f Secubit Garam: telur
Showing posts with label telur. Show all posts
Showing posts with label telur. Show all posts

Monday, January 28, 2013

CREAMY SCRAMBLE EGG with HOT & SPICY SAUSAGE

ASSALAMUALAIKUM..

Wahhh.. banyak hari betul tak bersiaran.. Bila cuti lama2 gini mula la jari jemari keras nak menaip.. Otak pun  start membeku nak mengarang.. hehehe Syok wehh duk lepaking. Hishhh mana ada duk saja2, goyang tangan goyang kaki.. Time cuti2 gini mmg bz kat dapur la dan tak lupa juga kebun sekangkang kerbau tu.. Kan anak2 balik bercuti dr asrama, tambah lagi meraikan kedatangan buah hati dr Puchong. So aktiviti memasak semestinya berganda ler.. Alhamdulillah, walau pun penat tp seronok bila tengok tetamu dan ahli keluarga K.Nor makan dgn berselera. Menu mcm biasa, yg ulang tayang cuma ada satu jer menu yg belum dibuat lagi sebelum ni. Insyaallah akan ditayang esok.. esok ke? hehe kalau ghajen la ya.. :) Hari ni kita tayang menu bekpes dulu. Menu yg dah laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaama terperam dlm folder. Kalau tak silap time cuti sekolah akhir tahun lepas.. hehehe.. 


CREAMY SCRAMBLE EGG ni K.Nor gandingkan dgn sosej yg digoreng pedas, HOT & SPICY SAUSAGE. Resipi sosej ni dah pernah post dulu kat SINI. Sesekali layan bekpes cara omputih tak salah kan................ ermmmm.. tiba2 blurr.. kehilangan idea nak mengarang.. ermmmmm.. Kita semak resipi aje dah la ya..  ^__^

Bersama se mug kopi dan jgn lupa semangkuk bubur oat.. alhamdulillah.. kenyang  ^__^

CREAMY SCRAMBLE EGG
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
3 biji telur
1/2 cawan susu fresh ~ k.nor guna yg dlm kotak
1/2 sudu kecil serbuk cili kasar
secubit garam
1 sudu besar mentega

Cara:
Pecahkan telur ke dalam sebuah mangkuk dan masukkan kesemua bahan2 lain kecuali mentega.
Pukul sedikit sehingga semuanya sebati.
Panaskan kuali non stick dan masukkan butter.
Bila mentega dah cair, masukkan adunan telur.
Biarkan seketika kemudian kacau hingga telur tadi hancur dan masak.
Angkat dan hidangkan.


HOT & SPICY SAUSAGE
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
1 pek sosej ayam ~ k.nor guna brand Ramly
1/2 sudu kecil serbuk cili kasar
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1/2 sudu kecil cajun
1 sudu besar mentega

Cara:
Panaskan frying pan.
Masukkan sosej yg dah dipotong serong.
Goreng seketika, kemudian masukkan serbuk cili kasar, serbuk lada hitam dan cajun.
Kacau hingga rata dan masukkan butter.
Goreng lagi hingga sosej sedikit garing dan bolehlah diangkat dan dihidangkan panas2.

* tak perlu masukkan garam sbb dah ada rasa masin dr sosej dan juga mentega

Tuesday, August 7, 2012

SPICY FLORAL EGG BENEDICT

ASSALAMUALAIKUM..

Saja main2 kat dapur petang smlm masa duk masak lauk utk berbuka. Sebelum ni K.Nor dah try buat utk kali pertama, tapi dek kerana capsicum yg ada tak besar sgt, jd telur melimpah keluar. Kena pulak telur yg ada kat dapur hanya gred A. Kali ni ngam2 jer kejadiannya sbb K.Nor guna (baca: gi beli capsicum lain ler.. hehe) capsicum yg lebih besar saiznya dan K.Nor kurangkan sket part putih telur tu. Alhamdulillah.. menjadi dgn elok jer.. Tak tau nak bagi nama apa, jd K.Nor panggil jer dgn nama  SPICY FLORAL EGG BENEDICT..  fanjang funyer nama kan.. hehe


Kalau nak tau, ni gara2 cabaran atau permintaan si hero sulung mintak si tukang masak buat spt dlm gambar yg pernah dia tengok kat web mana ntah.. Dan K.Nor pun pernah tengok kat fb kalau tak silap. Sekali tengok berkenannyerrr.. cantik sgt dan terus simpan hajat nak buat. Bila K.Nor siap buat smlm K.Nor panggil dia ke dapur, seronok dia tengok bila telur tu dah menjadi. Dengan telur tu, K.Nor letak dlm roti burger dan terhasillah SPICY FLORAL EGG PATTI..  Utk anak2 kecil tak sesuai kut sbb diletakkan dlm capsicum melainkan anak2 tu tahan pedas. Tapi capsicum ni mana la pedas pun, wangi dan sedap jer.. :)

(burger ku kosong jer, lupa nak letak salad bagai.. haishhh... ) 

Sesuai dibuat breakfast dan kalau dlm bulan Ramadhan ni, sesuai dibuat juadah bersahur tapi si hero ku dah ngap lepas solat tarawih :) 

Saja lah letak resipi kat sini, kut2 ada yg nak menerai..

SPICY FLORAL EGG PATTI
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
capsicum ~ merah/hijau
telur ~ saiz B
roti burger
mentega
slice cheese
salad, timun
sos cili
mayonis

Cara:
Hiris capsicum secara melintang dgn ketebalan 1 cm.
Belah 2 roti burger dan sapu dgn sedikit mentega.
Panaskan frying pan dan goreng roti tadi hingga garing bahagian yg dibelah (gunakan api sederhana). Ketepikan.
Dengan menggunakan pan yg sama, letak capsicum yg dihiris tadi dan biarkan ia masak lebih kurang 30 saat (supaya bahagian bawah capsicum tu rata dan bila kita letak telur tu nanti, ia tak tembus keluar)
Pecahkan telur dan letakkan secara perlahan2 dibahagian tengah capsicum. (sebolehnya biarkan bahagian kuning telur berada di tengah2 supaya lebih cantik hasilnya nanti)
Tutup dgn penutup dan goreng hingga bahagian putih telur masak. (terpulang samada ingin kuing telur masak terus atau masih cair2 lagi ~ 1/2 masak)
Angkat dan letakkan ke atas roti burger tadi yg dah letakkan cheese dan sayur2 lain.
Picitkan mayonis dan sos cili.
Sedia utk dimakan..



Sunday, August 5, 2012

CURRIED SCRAMBLE EGG

ASSALAMUALAIKUM...

Semalam K.Nor mencuba satu resipi baru dari Wendy, Blogger Masterchef Malaysia yg pertama. Masa Wendy post resipi ni kat blog beliau, terus K.Nor terpikat nak mencuba. Satu kelainan dlm masakan telur. Rasanya tak ada org pernah buat menu gini, sangat simple dan K.Nor sangat pastu masa tu yg masakan tu akan menjadi satu masakan yg sedap. Kat rumah ni mmg semua antu kari, jadi bila Wendy buat scramble egg berasaskan kari, terus la teringin nak mencuba. K.Nor copy dan save resipinya tu.. Tiap hari masak mesti duk fikir nak buat CURRIED SCRAMBLE EGG tu. Tapi nak kena cari satu gandingan lauk yg ngam gak kan.. 


Kebetulan smlm K.Nor buat satu menu ikan kukus, jadi K.Nor rasa molek sgt kalau digandingkan dengan scramble egg dr Wendy ni. Alhamdulillah... mmg sangat2 tak mengecewakan. Bahan2 yg simple dan mudah dapat kat dapur, nak memasaknya pun mudah dan cepat dan hasilnya wallaaaaaaa!!. Tapiiii.... hehe.. sentiasa ada tapinya kan.. biasalah kalau bab mengedit resipi.. atau dgn kata lain derhaka kat resipi.. yer la, kita kena gak pandai2 ejjas, ikut selera ahli yg nak makan. Masing2 jenis antu pedas so kena la tambah something yg boleh menambahkan kepedasan bagi masakan yg kita buat kan.. Jadi K.Nor tambah sedikit hirisan cili padi ke dalam scramble egg ni.. Hasilnya lagiiii la menyelerakan, bila ada rasa pedas2 dr cili padi dalam tu. Along pun tak sangka, menu yg ringkas (dia ada kat dapur time K.Nor menggodek scramble egg ni) dapat hasilkan sesuatu yg sangat sedap. Jom la cuba.. :)

Thank u Wendy for sharing the recipe, let me share it here okay..

CURRIED SCRAMBLE EGG
recipe by: WendyinKK
source : K.Nor@SecubitGaram

Ingredients:
5 eggs
3 shallots, finely minced
2 cloves garlic, finely minced
1 green chilli, sliced
1 sprig curry leaf, rinsed and leafs detached
½ tsp mustard seed
½ tsp cumin
1 tsp curry powder
½ tsp salt or some chicken stock powder
1 red tomato, diced.
5 cili padi ~ sliced (k.nor add)

1. Crack all the eggs into a bowl.
2. Heat wok and put in 3 Tbsp of oil. Pour in eggs and scramble them until they are just cooked (still soft) and nicely separated. Dish up.
3. In the same wok, on medium low heat put in 2 Tbsp oil. Put in mustard seeds(these will pop as u cook) and sauté shallots and garlic until fragrant and very slightly golden. Add cumin and continue to sauté until everything looks almost golden. Put in green chilli and sauté until fragrant. (add in cili padi too)
4. Put in curry powder, and salt (or chicken stock powder) and cook until you can smell the curry powder.
5. Turn heat to high. Pour the scrambled eggs back into the wok and fry until the eggs looks dry.
6. Put in diced tomatoes and give it a light toss. Dish up.


Monday, April 2, 2012

SAMBAL TELUR MASIN

ASSALAMUALAIKUM..

Dah dipaksa oleh Mek Ampang utk poskan gak hari ni entri kesinambungan utk entri AYAM GORENG KUNYIT LADA HITAM, jadi kenalah tarik nafas panjang2 dan mulakan mengarang. Ni pun nasib baik dah sembang lama dgn dia tadi kalau tak gerenti dia mengacau time duk mengarang.. hehehehe


Sambal Telur Masin ni K.Nor ambil kat dapur Ayu S'pore yg sedang bertapa seketika menenangkan hati dan jiwa setelah berhadapan dgn masalah ciplakan entri secara besar2an terhadap blognya tu. Semoga masalah yg melanda Ayu dan geng2 blogger masakan lain tu akan selesai secepatnya dan sebaik mungkin ya..

Masa Ayu mula2 tayang kat blog dia, K.Nor tak terasa lagi nak buat, jeling2 aje la.. Tapi bila Shereen post kat fb dan beritau yg menu ni sangat sedap dan rekomen suruh K.Nor buat, terus aje K.Nor copy dan save resipinya. Dari hari ke hari nak buat tak tercapat gak, last2 dapat la buat kali ni. K.Nor tak gandingkan lauk telur masin ni dgn nasi putih tp K.Nor gandingkan dgn BUBUR NASI!! Wahh.. sangat sedap dan menyelerakan sambalnya tu. Selain SAMBAL TELUR MASIN ni K.Nor juga buat AYAM GORENG KUNYIT LADA HITAM sebagai pelakon tambahan pada Bubur Nasi. Memang gadingan yg mantop! hehehe.. 


Mekasih pada Ayu yg dah share resipi dari SajiOnline tu dan juga terima kasih pada Shereen yg rekomenkan nya pd K.Nor.. Tak sia2 mencuba Sambal Telur Masin ni :)

SAMBAL TELUR MASIN
Sources:-From SAJIONLINE
Sources:-From Ayu@Curlybabesatisfaction
source : K.Nor

BAHAN-BAHAN:
5 biji telur masin (rebus)-(Ayu gunakan telur asin 'low-salt content')
1 labu bawang besar (hiris)
5 tangkai cili hijau (tumbuk kasar)-(Ayu tak gunakan ni)
*20 tangkai cili padi merah (tumbuk kasar)-Ayu gunakan lebih lagi)
*3 biji buah keras ~ k.nor skip
*3 cm belacan
garam + perasa -(Ayu tambah, garam buat syarat aje sebab telur masin dah masin)

CARA MENYEDIAKAN:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk.
2. Masukkan buah keras, garam, belacan dan gaul rata.
3. Susun telur dalam pinggan dan tuangkan sambal yang dimasak tadi.-(Ayu gaulkan sekali dalam kuali)

Monday, February 20, 2012

SIMPLE TAPI GILER2 SEDAP!! ^__^

ASSALAMUALAIKUM..


Dalam banyak2 menu, rasanya lauk sardin dgn telur dadar adalah menu yg paling simple tapi tersangatlah sedapnya.. betul tak? Gandingan yg cukup mantap, tak perlu lauk lain lagi dah. Kalau nak tambah pun sekadar ulam2an jer spt timun batang. Ni lah menu yg org kata menu evergreen.. tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas. Kalaulah disua lauk lain rasanya tak layan dah kut.. hehe.. 


Dah lama betul tak masak lauk sardin.. Ni kebetulan tinggal berdua, baru la syok masak lauk sardin sbb biasanya hero bongsu tak makan lauk ni. Jadi kena lah buat lauk lain utk dia. Kalau ikutkan hati nak jer menambah semangkuk lagi nasi panas2 tp kena kawal nafsu ya.. Satu mangkuk tu dah memadai, insyaallah...


Kali ni K.Nor buat telur dadar special sket, menggunakan bahan yg ada dlm esbok. Kebetulan cik abg beli cendawan tiram kat tempat pengusahaan/pembiakan cendawan tiram di Kg Paloh baru2 ni, dpt lah harga yg murah sket disamping cendawan yg segar dan baru dipetik. Sedap telur dadar yg dimasukkan cendawan dlmnya tu.. Nanti K.Nor kongsi resipi TELUR DADAR BERCENDAWAN kat bawah ya..


Jom layan menu sempoi hari ni.. Nasi panas2 lagi ni.. Yg ada petai dalam tu, yg Cik Abg punya.. dia tu antu petai, jering dan kerdas.. hehe.. Air pun dah siap, air suam panas jer ya.. Lebih elok minum air suam panas dr minum air berais kan.. Ada sapa2 yg nak join?? Cepat! Nasi ada lagi nih.. ^___^

SARDIN MASAK KICAP PEDAS
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
1 tin kecil sardin ~ k.nor guna brand Pertima
2 ulas bawang putih ~ diketuk dan dicincang
3 ulas bawang merah ~ dimayang
1 sudu besar cili mesin
5 - 7 sudu besar kicap manis
5 biji cili api ~ diketuk
1/2 cawan air
1/2 labu bawang besar ~ dipotong bulat
1 biji limau kasturi
sedikit garam
minyak

Cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah hingga wangi.
Masukkan cili mesin dan tumis lagi hingga garing.
Masukkan pula kicap dan sos dalam tin sardin.
Masak sekejap dan masukkan air dan garam. Masak lagi hingga mendidih.
Masukkan ikan sardin dan cili api, biarkan merenih.
Masukkan hirisan bawang besar, kacau seketika dan padamkan api.
Perahkan limau kasturi ke dalam masakan dan kacau rata.
Angkat dan hidangkan.







TELUR DADAR BERCENDAWAN

Bahan:
3 biji telur
1 bj bawang besar 
1 bj cili merah 
4 - 6 keping cendawan tiram 
1/2 btg lobak merah ~ disagat
1 pokok sederhana daun sup
3 sudu besar susu cair
sedikit garam
minyak

Cara:
Panaskan sedikit minyak dalam kuali.
Hiris bawang besar, cili merah, cendawan dan daun sup.
Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan kocok dgn garfu hingga berbuih.
Masukkan kesemua bahan lain dan kacau hingga sebati.
Tuangkan ke dalam kuali dan tutup dgn penutup periuk.
Apabila telur dah hampir masak, terbalikkan dan masak lagi seketika.
Angkat dan hidangkan panas2.


Thursday, February 16, 2012

LAUK SIMPLE JER..

ASSALAMUALAIKUM..

Quick update.. dah nak Maghrib.. Layan ulang tayang jer hari ni ya.. 

klik link jika nakkan resipinya ya..


Lauk yg digandingkan bersamanya:


Terima kasih sudi berkunjung ^_____^


Sunday, December 18, 2011

SUKA TELUR IKAN GORENG? :)

ASSALAMUALAIKUM...

Kita short short talk aje pagi ni, no long long talk.. Lagi pun hujung minggu blog kurang meriah sket kan.. hehe

Bila ke pasar nampak telur ikan yg agak fresh, mula la nak rembat. Tak banyak pun, biasanya K.Nor beli dlm 2 - 3 ringgit jer. Cukuplah utk sekali masak dan makan dan melepaskan rindu nak makan telur ikan. K.Nor jarang masak lauk yg cerewet dgn telur ikan ni. Selalunya suka buat goreng2 simple gini. ermmmm ... td kata nak short short talk kan.. jom layan TELUR IKAN GORENG KUNYIT ^__^


TELUR IKAN GORENG KUNYIT II
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
300gm telur ikan ~ bersihkan dan toskan
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh kunyit serbuk
1 labu bawang besar ~ dihiris bulat
2 ulas bawang putih ~ dihiris nipis
2 biji cili merah/hijau ~ dipotong serong
2 tangkai daun kari
1/2 sudu besar serbuk cili kasar/serbuk lada hitam

Cara:
Gaul telur dgn garam dan serbuk kunyit.
Panaskan sedikit minyak dan goreng telur ikan hingga masak/garing.
Masukkan kesemua bahan2 lain dan goreng sekejap.
Angkat dan hidangkan dgn nasi panas.

Saturday, August 27, 2011

TELUR KUKUS SRI RAMPAI

ASSALAMUALAIKUM...

Kita buat quick update ya.. Tak banyak masa terluang bila hari raya makin tiba ni. Semestinya semua maklum kan.. so kita pergi kepada menu utk hari ni.. Telur Kukus Sri Rampai.


Pertama kali buat dulu, Telur Kukus Seri Rampai, resipi dari Chef Arm yg K.Nor amik kat web Try Masak. Kali ni ditambah sedikit bahan2 lain utk memberi rasa yg lebih enak. K.Nor tambah serbuk kari kedalam adunan telur tu, lagi sedap bila ada rasa kari2 ni kan. Kali ni K.Nor tak guna isi ayam tapi isi udang. Semestinya lagi sedap! hehe

TELUR KUKUS SRI RAMPAI
resipi : Chef Arm@TryMasak
sumber : K.Nor@SecubitGaram


Bahan:
6 biji telur 3 biji
2 biji bawang merah ~ dipotong dadu 1 bj bawang besar didadukan
2 biji cili merah ~ dipotong dadu 1 biji hiris
2 biji tomato ~ dipotong dadu 1biji
1 tangkai daun bawang ~ dihiris daun bawang + daun sup
1 sudu teh garam secukup rasa
1 sudu gula 1/2 sudu kecil
5 sudu makan minyak masak 2 sudu besar
isi udang dan sedikit chicken ball ~ dipotong kecil
1 sudu besar rempah kari

Cara:
Masukkan semua bahan ke dalam telur yang telah dipukul dan gaulkan semua bahan hingga sebati.
Kemudian masukkan ke dalam acuan yg disukai yg telah disapukan minyak (k.nor sapu butter) dan kukus dlm pengukus yg dah dipanaskan selama 5 - 7 minit. k.nor lebihkan masa mengukus kepada 10 min 
3. Apabila masak, boleh dihidangkan semasa panas bersama nasi.

*yg berwarna merah yg K.Nor buat...


Sunday, August 14, 2011

TELUR IKAN GORENG KUNYIT II

ASSALAMUALAIKUM..

Taip.. taip.. .......... delete.... Taip lagi.... dah siap dua baris... ermmmmm........ delete lagi...  ermmmmmmm......... mana la idea nak ngarang ni ya....  Idea duk shopping baju raya kut.. tak balik2 lagi nih... Mood merudum.. dah plan dari minggu lepas nak ajak org tu gi shopping barang sket tup2 dia lupa. Bila tanya, ada kerja lak.. ermmmm.......... sabo jer la.... Last2 godek tu, godek ni kat dapur.. Macam2 benda dah digodek.. ni nak lepaking kejap utk masukkan entri ni. Pastu ada benda lagi nak kena settle.. Wahhh manyak fenat ini hari oooo...  ehhhhhhh... dah jadi karangan gak ya.. hehehee... 


Ok berbalik pd menu sampingan berbuka semalam. K.Nor goreng telur ikan ni, menu febret ler kalau bab telur ikan. Pantang nampak org jual telur ikan fresh kat pasar. Tapi kali ni bila time goreng nampak cam tak fresh sangat la pulak. Hancur jer bila goreng tu.. Tak per la.. masuk mulut hancur gak kan.. masuk dalam sinun lagi la hancur lumat hehehe..

Jom tengok resipi simple Telur Ikan Goreng Kunyit versi II ni. Yg ni ada penambahan sket dari versi I. K.Nor tambah serbuk cili kasar utk upkan rasa pedas2 tu..

TELUR IKAN GORENG KUNYIT II
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
300gm telur ikan ~ bersihkan dan toskan
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh kunyit serbuk
1 labu bawang besar ~ dihiris bulat
2 ulas bawang putih ~ dihiris nipis
2 biji cili merah/hijau ~ dipotong serong
2 tangkai daun kari
1/2 sudu besar serbuk cili kasar
Cara:
Gaul telur dgn garam dan serbuk kunyit.
Panaskan sedikit minyak dan goreng telur ikan hingga masak/garing.
Masukkan kesemua bahan2 lain dan goreng sekejap.
Angkat dan hidangkan dgn nasi panas.

Sunday, August 7, 2011

SUP TELUR SIMPLE

ASSALAMUALAIKUM....

Seronok pulak buat entri bisu ^____^


SUP TELUR SIMPLE
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan :
2 ulas bawang putih
1/2 sudu besar serbuk lada hitam
1 liter air
1/2 batang celery ~ dihiris nipis
1/2 batang carrot ~ disagat panjang
1 biji telur  ~ dikocok
1 bj bawang besar ~ dipotong baji
1 bj cili hijau ~ dihiris
1/2 kiub pati ayam
garam dan gula
sedikit minyak

Cara:
Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih hingga wangi.
Masukkan serbuk lada hitam (lebih sedap jika yg baru ditumbuk).
Masukkan pula air dan batang celery, masak hingga mendidih.
Kemudian masukkan carrot, bawang besar, cili hijau dan kiub pati ayam.
Perasakan dgn garam dan sedikit gula.
Bila kuah kembali mendidih, masukkan telur sambil sebelah tangan lagi mengacau kuah dgn senduk (kacau dlm satu arah). Hendaklah sentiasa mengacau supaya telur tidak berketul.
Biarkan mendidih sekejap dan padamkan api.
Hidangkan panas2.


Sunday, July 3, 2011

Telur Kukus Sri Rampai

ASSALAMUALAIKUM...

Alahai.... kurang rajin betul nak menghapdet arini.. Syok jer main lepaking.. Tak masukkan n3 kang kesian pulak pengunjung duk tengok Ayam Masak Kicap jer dua hari berturut. Takper lah.. demi kerana pengunjung SecubitGaram, K.Nor rajinkan diri menghapdet utk malam ni ^__^


Pagi tadi masa duk lepaking kat fb ternampak Chef Am post beberapa resipi kat wallnya. Resipi yg dimasukkan ke web TryMasak. Kalau sesiapa nak tau, web TryMasak ni, menghidangkan resipi2 berserta dgn video cara memasak sekali dan ini agak memudahkan bagi org nak belajar masak. Kebetulan Chef Arm post satu resipi yg sangat menarik minat K.Nor nak menjengah ke web TryMasak tu iaitu Telur Kukus Seri Rampai. Bila tengok bahan2 dan cara masak yg Chef Arm tunjukkan amat la simple dan kejap jer dah boleh makan. Setelah bertanya sedikit soalan dgn Chef Arm, K.Nor terus salin resipi.

Maaf ya Chef Arm, K.Nor tak ikut direct 100% bahan2 dlm resipi tu. Kalau ikutkan Chef Arm, guna 6 biji telur. Wahhhh banyak tu.. Ahli dlm rumah ni 4 org jer dan yg makan tu cuma 3 org sbb Luqman mmg tak suka lauk telur2 ni. Jadi K.Nor ejjas sket bahan2 yg digunakan sbb nak masak 3 biji telur jer. Pastu masa soal jawab dgn Chef Arm tu dia beritau boleh gak masukkan daging cincang atau seafood dan boleh juga dimasukkan sedikit santan. K.Nor cuma letak isi ayam yg dicincang dan daun sup (campur dgn daun bawang sbb daun bawang yg ada sket sgt) sebagai bahan tambahan. Alhamdulillah.. bila makan tadi, sedaaaaaaaaaaap sgt!! Cik Abg pun bg 5* utk masakan telur dadar versi kukus ni. Dengan rasanya yg enak dan juicy (part juicy ni yg paling best).. mmg syok tau.. Pastu makan dgn cili sos.. laaaaaaaagi la ummpph! Kalau tak caya, try la.. mmg tak rugi punya.


Mekasih buat Chef Arm yg dah berkongsi satu resipi simpe tapi sedap ni.. Izinkan K.Nor share kat sini resipi tu ya.... Tq :)

TELUR KUKUS SRI RAMPAI
resipi : Chef Arm@TryMasak
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
6 biji telur 3 biji
2 biji bawang merah ~ dipotong dadu 1 bj bawang besar didadukan
2 biji cili merah ~ dipotong dadu 1 biji hiris
2 biji tomato ~ dipotong dadu 1biji
1 tangkai daun bawang ~ dihiris daun bawang + daun sup
1 sudu teh garam secukup rasa
1 sudu gula 1/2 sudu kecil
5 sudu makan minyak masak 2 sudu besar
1/2 cawan daging ayam yg dicincang

Cara:
Masukkan semua bahan ke dalam telur yang telah dipukul dan gaulkan semua bahan hingga sebati.
Kemudian masukkan ke dalam acuan yg disukai yg telah disapukan minyak (k.nor sapu butter) dan kukus dlm pengukus yg dah dipanaskan selama 5 - 7 minit. k.nor lebihkan masa mengukus kepada 10 min sbb ada tambahan isi ayam dlm tu
3. Apabila masak, boleh dihidangkan semasa panas bersama nasi.

*yg berwarna merah yg K.Nor buat...

Dengan adunan yg K.Nor cuba hari ni menghasilkan 6 cup telur kukus ni.


Tuesday, June 14, 2011

Kurma Ayam Dgn Telur

ASSALAMUALAIKUM..

Masak kurma hari ni sbb ada 2 bj telur hasil dr bunga telur masa gi kenduri baru2 ni. Duk biar gitu jer tak ada org nak makan, baik masukkan dalam Kurma Ayam, boleh gah dijadikan lauk. Cam biasa K.Nor suka goreng dulu sekejap telur rebus yg dah dikupas tu supaya bila kita masukkan dlm kuah, ia akan melekat dan menyerap sket ke dalam telur.Kalau tak goreng dulu, biasanya ia licin gitu jer kan. Rasanya lebih suka telur tu digoreng kejap, gitu gak kalau nak buat Sambal Telur atau Kerutup Telur. Terpulang lah pada citarasa masing2 ya..


KURMA AYAM DGN TELUR
resipi : K.Nor@SecubitGaram

1/2 ekor ayam ~ dipotong
2 - 3 bj telur ayam ~ direbus
1 labu bawang besar ~ dihiris nipis
2 ulas bawang putih ~ diketuk dan dicincang
1/2 in halia ~ dihiris halus/pjg
1 paket rempah kurma Adabi ~ bancuh dgn sedikit air panas utk jdkan pes
4 cawan santan (sederhana pekat)
2 bj ubi kentang ~ dipotong
1 bj tomato ~ dipotong 8
1 bj cili merah ~ dibelah 2 tp tak putus
garam dan gula (jika suka)
minyak

Panaskan minyak dan goreng telur hingga bahagian luarnya keperangan.
Angkat dan ketepikan.
Masukkan bawang besar dan goreng hingga bawang kekuningan dan masukkan bawang putih dan halia.
Goreng lg hingga wangi.
Masukkan pes rempah kurma, kacau2 dan biarkan hingga pecah minyak dan masukkan ayam.
Gaul ayam hingga mesra/sebati dgn rempah dan biarkan seketika (boleh dimasukkan sedikit air jika rempah terlalu pekat).
Bila ayam dah bertukar warna, masukkan santan dan ubi kentang (gunakan api sederhana jer)
Masak hingga mendidih dan jangan lupa utk mengacau supaya santan tak naik kepala.
Masukkan telur, tomato, garam dan sedikit gula.
Bila ayam dan ubi kentang dah empuk, masukkan cili merah.
Kacau dan biarkan sekejap, boleh lah dipadamkan api.
Sedia utk dihidangkan.

*kalau kuah agak pekat, boleh lah dimasukkan sedikit air panas dan masak utk seketika lg.


Tuesday, May 31, 2011

Kerutuk Ayam & Telur

ASSALAMUALAIKUM...

Bersiaran lagi di petang yang mendung. Dari awal pagi gelap jer cuaca cam nak hujan. Plannya nak meroti, terbantut la pulak bila tengok cuaca gini. Tak per la.. meh layan Kerutuk Ayam & Telur. Masih lagi menggunakan telur kenduri kawin ni.. Hari ni dah abis dah.. esok tukar menu ikan la pulak. Tak leh makan telur manyak2, kan.. Ikan hari2 tak per.. Ayam? K.Nor kurang minat la ayam tp tetap masak sbb semua ahli dlm rumah ni minat ayam.


Semalam mmg plan nak buat kerutuk arini pastu Dayang bg idea buat Kurma Telur. Ok gak tu.. Pastu bila tanya Cik Abg nak makan kerutuk ke kurma, dia terus jawab nak kerutuk. Memang antu kerutuk tu, sama dgn si bongsu. Siap menambah2 nasi kalau pekena lauk kerutuk.

Kerutuk ni ada yg taip ejaan tu kerutuk, ada yg guna kerutup. Mana2 aje la ya, dua2 tu sama jer cuma berbeza dr segi ejaan hujung tu jer :)


KERUTUK AYAM K.Nor Style
resipi : K.Nor@SecubitGaram

1 ekor ayam ~ dipotong 4(nak potong kecik2 pun boleh)
3 sudu besar rempah kerutuk/gulai ~ bancuh dgn sedikit air panas
1 cawan santan fresh
1 cawan air
2 keping asam keping
2 sudu besar cili mesin
2 sudu besar kerisik
2 helai daun pandan
1 bj bawang besar ~ potong 4
2 bj cili merah ~ belah 2
nisan/gula melaka
garam
minyak

bahan penumis (rempah 4 beradik):
1 btg kulit kayu manis (dlm 2 in panjang)
5 kuntum cengkih
3 bj buah pelaga
1 kuntum bunga lawang

bahan yg diblend:
1 labu bawang besar
3 bj bawang merah
5 ulas bawang putih
1in halia
1in lengkuas
1in kunyit hidup

Panaskan minyak dan tumis bahan penumis/rempah 4 beradik hingga wangi dan masukkan cili mesin.
Goreng hingga sedikit garing dan masukkan bahan2 yg diblend.
Goreng lagi dan masukkan rempah yg dibancuh dgn sedikit air panas.
Bila tumisan dah pecah minyak masukkan daun pandan, garam dan asam keping.
Masukkan ayam dan gaul sebati.
Biarkan rempah mesra kat ayam dlm 10minit baru la dimasukkan 1 cawan air.
Biarkan hingga mendidih.
Pastu masukkan santan fresh, nisan/gula melaka.
Masak hingga hampir pekat dan masukkan kerisik.
Masukkan bawang besar yg dipotong 4 dan cili merah yg dibelah 2.
Masaklah hingga ayam masak dan kepekatan yg disukai.
Hidangkan panas2.

* Jika nak letak telur dlm kerutuk:
kupas kulit telur yg dah direbus, belah sedikit telur (2 atau 3 belahan - hanya kena putih telur jer)
kemudian goreng dalam minyak yg panas hingga kekuningan
angkat dan toskan.
(telur perlu dibelah supaya tidak meletup semasa proses menggoreng)


# Kerutup ayam ni selain dimakan dgn nasi putih, sedap sgt dimakan dgn pulut kuning.
Selain tu best gak makan dgn roti.
Selain penggunaan ayam, boleh tukar kepada daging.


Monday, May 30, 2011

Lauk Wajib Lepas Kenduri Kawin

ASSALAMUALAIKUM..

Semestinya ramai yg buat lauk gini kan tiap kali musim kenduri kawin. Dengan pemberian bunga telur yg dikumpul2, tak termakan gak kan. Akhirnya menu wajib adalah berasaskan telur. Yg paling kerap dibuat adalah Sambal Telur hehe.. Hari ni dah buat Sambal Telur, kut2 esok telur yg dikumpul tu bertukar kepada Kerutup Telur atau Gulai Telur.. Buat Salad Telur Rebus pun best gak kan..


Ni lah menu utk lunch hari ni, Sambal Telur. K.Nor mmg suka lauk Sambal Telur. Pastu gandingkan dengan ikan goreng garing2.. sedap!!


Sebelum mengakhiri entri hari ni, K.Nor amik kesempatan mengucapkan tahniah kepada Ina@HanaMemories. Gambar2 dan resipi2 Hana ni keluar lagi dalam Jelita Jun 2011. Tak leh nak beritau secara detail sbb belum dibeli lagi tapi mmg dah tau Jelita bulan ni menyiarkan hasil tangan Hana. Tahniah ya.. hehe

Wednesday, May 18, 2011

Si Ikan dan Si Telur

ASSALAMUALAIKUM..

Hari ni Cik abg tak ada.. jadi layan menu simple aje dah la ya.. Ikan tongkol ada 2 keping dlm freezer, bila dibuat lauk sambal gini makan dgn nasi panas2 mmg best kan. Pastu gandingkan dgn Telur Dadar Bersayur. Ermmm.. boleh menambah2 nasi dibuatnya.. Opss.. tak leh tambah.. sepinggan cukup nanti sendat!

 Ikan Tongkol Masak Sambal

Telur Dadar Bersayur

Sunday, April 24, 2011

Telur Masak Taucu

ASSALAMUALAIKUM...

Sunyi sepi jer di hari minggu kan, jadi K.Nor pun tak nak pot pet banyak2.. Jom layan Telur Masak Taucu dan Kacang Bendi Goreng Bertelur.


TELUR MASAK TAUCU
sumber : Ayu S'pore
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Ingredients:-
3-5 biji telur
3 ulas bawang merah-dihiris
2 ulas bawang putih -dihiris
1biji lada merah dibuang bijinya dihiris-(Ayu tambah)
3 bj cili api ~ dipotong serong ~ k.nor tambah
1 inci halia-(Ayu gunakan sikit aje) ~ k.nor guna 1/2 in jer
1 sudu besar taucu ~ k.nor tumbuk
sedikit asam jawa
1 sudu kecil gula
minyak untuk menumis
garam secukupnya kalau perlu- sebab taucu dah masin

Method:-
Goreng telur mata lembu/kerbau macam biasa. Gunakan minyak sedikit.Jangan sampai garing, kalau goreng separuh masak lagi sedap. Angkat telur dan letakkan dalam pinggan. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia sampai naik bau. Masuukan taucu(kalau minyak sikit sangat, nanti taucu hangit jadi tambah air panas kalau nampak macam nak hangit.) Masukan air asam jawa. Kalau nak sedap, asam direndam dengan air panas supaya pekat. Masukkan gula. masak sampai mendidih dan kuah pekat. Tuangkan kuah diatas telur.


Kacang Bendi Goreng Bertelur


Friday, April 15, 2011

Sup Telur Berempah

ASSALAMUALAIKUM..

Hari ni menu yg ringkas aje ya.. Resipi dari rumah CMGebu. Sedap layan sup time panas2 gini kan.. Maaf ya Che Mat terpaksa derhaka sket. Kebetulan cendawan hitam tu dah abis stok jadi K.Nor gantikan dgn cendawan shitake dan cendawan tiram. Tak kisah la kan, cendawan jugak! K.Nor pun mmg suka letak cendawan htiam/kerinting tu kalau dalam sup ke, mee rebus ke.. mmg best.


Mintak izin ya Che Mat nak kopipes resipi tu kat sini.. Halal ya.. Mekasih..

SUP TELUR BEREMPAH
resipi : CMGebu

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 biji telur gred C (atau gred B)
2 biji kentang saiz sederhana, kupas dan belah 8 setiap biji, rendam
1/2 batang lobak merah saiz sederhana, kupas dan potong berbaji
1/2 cekak soo hoon
1 kiub ayam Maggi
1 bungkus sup bunjut adabi
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
4 keping cendawan black fungus, cuci dan hiris
5 biji bawang merah, hiris
3 ulas bawang putih, diketuk
1/2 inci halia, dihiris
1.5 liter air
Garam secukup rasa
Lada hitam kisar secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
Panaskan sedikit minyak dalam periuk. Tumis bawang merah, bawang putih, kayu manis, bunga lawang dan halia hingga harum. Masukkan kentang (toskan) dan gaul rata. Masak sekejap dan masukkan pula lobak merah, gaul, dan tuang air dan sup bunjut.
Tambah kiub ayam dan biar mendidih hingga kentang empuk. Kecilkan api dan pecahkan telur satu persatu dalam periuk, pastikan ia tidak bertindih satu sama lain. Masak hingga telur masak.
Tambah soo hoon, serbuk lada hitam dan garam secukup rasa. Jika kurang kuah tambah sedikit lagi air. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan dengan menabur daun sup...

Sunday, April 10, 2011

Lauk Replay Jer..

ASSALAMUALAIKUM..

Yer... betul la tu.. Lauk replay atau dgn  kata lain lauk ulangtayang. Dah acapkali tayang lauk ni tapi masih nak tayang gak arini sbb ni la menu utk K.Nor sekeluarga hari ni. Dah lama tak buat Asam Pedas Ayam tu yg buat tadi. Lagipun lauk ni bukan aje sedap dimakan dan dihirup kuahnya tapi mudah nak buat. Tambah2 lagi ni lauk pebret si bongsu. Lagi seronok masak bila dia makan nasi dengan banyak walau body cekeding jer hehe..


Selain Asam Pedas Ayam K.Nor buatkan Telur Dadar Bermayonis. Cukup la tu dua lauk kan.. eh.. silap ada ulam timun batang.. heee.....  Jom Makan...



Sunday, February 13, 2011

Telur Ikan Goreng Kari

Assalamualaikum...

Ermm ... sunyi jer kalau wiken ya.. Tak per la.. meh layan menu telur ikan. Pantang tengok telur ikan yg fresh kat pasar, mula la nak rembat.. Kali ni K.Nor buat versi kari lak.. Jom jamu mata :)


TELUR IKAN GORENG KARI
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:

  • 300gm telur ikan
  • 3 bj bawang merah ~ dihiris
  • 2 ulas bawang putih ~ dihiris
  • 1/2 in halia ~ dihiris pjg
  • 1/2 sudu besar cili mesin
  • 1 1/2 sudu besar serbuk kari ~ bancuhkan dgn sedikit air panas utk jdkan paste
  • 1 tangkai daun kari
  • sedikit jus asam jawa
  • garam & gula secukupnya
  • 1/2 bj bawang besar ~ dipotong
  • 1 bj cili merah/hijau ~ dihiris serong
  • minyak
Cara2:
  • Bersihkan telur ikan dan toskan.
  • Panaskan minyak dan masukkan bawang merah, bawang putih dan halia
  • Goreng hingga kekuningan dan masukkan cili mesin.
  • Goreng lagi hingga cili garing dan masukkan paste kari dan daun kari.
  • Bila dah pecah minyak masukkan jus asam jawa, telur ikan, garam dan sedikit gula.
  • Masak hingga hampir kering dan masukkan bawang besar dan cili merah/hijau yg dipotong.
  • Kacau2 sekejap, angkat dan hidangkan bersama nasi putih.

Monday, January 3, 2011

Telur Dadar Cencaluk Bermayonis

Fuh... panjang nama.. 3 in 1 tu. Ada telur, ada cencaluk dan ada mayonis. Hasilnya? Sangat sedap! Gebus jer telur dadar ni.


TELUR DADAR CENCALUK BERMAYONIS
resipi : K.Nor@SecubitGaram

3 bj telur
1/2 labu bawang besar ~ dipotong dadu
1 bi cili merah ~ dipotong dadu
2 sudu besar cencaluk
2 sudu besar mayonis
daun munggal (ada yg panggil munggai) ~ boleh ganti dgn daun saderi
sedikit minyak

Campurkan kesemua bahan kecuali minyak.
Panaskan minyak dlm kuali dan masukkan adunan telur ke dalamnya.
Goreng hingga telur dadar masak.