlembagaan Persekutuan yang diusulkan oleh Penjajah British?

Alasannya mudah. Sesebuah negara yang merdeka perlulah mempunyai Perlembagaan yang ditulis oleh rakyatnya sendiri. Perlembagaan yang ditulis haruslah mencerminkan aspirasi rakyat yang merdeka dan bukannya mengekalkan kepentingan penjajah.

Secara logiknya, jika kita benar-benar merdeka, mengapa Perlembagaan Persekutuan perlu didraf oleh penjajah? Apakah penjajah British benar-benar ikhlas untuk memberi kemerdekaan atau mahu meneruskan penjajahan dalam bentuk baru?

Apakah yang dimaksudkan dengan Hartal?

Hartal (juga sebagai Hartaal) adalah satu terma yang digunakan di India untuk mengambarkan tentang tunjuk perasaan ataupun bantahan yang digunakan secara meluas dalam perjuangan rakyat India untuk menuntut kemerdekaan dari penjajahan British.

Mogok umum

Hartal adalah mogok umum yang melibatkan pemboikotan bekerja dan melakukan urusan harian secara total. Apabila berlakunya Hartal, semua tempat-tempat berjalannya urusan harian seperti pejabat, kedai runcit, kedai makan, mahkamah, akan ditutup.

Hartal adalah salah satu bentuk “civil disobedient” yang dilakukan untuk menuntut sesuatu perkara ataupun membantah sesuatu perkara. Ia adalah satu tindakan untuk menuntut kerajaan, pemerintah ataupun penjajah untuk menukar sesuatu keputusan yang tidak popular ataupun menindas rakyat.

Baru-baru ini, Fahmi Reza seorang aktivis dan pekerja seni telah memenangi salah satu anugerah dalam Freedom Film Festival 2007. Filem dokumentarinya yang bertajuk “Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka” menceritakan peristiwa politik yang berlaku di Malaya pada ketika itu.

Dokumentari yang menceritakan tentang perjuangan bersejarah PUTERA-AMCJA ini juga turut memuatkan temuramah dengan lima orang tokoh seperti Yahya Nassim dari Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Zainuddin Andika dari Angkatan Penuda Insaf (API), Majid Salleh dari Johore State Federation of Trade Unions (JSFTU), Hashim Said dari Angkatan Pemuda Insaf (API) dan Lim Kean Chye dari Malayan Democratic Union (MDU).

Dalam temuramah dengan lima orang tokoh ini, mereka telah menceritakan tentang perstiwa bersejarah Hartal yang telah menggemparkan penjajah British dan mempopularkan Perlembagaan Rakyat yang diusulkan oleh PUTERA-AMCJA.

Perlembagaan Rakyat yang progressif dan adil kepada semua kaum, telah diserang secara habis-habisan oleh penjajah British dengan menggunakan media dan kemuncaknya apabila darurat diisytiharkan.

Dengan menggunakan alasan memerangi komunisme, British telah menangkap dan memenjarakan ramai tokoh politik kiri dan mengharamkan PKMM, API, AWAS, GERAM, MDU dan beberapa lagi pertubuhan politik progresif tanahair.

Dokumentari Fahmi Reza

Sepuluh tahun selepas Hartal, kemerdekaan negara telah diberikan oleh penjajah British kepada Umno, MCA dan MIC dalam keadaan darurat masih lagi berjalan. Undang-undang darurat itu telah ditukar namanya kepada Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada tahun 1960 dan masih lagi digunakan oleh kerajaan Malaysia sehingga hari ini.

Mujurlah masih ada anak muda yang cintakan sejarah. Usaha beliau membuat penyelidikan yang rapi dan akhirnya berjaya menghasilkan sebuah dokumentari yang padat dengan fakta-fakta sejarah yang tidak diberi tempat di media-media arus perdana dan buku teks sejarah. Untuk maklumat yang lebih lanjut mengenai dokumentari ini, sila layari blog Fahmi Reza di http://10tahun.blogspot.com.

Enam puluh tahun selepas Hartal dan 50 tahun selepas merdeka, rakyat Malaysia masih lagi membincangkan mengenai kebebasan bersuara, kebebasan berpersatuan, kebebasan media, perpaduan kaum, sensitiviti agama, pilihanraya yang bebas dan banyak lagi isu-isu yang telahpun dibincangkan 60 tahun yang lalu.

Peristiwa seperti Tragedi Batu Buruk pada 9 September 2007 di Terengganu di mana dua orang awam ditembak oleh polis dengan menggunakan peluru hidup, mengingatkan saya satu babak dalam filem “The Legend of Bhagat Singh” di mana perhimpunan aman untuk menuntut kemerdekaan yang dianjurkan oleh pejuang kemerdekaan di India, telah diganasi oleh penjajah British dengan tembakan.

Memang benar, pada hari ini jumlah bangunan yang ada di Malaysia jauh lebih banyak daripada apa yang ada pada zaman penjajahan. Kalau dilihat dari luaran, Malaysia adalah antara negara membangun yang berkembang dengan pesat dan cepat.

Tetapi realiti kehidupan majoriti rakyat Malaysia pada hari ini yang dibebani dengan harga barang keperluan yang tinggi sedangkan pendapatan rendah, menyebabkan hanya segelintir rakyat kelas atasan yang merasai nikmat kemakmuran ekonomi selepas merdeka.

Situasi ini tidak banyak bezanya dengan kehidupan di zaman penjajah dahulu. Pada waktu itu, majoriti rakyat Malaya hidup dalam kesusahan dan hanya golongan atasan yang mengecapi kemakmuran ekonomi.

Semangat Hartal

Dari segi demokrasi pula, tahun 1947 jauh lebih demokratik daripada situasi di Malaysia pada hari ini. Pada ketika itu, untuk menubuhkan sesuatu persatuan atau parti politik tidaklah sesukar hari ini. Hari ini kita dibebankan dengan birokrasi dan syarat-syarat yang ketat oleh Pendaftar Pertubuhan.

Media juga bebas untuk melaporkan peristiwa-peristiwa yang berlaku walaupun ianya bertentangan dengan penguasa. Sebagai contoh Peristiwa Hartal pada 20 Oktober 1947 telah diberikan laporan muka hadapan oleh Utusan Melayu ketika itu. Ini sudah tentu tidak berlaku jika sekali lagi Hartal dilakukan pada zaman ini.

Peristiwa Hartal yang dianjurkan oleh PUTERA-AMCJA 60 tahun yang lalu telah membuktikan bahawa dengan menggunakan pendekatan yang aman, rakyat mampu menujukkan kekuatan.Yang penting ialah sesuatu isu itu harus jelas diperjuangkan tanpa politiking sempit yang mampu memecah belahkan.

Tanpa adanya kemudahan komunikasi yang hebat seperti hari ini, seperti internet, telefon bimbit, Poslaju dan faks, Hartal telah berjaya dilakukan di seluruh Malaya.

Semangat Hartal harus terus dihidupkan kembali agar perjuangan untuk menuntut demokrasi sejati di Malaysia akan berjaya satu hari nanti.


Sumber: malaysiakini.com