f Secubit Garam: masakan Trg
Showing posts with label masakan Trg. Show all posts
Showing posts with label masakan Trg. Show all posts

Monday, October 21, 2013

SAYUR KOLOK

ASSALAMUALAIKUM...

Pernah dengar nama SAYUR KOLOK? Atau ada yg pernah makan? Rasanya org Tganu jer yg tau masakan ni, terutamanya org2 lama/tua. Kebanyakkan org muda tak pernah makan atau tau pun kewujudan menu tradisional Tganu ni. Yer la, K.Nor pun org lama jugak, dan suka masakan kampung. Masuk dlm keluarga belah suami yg rata2 org lama yg selalu masak masakan lama. Jadi lebih cenderung pada masakan lama aka masakan kampung gitu la.. ehh.. masakan lama ni unik tau.. zaman skrg dah payah nak jumpa. Kiranya SAYUR KOLOK  ni dah jadi masakan rare.. very2 rare. Nak buat bukannya boleh sepanjang masa/tahun sbb antara bahan yg digunakan tu bermusim spt petai dan yg paling penting, bahan utama yg wajib ada dlm SAYUR KOLOK ni adalah kulit buah sentul. Pernah dengarr nama buah sentul? Ada yg panggil buah setul, setoi pun ada. Kalau belah pantai barat/utara tak sure panggil apa, tp di Tganu ni, selalunya org sebut buah setul. Ada satu lg adik beradik buah sentul ni, iaitu BUAH SETIAR. Ada beza antara buah sentul dgn setiar. Kalau sentul, kulitnya sedikit keras, dan warnanya lebih kepada oren keperangan manakala kalau setiar, kulitnya lembut dan warnanya kekuningan. Kalau utk makan gitu ajer, K.Nor lebih suka buah setiar, sbb isinya selalunya manis. Kalau nak buat Sayur Kolok, lebih sedap diguna kulit buah sentul, sbb kalau kita guna kulit buah setiar, ia agak lembik. Sapa2 yg nak kenal buah sentul atau setiar ni boleh klik pd link ni ya.. SENTUL , SETIAR )


Selain dibuat SAYUR KOLOK, buah sentul ni juga selalunya dibuat rojak. Kuah rojak ni sama mcm kuah rojak utk ROJAK BETIK. Kalau buat rojak, K.Nor prefer buah setiar sbb kulitnya yg lembut, kuah rojak mesra jer dlm ikut buah ni.. Cara nak buat rojak setiar/sentul ni, kita perlu kupas kulit buah tu dulu kemudian dicincang2 keliling kulitnya tu (cincang tak putus) pastu rendam dlm air garam utk hilangkan getah buah. Lepas tu buat la kuah rojak (boleh refer kat SINI utk buat kuah rojak) dan perap semalaman utk mesrakan kuah ke buah setiar/sentul yg digunakan. Bila nak makan rojak ni, amat sedap sekali kalau ada keropok keping/ikan (makan dgn keropok lekor goreng pun best jugak! ) perghhh kecur liur la pulak sebut rojak buah setiar.. hehe.. lama betul tak buat/makan. melelehhhhh wehhhh hehehe

Ok kita balik pd SAYUR KOLOK..  Menu ni K.Nor buat atas permintaan sister yg duk Puchong tu,, kebetulan dia datang stay kat rumah K.Nor 2 minggu lepas. Dah mengidam sgt nak makan SAYUR KOLOK ni.. Yer la, duk sana mana nak jumpa buah2 dan sayur gini kan.. Bila balik kg, sesekali kena la lepas hajat nak makan menu yg lama ni.Si adik tu pulak dgn rela hati menjelajah pasar mencari buah sentul yg diperlukan utk buat menu ni. hehe.. Tak kisah la, sbb si adik pun dah lama gak tak makan. Memang menu kegemaran  si adik gak ni .. :) Memang berselera sungguh kita org makan aritu.. Dapat ler menunaikan menu idaman sister K.Nor tu.. ALHAMDULILLAH.... 


SAYUR KOLOK ni sebenarnya lebih kurang jer dgn masakan SAYUR LEMAK KULIT RAMBAI yg pernah K.Nor share dulu. Kaedah nya pun sama, kulit buah sentul tu perlu dikupas dan dicelur. Kemudian bila dah sejuk sket, kita ramas kulit tu utk buang rasa masam. Kacang panjang juga perlu dicelur sekejap (kacang pajang yg digunakan adalah yg dipetik dr kebun kecil K.Nor - kacang panjang renek .. sayur fresh gitu hehe)

Meh tengok resipi bagi SAYUR KOLOK.. sekadar utk dijadikan rujukan pd yg lain2.. Kalau kebetulan ada buah sentul ni, boleh la menerai ya.. Pastu jgn lupa goreng ikan, tumbuk sambal belacan dan juga goreng ikan kering/masin.. perghhhhhh.. syok abissssssssssss ^____^

SAYUR KOLOK
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
5 - 7 biji buah sentol ~ kupas kulit dan asingkan dr bijinya
kacang panjang
petai
1 ekor ikan selayang
1 labu bawang besar ~ dipotong baji/wedges
1 biji cili merah ~ dihiris panjang
1 cawan santan fresh/pekat
2 cawan air
air secukupnya (utk mencelur)
garam dan secubit gula

Cara:
Panggang/rebus ikan dan ambil isinya. Hancurkan.
Panaskan air hingga mendidih.
Potong kacang panjang dan celur seketika. Angkat dan toskan.
Dalam air yg sama celur pula kulit buah sentul hingga lembut.  Angkat dan toskan.
Bila dah sejuk sedikit, perah airnya utk membuang rasa masam. Ketepikan.
Masukkan kesemua bahan kecuali santan pekat ke dalam periuk dan masak hingga mendidih.
Kemudian masukkan santan fresh/pekat.
Kacau sentiasa dan masak hingga mendidih seketika kemudian padamkan api.
Sedia utk dihidangkan.


Wednesday, October 31, 2012

SIRA UBI KAYU

ASSALAMUALAIKUM..

Last dish yg bakal disubmitkan ke MFF spt yg K.Nor mention dlm entri sebelum ni, SAYUR LEMAK KULIT RAMBAI. Hari ni hari terakhir utk event MALAYSIAN FOOD FEST, yg jatuh kepada Negeri Terengganu. Kalau diikutkan ada banyak lagi Trg Local Dishes yg boleh diperkenalkan tp masa dah sampai ke penghujung, tak perlah.. ada masa nanti akan K.Nor usahakan utk buat mana yg mampu ya.. :)


Selalunya kalau sebut ubi kayu rebus, pasti ada yg bayangkan gandingannya... sambal tumis, sambal ikan bilis, sambal cili api dan kalau sebelah Terengganu ni, ubi kayu rebus biasanya dimakan dgn kelapa parut. Selain dari tu ianya juga dibuat sira. Sira ubi kayu yg sedap pastinya menggunakan gula nisan. Pasti lebih umpphhh... 

Bila beli ubi kayu, K.Nor suka beli ubi yg berwarna kuning atau juga dipanggil ubi mentega.. Suka dgn rasanya dan juga warnanya tu .. ai kan peminat kuning hehe.. Jangan lupa sediakan kopi O panas masa menikmati SIRA UBI KAYU ni ya...

K.Nor mmg suka masak ubi kayu sampai betul2 empuk, tu yg nampak cam hancur sket kan..  :)

SIRA UBI KAYU
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
500gm ubi kayu
1/3 cawan gula nisan ~ ikut kemanisan yg disukai
2 helai daun pandan
secubit garam
air secukupnya

Cara:
Bersihkan ubi kayu dan potong kecil.
Rebus ubi kayu dlm air yg menutupi paras ubi hingga empuk.
Keluarkan air dan tinggalkan lebih kurang 1 cawan (lebihkan jika ingin kuahnya lebih).
Masukkan gula nisan, daun pandan dan garam.
Masak hingga gula nisan hancur dan kuah menjadi pekat/likat.
Angkat dan hidangkan.

* boleh gantikan gula nisan dgn gula pasir atau gula melaka..


K.Nor nak submit post ni ke MFF yg mana LENA of FROZENWING yg menjadi hostnya..

SAYUR LEMAK KULIT RAMBAI

ASSALAMUALAIKUM..

Bagi warga Pantai Timur terutamanya Tganu pasti ramai yg tau dgn masakan lama ni kan. Biasanya kat area kampung2 selalunya buat masakan ni dan selalu gak dibuat time kenduri kecilan spt kenduri arwah dan sbgnya.. Memang sedap masakan tradsional kan, tambah lagi kalau kena dgn partnernya. Kalau utk menu  SAYUR LEMAK KULIT RAMBAI ni, selalunya digandingkan dgn ikan goreng/panggang, sambal belacan, ikan kering/masin. Tu dah cukup menyelerakan, pekena lak dgn nasi putih panas2.. ermm... org lalu belakang gerenti tak sedar.. hehe


Kebetulan duk cakap hal Sayur Lemak Kulit Rambai ni kat group MFF di fb (masa tu ada yg post menu yg lebih kurang dgn Sayur Kolok) baru2 ni. Masa K.Nor ke pasar 3 hari lepas, ada sorang makcik tu jual buah rambai.. nampak besar2 dan elok jer buah rambainya tu. Terus teringat tang Sayur Lemak Kulit Rambai. Apa lagi, rembat la sedikit buah rambai semata2 nak buat menu tradsional dr Tganu ni. Tak banyak yg K.Nor beli, sekadar 1/2kg jer.. Tak perlu banyak2, bukannya ramai yg nak makan pun..

Menu ni sebenarnya dimasak semalam tp tak sempat nak post. Hari ni dah 31 Okt, hari terakhir utk submit post yg berkaitan Tganu dishes ke MFF. So kena la cpt2 masukkan entri ni. Insyaallah petang ni satu lagi menu akan dipost yg mana juga berkaitan dgn MFF. Seronok pulak join MFF ni yg mana dapat mengetengahkan masakan tradisional dr negeri penyu bertelur hehee


Ok lah.. dah panjang lebat pot pet arini.. Jom kita tengok resipi bg yg nak mencuba Sayur Lemak Kulit Rambai ni. Bahan2nya tak banyak berbeza dgn masak lemak yg biasa dibuat tu cuma ikan tu dilebihkan sedikit dan perlu dicelur dulu kulit rambai utk menghilangkan rasa masam.. Try la ya, masakan ni sangat sedap, lemak dari santan dan masam2 dr kulit rambai.. pekena dgn sambal belacan.. mmm.. mmg tak toleh kiri kanan lagi dah.. duk nyuappp jer hehhe


SAYUR LEMAK KULIT RAMBAI
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
Buah rambai ~ ambil kulitnya sahaja
petai
1 ekor ikan selayang
1 labu bawang besar ~ dipotong baji/wedges
1 biji cili merah ~ dihiris serong
1/2 cawan santan fresh/pekat
1 3/4 cawan air
garam dan sedikit gula

Cara:
Panggang ikan dan ambil isinya. Hancurkan.
Celur sekejap kulit rambai dan bila dah sejuk sedikit, perah airnya utk membuang rasa masam.
Masukkan isi ikan, air, bawang besar, cili merah, garam, sedikit gula dan juga kulit rambai kedalam periuk.
Masak hingga mendidih dan masukkan santan fresh/pekat.
Kacau sentiasa dan masak hingga mendidih.
Padamkan api dan sedia utk dihidangkan.


K.Nor nak submit post ni ke MFF yg mana Lena of FrozenWing yg jadi hostnya...

Wednesday, October 24, 2012

KUIH QASIDAH/HASIDAH

ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdulillah.. panas terang benderang lg hari ni.. Tapi hari ni tak basuh kain baju, smlm dah amik peluang clearkan bakul baju dan comforter. Walaupun matahari memancar terik, nampak ada gak awan2 gelap tu.. Mungkin kejap lagi akan turun hujan panas mcm ptg smlm.. wallahua'lam...

Kuih Qasidah yg ni K.Nor beli kat Pasar Tani.
Ni gambar yg dah lama dlm simpanan... Kalau yg versi dulu2 tak dibuat sebijik gedabak gini ya.. hehe
 Hari ni K.Nor amik peluang utk tayang satu lagi kuih tradisional negeri Tganu yg dah berzaman K.Nor tak buat walhal mmg suka sgt dgn kuih ni. Pernah masa zaman anak dara dan baru2 kawin jer buat kuih ni tp disebabkan cuma K.Nor dan Cik Abe jer yg suka, kalau nak makan tu, main tunjuk2 aje la.. Tak worth org kata kalau nak buat kan, lagipun resipi org dulu2 semua dlm sukatan yg banyak. (Teringat zaman anak dara dulu, K.Nor kacau kuih ni (kalau tak silap masa tu buat 1 kati tepung) dlm kuali tembaga dan masak atas dapur kayu jer.. Dapur tu pulak terletak kat belakang rumah, atas bangsal kayu. Walaupun penat tp seronok sbb hasilnya sangat memuaskan... :)  ) Nak buat tu mula la terbantuk en mood.  Tapi disebabkan nak masukkan entri kuin tradisional Tganu ni ke MFF, K.Nor telah 'mencari en mood' ptg smlm dgn menggodek KUIH QASIDAH atau ada yg panggil HASIDAH dan ada juga yg sebut KHASIDAH. Yg pasti, ianya kuih yg sama, yg dibuat menggunakan bahan2 yg simple cuma part yg bercinta sket tu bila nak membentuk kuih tu pada peringkat akhirnya.

Kalau ikut versi tradisional, kuih ni dibentukkan seperti sekuntum bunga ros, menggunakan penyepit khas yg kebiasaanya dibuat dari tembaga. Masa K.Nor buat dulu pun K.Nor gunakan penyepit tembaga tu, tp sejak dah pindah randah ni dan arwah ayah dah tak lagi tinggal di rumah lama kami, tak dapat lah nak selongkar balik kat mana khazanah2 lama ni spt acuan SAWA yg K.Nor sebutkan baru2 dlm proses membuat KUIH BELIMBING. Masa tu tak terfikir nak angkut barang2 lama ni jadi bila nak guna, tak ada lah benda tu.. 

Ni lah rupa Kuih Qasidah yg sebenarnya, spt sekuntum bunga ros kan.. 
Gambar dr dapur MADIHA@RATNA

Jadi, utk tontonan org yg tak tau rupa kuih Qasidah ni yg real, K.Nor dah google dan sekeping gambar kat rumah MADIHA@RATNA yg lebih real rupa Kuih Qasidahnya. Izinkan K.Nor share kat sini ya Ratna .. Tq .. :)
Gambar penyepit tembaga ni dari dapur CIKADAKBIRU
Dan utk gambar penyepit yg digunakan pula, hanya ada satu jer gambar yg K.Nor jumpa iaitu kat rumah Dina@CikadakBiru. Penyepit yg digunakan tu sama jer mcm yg pernah K.Nor guna masa kat rumah lama. Mintak izin gak ya Dina, K.Nor nak share gambar penyepit tu kat sini.. TQ ... :)

Minta maaflah ya, K.Nor tak dapat nak bentukkan Kuih Qasidah yg ori, iaitu berbentuk bunga ros disebabkan tak ada penyepit spt yg dlm gambar di atas. Sebagai alternatif utk membentuk kuih ni K.Nor terpaksa menggunakan silicone mould berbentuk bunga ros. Jadi lah kan.. asal bentuk bunga ros gak kan.. hehe Bukan niat nak menderhaka tp dah tak ada penyepit tu, nak buat macamana kan. Utk rujukan, bolehlah pandu pada gambar dr blog Madiha@Ratna tu ya...


Kuih Qasidah ni, teksturenya lembut dan wangi dgn bau minyak sapi dan juga bawang goreng. Amat sesuai utk org tua yg tak ada gigi hehe..


Kacau sehingga adunan sebati dan tidak berketul
Apabila adunan dah menjadi seketul dan tidak melekat pada kuali baru masukkan minyak sapi..

KUIH QASIDAH
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
Bawang Goreng:
5 - 7 biji bawang merah
minyak

~ bawang dihiris nipis dan goreng hingga keperangan.
~ angkat dan ketepikan.

~ Adunan tepung:
2 cawan tepung gandum
2/3 cawan santan pekat/santan fresh
1 1/2 cawan air
1/2 cawan gula pasir
2 biji telur A
1/2 sudu kecil garam
2 helai daun pandan
sedikit pewarna kuning
3 sudu besar minyak sapi

Cara:
Bancuh kesemua bahan2 kecuali daun pandan dan minyak sapi hingga sebati.
Tapis dan masukkan ke dalam kuali bersama daun pandan.
Masaklah dgn menggunakan api sederhana hingga tidak melekat pada kuali.(hendaklah sentiasa dikacau)
Masukkan minyak sapi dan kacau lagi lebih kurang 10 min.
Tutup api dan alihkan ke dalam bekas lain. Biarkan sejuk sebentar.
Ambil sedikit adunan dan bentukkan menjadi bulat.
Kemudian bentukkan menjadi bunga ros dgn menggunakan penyepit. (atau boleh menggunakan mould yg sesuai)
Susun atas pinggan dan tabur sedikit bawang goreng dan juga titiskan sedikit minyak goreng bawang tadi ke atas kuih yg dah dibentukkan.


K.Nor nak submit post ni ke MFF yg mana Lena@FrozenWing menjadi hostnya..

Monday, October 22, 2012

KUIH BELIMBING

ASSALAMUALAIKUM...

Sejuk, dingin.. nyaman.. semua ada... dah 2 hari hujan manjang kat Tganu ni.. (kecuali Sabtu, hujan stop utk 1 hari kebetulan pulak masa tu ada Bengkel Fotografi Xpress yg berjalan kat rumah K.Nor, alhamdulillah..) Maklum lah kan, dah masuk musim tengkujuh atau dgn kata lain musim sidai/jemur baju dlm rumah bawah kipas hehe

ermmm... ada yg rindu dgn pot pet K.Nor ya.. adik NikJa yg dulunya pernah pemes dgn panggil Mokwo dan Hasue.. tak yah nak heran la ya.. mmg lately no pot pet2 sgt lg dah kat SG ni.. sesekali jer kalau terasa teringin nak pot pet, maka adalah pot pet tu.. mcm hari ni.. Silap haribulan, pot pet ku penuh 2 helai kertas kajang kang.. hehehe...


Ok.. kita berbalik pd tayangan amal pd hari ni.. Kuih yg dah lama nak buat tp asyik tertangguh jer. Kebetulan bulan Oktober ni ada event Malaysian Food Fest (MFF) dan negeri yg terpilih adalah negeri Terengganu jadi K.Nor duk gali2 la resipi apa nak dikongsikan bersama dlm MFF yg mana Lena@Frozen Wings menjadi hostnya. Menu pertama dr K.Nor telah K.Nor post minggu lepas iaitu MEE REBUS Trg Style. Bila tengok kat fb MFF, tak ada lg yg menghantar resipi kuih yg best ni, jadi K.Nor pun merajinkan diri, selongkar kotak2 yg bersusun semata2 nak cari buku resipi lama dan juga acuan yg perlu digunakan. Dan kebetulan pulak masa nak buat petang semalam, sorang member lama dr zaman forum MyResipi yg tinggal di Kijal, Kemaman call nak datang rumah. Nak jadi rezeki Suha, suami dan anak bongsu dia serta sorang lagi kawan Suha yg ikut sama dtg rumah K.Nor smlm (siap buat 2 adunan lg tu).... Dapat lah dia org merasa KUIH BELIMBING, kuih lama Terengganu ni ya...

Kuih ni mmg asalnya dari Terengganu dan K.Nor pernah buat masa masih anak dara dulu hehe.. K.Nor belajar dgn cikgu KEMAS sebelah rumah. Kuih ni selain dipanggil KUIH BELIMBING, ianya juga dipanggil KUIH TEREMBAT.. Jgn tanya la ya, K.Nor mmg tak tau kenapa dipanggil KUIH TEREMBAT, kalau KUIH BELIMBING tu, boleh la jawab sbb rupanya yg seakan buah belimbing. Kuih ni sebenarnya kalau diikutkan kaedah yg asli, selepas digoreng hingga masak, ianya dicelup/disira kedalam air gula. Tapi.. hehe ada tapinya tu.. skrg ni dah dipermudahkan atau dgn kata lain dah dipermodenkan, dgn menabur gula castor. Lebih cepat siap dan lebih sedap. Kalau kita celup dlm air gula, ianya akan mengembang sket (sket jer sbb air gula meresap ke dalam kuih) dan kuih jd lembut tp tak la lembik ya.. Manakala kalau kita tabur dgn gula kastor, kuih ni maintain rangup bahagian luarnya tu dan dalamnya soft/lembut.. Jadi pilihan ditangan masing2, nak versi celup dlm air gula atau tabur dgn gula castor. Disebabkan nak cepat sbb Suha dah on the way ke rumah K.Nor, jadi K.Nor hanya tabur/salutkan dgn gula castor jer. Lagipun, lebih sedap gitu sbb bahagian luar tu still rangup..

Kalau nak tengok acuan sawa yg ori, yg K.Nor dn org dulu2 guna klik kat  SINI..
Plate yg digunakan utk kuih ni, adalah plate berbentuk bintang..

Utk menghasilkan Kuih Belimbing ni, perlu digunakan acuan kukis atau dulu lebih dikenali dgn acuan SAWA. Kalau yg dulu2 acuan ni dibuat dr besi tp dah tak ada lg yg jual jenis gitu, sebaliknya skrg ni semuanya dr jenis plastik. Yg selalu K.Nor guna dulu mmg dr besi, ntah kat mana acuan tu, tinggal kat rumah lama arwah ayah K.Nor rasanya.. Disebabkan nak buatnya Kuih Belimbing ni, K.Nor pernah beli 2 acuan  ni. Malangnya acuan yg pertama beli tu, K.Nor tak belek betul2, time nak guna baru perasan, tak ada piring/plate yg berbentuk bintang, yg sepatutnya digunakan utk membuat Kuih Belimbing. Lama gak la lepas tu, sambar yg lain pulak, semata2 kerana KUIH BELIMBING tau.. hehe.. Kali ni, buka kotak dan check betul2 ada ke tidak plate bintang.. Bila ada, baru beli.. baru lah boleh on projek KUIH BELIMBING hehe...

Bagi yg tak ada acuan kukis ni, boleh gak kalau guna seperti yg Ina Hana guna tu (tp siksa sket la nak siapkan satu adunan hehe). Dan kalau tak ada jugak boleh jer guna nozzle yg berbentuk star dan masukkan doh ke dalam piping bag. Cuma ianya agak kecik dan halus la, tak menyerupai Kuih Belimbing tp lebih kepada CHURROS hehe..



Utk resipi KUIH BELIMBING ni, K.Nor tak guna resipi yg K.Nor belajar kat kelas KEMAS tu, sbb resipi asalnya tu dlm bentuk kati dan adunan yg digunakan pulak banyak, sampai 7bj telur. Nak convert sukatan agak makan masa, kang silap convert tak menjadi. Dah la Suha dlm perjalanan, so K.Nor ikut jer resipi yg Ina Hana pernah buat. Lebih kurang gak la resipi yg Ina guna tu, cuma kalau ikutkan resipi asal Kuih Belimbing, tak diletakkan gula dlm adunanya. Tapi yg Ina letak tu pun sikit jer, tak kisah la.. Mekasih Ina share resipi Kuih Belimbing tu, K.Nor share kat sini lak ya...

KUIH BELIMBING
sumber : Hana Memories
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum
1 cawan air
1 biji telur ~ k.nor guna telur A
1 sudu makan marjerin/butter
1 sudu makan gula
esen vanilla

Cara:
Didihkan air, gula, esen dan juga marjerin. Sementara tu, dlm mangkuk lain pukul telur kejap.
Tutup api. Masukkan tepung. Kacau cepat2 gune senduk kayu.
Kemudian masukkan telur dan kacau cepat2 hingga sebati dengan tepung td.
Panaskan minyak, masukkan adunan ke dalam acuan dan picitkan ke dalam kuali. potong setiap 5cm.
Goreng hingga kekuningan dan angkat.
Taburkan gula. Sedia utk dmakan!

*kaedah resipi asal yg K.Nor belajar, telur tak perlu dipukul terlebih dahulu, terus jer masukkan sebiji demi sebiji ke dalam adunan (kalau buat lebih dr 1 adunan). pastikan adunan dah cukup sebati baru dimasukkan telur yg seterusnya.
** boleh juga menggunakan mixer utk memudahkan kerja mengadun adunan tepung dgn telur tadi.
*** yg paling penting, adunan tepung PERLU DISEJUKKAN terlebih dahulu sebelum dimasukkan telur. ini utk memastikan telur td tak masak masa kita kacau ke dalam adunan tepung sbb adunan tepung amik masa yg lama sket utk sejuk.


Post ni K.Nor nak submitkan ke MALAYSIAN FOOD FEST, yg mana LENA menjadi hosnya. Tq Lena..

Thursday, October 27, 2011

ROJAK BETIK


ASSALAMUALAIKUM...


Hujan2 makan Rojak Betik ya.. Tak kira la.. hujan ke panas ke, kalau dah anak tekak rasa teghingin nak makan tu, kena la rajin2kan diri gi pasar cari ikan selayang fresh, balik rumah siang2 dan rebus. Pastu perisikan dan tumbuk lumat. Pastu semestinya kena buat kuah rojak ni. Kalau tak ada betik no hal, makan jer kuah tu dgn keropok ikan yg diramas2 kasar.. perghhhhhhhhhhh... nikmat!! hehehe.. Along, jgn terliur dah la ya.. Along balik bila2, mak buatkan hehe.. Kena warning siap2 ni sbb ni makanan pebret dia ni.. eh.. pebret seisi keluarga (kecuali hero bongsu) gak sebenarnya ni. Buat kuah seperiuk, lebihan tu simpan dlm esbok. Lagi lama lagi syok. Org Ganu mmg suka makan Rojak Betik maupun kropok saja dimakan dgn kuah gitu. Kiranya cam makanan tradisional Ganu la.. Kan Tun Telani, Madihah@Ratna.. ermm sapa lagi ek blogger Ganu? Haa.. Teratai (SIL K.Nor tu.. hehe) pun org Ganu gak. Memang syok layan rojak gini. Kalau tenyeh2 keropok lekor dlm tu pun best!


Meh tengok resipi Rojak Betik yg baru2 ni Tun Telani dan Mek Mukah pun ada buat. Hah... org Mukah pun dah pandai makan Rojak Betik ya.. Digalakkan utk menggunakan betik yg muda, jgn guna betik yg dah ranum atau kulitnya dah banyak oren/kekuningan. Nanti betik tu agak lembik, kurang syok time makan. Mekasih pada Tun dan HaSue yg dah cuba resipi Rojak Betik ni.. Juga pada sesiapa yg dah mencuba dan akan mencuba.. :)


ROJAK BETIK
resipi asal : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan ( lebih dari 7 org (bergantung pd saiz betik) )
1 biji betik muda/mengkal (saiz sedang)
1/2 sudu teh kapur makan (utk mengeraskan betik yg disagat td)
2 biji timun

Bahan Utk Kuah
9 ekor ikan selayang saiz sederhana (kalau nak kuah lebih pekat boleh lebihkan)
5 - 7 sudu besar cili boh (lebihkan juga kalau suka lebih pedas)
1/2 - 1 keping nisan (boleh juga guna gula melaka)
3 sudu besar gula
3 sudu besar kicap
1/2 cawan cuka @ boleh guna air asam jawa (pekat)
garam secukup rasa
1 1/2 liter air

Cara-cara
Sagat betik dan masukkan ke dalam bekas yg berisi air. Hancurkan kapur makan dgn sedikit air. Tapiskan dan masukkan dalam rendaman betik td.
Rendam betik tu selama 15 minit. Bilaskan bersih dan toskan. Potong timun nipis2.

Utk membuat kuah:
Rebus ikan dgn sedikit air hingga masak. Sejukkan. Ambil isi ikan dan tumbuk lumat.
Masukkan 1 1/2 liter air, cili boh, nisan dan kicap ke dalam periuk. Masaklah hingga mendidih. Biarkan selama 10 minit dan masukkan cuka.
Cedukkan 2 atau 3 senduk kuah tu ke dalam isi ikan yg ditumbuk dan gaul sebati. Jgn sesekali masukkan isi ikan terus ke dalam kuah, nanti ikan tu berketul2. Tuang ke dalam periuk kuah dan biarkan mendidih.
Tambahkan gula dan garam secukup rasa. Kuah ni perlu ada rasa masam, manis dan pedas.
Utk. menghidang:
Isikan betik ke dalam mangkuk dan letakkan hirisan timun di atasnya. Boleh jugak nak letak hirisan nenas bg yg gemar makan nenas. Letakkan kuah atas bahan2 td dan rojak betik sedia utk dingap..
Rojak betik ini sedap dimakan dgn kuah yg sejuk (letak dalam peti ais) dan juga dimakan dgn keropok keping(keropok ikan). Selamat Mencuba!!

* resipi ni K.Nor dah edit sket dari resipi asal yg pernah K.Nor letak kat blog ni dan kat MyResipi ya...

Thursday, August 19, 2010

Rojak Betik

Salam...

Bagi org Trg rasanya mmg tau dgn makanan ni kan. Kiranya makanan org lama Trg la ni. Syok dimakan petang2, tambah lagi kalau ada keropok ikan atau org Trg panggil keropok keping. Makan dgn keropok lekor pun sedap gak.

K.Nor sesekali jer buat dgn betik sbb payah sket nak jumpa betik mengkar. Kalau guna betik yg dah masak tak best sbb lembik. Bila guna betik mengkar, ia krup krap jer. Pastu ada yg letak hirisan timun btg dan ada yg tambah hirisan nenas. Kalau tak ada betik mengkar K.Nor buat gak tp buat kuah aje seperiuk. Pastu goreng keropok ikan banyak2. K.Nor dan anak2 suka makan gitu jer. Patah2kan keropok ikan tu dlm mangkuk pastu curah kuah atasnya... perghhhh.. sedap!! Ikan yg paling sedap digunakan utk membuat kuah ialah ikan selayang. Terasa manis isi ikan kalau kita guna ikan selayang ni cam kita buat kuah laksa gak.


Jom kita tengok resipi Rojak Betik yg pernah K.Nor post kat MyR dulu.

ROJAK BETIK My Style

Bahan-bahan ( lebih dari 7 org (bergantung pd saiz betik) )
1 biji betik muda/mengkal (saiz sedang)
1/2 sudu teh kapur makan (utk mengeraskan betik yg disagat td)
2 biji timun

Bahan Utk Kuah
9 ekor ikan selayang (kalau nak kuah lebih pekat boleh lebihkan)
5 sudu besar cili boh (lebihkan juga kalau suka lebih pedas)
1 keping nisan (boleh juga guna gula melaka)
3 sudu besar gula
3 sudu besar kicap
1/2 cawan cuka @ boleh guna air asam jawa (pekat)
garam secukup rasa
1 1/2 liter air

Cara-cara
Sagat betik dan masukkan ke dalam bekas yg berisi air. Hancurkan kapur makan dgn sedikit air. Tapiskan dan masukkan dalam rendaman betik td.
Rendam betik tu selama 15 minit. Bilaskan bersih dan toskan. Potong timun nipis2.

Utk membuat kuah:
Rebus ikan dgn sedikit air hingga masak. Sejukkan. Ambil isi ikan dan tumbuk lumat.
Masukkan 1 1/2 liter air, cili boh, nisan dan kicap ke dalam periuk. Masaklah hingga mendidih. Biarkan selama 10 minit dan masukkan cuka.
Cedukkan 2 atau 3 senduk kuah tu ke dalam isi ikan yg ditumbuk dan gaul sebati. Jgn sesekali masukkan isi ikan terus ke dalam kuah, nanti ikan tu berketul2. Tuang ke dalam periuk kuah dan biarkan mendidih.
Tambahkan gula dan garam secukup rasa. Kuah ni perlu ada rasa masam, manis dan pedas.
Utk. menghidang:
Isikan betik ke dalam mangkuk dan letakkan hirisan timun di atasnya. Boleh jugak nak letak hirisan nenas bg yg gemar makan nenas. Letakkan kuah atas bahan2 td dan rojak betik sedia utk dingap..
Rojak betik ini sedap dimakan dgn kuah yg sejuk (letak dalam peti ais) dan juga dimakan dgn keropok keping(keropok ikan). Selamat Mencuba!!