f Secubit Garam: sayur
Showing posts with label sayur. Show all posts
Showing posts with label sayur. Show all posts

Tuesday, November 26, 2013

BAYAM GORENG RANGUP

ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdulillah.. bersua lagi di dapur alam maya yg semakin suram dan dingin nih.. Puan blog dah makin kurang bersemangat nak menghapdet blog. Biasa la... mcm org bekerja pejabat gak, dah lama sgt bekerja atau dgn kata lain, hari2 duk buat benda yg sama, tambah lagi dah masuk cuti sekolah ni, kerja2 makin bertambah. Kadang kala kebizian yg melampau, nak menghadap pc pun tak sempat. Apa yg bizi sangat tu ya.. wallahua'lam.. ada la tu.. hehe


Semalam dah uar2kan kat fb, K.Nor akan bercuti blogging. Bukan utk test market tau, tak ada niat pun. Memang akan bercuti blogging sehingga satu masa, saat yg mood dtg balik dgn semangat yg baru (kali ni tak akan ada entri berjadual yg spt selalunya K.Nor buat kalau time K.Nor bercuti, mmg akan betul2 bercuti ya.. hehe) Mungkin awal tahun dpn, mungkin sebulan dua lagi.. atau semuanya berkemungkinan.. chewaahhh... Yg pastinya bermula Disember, SECUBITGARAM AKAN BERCUTI.. anual leave gitu ya.. bergaji? ehh mana ada.. cuti tanpa gaji jer hehe.. Insyaallah panjang umur kita akan berjumpa lg satu hari nanti.. Bagi yg nak amik resipi, nak copy resipi (RESIPI SAHAJA TAU) dipersilakan.. Tak perlu la mintak izin kat komen atau kat email.. Sangat2 dialukan utk mencuba resipi2 yg terdapat dlm blog yg tak seberapa ni. Semoga ia memberi manafaat buat semua.. insyaallah...


Berbalik pd menu kali ni, org biasanya makan/dengar Pisang Goreng, Cempedak Goreng, Ikan/Sotong/Ketam/Udang Celup Tepung, Sukun Goreng, Keledek Goreng.. ermmm.. apa lg ya.. Kali ni K.Nor nak share satu lg hidangan gorengan yg mungkin ada yg pernah buat atau pernah makan atau pernah dengar org buat. BAYAM GORENG RANGUP atau kalau kat Tganu ni biasanya org biasa panggil BAYAM CELUP TEPUNG (spt org panggil Ikan Celup Tepung@ICT)


Kebetulan aritu K.Nor buat Cempedak Goreng kegemaran anak2. Dan kat 'my little farmvile' ada pokok bayam yg tumbuh liar (K.Nor jaga spt pokok tanaman lain, daun2nya sangat rimbun dan subur), jd terlintas nak goreng bayam tu dan bg anak2 merasa. Tak susah pun, pilih daun yg sederhana besar dan basuh bersih. Toskan. Kemudian celup jer dlm tepung bancuhan dan goreng hingga kekuningan. Hasilnya, spt makan kerepek.. sedap! Anak2 kata tak mcm makan sayur pun.. Sedap dimakan panas2, krup krap jer.. Bayam kan bagus, banyak zat.. jadi elok la buat cara ni kalau nak bg anak2 makan sayur.. kan...


Dah panjang pot pet ni.. Nak sambung balik kerja yg tergendala.. Selamat mencuba BAYAM GORENG RANGUP ni ya... Batter/adunan utk gorengan ni juga boleh digunakan utk menggoreng pisang, cempedak dan yg sewaktu dgnnya ^___^

BAYAM GORENG RANGUP
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
daun bayam secukupnya ~ dibasuh dan toskan
2 cawan tpg beras
1 cawan tpg gandum
1 sudu kecil air kapur - jgn terlalu pekat
1 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
1 bj telur
1 1/2 cawan air
1 sudu besar jus limau nipis
Sedikit serbuk kunyit/ pewarna kuning telur
minyak utk menggoreng

Cara:
Panaskan minyak dalam kuali.
Bancuh kesemua bahan kecuali daun bayam hingga sebati,
Celupkan sehelai daun bayam kedalam adunan tepung (pastikan adunan rata pd keseluruhan daun) dan goreng (ulang lagi pada beberapa helai daun bayam, jgn goreng terlalu banyak sekali gus).
Biarkan hingga garing dan balikkan.
Bila ke dua belah daun dah kekuningan/garing, bolehlah diangkat dan toskan minyaknya.
Hidangkan panas2.


Thursday, November 21, 2013

SAMBAL TEMNPOYAK DAUN KAYU

ASSALAMUALAIKUM...

Perghhhh... asyik!! Memang enak banget! ehhh silap... sepatutnya ucapannya adalah ALHAMDULILLAH... memang sedaaaaaaaaaaaaap sgt menu ni. Pekena dgn nasi panas2, pastu ada ikan goreng.. tu sudah cukup sedap.. Kalau ada pelakon tambahan spt ikan kering dan sambal belacan.. lagi2 laaaaaaaaaa sedap.. boleh bertambah2 nasi yg dimakan.. Kalau nak diet jgn makan lauk ni ya.. Memang boleh langgar abis diet hehee


Dah lama nak buat menu kampung ni, asyik tertunda jer. Kebetulan smlm masa gi pasar nampak org jual daun kayu yg segar bugar... terus rembat 2 ikat. Masa nak masak baru belek resipi, rupanya boleh diletak petai.. Padahal sang petai dah melambai2 kat meja penjual, K.Nor wat derk jer sbb mata petai tu teramat ler besornya... Kalau petai padi baru best.. Pastu sempat lagi berlintas langsung dgn empunya resipi (sapa lagi kalau bukan Duta JALEN) hehee... Tanya itu ini tentang resipinya ni. Alhamdulillah.. Che Mat baik hati, melayan soalan2 yg K.Nor tanyakan.. Mekasih Che Mat ya..


Pada sesiapa yg ada stok tempoyak tu, jom godek menu yg teramat sedap ni. Mekasih sekali lg buat Che Mat atas perkongsian resipi yg enak ni.. Izinkan K.Nor kongsikan kat sini pulak ya.. psst.. mmg kena buat lg lepas ni.. kena cari pucuk ubi dan petai.. Biar lg ummphhh kan.. ^___^

SAMBAL TEMPOYAK DAUN KAYU
resipi : CMG@TiffinBiru

Bahan-bahan:
1 cekak pucuk ubi, cuci dan toskan
5 helai daun kunyit muda
1/3 cawan isi petai
1 liter santan
1 keping asam gelugor
1 genggam ikan bilis, dibersihkan dan rendam
2 camca besar penuh tempoyak
Garam secukup rasa

Bahan-bahan kisar halus :
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 cawan cili padi kampung (cm campur hijau dan merah)
3/4 inci kunyit hidup
4 batang serai, hiris halus

Cara membuat :
Pucuk ubi dan daun kunyit, dimayang halus seperti bunga rampai, petai dipotong dua setiap satu dan ikan bilis ditos, perah dan tumbuk kasar. Ketepikan
Panaskan kuali, masukkan bahan kisar halus, tempoyak, ikan bilis dan santan, kacau rata dan biar mendidih dengan api sederhana. Kacau hingga kelihatan pekar sedikit. Masukkan petai dan masak sekejap. Tambah daun pucuk ubi dan daun kunyit. Gaul rata.
Masukkan asam gelugor, perasakan dengan garam secukupnya. Masak dengan api sederhana sambil dikacau hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas dan ikan goreng.....



Wednesday, October 23, 2013

KACANG PANJANG GORENG KERANG

ASSALAMUALAIKUM..


Menu hari ni agak simple tp tak kisah la kan, janji ada entri. Lagipun sayur yg digunakan adalah fresh my little farmville.. Kacang panjang yg K.Nor gunakan dlm resipi kali ni adalah hasil tuaian (ehh kalau tuai mcm banyak dan besar jer kebun kan)... hasil petikan dr kebun sekangkang kerbau yg K.Nor usahakan secara suka2 sejak menjadi org kampung ni.. Alhamdulillah.. sudah banyak makan hasil dr hobi menanam yg mana K.Nor tanam sekeliling rumah. Ada yg atas tanah, ada yg dalam pasu dan ada juga yg K.Nor tanam dlm polibag. Kacang panjang ni pulak jenis renek yg tak memerlukan pacang, boleh tanam direct atas tanah, ianya tak menjalar pun. Seronok dapat makan sayuran fresh, petik kat pokok, basuh dan ngap sebagai ulam) Alhamdulillah.. ni la hasilnya berbudi pada tanah :) 


Ni dia rupa pokok kacang panjang renek yg K.Nor tanam. Hanya dlm pasu plastik jer.. (pasu dua hingget jer tau hehe)




KACANG PANJANG GORENG KERANG
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
seikat kacang pjg ( 7-9urat)
semangkuk kecil kerang
3 ulas bawang merah ~ dihiris
1 ulas bawang putih - dihiris
1 sb cili mesin
1/4 cawan air
1 sk cuka
sedikit lobak merah ~ dipotong panjang
1 bj cili merah
1 sb kicap manis
garam, gula
minyak

Cara:
Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga layu dan wangi.
Masukkan cili merah dan goreng hingga pecah minyak.
Masukkan kerang. Kacau.
Masukkan air, cuka dan lobak merah.
Goreng seketika kemudian masukkan kacang panjang, cili merah, kicap manis, garam dan sedikit gula.
Kacau hingga sebati dan biarkan kacang masak sedikit (jgn lama supaya kacang kekal rangup)
Angkat dan hidangkan.


Monday, October 21, 2013

SAYUR KOLOK

ASSALAMUALAIKUM...

Pernah dengar nama SAYUR KOLOK? Atau ada yg pernah makan? Rasanya org Tganu jer yg tau masakan ni, terutamanya org2 lama/tua. Kebanyakkan org muda tak pernah makan atau tau pun kewujudan menu tradisional Tganu ni. Yer la, K.Nor pun org lama jugak, dan suka masakan kampung. Masuk dlm keluarga belah suami yg rata2 org lama yg selalu masak masakan lama. Jadi lebih cenderung pada masakan lama aka masakan kampung gitu la.. ehh.. masakan lama ni unik tau.. zaman skrg dah payah nak jumpa. Kiranya SAYUR KOLOK  ni dah jadi masakan rare.. very2 rare. Nak buat bukannya boleh sepanjang masa/tahun sbb antara bahan yg digunakan tu bermusim spt petai dan yg paling penting, bahan utama yg wajib ada dlm SAYUR KOLOK ni adalah kulit buah sentul. Pernah dengarr nama buah sentul? Ada yg panggil buah setul, setoi pun ada. Kalau belah pantai barat/utara tak sure panggil apa, tp di Tganu ni, selalunya org sebut buah setul. Ada satu lg adik beradik buah sentul ni, iaitu BUAH SETIAR. Ada beza antara buah sentul dgn setiar. Kalau sentul, kulitnya sedikit keras, dan warnanya lebih kepada oren keperangan manakala kalau setiar, kulitnya lembut dan warnanya kekuningan. Kalau utk makan gitu ajer, K.Nor lebih suka buah setiar, sbb isinya selalunya manis. Kalau nak buat Sayur Kolok, lebih sedap diguna kulit buah sentul, sbb kalau kita guna kulit buah setiar, ia agak lembik. Sapa2 yg nak kenal buah sentul atau setiar ni boleh klik pd link ni ya.. SENTUL , SETIAR )


Selain dibuat SAYUR KOLOK, buah sentul ni juga selalunya dibuat rojak. Kuah rojak ni sama mcm kuah rojak utk ROJAK BETIK. Kalau buat rojak, K.Nor prefer buah setiar sbb kulitnya yg lembut, kuah rojak mesra jer dlm ikut buah ni.. Cara nak buat rojak setiar/sentul ni, kita perlu kupas kulit buah tu dulu kemudian dicincang2 keliling kulitnya tu (cincang tak putus) pastu rendam dlm air garam utk hilangkan getah buah. Lepas tu buat la kuah rojak (boleh refer kat SINI utk buat kuah rojak) dan perap semalaman utk mesrakan kuah ke buah setiar/sentul yg digunakan. Bila nak makan rojak ni, amat sedap sekali kalau ada keropok keping/ikan (makan dgn keropok lekor goreng pun best jugak! ) perghhh kecur liur la pulak sebut rojak buah setiar.. hehe.. lama betul tak buat/makan. melelehhhhh wehhhh hehehe

Ok kita balik pd SAYUR KOLOK..  Menu ni K.Nor buat atas permintaan sister yg duk Puchong tu,, kebetulan dia datang stay kat rumah K.Nor 2 minggu lepas. Dah mengidam sgt nak makan SAYUR KOLOK ni.. Yer la, duk sana mana nak jumpa buah2 dan sayur gini kan.. Bila balik kg, sesekali kena la lepas hajat nak makan menu yg lama ni.Si adik tu pulak dgn rela hati menjelajah pasar mencari buah sentul yg diperlukan utk buat menu ni. hehe.. Tak kisah la, sbb si adik pun dah lama gak tak makan. Memang menu kegemaran  si adik gak ni .. :) Memang berselera sungguh kita org makan aritu.. Dapat ler menunaikan menu idaman sister K.Nor tu.. ALHAMDULILLAH.... 


SAYUR KOLOK ni sebenarnya lebih kurang jer dgn masakan SAYUR LEMAK KULIT RAMBAI yg pernah K.Nor share dulu. Kaedah nya pun sama, kulit buah sentul tu perlu dikupas dan dicelur. Kemudian bila dah sejuk sket, kita ramas kulit tu utk buang rasa masam. Kacang panjang juga perlu dicelur sekejap (kacang pajang yg digunakan adalah yg dipetik dr kebun kecil K.Nor - kacang panjang renek .. sayur fresh gitu hehe)

Meh tengok resipi bagi SAYUR KOLOK.. sekadar utk dijadikan rujukan pd yg lain2.. Kalau kebetulan ada buah sentul ni, boleh la menerai ya.. Pastu jgn lupa goreng ikan, tumbuk sambal belacan dan juga goreng ikan kering/masin.. perghhhhhh.. syok abissssssssssss ^____^

SAYUR KOLOK
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
5 - 7 biji buah sentol ~ kupas kulit dan asingkan dr bijinya
kacang panjang
petai
1 ekor ikan selayang
1 labu bawang besar ~ dipotong baji/wedges
1 biji cili merah ~ dihiris panjang
1 cawan santan fresh/pekat
2 cawan air
air secukupnya (utk mencelur)
garam dan secubit gula

Cara:
Panggang/rebus ikan dan ambil isinya. Hancurkan.
Panaskan air hingga mendidih.
Potong kacang panjang dan celur seketika. Angkat dan toskan.
Dalam air yg sama celur pula kulit buah sentul hingga lembut.  Angkat dan toskan.
Bila dah sejuk sedikit, perah airnya utk membuang rasa masam. Ketepikan.
Masukkan kesemua bahan kecuali santan pekat ke dalam periuk dan masak hingga mendidih.
Kemudian masukkan santan fresh/pekat.
Kacau sentiasa dan masak hingga mendidih seketika kemudian padamkan api.
Sedia utk dihidangkan.


Tuesday, June 4, 2013

PAPRIK CAMPUR

ASSALAMUALAIKUM...


Hasil menggugel, jumpa dgn resipi PAPRIK CAMPUR ni kat dapur SAWANILA.COM.. Mintak izin ya tuan rumah/resipi, K.Nor nak kongsikan bersama yg lain2 resipi PAPRIK CAMPUR yg dah dicuba buat ni.. Mekasih...

PAPRIK CAMPUR
resipi : Sawanila.com

Bahan2:
1 keping chicken breast -potong dadu
5-6 ekor udang (nak letak sotong pun boleh)
sedikit sayur (bunga kobis, carrot, kacang panjang)
1 biji bawang besar – potong empat/bulat
2 batang serai
3 helai daun limau purut
2 biji bawang putih -cincang
1 biji cili merah – hiris
2 biji tomato – potong 4
1 sudu besar cili kisar
i sudu besar sos tiram
2-3 biji cili padi
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
1 cawan air
3 sudu minyak masak
garam dan gula

Cara:
Panaskan minyak, tumis bawang putih dan cili kisar.
Bila garing masukkan ayam, kacau hingga masak.
Masukkan semua jenis sos kacau, serai dan daun limau purut dan dikuti sedikit air.
Masukkan udang dan sayur (semua jenis sayur, bawaqng dan cili).
Kacau hingga masak
Rasakan garam dan gula
Sedia untuk dihidang
* k.nor tak guna ayam tp hanya guna udang dan sotong.
** k.nor hanya letak 1/2 cawan air sbb tak nak buat berkuah sgt.



Tuesday, February 19, 2013

MASAK LEMAK JANTUNG PISANG

ASSALAMUALAIKUM...

Baru perasan dah 3 entri berturut duk tayang kek jer kan.. Selalunya K.Nor lebih suka tayang menu yg berbeza. Kalau hari ni menu lauk pauk, esok menu dessert, pastu selang dgn snack atau roti.. gitu la.. memang lebih suka main selang2 menu gitu, nampak lah ada kepelbagaian sket. Tapi nak buat camana, dah post kan.. sesekaliiiiiiii jer kut.. :)

Kita balik ke menu hari ni.. Menu kampung yg dimasak semalam ni mmg mabeles sungguh. Kiranya complete set ler, siap dgn pelakon2 tambahan yg membangkit selera. Dah lama benor tak makan sambal belacan tp bila pekena menu gini, ku lupakan jururawat yg bakal dtg melawat. Garu hidung pun garu la, tak kisah dah.. Sedap punya pasal.. 



Dua hari lepas dapat lg 3 biji jantung pisang, pemberian jiran baik hati. Sehari sebelum tu dia datang dgn isterinya K.Nor sempat tanya, ada lg tak jantung pisang? Pa Ngah tu mmg ada kebun pisang, dia dan isterinya tak makan jantung pisang.. angin katanya. Dia ckp, ada.. nanti bawak lagi.. Kombang hati den dengar hehee... Keesokkannya dtg ler Pak Ngah ni bawak 3 bj jantung pisang yg baru potong kat pokok. Alhamdulillah.. rezeki kan.. Terus K.Nor sms org Kuantan, sbb aritu dia pesan suruh 'lontar' jantung pisang kalau dpt lagi.. Kita tanya dia, nak sebiji ke dua, dia jawab 3! Mau ketiga2 sekali tu, tamak betul makcik ni! .... haaa.. nanti ku lontarkan.. hehe.. Ni la untungnya duk kampung kan.. dpt pulak jiran baik hati.. Alhamdulillah.. Org berbudi kita berbahasa kan.. :)

Dalam kepala dan plan nak buat masak lemak dgn jantung pisang ni,  kebetulan pulak Sheila letak link entri MASAK LEMAK JANTUNG PISANG, dari blog HanaMemories. Terus K.Nor ke dapur Hana dan kopipes resipi tu. Males dah nak reka2 resipi lain.. copycat yg dia dah.. senang kerja. Alhamdulillah.. mmg sedap jantung pisang dimasak lemak gini, kena pulak dgn adanya gandingan yg mantop.. Tak toleh kiri kanan dah masa ngap.. Mekasih Sheila dan mek Hana resipinya ya.. dpt tak jantung pisang akak lontar semalam, ke tersesat tang kelain lak hehe

Tak seberapa nampak pelakon2 tambahan tu..
Ada ikan selayang goreng, ikan kering/masin goreng, sambal belacan dan tak lupa ulam kacang botol dan ulam raja
Pastu ada Ayam Masak Kicap Pedas utk Along & Naim ^__^
MASAK LEMAK JANTUNG PISANG
resipi : hanamemories.blogspot.com
sumber: K.Nor@SecubitGaram

Bahan2 :
1 biji jantung pisang
*3 biji bawang merah
*2 ulas bawang putih
*sejemput ikan bilis kopek
*10-15 biji cili padi - bergantung kepedasan masing2
1 kotak santan KARA
2 kotak air biasa (guna kotak santan )
garam dan perisa@gula secukup rasa

Cara-cara
Rebus jantung pisang dengan sedikit garam hingga lembut. (Cucuk dengan garfu utk pastikan jantung pisang sudah lembut ). Toskan dan perah kemudian hiris-hiris. Ketepikan.
Tumbuk bahan *. Satukan ke dalam periuk bahan tumbuk, santan dan juga air.Kacau supaya santan tidak pecah.
Masukkan jantung pisang, garam dan perisa@gula secukup rasa.
Didihkan. Hidangkan dengan nasi putih hangat dan lauk sampingan.

Friday, December 28, 2012

BLACKPEPPER LAMB CHOP & Co.

ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdulillah.. bertemu lagi di penghulu hari.. Hari ni, hari Jumaat kali terakhir utk tahun 2012 ni.. Kejap jer, tahun baru bakal muncul lagi. Dan juga, kejap jer cuti sekolah akan berkahir minggu depan. Rumah ni akan kembali sunyi, kembali tinggal 3 org penghuni.. Hanya burung bangau, burung gembala kerbau, burung layang2 dan juga kerbau yg bakal menemani hari-hari hehehe ... ehhh.. tak lupa tanaman kesayangan K.Nor juga...


Minggu lepas masa Naim balik bercuti, K.Nor amik peluang buat menu western ni. Ni 1st time buat Lamb Chop. Bukan apa, males nak tunjuk skil kat dia org ni. Nanti kalau dah buat, menjadi .. sedap kat anak tekak masing2, mula la K.Nor tak berpeluang nak makan yg kat kedai.. hehe.. Asyik compare jer.. kat kedai tak sedap la.. mak buat lagi sedap la.. huhhh... kita sbg tukang masak ni, sesekali nak gak relax kan.. nak gak makan yg org lain buat. (tapi kita sendiri pun, kalau dah makan kat kedai tu kurang sedap mesti mulut nak berbunyi gakkkk.. ermmm mak buat lagi sedap dr ni kan.. hehehe)


Tapi serius cakap, mmg SANGAT SEDAP Lamb Chop ni.. K.Nor buat 9 keping, all SOLD OUT!! LICINNNNN!! Langsung tak berbaki.. Tu pun anak2 dan cik abe ada sound, lain kali beli 2 pack daging kamben tu baru puas hati makan.. huhu... Dan Along lak tambah, kena ada french fries baru complere mak.. ermm.. yer la.. yer la... Kalau beli daging 2 pack pun tak sampai 50 hengget.. Campur dgn bahan2 lain pun adalah dlm 10 hengget kan.. Memang berbaloi la buat sendiri dari makan kat kedai.. Boleh makan sepuas hati. Kalau kat kedai mau dlm RM16.00 satu plate (utk sekeping daging jer kan). Kalau 10 atau 12 keping? haa.... kali darab sendiri la ya... Bebaloi2 la kalau buat sendiri.. Soooooo.... disarankan utk mencuba resipi yg K.Nor kongsikan kat bawah ni.. Insyaallah puas hati.. ^_____^

Resipi2 kat bawah ni ada K.Nor amik kat dua tiga blog/website dan ada yg K.Nor olah sendiri.. Terima kasih buat penyumbang resipi dan juga yg berkongsi sumber resipi.. Yg baik2 kita kongsi2kan ya.. :)



BLACKPEPPER LAMB CHOP
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan :
5 kpg daging kambing
5 ulas bawang putih ~ ditumbuk halus
1 sudu besar serbuk lada hitam ~ yg baru ditumbuk
3 sudu besar sos tiram
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar gula perang/madu
2 sudu besar minyak zaitun

Cara:
Gaul kesemua bahan kecuali daging kambing.
Lumurkan bahan perapan pada daging dgn rata.
Perap dlm peti ais lebih kurang 1 - 2 jam. (lama lama lagi baik)
Panaskan grill pan dgn api sederhana atau boleh juga guna non stick pan. (k.nor guna pemanggang ajaib)
Letakkan daging kambing dan panggang lebih kurang 8 - 10 min.
Kemudian balikkan dan panggang lagi sehingga masak. (jangan balik2kan banyak kali, cukup hanya sekali utk menghasilkan daging panggang yg lebih enak).
Angkat dan hidangkan dgn Sos Lada Hitam, Garlic Mashed Potato & Creamy Coleslaw.


SOS LADA HITAM
sumber : KasihSalina
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
1 bawang besar [didadu]
2 bawang putih [dicincang]
4-5 sudu besar lada hitam [kisar]
2 sudu besar tomato sos
1 sudu besa sos cili
2 sudu sos tiram
1 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar susu fresh
2 setengah cawan air rebusan tulang ayam/daging @ kiub ayam Knor
1 sudu kecil tepung jagung bancuh ngan air sikit
garam dan sedikit gula
minyak untuk tumis (guna mentega pun boleh)

Cara:
1. Tumis bawang besar & bawang putih sampai layu.
2. Masukkan air rebusan ayam.
3. Masukkan tomato sos, cili sos, lada hitam, sos tiram @ kicap dan tepung jagung.
4. Kacau sebati dan masak mengikut kepekatan sos yg dikehendaki
5. Lastly, masukkan garam n gula secukup rasa.



GARLIC MASHED POTATO
resipi : Mommamia@MyResipi
sumber : HanaMemories & K.Nor


Bahan2:
8-9 biji ubi kentang saiz besar (kalau guna Russet potatoes lebih gebu)
Air yg cukup untuk merebus + 3 ulas bwg putih diketuk
3 sudu besar butter
2 sudu besar mayonaise
½ cawan susu segar/ fresh cream
1 sudu kecil black pepper

Bahan-bahan untuk gravy : ~ k.nor skip gravy ni

2 ulas bawang putih dicincang halus
2 sudu kecil black pepper
2 sudu besar Worcestershire sauce ( kite gune brand lea&perrin)
4 sudu besar kicap manis + 1 cawan air
2 sudu besar tepung jagung + dgn sedikit air ( untuk memekatan gravy)
1 sudu kecil stock ayam ( kalau buat steak/grilled chicken, guna airnya lg sedap)
sedikit minyak untuk menumis bwg putih- hana gune butter

Cara:
Kupas kulit ubi kentang dan potong nipis2. Rebuskan dalam periuk - isi air cukup-cukup menutupi ubi dan campurkan sekali bwg putih yg diketuk.Tabur sedikit garam.Rebus hingga empuk dan tosskan air lebihan.
Campurkan butter, mayonaise, susu segar dan black pepper kedalam ubi kentang yang telah direbus tadi dan lecekkannya.Kalau takde potato masher, gune electric mixer/ bontot botol sos pun boleh. Lepas dah hancur & smooth, siap lah mash potato tu.

Untuk Gravy : 
Tumis bwg putih dan black pepper hingga wangi.(jgn sampai garing sgt..tak sedap)
Masukkan semua bahan-bahan lain kecuali air tepung jagung. Masak hingga didih.
Sambil kacau, tuang air tepung jagung sikit2 sampai gravy tu tak pekat, tak cair.( kalau suka pekat2, tambah lagi..ikut selera masing2)

Untuk serve, tuangkan gravy atas mashed potato tadi..



CREAMY COLESLAW
resipi olahan : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
1/2 cawan lobak merah yg disagat
1/2 biji bawang besar ~ dihiris halus
4 cawan kobis yg disagat
3 - 4 sudu besar mayonis ~ k.nor guna lady's choice magic mayo
2 sudu susu fresh
secubit garam

Cara:
Masukkan kesemua bahan ke dalam sebuah mangkuk dan gaul rata.
Simpan dalam peti ais.
Hidangkan sejuk.


Wednesday, October 31, 2012

SAYUR LEMAK KULIT RAMBAI

ASSALAMUALAIKUM..

Bagi warga Pantai Timur terutamanya Tganu pasti ramai yg tau dgn masakan lama ni kan. Biasanya kat area kampung2 selalunya buat masakan ni dan selalu gak dibuat time kenduri kecilan spt kenduri arwah dan sbgnya.. Memang sedap masakan tradsional kan, tambah lagi kalau kena dgn partnernya. Kalau utk menu  SAYUR LEMAK KULIT RAMBAI ni, selalunya digandingkan dgn ikan goreng/panggang, sambal belacan, ikan kering/masin. Tu dah cukup menyelerakan, pekena lak dgn nasi putih panas2.. ermm... org lalu belakang gerenti tak sedar.. hehe


Kebetulan duk cakap hal Sayur Lemak Kulit Rambai ni kat group MFF di fb (masa tu ada yg post menu yg lebih kurang dgn Sayur Kolok) baru2 ni. Masa K.Nor ke pasar 3 hari lepas, ada sorang makcik tu jual buah rambai.. nampak besar2 dan elok jer buah rambainya tu. Terus teringat tang Sayur Lemak Kulit Rambai. Apa lagi, rembat la sedikit buah rambai semata2 nak buat menu tradsional dr Tganu ni. Tak banyak yg K.Nor beli, sekadar 1/2kg jer.. Tak perlu banyak2, bukannya ramai yg nak makan pun..

Menu ni sebenarnya dimasak semalam tp tak sempat nak post. Hari ni dah 31 Okt, hari terakhir utk submit post yg berkaitan Tganu dishes ke MFF. So kena la cpt2 masukkan entri ni. Insyaallah petang ni satu lagi menu akan dipost yg mana juga berkaitan dgn MFF. Seronok pulak join MFF ni yg mana dapat mengetengahkan masakan tradisional dr negeri penyu bertelur hehee


Ok lah.. dah panjang lebat pot pet arini.. Jom kita tengok resipi bg yg nak mencuba Sayur Lemak Kulit Rambai ni. Bahan2nya tak banyak berbeza dgn masak lemak yg biasa dibuat tu cuma ikan tu dilebihkan sedikit dan perlu dicelur dulu kulit rambai utk menghilangkan rasa masam.. Try la ya, masakan ni sangat sedap, lemak dari santan dan masam2 dr kulit rambai.. pekena dgn sambal belacan.. mmm.. mmg tak toleh kiri kanan lagi dah.. duk nyuappp jer hehhe


SAYUR LEMAK KULIT RAMBAI
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
Buah rambai ~ ambil kulitnya sahaja
petai
1 ekor ikan selayang
1 labu bawang besar ~ dipotong baji/wedges
1 biji cili merah ~ dihiris serong
1/2 cawan santan fresh/pekat
1 3/4 cawan air
garam dan sedikit gula

Cara:
Panggang ikan dan ambil isinya. Hancurkan.
Celur sekejap kulit rambai dan bila dah sejuk sedikit, perah airnya utk membuang rasa masam.
Masukkan isi ikan, air, bawang besar, cili merah, garam, sedikit gula dan juga kulit rambai kedalam periuk.
Masak hingga mendidih dan masukkan santan fresh/pekat.
Kacau sentiasa dan masak hingga mendidih.
Padamkan api dan sedia utk dihidangkan.


K.Nor nak submit post ni ke MFF yg mana Lena of FrozenWing yg jadi hostnya...

Monday, October 1, 2012

KURMA AYAM DGN BUNCIS GORENG BELACAN

ASSALAMUALAIKUM...

Kalau dilayan mata yg dah kuyu terasa nak landing nih. Dengan cuaca yg redup dan nyaman jer ni, mula la kemengantukan tambah lagi bila pewut udah diisi.. Ikutkan hati nak godek kek sket, kesian pisang yg dah nak menopos tu.. Jap lagi la... (kalau ghajennnn hehe)

Hari ni masuk dapur agak lewat gara2 ralit duk BW dan duk mencari kaedah menghindarkan ulat dr makan daun kesum yg sedang subur tu. Sebelum tu, pagi tadi K.Nor dah tuai kesum kes geram tengok banyak kesan2 'buangan' ulat sekitar daun2 yg dijamu selera mlm td. Makin banyak pulak sehari dua ni.. ishh.. last2 tuai dan simpan dlm exbok. Nak guna amik jer kan.. Kena buat asam pedas atau sayur pedas atau laksa penang la bila dah ada stok kesum dlm esbok nih.. ermmmm... sedap tuuuu hehe 


Pukul 1.00 ptg masuk dapur, pkl 2.00 dah siap semua. Menunya? Yg simple2 ajerrrr... K.Nor masak KURMA AYAM dan BUNCIS GORENG BELACAN. Sejam dah siap dan sedia utk dijamu selera.. Eh lupa.. sambal belacan wajib ada kalau makan Kurma Ayam kan, baru la ngam :)


KURMA AYAM

1/2 ekor ayam ~ dipotong
1 labu bawang besar ~ dihiris nipis
2 ulas bawang putih ~ diketuk dan dicincang
1/2 in halia ~ dihiris halus/pjg
1 paket rempah kurma ~ bancuh dgn sedikit air panas utk jdkan pes
2 1/2 cawan air
1/2 cawan santan fresh/kotak
2 bj ubi kentang ~ dipotong
1 bj cili merah ~ dibelah 2 tp tak putus
garam dan gula (jika suka)
minyak

Panaskan minyak dan masukkan bawang besar.
Goreng hingga bawang kekuningan dan masukkan bawang putih dan halia.
Goreng lg hingga wangi.
Masukkan pes rempah kurma, kacau2 dan biarkan hingga pecah minyak dan masukkan ayam.
Gaul ayam hingga mesra/sebati dgn rempah dan biarkan seketika (boleh dimasukkan sedikit air jika rempah terlalu pekat).
Bila ayam dah bertukar warna, masukkan air dan ubi kentang (gunakan api sederhana jer)
Masak lebih kurang 20 min kemudian masukkan santan fresh/kotak, garam dan sedikit gula.
Teruskan memasak lebih kurang 10 minit lagi (jgn lupa mengacau supaya santan tak naik kepala)
Masukkan cili merah dan biarkan sekejap pastu bolehlah dipadamkan api.
Sedia utk dihidangkan.


*kalau kuah agak pekat, boleh lah dimasukkan sedikit air panas dan masak utk seketika lg.
** selalunya k.nor guna rempah kurma adabi tp kali ni k.nor cuba rempah kurma maggi.. 





BUNCIS GORENG BELACAN
resipi : K.Nor @ SecubitGaram

Bahan2:
150gm kacang buncis
3 biji bawah merah
2 ulas bawang putih
1bj cili merah
5bj cili padi
1 sudu besar belacan ~ lebih sedap kalau belacan tu dibakar dahulu
secubit garam dan gula secukup rasa
minyak

Cara2
Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili dan belacan.
Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan2 tumbuk serta garam dan gula secukup rasa. Boleh juga dimasukkan sedikit serbuk pati ayam jika suka. Goreng sehingga pecah minyak. Jangan buka api besar, nanti rempah2 ni cepat hangit. (boleh masukkan sedikit air jika terlalu kering)
Masukkan kacang buncis yg dah dipotong dan goreng sekejap. Jgn lama2 nanti kacang jd lebur sgt dan hilang zat.
Boleh lah diangkat dan dihidangkan. 


Wednesday, September 12, 2012

NASI DAGING & THE GANG

ASSALAMUALAIKUM...

Kita ber'WW' arini ya... 
LET THE PICTURES DO THE TALKING ^___^


 DALCA SAYUR



Tuesday, September 11, 2012

GULAI IKAN MASIN DGN TERUNG

ASSALAMUALAIKUM..

Hari ni kita layan menu kampung ya, menu yg betul2 kekampungan. Sebenarnya K.Nor tak pernah didedahkan dgn masakan gini sehinggalah K.Nor berkahwin erm..... 24 tahun dulu hehe... Keluarga belah cik abg mmg suka dgn masakan gulai dan ni adalah salah satu masakan yg mmg lazim dia org masak. Bila dah jadi ahli dalam keluarga dia org, kena lah belajar makan dan belajar masak, kan.. Alhamdulillah.. mmg sedap rupanya Gulai Ikan Masin ni, tambah lagi kalau diletakkan terung. Partnerkan dgn ikan panggang dan sambal belacan, ermmmm... mmg syok abis. 


Ikan masin yg selalu K.Nor gunakan (spt yg dia org selalu gunakan juga) adalah ikan talang (part tulang lebih best). Boleh jugak kalau nak guna ikan kurau masin. Kali ni sebagai eksesori dlm gulai ni K.Nor tambahkan belimbing buluh utk beri rasa yg lebih ummph! Memang best!! hehe Nak letak sama belimbing buluh dlm tajuk resipi rasa cam berjela sgt kan, takper la.. kita bg jer nama GULAI IKAN MASIN DGN TERUNG..


GULAI IKAN MASIN DGN TERUNG
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
beberapa keping ikan masin ~ ikan talang (amik part tulang)
3 sudu besar cili mesin
1 labu bawang besar*
3 ulas bawang putih*
1/2in halia*
1/4 in lengkuas*  ~ *dikisar
2 sudu besar rempah gulai ~ dibancuh dgn sedikit air panas hingga menjadi paste

4 - 5 cawan air
1/2 cawan santan pekat ~ boleh guna santan kotak atau santan fresh
2 bj terung bulat ~ dipotong 
5 - 7 bj belimbing buluh
sedikit air asam jawa
garam
gula ~ boleh guna campuran gula dgn nisan atau gula melaka
minyak

bahan penumis :
1 btg kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 bj buah pelaga
5 kelopak bunga lawang

Cara:
Potong ikan masin ke bahagian yg lebih kecil dan rendamkan dlm air seketika utk menghilangkan sedikit rasa masin.
Panaskan minyak dan masukkan bahan penumis. Tumis hingga wangi dan masukkan cili mesin.
Biarkan hingga cili garing dan masukkan bahan yg dkisar.
Masak hingga pekat dan masukkan paste rempah gulai.
Kacau dan masak lah hingga pecah minyak (boleh masukkan sedikit air utk pecah minyak dgn lebih elok)
Kemudian masukkan air dan kacau.  
Masak lah hingga kuah mendidih dan masukkan  santan pekat.
Hendaklah sentiasa mengacau supaya tak naik kepala. 
Kemudian masukkan air asam jawa, kepingan ikan masin dan belimbing buluh.
Biarkan masak sekejap dan masukkan terung.
Masukkan pula garam (hati2 bila nak masukkan garam sbb dah ada rasa masin dr ikan masin tadi) dan gula (atau gula nisan/gula melaka) dan biarkan merenih hingga kepekatan kuah yg kita sukai.
Cedukkan ke dalam mangkuk dan hidangkan.

Tuesday, August 7, 2012

TERUNG GRIL BERSAMBAL TOMYAM

ASSALAMUALAIKUM...

Dah 3 entri hari ni.. (entri berjadual jer ni, sekali harung buat 3 entri terus utk hari ni.. ) ermmm.. kena short2 talk jer la ya.. Banyak lg kerja duk menunggu nuh..


TERUNG GRIL BERSAMBAL TOMYAM.. menu yg sangat membuka selera terutamanya di bulan puasa ni. Boleh gunakan ikan bagi menggantikan terung, rasanya maintain sedap... insyaallah.. Tengok kat SINI jika nak buat versi guna ikan bg yg tak makan terung atau saja2 nak menerai guna ikan...  Part ikan tu, terpulang lah nak guna ikan tongkol ke, tenggiri ke, ikan siakap pun boleh.. KITA YG BUAT DIA... kannnnn ^___^


Jom semak resipi...

TERUNG GRIL BERSAMBAL TOMYAM
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
2 btg terung panjang
5 ulas bawang merah ~ dihiris
3 ulas bawang putih ~ dihiris
2 btg serai ~ dihiris serong
1 sudu besar cili mesin
1 sudu besar pes tomyam
1/2 sudu kecil gula
daun ketumbar
1/4 cawan air
minyak

Cara:
Terung dibelah dan dipotong 2.
Gril terung menggunakan frying pan yg dah dipanaskan hingga lembut. Letakkan ke dalam pinggan.
Panaskan minyak dan goreng bawang merah dan bawang putih hingga kekuningan.
Masukkan serai dan goreng lagi hingga wangi.
Masukkan cili mesin dan goreng hingga sedikit garing dan masukkan pes tomyam.
Kacau goreng dan biarkan seketika dan masukkan gula dan air.
Masak hingga kering sedikit dan padamkan api.
Maukkan daun ketumbar yg dihiris dan kacau rata.
Tuangkan ke atas terung yg dah digril tadi dan sedia utk dihidangkan panas2 bersama nasi putih.

Monday, August 6, 2012

KARI AYAM bersama sekutu kuat, KAILAN IKAN MASIN

ASSALAMUALAIKUM..

Kat rumah ni, kalau masak Kari Ayam, mmg sentiasa digandingkan dgn Kailan Ikan Masin. Kedua lauk ni mmg tak leh dipisahkan. Pastu kena ada Sambal Belacan, ermmm... lagi la terangkat time makan nasi tu.. Seronok tengok hero sulung makan nasi time berbuka smlm, mmg berselera sungguh.. menu pebret dia ni.. hehe


KARI AYAM
resipi  : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
1 ekor ayam ~ dipotong
2 sudu besar cili mesin
1 labu bawang besar *
3 ulas bawang putih *
1in halia * ~    * (diblend)
3 sudu besar serbuk rempah kari ayam
2 biji ubi kentang ~ dipotong
3/4 cawan santan pekat
3 cawan air
air asam jawa
garam
gula
2 tangkai daun kari

Cara:
Panaskan minyak dan tumiskan cili mesin hingga garing.
Masukkan bahan2 yg diblend.
Masukkan rempah kari yg dibancuh dgn sedikit air dan daun kari, tumis hingga pecah minyak (utk menghasilkan tumisan yg pecah minyak dgn elok bolehlah dimasukkan 1/2 cawan air)
Kemudian masukkan ayam dan ubi kentang, masak lebih kurang 10 minit.
Masukkan  air dan biarkan mendidih.
Masukkan pula santan dan renih hingga kuah mendidih (kuah hendaklah dikacau sekejap2 supaya tidak naik kepala)
Bila kuah mendidih, masukkan garam, gula dan air asam jawa.
Masak hingga kepekatan kuah yg disukai.
Sedap dimakan dgn nasi putih dan juga roti jala.

* sekiranya kuah kari tidak pecah minyak walau dah dimasak lama, masukkan 1/2 - 3/4 cawan air panas dan renihkan lagi kuah tadi (jgn lupa letak penutup periuk tp jgn tutup keseluruhan periuk ya.. senggeng/sengetkan sedikit). insyaallah kuah tadi akan pecah minyak dgn elok.






KAILAN IKAN MASIN
resipi : K.Nor@SecubitGaram


Bahan2:
3 - 4 pokok kailan ~ saiz sederhana
sedikit ikan masin ~ k.nor guna ikan talang masin
3 ulas bawang putih ~ dicincang
2 sudu besar sos tiram
1/2 sudu kecil minyak bijan
sedikit gula
sedikit air
serbuk lada sulah
minyak


Cara:
Kerat kailan yg dah dicuci, asingkan batang dgn daunnya (bahagian batang hendak lah dihiris nipis)
Potongkan kecil ikan masin (rendam seketika utk hilangkan masinnya).
Panaskan minyak dan masukkan ikan masin. Tekan dgn belakang sudip supaya ikan hancur.
Masukkan bawang putih dan tumis hingga kekuningan.
Masukkan sos tiram dan minyak bijan.
Masukkan batang kailan dan goreng seketika.
Masukkan sedikit air dan kacau. 
Kemudian masukkan sedikit gula (utk imbangkan rasa masin dr ikan masin dan sos tiram) dan daun kailan.
Kacau dan goreng sekejap (jgn terlalu lama). Bila daun dah nampak berubah warna, angkat dan letakkan ke  dlm pinggan.
Taburkan lada sulah ke atas kailan tadi dan bolehlah dihidangkan.

* boleh juga jika nak guna ikan tenggiri masin yg dlm botol.
* jika suka boleh juga letakkan sedikit sos ikan/nampla.



Friday, August 3, 2012

KERABU DAGING DGN MANGGA MUDA

ASSALAMUALAIKUM...

Semalam tengok Rabiatun tayang Kerabu Daging Dgn Mangga Muda. Dalam hati terdetik rasa pernah buat jer menu ni. Dah la show Tun tu menggoda selera, terus terasa nak buat. Bila baca komen Tun yg resipi akan dia updatekan bila ada yg bertanyakan resipi, K.Nor tak perasan lagi tp bila Tun update resipi kat blog dia, lorr rupanya tu resipi K.Nor sendiri. Punya lah tak ingat walhal resipi sendiri.  :)  Mekasih Tun, sudi cuba resipi ni ya... 


Kebetulan daging mmg dah ada dlm freezer, K.Nor cuma beli daun ketumbar jer masa ke pasar tani tghari smlm. Daun pudina dah tak ada, kebanyakkan barangan dah dipunggah naik lori, Ramai penjual pun dah balik.. Mana tak nya, masa tu dah pukul 1 :) Bila terlewat keluar, pastu singgah situ sini dulu mula la lewat sampai ke pasar tani. Tak per lah tak ada daun pudina pun, letak daun ketumbar aje pun dah cukup sedap. Memang sedap meratah Kerabu Daging Dgn Mangga Muda ni, dgn rasa masam2 pedas... best! Tak caya tanya Tun .. hehe

Jom semak resipi, kut2 ada yg teringin nak buat ^__^

KERABU DAGING DGN MANGGA MUDA
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
350gm daging batang pinang
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu besar kicap

Cara:
Perap daging dgn kesemua bahan selama 1/2 - 1 jam.
Bakar /gril hingga masak (boleh juga dimasak atas frying pan), tp jgn terlalu kering.
Hiris daging nipis2 dgn kaedah melawan urat supaya daging tidak liat.
Ketepikan.


Bahan lain:
1/2 biji bawang besar ~ dihiris nipis
3 ulas bawang putih ~ diketuk dan dicincang
2 batang serai ~ dihiris nipis
5 - 7 biji cili padi ~ dihiris
1 biji mangga muda ~ disagat halus
1 sudu besar cili serbuk kasar
2 sudu besar sos ikan
1 sudu besar gula
1 biji limau nipis ~ diambil airnya
daun pudina ~ dicarik2kan
daun ketumbar ~ dihiris

Cara
Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk dan gaul.
Masukkan pula daging yg dah dihiris tadi dan gaul lagi hingga sebati.
Perapkan seketika baru lah dihidangkan.

* K.Nor tak letak garam sbb dah ada rasa masin dari sos ikan dan daging juga telah diperap dgn garam sebelum dibakar.



Menu gandingan Kerabu Daging Dgn Mangga Muda, SAYUR LEMAK KOBIS DGN JEJARI KETAM.
Resipi tk payah la kan, sbb ramai dah tau cara masak lemak nih, cuma tambahkan jejari ketam jer dlm tu ... :)

Wednesday, August 1, 2012

ASAM PEDAS AYAM (resipi K.ANIM) & SOTONG GORENG BERKOBIS

ASSALAMUALAIKUM...

Karang2.. delete.. karang lagi.. delete lagi.. idea tak ada sbb mood pun terbang entah kemana.. Straight to the point la ya.. 


Menu berbuka semalam, ASAM PEDAS AYAM, resipi K.Anim. Memang sedap, kuahnya tu best dihirup gitu aje.. Wangi dgn bau daun kesum dan bunga kantan yg diblend sekali dgn bahan2 lain. Tapi ada sedikit penderhakaan yg K.Nor lakukan. K.Nor sangat2 suka asam pedas yg diletakkan halba (kes selalu guna resipi Asam Pedas Ayam, milik Ana Wahid la ni.. ). K.Nor tak letak serai tapi gantikan dgn halba. Alhamdulillah.. bertambah2 sedap ASAM PEDAS AYAM resipi K.Anim ni.. Sori ya K.Nim, Nor dah derhaka sket, jgn marah.. kang trafik tak tinggi hari ni :)


ASAM PEDAS (AYAM)
resipi : K.Aznim
sumber : K.Nor

Bahan-bahan:
1 ekor ikan talapia hitam.kalau guna ikan tenggiri ambil 1/2 ekor/1/2 ikan jenahak/ikan merah
20 tangkai cili kering*-didihkan sebentar angkat dan toskan ~ k.nor guna 1/2 ekor ayam
(cili kering akak kontot2 akak guna 25) ~ k.nor guna 2 sudu besar cili mesin
1 labu kecil bawang besar*
3 ulas bawang putih*
sedikit halia*
1 kuntum bunga kantan*
2 batang serai* ~ k.nor gantikan dgn 1 sudu kecil halba
sedikit daun kesum* semua bahan bertanda * di kisar
air asam jawa secukupnya
1 kiub ikan bilis ~ k.nor tak letak
garam secukup rasa
beberapa batang bendir
sedikit serbuk kunyit
sedikit serbuk lada hitam

Cara:

Ikan di bersihkan dan dilumur garam dan sedikit serbuk kunyit.Ketepikan
Panaskan minyak
Tumis bahan2 kisar hingga terbit minyak
Pastikan cili betul2 masak masukkan sedikit ar asam jawa
Masukkan ikan yang sudah di makeup tadi.
Didihkan sebentar
Masukan garam dan kiub ikan bilis
Masukkan lebihan air asam jawa dan biarkan mendidih lagi.
Masukkan perencahnya kacang bendir/tomato/terung
Kecilkan api dan didihkan hingga masak.
Tabur sedikit serbuk lada hitam (lada hitam k.nor masukkan masa menumis)
Tutup api dan sedia untuk di hidang.



Menu sampingan yg digandingkan dgn Asam Pedas Ayam, SOTONG GORENG BERKOBIS. Utk sotong tu K.Nor gunakan kepala sotong kesemuanya sbb nak perabiskan stok kepala sotong yg duk bertapa dlm freezer. Badan sotong tu asalnya nak dibuat Ketupat Sotong tp projek tu tak menjadi. Boleh aje kalau nak guna bahagian badan sotong utk masak menu ni ya..


SOTONG GORENG BERKOBIS
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
1 mangkuk sotong ~ k.nor guna bahagian kepala sotong
kobis secukupnya ~ dihiris
2 ulas bawang putih ~ dihiris
1cm halia ~ dipotong panjang
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap
1/2 labu bawang besar ~ dihiris
1 biji cili merah dihiris serong
1 sudu kecil serbuk lada hitam
daun kucai ~ dipotong
sedikit garam dan gula
minyak

Cara:
Panaskan minyak dan masukkan bawang putih dan halia yg dah dihiris.
Tumis hingga wangi dan masukkan serbuk lada hitam dan sos tiram.
Kacau rata dan biarkan seketika.
Masukkan sotong dan kacau.
Biarkan air sotong kering sedikit dan masukkan kobis, bawang besar dan cili merah.
Perasakan dgn garam dan sedikit gula.
Kacau dan masukkan daun kucai.
Kacau rata dan boleh lah diangkat dan dihidangkan.