f Secubit Garam: daging
Showing posts with label daging. Show all posts
Showing posts with label daging. Show all posts

Thursday, July 10, 2014

DAGING DENDENG PANDAN

ASSALAMUALAIKUM...

Sebut tentang Daging Dendeng, teringat suatu masa dulu K.Nor pernah masak menu Ayam Dendeng. Masa tu, dah abis SPM. Dah tak ada rezeki nak masuk menara gading, duk rumah belajar masak2 jer la. Dah lupa dapat dari mana resipi Ayam Dendeng tu, kalau tak silap dari rancangan masakan kat tv kut. Arwah ayah K.Nor suka sgt makan Ayam Dendeng ni. Walaupun renyah nak membuatnya, tapi bila org makan dgn berselera mmg cukup puas hati kan..

Cara masaknya pun lebih kurang dgn Daging Dendeng, yg mana ayam perlu direbus dahulu, kemudian diketuk sekadar pecah2 jer. Pastu digoreng kejap dan lepas tu baru dibuat sambal atau bumbunya.. Memang sedap.. Nanti la kalau berkesempatan atau kalau angin ghajen datang, K.Nor try balik buat menu tu dan post kat dapur alam maya ni :)


Berbalik pada menu kali ni, Daging Dendeng Pandan oleh Ummi Zaihadi.. memang syok layan masakan ni.. Menyelerakan, tambah lagi pekena dgn nasi putih panas2.. Ratah aje lagi la sedap hehe...K.Nor cuma buat separuh jer dr resipi di bawah ni. Almaklum ler.. yg makannya hanya 2 mulut aje.. Yer la.. zaman kembali berdua ni.. Kalau time weekend baru meriah sikit kalau anak2 dan menantu balik :)

DAGING DENDENG PANDAN
resepi: Ummi @ Home Sweet Home
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:-
500 gm daging batang pinang
2 cawan air
* 2 batang serai - diketuk
* 1 inci halia - diketuk (*untuk direbus dgn daging)
2 sudu besar cili kering yang dikisar
2 sudu kecil rempah kari daging
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu besar kicap pekat manis
1/4 cawan gula melaka yang dihancurkan
3 sudu besar gula pasir
garam secukup rasa
sedikit air (jika perlu)
1 helai daun pandan - disimpul
1/2 cawan bawang goreng
minyak masak secukupnya

Bahan Kisar:-
8 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 cm lengkuas
2 cm halia

Cara Memasak:-
Potong daging kepada saiz 4 x 4 inci, bersihkan dan rebus hingga daging empuk. Angkat dan toskan. Hiris daging nipis2. Buat hingga siap.
Tumbuk-tumbuk sedikit setiap keping daging.
Panaskan minyak dalam kuali dan goreng sekejap daging tadi hingga nampak garing sikit di bahagian tepinya. (boleh gunakan minyak lebihan bawang goreng untuk lebih sedap). Angkat dan toskan.
Keluarkan minyak dan tinggalkan lebihkurang 1/4 cawan dan tumiskan bahan kisar serta cili kering dengan api sederhana perlahan hingga pecah minyak.
Masukkan serbuk kari daging, serbuk ketumbar, kacau rata. (masukkan sedikit air jika terlalu kering)
Masukkan gula melaka, gula pasir, kicap manis dan garam secukup rasa. Seimbangkan rasa.
Masukkan daging dan daun pandan, gaul rata. Masak hingga daging benar2 bersalut dan sedikit kering atau pecah minyak.
Tutup api dan tuangkan bawang goreng. Gaul rata-rata menyelaputi daging. Siap untuk dihidangkan.


Friday, August 30, 2013

DAGING MASAK KURMA

ASSALAMUALAIKUM...


Bila lama tak update, kotak idea kering, tak tau nak pot pet apa. So kita terus ke resipi hari ni la ya.. ehh resipi minggu ni.. Almaklum ler.. dah seminggu sekali jer hapdet ni ^____^



DAGING MASAK KURMA

Bahan2:
400gm daging ~ dipotong
5 ulas bawang merah ~ dihiris
3 ulas bawang putih ~ dihiris
1/2 in halia ~ dihiris
2 sudu besar rempah kurma ~ k.nor guna Adabi
1/4 sudu kecil serbuk kunyit
1 1/2 cawan air
2/3 cawan santan fresh
3 bj ubi kentang 
1 biji tomato
3 - 5 bj cii hijau 
garam dan gula secukup rasa
minyak

Cara:
Panaskan minyak dan masukkan bahan2 yg dihiris. Goreng hingga terbit bau.
Masukkan rempah kurma dan serbuk kunyit yg dibancuh dgn sedikit air dan kacau.
Biarkan pecah minyak dan masukkan daging. Kacau rata.
Masak seketika, kemudian masukkan air.
Biarkan ia merenih sehingga mendidih dan masukkan ubi kentang.
Bila daging menjadi empuk dan kuah menjadi sedikit pekat, masukkan santan, garam dan sedikit gula. Kacau.
Masak lagi lebih kurang 5 minit dan masukkan tomato (dipotong 6 atau 8) dan cili hijau yg dibelah 2 (tanpa putus).
Masak sehingga kepekatan kuah yg dikehendak dan bolehlah dihidangkan. 

*sekiranya kuah dah terlebih pekat, boleh tambah sedikit air panas.


Thursday, August 22, 2013

SUP TULANG ALA SIAM

ASSALAMUALAIKUM...

Bersiaran lagi setelah cuti panjang.. Kalau ikutkan hati, nak terus sambung cuti gara2 blog tak leh nak update dr minggu lepas lg. Ntah ler, ada problem dgn blogger.com ni bila nak start buat entri. Dah try macam2 cara tp tak berhasil. Last2 biarkan aje sbb mood tuan rumah pun merudum aka melayang2 sejak lps raya ni. Dah la kembali berhanimun, kes anak2 dah kembali ke asrama masing2, hero sulong dah mulakan kerja kat spital Dungun.. tinggal ler berduet jer dgn cik abe. Mana la ada mood nak main masak2 lg bila hanya 2 mulut yg nak diisi. Masak pun ala kadar jer (biasa la tu kan hehe). Bila ditambah lg dgn blogger.com yg buat kerenah ni.. lagi ler tahap kerajinan nak update tu menjunam.. Tapi bila dibiar gitu jer dua tiga hari ni, td cuba la masuk nak menerai buka post/draf, ehhh.. elok la pulak dia.. dah keluar balik tempat ngarang (sebelum ni blank jer, yg ada cuma bahagian atas, tempat tajuk tu jer) So amik peluang la update setelah sekian lama bercuti ni.. Rasanya lepas ni, makin kurang la entri terkini dr SecubitGaram. Makin lesu dan makin lemau ler.. Dari 3 - 4x seminggu, mungkin jd 1x seminggu jer kut keluar entri baru. Pastu jd 2 minggu sekali, pastu sebulan sekali hapdet.. lama2 padam terus hehehehe... Tak per la.. dah banyak resipi2 yg dikongsikan dlm ni.. Mana yg berkunjung tu, pilih dan try la masak mana2 resipi yg berkenan di mata dan selera ya.. Semoga perkongsian selama ni memberi manafaat buat semua.. insyaallah...


Kali ni, K.Nor nak kongsikan satu resipi sup yg dibuat masa Ramadhan tempohari. Tak sempat nak update awal2 dek kebizian yg melanda. Resipi yg K.Nor ambil dr blog MesraSelera hasil tayangan amal Rohah kat fb. Sekali pandang terus jatuh hati nak mencuba.. Alhamdulillah.. tak sia2 mencuba sbb SEDAP! Menyelerakan sekali rasa SUP TULANG ALA SIAM ni.. dgn rasa pedas2 dan masamnya tu.. Memang power! Mekasih pada tuan asal resipi Faa dan juga Rohah yg dah berkongsi resipi ni ya.. Izinkan K.Nor kongsikan kat sini utk rujukan K.Nor dan teman2 lain pulak.. 


SUP TULANG ALA SIAM
resepi;Faa
sumber : Rohah@MesraSelera
sumber : K.Nor@secubitGaram

Bahan-bahan;
1/2 kg tulang
5 ulas bawang merah [tumbuk]
3 ulas bawang putih [tumbuk]
1/2 inci halia [tumbuk]
1 paket rempah sup bunjut untuk sup tulang
1 sudu besar rempah sup serbuk [dikacau bersama sedikit air]
1 sudu sos ikan - saya guna 1 sb
2 biji ubi kentang -[potong 2] saya tak letak
4 biji cili padi [ketuk]
1/2 biji bawang besar kuning [hiris bulat-bulat]
1 biji perahan air limau nipis
1 biji tomato [dibelah 4]
1/2 batang saderi [hiris]
Sedikit daun sup
Sedikit daun bawang
Sedikit bawang goreng
Sedikit minyak untuk menumis
Sedikit garam, gula dan bahan perasa

Cara Menyediakan;
1.Rebuskan tulang bersama air selama 1/2 jam [saya rebus 1 1/2 jam] sehingga empuk, pastikan air menenggelamkan kesemua tulang.Apabila sudah empuk, ketepikan dahulu rebusan ini.
2.Tumiskan pula bawang merah, bawang putih dan halia bersama dengan rempah sup bunjut sehingga garing dan naik bau.
3.Masukkan rempah sup serbuk dan sos ikan beserta kesemua air dan rebusan tulang tadi.
4.Tambahkan ubi kentang dan biarkan sehingga 30 minit.
5.Selepas 30 minit masukkan cili padi, hirisan bawang kuning, tomato, saderi dan perahan air limau nipis.
6.Tambahkan bahan perasa, garam dan sedikit gula.Gaul dan sesuaikan rasa.
7.Tutup api dan sedia untuk dihidang.Taburkan bawang goreng, daun sup dan daun bawang.


# blog buat hal lagi.. penyakit on & off... adehhh... #


Monday, May 6, 2013

KACANG PHOOL

ASALAMUALAIKUM...

Dah lama betul berhajat nak buat dan merasa KACANG PHOOL, menu yg pemes di selatan tanah air ni (Johor & Singapore). Dah pernah intai2 kacang parang (foul medammas) kat gergasi, tp tak pernah pulak terserempak. Akhirnya, sorang teman blogger yg baik hati, yg tau K.Nor duk teringin nak buat Kacang Phool ni, telah post setin foul medammas baru2 ni.. Happy bukan main, mcm dpt emas seketul! haha..


Mekasih juta2 lemon ya cik puan nan seberang, dah buat pun KACANG PHOOL, dgn menggunakan resipi dr dapur anda juga. Guna yg versi II tp dah diderhakan sket. Sket jer.. Nor tambah sedikit daging kisar dlm tu. Pandai2 jer menambah kan.. psst... tak kena hukuman pancung kan.. hehehe



KACANG PHOOL II 
sumber : Ayu@ Curlybabesatisfaction
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:-(4-5 orang)
1 tin foul medammas(kacang parang)-diblender dengan sedikit air
200gm daging kisar ~ k.nor tambah
1/2 sudu kecil serbuk jintan putih*
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis*
1 sudu kecil serbuk ketumbar*
1/2 sudu kecil bawang putih kisar*
1 sudu kecil bawang besar kisar*
1 sudu besar rata cili kisar*
1 sudu besar minyak sapi
11/2 sudu besar minyak
air secukupnya
garam secukup rasa

Bahan hiasan & Taburan:-
5 batang cili hijau dihiris bulat
1 biji bawang besar dipotong dadu
5 biji telur digoreng 'mata lembu'
5 biji limau sambal, dibelah 2 untuk diambil jusnya
1-2 batang roti perancis atau secukupnya - dipotong dan dibakar didalam oven sebelum dihidang

Method:-
Panaskan minyak sapi & minyak didalam kuali dan tumiskan bahan2 yang bertanda* hingga naik bau. (Masukkan daging kisar dan masak hingga daging mengeluarkan air. Biarkan hingga sedikit kering) Masukkan kacang parang yang telah diblender tadi, gaul rata.
Masukkan garam dan sedikit air kalau adunan nampak pekat, atau terpulang nak pekat atau cair macam mana, tapi jangan terlalu cair atau terlalu pekat ya.
Bila sudah mendidih matikan api.
Siap untuk dihidang bersama bahan2 hiasan taburan dan perah jus limau sebelum dimakan/cicah dengan roti perancis yang telah dibakar tadi..

update:
utk yg nak tau rupa kacang parang (foul medammas) yg k.nor gunakan.. 

Gambar dr blog mamawandiha ..
Ratna! pinjam gambar ek.. maceh :)

Friday, April 5, 2013

KUZI HATI ~ MALAYSIAN FOOD FEST (KELANTAN MONTH)

ASSALAMUALAIKUM....

Salam Jumaat buat semua, semoga kita semua mendapat keberkatan dan rahmat di hari mulia ni. Perbanyakkan selawat pd Nabi Muhammad s.a.w pada hari Jumaat ya.. mudah2an kita mendapat syafaatnya pada hari perhitungan nanti.. amiin...


Kebetulan dlm freezer ada sedikit hati lembu, lebihan buat HATI PALEMBANG tempohari, jadi K.Nor terfikir nak perhabiskan la.. Duk pikir2 nak masak apa dgn hati yg tak sampai 400gm ni, teringat kat lauk Kuzi Daging yg ada dlm buku 50 HIDANGAN PENAMBAT SELERA, buku masakan K.HANIELIZA. Kalau K.Liza masak guna daging, K.Nor nak derhakakan sket dgn menggunakan hati. Tak salah pun kan, kita yg masak dia..  K.Nor dah banyak gugel resipi kuzi tp K.Nor lebih tertarik nak guna resipi K.Liza ni, sbb ianya lebih mudah dan bahan2 yg digunakan agak simple dan insyaallah ada kat dapur. Sesetengah resipi kuzi lain memerlukan lebih banyak bahan utk digunakan dlm masakan kuzi. K.Nor lebih suka try resipi yg simple dan dlm blog ni pun kebanyakkannya resipi simple2 jer.. Kebanyakkan email yg K.Nor terima suka SG sbb memaparkan resipi yg mudah dan simple bahan2nya. Kalau yg cerewet ni org lain terutamanya yg baru nak belajar masak pun rasa kurang rajin dan tak berminat nak buat melainkan yg betul2 punya kerajinan lebih dan masa terluang yg lebih.. tak gitu hehe


Alhamdulillah... mmg best sungguh KUZI HATI ni.. gravy dia tu, enak sih.... 2 thumbs up tau! menjilat jari jemari.. jari kanan jer la, jari kiri nak jilat watper.. kan.. hehehhehe.. Meh la menerai resipi kuzi K.Liza ni.. insyaallah sedap tau.. Mekasih K.Liza, Nor nak kongsikan resipi kat sini ya..

Dan, bila sebut kuzi, masakan ni dtgnya dr Kelantan kan. Jadi K.Nor amik peluang utk masukkan sekali entri/masakan ni ke MALAYSIAN FOOD FEST ~ Kelantan Month yg dihoskan oleh Gert. Gert, u should try this, makan dgn nasi minyak pun best tau ^___^

KUZI (HATI) DAGING
resipi : K.Hanieliza @ 50 Hidangan Penambat Selera
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan A:
500 gm daging ~ k.nor guna hati lembu
3 sudu makan rempah kuzi
1/2 cawan sos tomato
1/2 cawan susu cair
1 cawan air
5 bj cili merah ~ dibelah 2
2 biji tomato ~ dibelah 4
1 labu bawang besar ~ dibelah 4
1/2 cawan kismis
3 sudu makan minyak masak
garam secukup rasa

Bahan B ~ dikisar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 in halia
1 cawan bawang goreng
5 biji cili merah

Cara:
Daging/hati dipotong kecil.
Gaulkan daging dgn rempah kuzi dan sos tomato.
Panaskan minyak dan tumiskan bahan B dan daging yg digaul tadi hingga wangi dan pecah minyak.
Masukkan susu cair, kismis, tomato, bawang besar dan cili merah.
Kacau rata dan biarkan sehingga pecah minyak lagi dan pekat.
Hidangkan dengan nasi minyak atau nasi putih ataupun roti.

* k.nor kurangkan bilangan cili merah (dlm bahan B) dan masukkan 1 sudu besar cili mesin.
* k.nor juga tumis dulu sedikit rempah 4 sekawan (kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga dan bunga lawang)


Bagi yg tak ada rempah kuzi boleh cuba resipi rempah yg dibawah ni...


RESIPI REMPAH KUZI by Zaliana MyResipi

Bahan2:
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh lada hitam
6 kuntum bunga cengkih
1 inci kulit kayu manis
4 biji buah pelaga-sila buang kulit dan ambil bijinya sahaja
1 kuntum caber
2 kuntum bunga lawang

Cara:
Basuh bersih kesemua bahan didalam tapis.Kemudian goreng kering/sangai di dalam kuali.
Kisar rempah tadi dalam pengisar kering.Boleh juga ditumbuk hingga halus. Sebagai panduan berat rempah yang dapat ialah anggaran sebanyak 10 gram.

(k.nor rasa kalau tak ada caber rasanya boleh skip aje)

REMPAH KUZI by Chef Hafiza
sumber : Yatie Memories

Bahan2:
2 sudu makan ketumbar*
1 sudu makan jintan manis*
1 sudu makan jintan putih* (* di sangai dan kisar kering)
1 sudu makan serbuk lada hitam
1 btng kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
5 tangkai bunga cengkih


(k.nor rasa kesemua rempah dihendaklah disangai dan dikisar utk menghasilkan rempah kuzi.. spt yg dibuat oleh Zaliana)




"I am submitting this post to Malaysian Food Fest, Kelantan Month hosted by Gertrude of My Kitchen Snippets "



Friday, March 1, 2013

DAGING MASAK MERAH ala gerai

ASSALAMULAIKUM...

Resipi dr perkongsian Mas Duniaku kat wall fbnya minggu lepas kut.. Terlintas nak menerai resipi Mas ni, masa duk fikir2 nak masak apa dgn daging yg duk bertapa dlm esbok. Alhamdulillah.. sedap tp mcm kebiasaan ler.. ada sket sesi menderhaka kat resipi asal. Jgn marah ya Mas.. Saja gatal tangan nak tambah itu ini.. :)


Mekasih Mas, sudi berkongsi resipi ni. K.Nor ambil kat fb Mas ni, so K.Nor tak letak link la ya.. Nanti kalau Mas dah update kat blog, insyaallah K.Nor letak balik.. :)


DAGING MASAK MERAH ala gerai
resipi : Mas@Duniaku

Bahan2:
daging lembut - hiris nipis2
(kalo nk merah, rebus dgn pewarna merah, bukan sirap ros ya)
1 sudu besar cili mesin ~ yg ni k.nor tambah
Bahan Hiris:
bwg besar - belah 4
bwg putih - cincang @ ketuk
halia - hiris
cili api / cili merah

Bahan Sos:
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
sedikit kiub ikan bilis ~ k.nor gantikan dgn 1 sudu besar sos ikan
sedikit air ~ k.nor guna air rebusan daging

Cara:
Panaskan minyak, masukkan bahan2 hiris sampai naik bau, (masukkan cili mesin, goreng hingga pecah minyak) dan masukkan daging, kacau sebentar dan masukkan semua sos.
Kemudian masukkan sedikit air, biarkan sebentar dan letakkan sedikit kiub ikan bilis, biar mendidih jap dan nampak pekat.. bolehlah diangkat.

*perasakan dgn garam dan gula mengikut citarasa masing2..


Monday, January 14, 2013

HOMEMADE GRILLED BURGER

ASSALAMUALAIKUM..

Pagi2 lagi dah pasang niat nak menghapdet entri di blog yg dah makin suram ni.. Bukannya tak ada gambar atau masakan yg nak dipostkan cuma kelemauan yg menjadi2 jer sejak akhir2 ni. Sekali dah himpun gambar dlm photoshop, fuhhh.. ku kaup semua gambar2 yg belum diedit.. Edit sekali gus, buat siap2.. nanti kalau nak mengarang mood tinggi sket.. hehe Teruk betul perangai kan.. Adehhh. gini la bila komitmen semakin berkurangan akibat mood yg sentiasa merudum.. 


Kali ni K.Nor nak share satu resipi daging burger yg dihasilkan. Dah 2 minggu rasanya K.Nor buat daging burger ni. Ni pun kes melayan permintaan hero sulong yg dah lama nak K.Nor buat sendiri daging burger. Dia teringin makan burger yg dagingnya tebal dan besar tak macam daging burger di pasaran yg nipis2 jer tu kan.. Bila tengok dlm rancangan2 AFC, bukan main tebal lg daging burger yg dihasilkan. Tu yg dia geram jer.. hehe


Hasil dr olahan situ sini, dr beberapa resipi yg K.Nor rujuk kat tenet.. terhasil la satu resipi yg memuaskan hati K.Nor sekeluarga terutamanya si hero tu. Dia banyak membantu dlm proses membuat daging burger ni. K.Nor cuma kisar daging dan sediakan bahan2 lain. Dia la yg menggaul dan membentuk kepingan daging burger mengikut saiz yg dia nak. Ada yg bulat, ada yg square.. ermm lantak jer la.. dia yg nak makan hehehe.. Yg pasti setiap satu mmg tebal ! K.Nor tak larat nak habiskan sebiji burger tu tp dia boleh habiskan 2 biji tau! Yer la, tangki si semak ni kecik jer.. tangki keter kancil la katakan (tp badan tetap maintain bambam skrg huhu)

Daging burger yg dihasilkan ni mempunyai rasa pedas2 sket, berempah  dan yg pastinya SIHAT! Pedas datang dr serbuk lada kasar dan serbuk lada hitam, berempah dr italian herbs dll dan SIHAT SBB TAK ADA KANDUNGAN LEMAK/FAT ! Daging yg K.Nor gunakan bukannya daging kisar yg boleh kita beli kat pasaraya tu tp K.Nor guna 100% daging tempatan yg tanpa lemak. K.Nor mmg beli daging fresh yg bebas dr lemak2. Jadi burger yg dihasilkan mmg tak ada kesan lemak yg keluar bila kita bakarnya.. Healthy food la kiranya kannnnnnn hehe

Complete set nih.. agak2 berapa puluh hengget nak jual se plate ni ya.. hehehehe

Dah panjang bebel2 di pagi Senin nih.. Meh la semak resipi.. Masih ada lagi gambar2 yg nak diedit/watermark ni dan perut pun dah mula berkeroncong .. :)

HOMEMADE GRILLED BURGER
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan - utk daging burger:
800gm daging lembu (tanpa lemak) ~ basuh dan toskan
2 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
2 kuning telur
2 sudu besar serbuk cili kasar
1 sudu besar serbuk lada hitam
2 sudu besar dried parsley
1 sudu besar italian herbs
1 cawan breadcrumbs
1 sudu kecil garam
1 pokok daun ketumbar ~ dihiris halus
plastik bersih secukupnya

Cara: 
Kisar halus daging yg dah dipotong kecil bersama bawang besar dan bawang putih dgn menggunakan food procceser.
Masukkan ke dalam sebuah mangkuk dan masukkan kuning telur, serbuk cili kasar, serbuk lada hitam, dried parsley, italian herbs, breadcrumbs, garam dan daun ketumbar.
Gaul hingga sebati.
Ambil sekepal daging dan bentukkan bulat dan leper.
Alas dgn plastik yg dah dipotong, melebihi sedikit dr saiz kepingan daging.
Ulang sehingga daging habis dan susun dlm sebuah bekas.
Simpan dlm peti ais semalaman (supaya daging set dan tidak berkecai bila kita membakar/menggorengnya)

* boleh juga jika ingin menggunakan daging kisar yg sedia ada di pasaran tp tak leh jadi healthy food la ya sbb daging tersebut mempunya kandungan lemak yg agak tinggi.


Tangan doc gg duk membentuk kepingan daging burger tu ya.. so mahal la sket kalau nak charge roti burger K.Nor ni .. hehehe....
Bulat ada...
Square pun ado... yg ni sq tu special sket, ada cheese dlm nya  :)
Alas dgn plastik supaya kepingan daging tak melekat antara satu sama lain..
Perbandingan saiz yg homemade dgn yg kilang made ..
Lebih besar dan lebih tebal ^__^


Bahan2 - utk membuat burger
roti burger secukupnya
butter
slice cheese
salad
tomato
cili sos
mayonis

Cara:
Belah dua roti burger dan sapu dgn sedikit butter.
Bakar sekejap dan ketepikan.
Panaskan pemanggang ajaib dan letakkan daging burger.
Bakar selama 8 - 10 min utk sebelah daging dan terbalikkan dan masak lagi utk tempoh yg sama (masa membakar bergantung pada ketebalan daging burger yg dihasilkan) dgn menggunakan api sederhana.
Buka penutup pemanggang dan letakkan sekeping slice cheese di atas daging tadi.
Angkat dah letakkan atas kepingan roti yg dah diletakkan sedikit daun salad.
Picitkan sos cili dan mayonis. Kemudian letakkan hirisan tomato dan akhir sekali dgn bahagian atas roti.
Sedia utk dinikmati...

*jika tiada pemanggang ajaib bolehlah menggunakan frying pan biasa tp sebolehnya balikkan daging burger hanya bila bahagian bawahnya dah masak separuh dr ketinggian daging burger tadi. ( maksudnya kita hanya membalikkan daging burger itu sekali sahaja)

Friday, December 28, 2012

BLACKPEPPER LAMB CHOP & Co.

ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdulillah.. bertemu lagi di penghulu hari.. Hari ni, hari Jumaat kali terakhir utk tahun 2012 ni.. Kejap jer, tahun baru bakal muncul lagi. Dan juga, kejap jer cuti sekolah akan berkahir minggu depan. Rumah ni akan kembali sunyi, kembali tinggal 3 org penghuni.. Hanya burung bangau, burung gembala kerbau, burung layang2 dan juga kerbau yg bakal menemani hari-hari hehehe ... ehhh.. tak lupa tanaman kesayangan K.Nor juga...


Minggu lepas masa Naim balik bercuti, K.Nor amik peluang buat menu western ni. Ni 1st time buat Lamb Chop. Bukan apa, males nak tunjuk skil kat dia org ni. Nanti kalau dah buat, menjadi .. sedap kat anak tekak masing2, mula la K.Nor tak berpeluang nak makan yg kat kedai.. hehe.. Asyik compare jer.. kat kedai tak sedap la.. mak buat lagi sedap la.. huhhh... kita sbg tukang masak ni, sesekali nak gak relax kan.. nak gak makan yg org lain buat. (tapi kita sendiri pun, kalau dah makan kat kedai tu kurang sedap mesti mulut nak berbunyi gakkkk.. ermmm mak buat lagi sedap dr ni kan.. hehehe)


Tapi serius cakap, mmg SANGAT SEDAP Lamb Chop ni.. K.Nor buat 9 keping, all SOLD OUT!! LICINNNNN!! Langsung tak berbaki.. Tu pun anak2 dan cik abe ada sound, lain kali beli 2 pack daging kamben tu baru puas hati makan.. huhu... Dan Along lak tambah, kena ada french fries baru complere mak.. ermm.. yer la.. yer la... Kalau beli daging 2 pack pun tak sampai 50 hengget.. Campur dgn bahan2 lain pun adalah dlm 10 hengget kan.. Memang berbaloi la buat sendiri dari makan kat kedai.. Boleh makan sepuas hati. Kalau kat kedai mau dlm RM16.00 satu plate (utk sekeping daging jer kan). Kalau 10 atau 12 keping? haa.... kali darab sendiri la ya... Bebaloi2 la kalau buat sendiri.. Soooooo.... disarankan utk mencuba resipi yg K.Nor kongsikan kat bawah ni.. Insyaallah puas hati.. ^_____^

Resipi2 kat bawah ni ada K.Nor amik kat dua tiga blog/website dan ada yg K.Nor olah sendiri.. Terima kasih buat penyumbang resipi dan juga yg berkongsi sumber resipi.. Yg baik2 kita kongsi2kan ya.. :)



BLACKPEPPER LAMB CHOP
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan :
5 kpg daging kambing
5 ulas bawang putih ~ ditumbuk halus
1 sudu besar serbuk lada hitam ~ yg baru ditumbuk
3 sudu besar sos tiram
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar gula perang/madu
2 sudu besar minyak zaitun

Cara:
Gaul kesemua bahan kecuali daging kambing.
Lumurkan bahan perapan pada daging dgn rata.
Perap dlm peti ais lebih kurang 1 - 2 jam. (lama lama lagi baik)
Panaskan grill pan dgn api sederhana atau boleh juga guna non stick pan. (k.nor guna pemanggang ajaib)
Letakkan daging kambing dan panggang lebih kurang 8 - 10 min.
Kemudian balikkan dan panggang lagi sehingga masak. (jangan balik2kan banyak kali, cukup hanya sekali utk menghasilkan daging panggang yg lebih enak).
Angkat dan hidangkan dgn Sos Lada Hitam, Garlic Mashed Potato & Creamy Coleslaw.


SOS LADA HITAM
sumber : KasihSalina
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
1 bawang besar [didadu]
2 bawang putih [dicincang]
4-5 sudu besar lada hitam [kisar]
2 sudu besar tomato sos
1 sudu besa sos cili
2 sudu sos tiram
1 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar susu fresh
2 setengah cawan air rebusan tulang ayam/daging @ kiub ayam Knor
1 sudu kecil tepung jagung bancuh ngan air sikit
garam dan sedikit gula
minyak untuk tumis (guna mentega pun boleh)

Cara:
1. Tumis bawang besar & bawang putih sampai layu.
2. Masukkan air rebusan ayam.
3. Masukkan tomato sos, cili sos, lada hitam, sos tiram @ kicap dan tepung jagung.
4. Kacau sebati dan masak mengikut kepekatan sos yg dikehendaki
5. Lastly, masukkan garam n gula secukup rasa.



GARLIC MASHED POTATO
resipi : Mommamia@MyResipi
sumber : HanaMemories & K.Nor


Bahan2:
8-9 biji ubi kentang saiz besar (kalau guna Russet potatoes lebih gebu)
Air yg cukup untuk merebus + 3 ulas bwg putih diketuk
3 sudu besar butter
2 sudu besar mayonaise
½ cawan susu segar/ fresh cream
1 sudu kecil black pepper

Bahan-bahan untuk gravy : ~ k.nor skip gravy ni

2 ulas bawang putih dicincang halus
2 sudu kecil black pepper
2 sudu besar Worcestershire sauce ( kite gune brand lea&perrin)
4 sudu besar kicap manis + 1 cawan air
2 sudu besar tepung jagung + dgn sedikit air ( untuk memekatan gravy)
1 sudu kecil stock ayam ( kalau buat steak/grilled chicken, guna airnya lg sedap)
sedikit minyak untuk menumis bwg putih- hana gune butter

Cara:
Kupas kulit ubi kentang dan potong nipis2. Rebuskan dalam periuk - isi air cukup-cukup menutupi ubi dan campurkan sekali bwg putih yg diketuk.Tabur sedikit garam.Rebus hingga empuk dan tosskan air lebihan.
Campurkan butter, mayonaise, susu segar dan black pepper kedalam ubi kentang yang telah direbus tadi dan lecekkannya.Kalau takde potato masher, gune electric mixer/ bontot botol sos pun boleh. Lepas dah hancur & smooth, siap lah mash potato tu.

Untuk Gravy : 
Tumis bwg putih dan black pepper hingga wangi.(jgn sampai garing sgt..tak sedap)
Masukkan semua bahan-bahan lain kecuali air tepung jagung. Masak hingga didih.
Sambil kacau, tuang air tepung jagung sikit2 sampai gravy tu tak pekat, tak cair.( kalau suka pekat2, tambah lagi..ikut selera masing2)

Untuk serve, tuangkan gravy atas mashed potato tadi..



CREAMY COLESLAW
resipi olahan : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
1/2 cawan lobak merah yg disagat
1/2 biji bawang besar ~ dihiris halus
4 cawan kobis yg disagat
3 - 4 sudu besar mayonis ~ k.nor guna lady's choice magic mayo
2 sudu susu fresh
secubit garam

Cara:
Masukkan kesemua bahan ke dalam sebuah mangkuk dan gaul rata.
Simpan dalam peti ais.
Hidangkan sejuk.


Wednesday, October 3, 2012

DAGING GORENG HALIA & MINYAK BIJAN

ASSALAMUALAIKUM...

Kalau dulu2 K.Nor tak pernah beli minyak bijan. Mungkin sebab terpengaruh dgn kata2 yg bau minyak bijan ni kuat dan busuk dan rasanya yg tak sedap. Tapi sejak kenal dgn resipi Nasi Ayam Ipoh by Quinnie yg letak minyak bijan dlm nasinya, K.Nor buat keputusan nak beli dan cuba memasak dgnnya. ermmm.. rupanya tak la seteruk yg dikata org tu.. Mungkin org tu letak banyak sgt kut minyak bijan dlm masakannya.. Tp kan, sedap tak sedap ni subjektif.. ada yg sedap pd tekak dia mungkin tak sedap pd tekak kita, dan gitu lah sebaliknya.. So yg penting, kita kena cuba dulu baru tau.. Kalau takut pembaziran, tak payah beli la ... Bagi K.Nor, alhamdulillah.. K.Nor sukakan bau minyak bijan yg diletakkan dlm masakan, spt Nasi Ayam Ipoh, Mee Sizzling dan lain2 lagi.. Kadang2 bila goreng sayur atau buat nasi goreng, K.Nor mmg letak gak sedikit minyak bijan ni, sbb aromanya tu bg K.Nor membangkit selera :)


Jom lah kita ke entri masakan hari ni.. Cakap banyak2 pun letih gak jari, yer la dah jari yg bercakap kan hehe... Resipi hari ni mudah dibuat, simple jer bahan2 dan insyaallah... menyelerakan. Makan dgn nasi putih sedap,dgn bubur nasi pun sedap tapi yg paling sedap, diratah gitu ajer.. hehe 


DAGING GORENG HALIA & MINYAK BIJAN
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
300 gm daging batang pinang ~ dihiris nipis
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil minyak bijan
~~~ * ~~~
1 biji bawang besar ~ dipotong baji
3 ulas bawang putih ~ diketuk dan dicincang
1in halia muda ~ dihiris
1/3bj capsicum merah ~ dipotong panjang/dadu
1/3bj capsicum hijau ~ dipotong panjang/dadu
3 sudu besar sos tiram
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu besar minyak bijan
sedikit air
sedikit garam
daun bawang ~ dipotong 1in
minyak secukupnya

Cara:
Perap daging seketika bersama tepung jagung dan 1 sudu besar minyak bijan.
Panaskan minyak dan goreng daging lebih kurang 1 min. Angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak dari kuali dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar.
Masukkan bawang putih dan goreng hingga kekuningan.
Masukkan bawang besar, halia dan capsicum. Goreng seketika.
Masukkan sos tiram, serbuk lada hitam, minyak bijan dan sedikit garam.
Goreng sekejap dan masukkan sedikit air (lebih kurang 1/4 cawan)
Masukkan daging yg dah digoreng tadi dan kacau.
Bila kuah hampir kering masukkan daun bawang.
Kacau seketika dan boleh lah dihidangkan panas2.





Wednesday, September 12, 2012

NASI DAGING & THE GANG

ASSALAMUALAIKUM...

Kita ber'WW' arini ya... 
LET THE PICTURES DO THE TALKING ^___^


 DALCA SAYUR



Thursday, August 16, 2012

DAGING BLACK PEPPER

ASSALAMUALAIKUM..

Wordless Thursday ya... ^___^

 


DAGING BLACK PEPPER 

Bahan2:
500gm daging batang pinang
1 sb serbuk lada hitam yg ditumbuk kasar - lebihkan jika ingin lebih pedas
1 biji lada benggala hijau
1 biji lada merah
3 sb kicap manis
2 sb sos tiram
1 cawan air
1 sb tepung jagung yg dibancuh dgn 2 sb air
1/2 sudu garam halus dan 1/2 sb gula
minyak utk menggoreng

Cara:
Potong daging nipis2 dengan cara melawan urat supaya daging tidak liat. Bersihkan dan toskan selama 1 jam atau lebih supaya daging tidak mengeluarkan air yg banyak ketika menggoreng.
Potong panjang kedua2 lada. Sebelum itu hendaklah dibuang dulu butir2 lada
Panaskan minyak. Sebolehnya digunakan minyak yg banyak dan menggunakan api yg kuat spt yg ditunjukajar oleh chef asal supaya daging itu tak perlu digoreng dgn lama. Goreng daging lebih kurang 3 - 4 minit sambil dikacau supaya rata masaknya dan angkat.
Keluarkan minyak dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar shj. Masukkan serbuk lada hitam dan kacau hingga berbau wangi dan masukkan lada merah. Lepas itu masukkan kicap manis, sos tiram, garam dan gula. Kacau sebati. Peringatan: garam tak perlu letak banyak2 kerana dah pun masin - dari kicap dan sos tiram
Masukkan daging dan kacau sebati dan masukkan air. Sekiranya ingin lebih berkuah, lebihkan sukatan air. Biarkan mendidih, barulah dimasukkan lada benggala dan bancuhan air tepung jagung. Biarkan mendidih. Bila dah agak pekat boleh lah di padamkan api dan hidangkan panas2 dgn nasi putih.

## Kalau nak guna daging biasa pun boleh, hiris nipis2 dan rebus dgn sedikit air sehingga daging tu empuk. Pastu skip aje la step no 3.


Friday, August 3, 2012

KERABU DAGING DGN MANGGA MUDA

ASSALAMUALAIKUM...

Semalam tengok Rabiatun tayang Kerabu Daging Dgn Mangga Muda. Dalam hati terdetik rasa pernah buat jer menu ni. Dah la show Tun tu menggoda selera, terus terasa nak buat. Bila baca komen Tun yg resipi akan dia updatekan bila ada yg bertanyakan resipi, K.Nor tak perasan lagi tp bila Tun update resipi kat blog dia, lorr rupanya tu resipi K.Nor sendiri. Punya lah tak ingat walhal resipi sendiri.  :)  Mekasih Tun, sudi cuba resipi ni ya... 


Kebetulan daging mmg dah ada dlm freezer, K.Nor cuma beli daun ketumbar jer masa ke pasar tani tghari smlm. Daun pudina dah tak ada, kebanyakkan barangan dah dipunggah naik lori, Ramai penjual pun dah balik.. Mana tak nya, masa tu dah pukul 1 :) Bila terlewat keluar, pastu singgah situ sini dulu mula la lewat sampai ke pasar tani. Tak per lah tak ada daun pudina pun, letak daun ketumbar aje pun dah cukup sedap. Memang sedap meratah Kerabu Daging Dgn Mangga Muda ni, dgn rasa masam2 pedas... best! Tak caya tanya Tun .. hehe

Jom semak resipi, kut2 ada yg teringin nak buat ^__^

KERABU DAGING DGN MANGGA MUDA
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
350gm daging batang pinang
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu besar kicap

Cara:
Perap daging dgn kesemua bahan selama 1/2 - 1 jam.
Bakar /gril hingga masak (boleh juga dimasak atas frying pan), tp jgn terlalu kering.
Hiris daging nipis2 dgn kaedah melawan urat supaya daging tidak liat.
Ketepikan.


Bahan lain:
1/2 biji bawang besar ~ dihiris nipis
3 ulas bawang putih ~ diketuk dan dicincang
2 batang serai ~ dihiris nipis
5 - 7 biji cili padi ~ dihiris
1 biji mangga muda ~ disagat halus
1 sudu besar cili serbuk kasar
2 sudu besar sos ikan
1 sudu besar gula
1 biji limau nipis ~ diambil airnya
daun pudina ~ dicarik2kan
daun ketumbar ~ dihiris

Cara
Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk dan gaul.
Masukkan pula daging yg dah dihiris tadi dan gaul lagi hingga sebati.
Perapkan seketika baru lah dihidangkan.

* K.Nor tak letak garam sbb dah ada rasa masin dari sos ikan dan daging juga telah diperap dgn garam sebelum dibakar.



Menu gandingan Kerabu Daging Dgn Mangga Muda, SAYUR LEMAK KOBIS DGN JEJARI KETAM.
Resipi tk payah la kan, sbb ramai dah tau cara masak lemak nih, cuma tambahkan jejari ketam jer dlm tu ... :)

Monday, July 30, 2012

DAGING CILI PADI & KACANG PANJANG GORENG

ASSALAMUALAIKUM.. 


Kita cakap short2 ya.. 

Menu berbuka smlm, DAGING CILI PADI, resipi hasil skodeng kat dapur org S'pore. Tq Ayu for sharing & tq to the owner of the recipe too.. Selamat berpuasa :)

Ratah aje pon sodap ^__^


DAGING CILI PADI
sumber : Ayu S'pore & Nor Emilia Amran@resipi.net

Bahan2:
500g daging
10 biji cili padi ~  7bj
5 biji bawang merah
2 biji bawang putih
2 cm halia
2 sudu makan sos tiram
2 biji bawang besar ~ potong bulat ~  1bj
2 biji limau kasturi ~ diperah ambil jusnya ~ 1bj
5 biji cili merah ~ 3bj
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam ~ k.nor tambah
garam dan gula secukupnya

Cara:
Panaskan minyak dan goreng daging sehingga lembut dan ketepikan (k.nor rebus dulu utk melembutkan daging)
Masukkan halia, cili padi, bawang putih dan bawang merah kedalam pengisar dan kisar. 
Panaskan minyak semula (gunakan minyak goreng daging tadi) dan tumiskan bahan2 yang telah dikisar tadi. 
Tumiskan sehingga kekuningan kemudian masukkan sos tiram, garam dan bawang besar (juga serbuk lada hitam). Apabila baunya mulai naik, masukkan jus limau kasturi. Masukkan daging dan gaul sehingga rata. Masak sehingga mendidih dan kuah menjadi pekat.


Menu sayur mmg tak miss kat rumah ni. Kalau tak ada sayur yg dimasak, mesti ada ulam-ulaman. Menu sayur yg digandingkan dgn Daging Cili Api, KACANG PANJANG GORENG HATI & PEDAL. Syok meratah gitu ajer kalau sayur goreng gini..


KACANG PANJANG GORENG HATI & PEDAL

Bahan:
5 urat kacang panjang ~ dipotong
5 ketul hati + pedal ayam ~ dipotong
2 ulas bawang putih ~ dicincang 
1 labu bawang besar ~ dipotong bucu (wedges)
1 bj cili merah ~ dipotong serong
1 sudu besar kicap manis
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk lada hitam ~ seeloknya yg baru ditumbuk
sedikit air
garam dan sedikit gula
minyak

Cara: 
Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga wangi dan masukkan bawang besar.
Goreng hingga layu dan masukkan hati dan pedal ayam.
Masukkan pula kicap manis, serbuk kunyit dan serbuk lada hitam.
Goreng seketika dan masukkan sedikit air (lebih kurang 1/4 cawan) .
Bila hati dan pedal ayam telah masak (dan air sedikit kering) masukkan kacang panjang, cili merah, garam dan sedikit gula. Kacau rata.
Goreng sehingga kacang lembut sedikit tp jgn terlalu lama.
Angkat dan hidangkan.. 


Tuesday, May 15, 2012

SAMBAL DAGING UDANG KERING

ASSALAMUALAIKUM...

Jom layan SAMBAL DAGING UDANG KERING, resipi Diana@Skyblue Kitchen ni. SEDAP!! nak2 bila diratah gitu aje. Naim pun kata sedap ni, tak caya tanya dia ^___^


Izinkan K.Nor share resipi Sambal Daging ni kat sini ya D.. TQ ..  <pendek dah la bicara arini ya... kehilangan modal nak berkata2, kalau ikutkan hati nak buat worldless jer tadi tu :) >


SAMBAL DAGING UDANG KERING
resipi : Diana@ Skyblue Kitchen
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan²
800 gm daging _ dihiris nipis
1 genggam udang kering _ direndam dalam air panas, ditoskan dan ditumbuk kasar
4 ulas bawang merah _ dicincang
3 ulas bawang putih _ dicincang
1 biji bawang besar _ dibelah 2 dan dihiris
2 batang serai _ dititik
2 biji cili merah _ dibuang bijinya dan hiris menyerong ~ k.nor guna capsicum merah dan hijau
3 tbsp cili kering kisar
1 tsp perencah pati ayam Tumix ~ k.nor skip
100 ml air
Garam jika perlu
Gula melaka secukup rasa
Air asam jawa secukup rasa
Daun sup _ dihiris ( boleh juga guna daun ketumbar )
Minyak untuk menumis dan menggoreng

Bahan² Perap
1/2 tsp minyak bijan
1 tsp seasoning Maggi
1 tsp garam
1 tsp gula
1 1/2 tsp serbuk kari daging dan ayam Baba's
1 tsp serbuk cili
1 1/2 tbsp tepung jagung
2 cubit soda bikarbonat
1/2 tsp kicap cair Loon Kee

Cara²
Perap daging bersama bahan perap selama 30 minit - 1 jam.
Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng daging seketika ( jangan goreng daging terlalu lama sebab ia akan menyebabkan daging tersebut liat ). Ketepikan.
Di dalam kuali yang lain, panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga sedikit garing.
Masukkan serai dan tumis lagi hingga terbit aromanya.
Masukkan cili kisar dan tumis selama 3 minit.
Setelah itu masukkan udang kering dan tumis seketika.
Masukkan gula melaka dan gaul rata. Tumis sehingga pecah minyak.
Kemudian masukkan daging goreng dan gaul rata.
Tambahkan air, air asam jawa dan perencah pati ayam. Bubuh garam secukup rasa jika perlu.
Setelah kuahnya pekat bolehlah masukkan bawang besar dan hirisan cili merah. Masak seketika.
Angkat dan sedia untuk dihidang.
Taburkan daun sup / daun ketumbar semasa menghidang.


Thursday, April 26, 2012

DAGING GORENG KENTANG

ASSALAMUALAIKUM..

ALHAMDULILLAH.. Jutaan terima kasih buat semua yg mengucapkan tahniah dan turut berkongsi kegembiraan dgn K.Nor dlm entri ETERNITY MEI 2012 smlm. Semua tu takkan terjadi tanpa izin Allah dan juga sokongan dan galakan dr semua yg menjadi pengunjung SecubitGaram. Terutamanya kepada cik abe dan juga anak2 yg sentiasa menjadi pendorong dan pemberi semangat utk K.Nor meneruskan berkarya di alam maya ni. Juga kepada teman2 blogger yg rapat dgn K.Nor, yg sentiasa bergurau senda, yg sentiasa memahami bila timbul masalah atau isu2 yg bersangkut paut dgn blog (u know who u are ^---^) Alhamdulillah.. ukhwah yg terjalin atas niat kerana Allah akan sentiasa terasa kemanisan dan keindahannya. Bila tak ada sifat dengki mendengki, busuk hati dan sifat suka menikam dari belakang maupun yg menjadi talam bermuka2 (kuih talam atau kuih serimuka tak per.. hehe), insyaallah.. ukhwah yg terbina akan terus mekar dan berkembang hingga peringkat anak2 dan seterusnya.. amin...

Insyaallah lepas ni akan ada lg blogger2 lain yg akan mengisi slot resipi di Eternity tu.. Kita tunggu aje lah ya, sapa lak yg akan keluar utk edisi June.. wink.. wink utk org tu.. hehe..


Berbalik pd entri hari ni.. dah lama betul berhajat nak mencuba resipi simple dari Wana Potret Kasih, ibu kepada sang puteri yg sangat comel, Sarah Marissa.. Masakan ni boleh dikatakan masakan 2 in 1 sbb dalam tu dimasukkan juga sayur2an. Memang memudahkan kerja memasak ni terutamanya buat ibu2/wanita yg bekerja. Kalau nak lg cepat, guna daging batang pinang. Pastu letak kentang lebih2.. perghhhh sangat sedap makan kentang yg kat dalam masakan ni. Kalau suka basah2 sket, boleh guna air rebusan daging masa memasak masakan ni nanti. Utk lebih sedap, K.Nor tambah sedikit serbuk lada hitam yg baru ditumbuk.. mmg syok abisssss... :)

Mekasih Wana kerana sudi berkongsi resipi yg mudah dan sedap ni. Izinkan K.Nor share kat sini lak ya.. TQ :)

DAGING GORENG KENTANG
resipi : Wana@PotretKasih
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2nya
250 g daging lembu
sedikit serbuk kunyit
secubit garam ( taknak letak pun tak pe sebab sos tiram dan kicap dah masin )
1 biji bawang besar ( dimayang/hiris )
3 ulas bawang putih ( dimayang/hiris )
1 hiris halia ( dimayang/ dihiris )
2 biji kentang ( kopek kulit, potong kecil2 dan digoreng kekuningan )
sepotong karot ( potong kecil2 )
sedikit kobis ( potong kecil2 )
sedikit kacang panjang ( saya tak letak- tak de )
Cili merah ( ikut byk mana suka )
sedikit kicap manis
sedikit sos tiram
sedikit minyak masak
1 sudu kecil serbuk lada hitam (yg baru ditumbuk) ~ yg ni k.nor tambah

Cara Penyediaan
1. Letakkan daging dalam periuk/kuali, masak hingga airnya kering (jika daging belum empuk tambah sedikit air lagi kemudian masak hingga air daging kering lagi ).
2. Bila daging telah empuk angkat daging tadi kemudian ketepikan.
3. Masukkan sedikit minyak masak dalam kuali tadi. Tumis halia, bawang besar, bawang putih dan cili merah.
4. Kemudian masukkan daging tadi. kacau seketika baru masukkan sedikit kicap, sos tiram, sayur2an dan kentang.
5. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat dan dihidangkan.....


* nota dr K.Nor
kalau guna daging biasa, rebus dulu daging, pastu baru hiris. air rebusan tu bolehlah digunakan dlm masakan bg yg suka basah2 sket

Friday, February 17, 2012

DAGING MASAK LOMPAP

ASSALAMUALAIKUM...

Dah malam dah ni.. baru dtg angin ghajen sket nak menghapdet.. Bukan tak nak update siang2 tadi, dah buka folder utk edit gambo.. belek punya belek.. ermmm.. angin kurang ghajen dtg.. tutup balik.. lepak2 kat pesbuk.. Last2 gi godek2 kat dapur.. Ni terasa keboringan duk rumah, cik abe dah keluar jumpa geng.. Ku paksakan diri gak mengedit gambo.. Pastu terus mengarang dan mengarang, nak menghasilkan satu entri. Bila dah mood kureng ni, ingat senang ke nak hasilkan satu entri.. haishhhh.. kalau la boleh dipetik jer jari, gambar siap diedit, siap ayat2 utk hasilkan entri termasuk letak resipinya sekali kan senang.. Mana ada benda senang skrg ni.. mcm org kg sebelah kata NO PAIN NO GAIN.. betul kan.. :)


Ok.. dah.. tak mo bebel banyak2 cam Mek Ampang smlm.. Dia tengah dlm mood merudum kes kabel hilang sampai satu entri sarat dgn bebelan tu.. Kesian Mek Jah, kabel tak jumpa2 tu.. camna la mood nak mengambil gambo dan menghasilkan entri nak ada kan.. Sangat2 memahami dirimu Jah.. Semoga ketemu dgn kabel yg hilang tu.. Mungkin Jah duk tadah telinga tu dengar ceramah pree sementara dpt beli kabel baru hehehehe...


DAGING LOMPAP.. bukan daging yg melompat ya.. Daging Lompap ni menu org N9, 1st time tengok kat rumah Mek Ampang nun. Sebelum tu kata Mek Jah, Ayu S'pore dan Madiha dan buat dah.. Pastu merayap situ sini, sana sinun virus baik yg disebarkan ni.. Maaflah kalau tak tersebut nama sapa2 yg dah buat tu ya.. Kang kalau tertinggal, ada jer yg terasa hati.. Jd K.Nor tak nak sebut la satu persatu sapa yg dah buat, cuma K.Nor nak beritau, resipi asalnya dari K.Cek. Nak tau cerita lanjut tentang Daging Lompap ni boleh baca kat rumah Mek Ampang. Izinkan K.Nor copy dr rumah Jah ya.. Mekasih buat K.Cek utamanya sbg tuan empunya resipi dan mekasih pd mereka2 yg berkaitan yg dah sebar virus Daging Lompap yg sedap ni.. K.Nor mmg suka daging gini, syok jer meratah terutamanya bila callery tu K.Nor tak goreng lama2 sgt, jd masa makan, ia masih rangup2 gitu.. best!


DAGING MASAK LOMPAP
resepi: kak Cek
sumber: kak Madihaa & kak Ayu Sg
sumber : Izah & K.Nor


BAHAN-BAHANNYA....
500 - 600 grams daging
dipotong sederhana kecil...dicuci...ditoskan..
13 biji cili padi *
3 biji cili hijau *
1 biji bawang besar *
1 inci halia *
2 ulas bawang putih *
1 batang serai dititik
2 biji cili merah dipotong serong2
1 batang celery dihiris2
1 ketul chicken cube
Garam dan gula secukup rasa
1 keping asam keping
Minyak secukupnya untuk menumis
Sedikit air

CARA-CARA PENYEDIAANNYA...
Kisar sume bahan2 yang bertanda *
Panaskan minyak...tumiskan sume bahan2 kisar dan serai...hingga naik baunya...
Masukkan daging....kacau sebati....tutupkan kuali...kecikkan api....sekali sekala...dikacau..tambahkan air...jgn byk sgt...tutupkan kuali semula...biarkan daging empuk...
Masukkan chicken cube...garam dan gula secukup rasa....masukkan jugak asam keping...biarkan kuah agak pekat sedikit....akhir sekali masukkan hirisan cili dan celery...kacau sebati...siap dah...tutupkan api....


Friday, December 23, 2011

DAGING BUMBU BALI

ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdulillah.. Mekasih semua yg telah memberi ucapan tahniah buat anak dara K.Nor juga buat kami sekeluarga.. Semua tu atas izin Allah juga.. semoga anak2 kita semua akan bertambah cemerlang di dalam pelajaran, dalam pergaulan dgn akhlak yg terbaik dan juga cemerlang dlm hidup di dunia dan di akhirat.. amin...

Dan mohon maaf atas suasana yg sedikit panas dalam entri Tiramisu Strawberi. Kepada cik anon, ini lah kami.. blogger masakan. Walauapun tak pernah bersua bertentang mata secara realiti hanya sekadar bergurau senda dan bertepuk tampar secara alam maya, tak dapat dinafikan antara kami ada ikatan yg amat kukuh. Kami bagaikan bersatu di alam maya dan bukan perlu satu persatuan atau kelab utk bloggers ni. Apa yg diluahkan tu hanyalah sebahagian kecil dari bloggers yg dah lama juga memendam rasa. Ramai lagi geng bloggers atau Geng Masak-Masak (GMM) yg menyatakan terkilan dgn apa yg cik anon dah luahkan tu cuma mereka tak mo kecoh2kan lagi suasana. Ini lah yg dikatakan. CUBIT PEHA KANAN, PEHA KIRI JUGA TERASA SAKITNYA..  Semoga cik anon dan bloggers newbie yg faham apa yg kami luahkan. Dan pada mereka yg selalu melakukan perkara mencuri/menciplak ni sedar akan kesilapan yg telah mereka lakukan. Dah banyak hati yg keciwa, dah banyak hati yg terusik dgn apa yg telah anda lakukan. Kalau ikutkan ada banyak lagi point2 yg menyebabkan sebahagian dr kami GMM ni buat disable right click function. Kalau cik anon nak tau, banyak gambar2 kami yg dah digunapakai utk perniagaan sesetengah org lain, termasuk di facebook. Adilkah bagi pihak kami, org yg dicuri gambar ni, bila kami bertanya pada org yg mencuri tu, kami pula yg dihentam? Malah pernah terjadi pd  K.Nor sendiri, sorang tu siap report kat Suruhanjaya Multimedia, padahal K.Nor yg jadi mangsa tp pemangsa pulak yg buat report? Atas dasar apa dia report, sedangkan dia yg curi gambar K.Nor? Sepatutnya K.Nor yg report kan? Jadi, diharapkan pada cik anon yg bersembunyi disebalik nama anonymous tidak lagi membuat tuduhan melulu tanpa mengetahui apa yg sebenarnya telah berlaku di kalangan dunia blogger. Yang kadang2 indah kabar dari rupa.. harap maaf andai kata2 ni kurang menyenangkan pihak cik anon..

Ok lah ya.. kita tinggalkan hal tu di situ.. Mudah2an ada penghujung disebalik yg berlaku. Dah nak masuk tahun baru, semoga dunia blog dan para blogger di tahun 2012 akan lebih hebat dan lebih bersifat prihatin dan tidak timbul lagi perkara2 yg kecoh dan gempak seperti yg sudah2.. Buangkanlah sifat buruk dan busuk hati antara satu sama lain.. lebihkan sifat keikhlasan dalam melakukan sesuatu perkara. Semua yg baik2 itu adalah dari Allah Taala juga manakala yg tak elok itu adalah dari kelemahan kita sendiri.. 

~~~~~~~ *** ~~~~~~~


Berbalik pada entri hari ni.. Kali ni nak tayang satu menu yg insyaallah amat enak dimakan dgn nasi apa2 pun, baik nasi putih maupun nasi berperisa. Sebelum ni K.Nor pernah try dgn menggunakan ayam (AYAM MASAK BALI) dan kali ni tak derhaka lagi dah.. guna daging spt kehendak resipi.. hehe.. Apa salahnya tukar2 bahan utama kan.. Bagi K.Nor dua2nya sedap! Tapi semestinya masakan daging lebih sedap sbb K.Nor lebih suka daging dari ayam :)


Jom tengok resipi yg K.Nor amik dari rumah MamaHawa ya... Tq Ma.. :)

DAGING BUMBU BALI
sumber : Cindai Biru@MyR, MamaHawa
sumber : K.Nor@SecubitGaram

500g daging (potong nipis, cuci bersih)
250ml santan tin ~ k.nor guna santan fresh
3 helai daun limau purut
2 sdb kicap pekat
*5 biji buah keras
*8 biji cili merah
*3 ulas bawang putih
*1 inci halia
*1 sdt kunyit serbuk
Garam dan kicap manis rasa
Minyak untuk menumis
Tomato dipotong 4 dan bawang besar potong bulat.

Kisar bahan yang bertanda * panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga naik minyak dan garing sedikit.
Masukkan daging, santan tin dan daun limau purut, kacau sebati dan biar hingga kuah agak pekat. Masukkan garam, kicap pekat dan kicap manis secukup rasa, gaul sebati.
Masukkan tomato dan bawang besar yg dipotong bulat. Kacau lagi dan angkat untuk hidangan.