Tajuk: Radical Malay Politics: Its Origins and Early Development
Pengarang: Firdaus Haji Abdullah
Penerbit: Pelanduk Publications
Tahun: 1985 (Cetakan pertama)
Mukasurat: 180 halaman
Availability: Perpustakaan Negara Malaysia
Call No. (Rujukan): 320.9595 FIR M
Jumaat, Mac 28, 2008
Buku: Radical Malay Politics (1985)
Khamis, Mac 27, 2008
Buku: Gerakan Radikalisme Di Malaysia (1938-1965) (2004)
Rabu, Mac 26, 2008
Buku: Gerakan Kiri Melayu Dalam Perjuangan Kemerdekaan (2006)
Selasa, Mac 25, 2008
Buku: The People's Constitutional Proposals For Malaya 1947 (2005)
Isnin, Mac 24, 2008
Buku: Jaafar Hussin - Kebenaran (1989)
Tajuk: Kebenaran
Pengarang: Jaafar Hussin (1923-)
Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka
Tahun: 1989 (Cetakan pertama)
Mukasurat: 180 halaman
Availability: Perpustakaan Negara Malaysia
Call No. (Rujukan): 923.29595 JAA M
PRAKATA
NEGARA kita telah bebas daripada cengkaman penjajah Inggeris sejak 31 Ogos 1957. Hingga 1988, kemerdekaan itu sudah berusia 31 tahun. Dan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, pejuang-pejuang UMNO yang telah berjuang menentang Malayan Union pada tahun 1946 dahulu telah diberi penghormatan oleh pihak kerajaan pada setiap kali hari kebangsaan atau hari ulang tahun kemerdekaan Malaysia. Bagi saya penghormatan semacam itu belum setimpal dengan pengorbanan yang telah ditunjukkan.
Secara peribadi saya berpendapat, penghormatan yang diberikan itu bagaikan sebuah teka-teki yang sukar hendak ditafsirkan. Apakah hanya penentang-penentang Malayan Union itu sahaja yang boleh dianggap pejuang kemerdekaan?
Adakah pejuang-pejuang yang sanggup bermati-matian dan berjuang menentang Inggeris pada zaman penjajah dahulu tidak wajar dianggap pejuang? Apakah pejuang-pejuang Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang telah wujud sejak sebelum Perang Dunia Kedua dahulu tidak perlu dicatatkan dalam lembaran sejarah tanahair sebagai tatapan generasi sekarang dan akan datang?
Apakah pejuang Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Pemuda Insaf (API) dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS) yang terang-terang anti komunis itu tidak bererti sama sekali dalam perjuangan mewujudkan sebuah negara yang merdeka?
Di antara titisan air mata inilah saya cuba menulis perihal perjuangan yang telah dilalui itu. Tegasnya, ia tidak bermaksud untuk meminta balasan daripada pemerintah sekarang, tapi lebih berhasrat untuk membetulkan beberapa fakta dan perjalanan sejarah yang mana disedari atau tidak, sedang dan akan dilupakan begitu sahaja oleh generasi sekarang dan akan datang.
Sebenarnya saya bukanlah seorang pemimpin besar seperti almarhum Ibrahim bin Haji Yaakub, almarhum Dr. Burhanuddin al-Helmy, Bung lshak bin Haji Muhammad atau almarhum Datuk Ahmad Boestamam, tapi saya adalah seorang anak peribumi yang ikut serta memberikan saham dalam perjuangan mendapatkan kemerdekaan negara ini. Sebagai 'Pemimpin Kecil Kuala Semantan', mengikut istilah Sasterawan Negara Kamaluddin Haji Muhammad (Keris Mas) dalam sebuah cerpennya, malangnya pihak pemerintah tidak mengakui sumbangan dan jasa yang telah ditaburkan itu.
'Orang-orang yang Dilupakan itu', sama ada yang sudah meninggal dunia mahupun yang masih hidup adalah puluhan ribu jumlahnya. Mereka adalah anak watan yang telah meninggalkan budi di setiap pelosok bumi tercinta ini.
Buku ini sengaja dipersembahkan kepada sidang pembaca untuk mengenang kembali mereka yang telah memberikan saham membebaskan tanahair mereka dengan harapan segala pengorbanan itu akan mendapat ganjaran daripada manusia dan Allah s.w.t. yang amat pengasih dan penyayang. Sudi apalah jua kiranya kita menghadiahkan bacaan al Fatihah kepada mereka yang telah menemui Tuhannya. Amin ya rabbulalamin.
......................................................Jaafar bin Hussin
Ahad, Mac 23, 2008
Buku: Mohd. Salleh Daud - Memoir Bukan Seorang Konformis (1998)
Sabtu, Mac 22, 2008
Buku: Abdul Majid Salleh - Memoir Abdul Majid Salleh: Dalam PKMM dan Kesatuan Buruh (2004)
Jumaat, Mac 21, 2008
Buku: Shamsiah Fakeh - Memoir Shamsiah Fakeh: Dari Awas ke Rejimen Ke-10 (2004)
Khamis, Mac 20, 2008
Buku: Khatijah Sidek - Memoir Khatijah Sidek: Puteri Kesateria Bangsa (1995)
Rabu, Mac 19, 2008
Buku: Aishah Ghani - Memoir Seorang Pejuang (1992)
Isnin, Mac 17, 2008
Buku: A. Samad Ismail - Memoir A. Samad Ismail di Singapura (1993)
Tajuk: Memoir A. Samad Ismail di Singapura
Pengarang: A. Samad Ismail (lahir 1924)
Penerbit: Penerbitan Universiti Kebangsaan Malaysia
Tahun: 1993 (Cetakan pertama)
Mukasurat: 275 halaman
Design kulit: Hassan Majid
Availability: Perpustakaan Negara Malaysia
Call No. (Rujukan): 920.5 ASS M
Call No. (Pinjaman): 920.5 ASS D
Ahad, Mac 16, 2008
Buku: Mustapha Hussain - Malay Nationalism Before UMNO: The Memoirs of Mustapha Hussain (2005)
Tajuk: Malay Nationalism Before UMNO: The Memoirs of Mustapha Hussain
Pengarang: Mustapha Hussain (1910-1987)(diterjemah ke dalam Bahasa Inggeris oleh Insun Sony Mustapha)
Penerbit: Utusan Publications & Distributors, Kuala Lumpur
Tahun: 2005 (Cetakan pertama)
Mukasurat: 423 halaman
Availability: Perpustakaan Negara Malaysia
Call No. (Rujukan): 923.2595 MUS M
Call No. (Pinjaman): 923.2595 MUS D
Nama Mustapha Hussain (1910-1987) memang jarang ditemui dalam buku² yang membicarakan sejarah politik kiri. Aku sendiri hanya dapat tahu tentang beliau bila aku terjumpa buku ini, yang asalnya ditulis oleh beliau pada tahun 1976 dan diterbitkan pertama kali oleh Dewan Bahasa & Pustaka (DBP) dalam buku Memoir Mustapha Hussain: Kebangkitan Nasionalisme Melayu Sebelum UMNO (1999).
Sebelum perang beliau aktif dalam KMM sebagai Naib Presiden dan terus aktif dalam PKMM selepas perang sebagai penasihat khas Dr. Burhanuddin Al-Helmy.
Antara yang paling menarik tentang buku ini ialah bab PUTERA-AMCJA Conference (1947) yang secara terperinci menceritakan persidangan penuh pimpinan PUTERA-AMCJA di markas besar Malayan New Democratic Youth League (MNDYL) di Kuala Lumpur pada bulan Julai 1947. Persidangan ini bertujuan untuk membahaskan rangka Perlembagaan Rakyat yang sudah siap disusun oleh John Eber dari Malayan Democratic Union (MDU). Daya ingatan beliau yang tajam sangat menonjol semasa menggambarkan individu yang hadir dalam persidangan tersebut:
"Desks were arranged in a circle. Dr. Burhanuddin sat rigidly, with me on his left, and Taha Kalu on his right. John Eber (MDU) was on Taha's right and farther on, beside John Eber, were Ahmad Boestamam (API), Lim Kean Chye (MDU) and John Thivy (MIC). Ishak sat opposite me with Conference Secretary Gerald de Cruz (MDU) on his left while Sir Cheng Lock Tan (AMCJA) dressed in a shirt and coat ensemble sans tie, sat on Ishak's right. On Sir Cheng Lock Tan's right were representatives from the New Democratic Youth League (NDYL), Malayan People's Anti-Japanese Ex-Comrades Association (MPAJECA) and Cheng Loo from the Pan-Malayan Federation of Trade Union (PMFTU) - all very young men."
Satu perkara yang tak diketahui ramai ialah Mustapha Hussain telah menyertai UMNO semasa Darurat dan bertanding menentang Tunku Abdul Rahman untuk jawatan presiden UMNO selepas perletakan jawatan Dato' Onn Jaafar pada tahun 1951. Yang memeranjatkan ialah beliau hampir menang dan hanya kalah dengan satu undi.
Jumaat, Mac 14, 2008
Buku: Kamarudin Jaffar - Dr. Burhanuddin Al Helmy: Politik Melayu dan Islam (1980)
Tajuk: Dr. Burhanuddin Al Helmy: Politik Melayu dan Islam
Pengarang: Kamarudin Jaffar
Penerbit: Yayasan Anda Sdn. Bhd., Kuala Lumpur
Tahun: 1980 (Cetakan pertama)
Mukasurat: 247 halaman
Design kulit: Kumpulan S & J
Availability: Perpustakaan Negara Malaysia
Call No. (Rujukan): 923.2595 BUR M
Buku ini mengumpulkan tulisan² politik serta pidato² Dr. Burhanuddin Al-Helmy (1911-1969) dari 1946 hingga 1964 yang diselitkan antara komentar yang ditulis oleh Kamarudin Jaffar.
Bagi yang tak mengenali Dr. Burhanuddin, silalah baca artikel ini atau dengar lagu ini. Atau lebih baik kalau kamu boleh baca terus buku ini di perpustakaan.
Dalam ruang pendahuluan buku ini Kamarudin Jaffar telah menulis:
"Adalah diakui umum bahawa Dr. Burhanuddin al-Helmy merupakan seorang tokoh terkemuka di alam Melayu ini. Sumbangan beliau di bidang politik, perjuangan kemerdekaan dan ilmu perubatan serta peranan Islam yang diletakkan oleh beliau di bidang-bidang tersebut perlu sekali dipelajari oleh masyarakat kita hari ini. Agak malang tulisan-tulisan Dr. Burhanuddin ini sudah tidak kedapatan lagi di pasaran hari ini, dan naskah-naskah lama tulisan-tulisan beliau itu jika pun dijumpai oleh generasi muda sekarang biasanya tidak dapat dimanafaatkan kerana gaya bahasa dan tulisan jawi sudah menjadi agak "asing" kepada kebanyakan dari kita. Keadaan begini amat dirasai sekali khususnya ketika saya mengajar kursus "Pemikiran Polltik Melayu" (dalam mana pemikiran politik Dr. Burhanuddin ada dibincang) di universiti. Adalah diharapkan bahawa melalui buku ini tulisan-tulisan dan ucapan-ucapan Dr. Burhanuddin akan dapat sekurang-kurangnya diketahui semula oleh masyarakat hari ini."
Walaupun falsafah dan pemikiran Dr. Burhanuddin sudah agak outdated untuk zaman sekarang, tetapi ia tetap bahan bacaan penting untuk memahami falsafah perjuangan rakyat semasa zaman awal kebangkitan nasionalisme di Malaya.
Dalam buku Falsafah Kebangsaan Melayu (1954) beliau telah menulis:
"Kita hendak mendirikan negara kebangsaan Melayu di atas dasar kebangsaan, menurut keadilan dan kemanusiaan yang luas dan sama berhak dan adil, bukan sekali-kali kebangsaan yang sempit, jauh sejauh-jauhnya dari berbau perkauman dan perasaan kolot dan kuno."
Kebangsaan Melayu yang tidak sempit, terbuka dan inklusif terhadap masyarakat berbilang-kaum inilah yang disyorkan oleh PUTERA-AMCJA dalam Perlembagaan Rakyat 1947 kerana mengikutnya, kebangsaan ini bukan berasaskan kepada darah keturunan sebagai syarat perjuangan atau keanggotaannya.
Jika perjuangan Dr. Burhanuddin bersama Ibrahim Yaacob dalam Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS) telah berhasil dan mereka berjaya mengisytiharkan kemerdekaan Tanah Melayu serentak dengan Indonesia selepas pendudukan Jepun pada bulan Ogos 1945, tidak mustahil sejarah akan melihat Dr. Burhanuddin Al-Helmy menjadi Perdana Menteri Malaya Merdeka yang pertama.
Khamis, Mac 13, 2008
Buku: Ishak Hj. Muhammad - Memoir Pak Sako: Putera Gunung Tahan (1996)
Tajuk: Memoir Pak Sako: Putera Gunung Tahan
Pengarang: Ishak Hj. Muhammad (1909-1991)
Penerbit: Penerbitan Universiti Kebangsaan Malaysia
Tahun: 1996 (Cetakan pertama), 1997 (Cetakan kedua)
Mukasurat: 256 halaman
Availability: Perpustakaan Negara Malaysia
Call No. (Rujukan): 928.9923 ISH M
Call No. (Pinjaman): 928.9923 ISH D
Ishak Hj. Muhammad (1909-1991) yang lebih dikenali dengan nama Pak Sako merupakan seorang wartawan, sasterawan, nasionalis dan ahli politik yang unggul.
Beliau merupakan salah seorang pengasas Kesatuan Melayu Muda (KMM), pengerusi perikatan Pusat Tenaga Ra'ayat-All Malaya Council of Joint Action (PUTERA-AMCJA), Yang Dipertua Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang ketiga, Presiden Parti Buruh Malaya dan pemimpin Fron Sosialis Rakyat Malaya. Seperti Yahya Nassim, Hashim Said, Zainuddin Andika dan Majid Salleh, Pak Sako turut sama ditangkap oleh penjajah British semasa Darurat dan merengkok dalam tahanan selama 5 tahun.
Buku berbentuk memoir ini merupakan kompilasi tulisan Pak Sako dalam akhbar Mingguan Malaysia pada tahun 1976. Ia menceritakan pengalaman beliau dari kecil hingga ke tahun 1970-an. Malangnya beliau tidak banyak menulis tentang pengalaman semasa beliau memimpin PKMM dan PUTERA-AMCJA, ataupun peristiwa pembentukan Perlembagaan Rakyat dimana beliau telah terlibat secara langsung.
Beliau juga langsung tidak menulis tentang mogok Hartal Se-Malaya kerana mungkin dibatasi oleh hakikat bahawa memoir ini asalnya ditulis untuk media arus perdana.
A. Samad Ismail dalam kata pendahuluannya telah menulis:
"Sebagai remaja, model saya bukan wartawan atau sasterawan di Amerika atau di Eropah. Model saya ialah Pak Sako dan Kajai. Malah Sako menjadi wira generasi muda sebelum perang... Sako ketika itu merupakan seorang anak muda yang gagah dan tampan. Dia sudah menempa nama sebagai wartawan dan sasterawan, juga sebagai nasionalis yang mempunyai karismanya sendiri."